Koleksi Novel

Assalamualaikum & Hello.
Haritu ada yang tanya parcel banyak banyak tu shopping online ke. Ehehe. Shopping novel online gitu. Mula mula beli sebuah aje novelnya tetiba tengok ada sales beli terus sampai lima buah. Beli dekat seller lain lain sebab tu sampai tiga parcel jadinya. Sampai hari hari abam pos laju singgah rumah hantar barang. Hahah. Nani pulak yang naik segan nak pergi ambik parcel dekat abang tu hah, dah lah tiap kali hantar orang yang sama πŸ˜‰ Tiga parcel berbeza tapi isi yang sama. Dulu masa tengah sibuk, memang tak ada masa pun nak baca novel apa semua. Bila dah free sekarang, hah semua novel rasa nak dibeli. Heheh. Ada orang tanya, tak rasa membazir ke beli novel banyak banyak? Kalau dah minat kan, semua sanggup ku korbankan πŸ˜†
Novel yang nipis tu dalam masa sehari aje dah boleh habiskan. Hahaha. Kalau cerita tu best lagi lah rasa tak sabar nak habiskan. Selalunya kalau sebelum beli Nani akan baca dulu review orang, kalau ramai yang cakap best baru lah beli. Kalau novel tu biasa biasa aje, Nani tak layan sangat. 
Koleksi novel dari dulu sampai sekarang. Ini pun dah ada orang pinjam tapi tak pandai pandai nak pulang. Huhu. Dulu Nani bagi je kalau orang nak pinjam novel, iya lah dengan harapan dia akan pulangkan balik. Ofcourse lah kita percayakan orang tu. Tiba tiba sampai ke sudah tak pulang. Sedih tau, beli guna duit sendiri lepas tu hilang macam tu aje. Sejak tu Nani jadi malas nak bagi orang pinjam lagi dah. Kadang tu ada yang sampai lunyai novel Nani jadinya. Walaupun novel tu baca untuk suka suka tapi ada jugak ilmu boleh ambik dalam tu, janganlah sesuka hati lunyaikan. Tambah pulak tu novel orang lain. Sekarang Nani keraskan hati, kalau nak pinjam memang tak bagi lagi dah. Korang minat baca novel tak? 

Keluarga Ceria

Assalamualaikum & Hello.
Hari tu masa makan malam Family Day ada banyak lah aktiviti yang diorang buat. Macam biasa kalau ada cabutan bertuah, nama abah jarang jarang bertuah walaupun sekecil kecil hadiah. Hahah! Kiterang satu family mengharap gila dapat cabutan bertuah set sofa takpun Iphone tapi tak naik pulak nama abah πŸ˜†Biasalah kalau terlalu berharap memang jarang jarang dapat. Ekekeke. Tema malam tu pink & purple, ofcourse lah I choose purple kan instead of pink. Tapiii abah Nani pakai pink wuu. I was like seriously abah nak pakai pink? Hahahah! Sebab abah memang tak pernah langsung ada koleksi baju warna pink ni okeh. Demi makan malam Family Day ni hah sanggup abah beli kemeja pink baru. Semangat kan. Abah saya memang macam tu πŸ˜†

Tengah syok syok berborak tetiba speaker announce nama abah untuk ambil hadiah keluarga ceria. Lepas tu Nani pandang ibu, ibu pandang abah sebab memasing tak nak naik stage ambil hamper. Hahaha! Nani pun gelak gelak aje sebab macam tak percaya boleh dapat hadiah kategori keluarga ceria. Sekali spekaer cakap satu family kena naik atas stage ambil gambar. Phew! Malu berganda ganda Nani ni hah. Even tak dapat hadiah cabutan bertuah tapi untung jugaklah dapat hamper keluarga ceria ni hah. Boleh lah buat stok makan untuk sebulan. Gitu. 
Tak tahu siapa yang pilih family kiterang untuk dapat hamper ni. Tahun lepas pun dapat hamper jugak sempena keluarga ceria. Haaa memang terbuktilah keluarga saya ni ceria ceria orangnya. Awak tu janganlah risau sangat nak jadi sebahagian dari keluarga saya sebab semua ceria okeh. Hahahaha! 
My pillar of strength. Abah dengan ibu yang selalu jadi kekuatan, tulang belakang Nani selama ni. Kadang kadang sebab homesick atau rindu sangat, pernah okeh nangis nagis sebelum tido. Hahah! Dasaar cengeng sangat. Bila duduk jauh memang macam tu, benda benda simple pun kadang kadang boleh menangis. Pernah dulu, lepas cakap dengan abah tiba tiba air mata mengalir. Kau dah kenapa Nani? Hehehee. Selagi abah dengan ibu ada, hargailah kan sebab masih ada lagi orang yang akan doakan kita di atas muka bumi ni. Doa abah dengan ibu ni insha Allah antara doa yang tak ada hijab dan akan dimakbulkan Dia. Hargai mereka selagi ada 😊

Giveaway SAYA NAK KURUS SECARA SIHAT DENGAN PASSION D'TOX!

Assalamualaikum & Hello.
Giveaway SAYA NAK KURUS SECARA SIHAT DENGAN PASSION D'TOX!
klik SINI untuk join

Suria Resort & Hotel di Cherating

Assalamualaikum & Hello.
Dah lama sangat tangguh cerita pasal Family Day hari tu sampai dah berganti bulan pun. Hahah. Kali ni Family Day buat di Suria Resorts & Hotels dekat Cherating. Dah lama tak bercuti dekat kawasan pantai macam ni so teruja sangat okeh. Sampai sana dalam pukul satu macam tu, sempat lah rehat sekejap sebelum buat aktiviti sukaneka petang tu. Memula Nani ingat cuaca hujan, sebab masa tu memang area Terengganu dengan Kuantan hujan lebat tapi alhamdulillah cuaca elok sangat. Tak panas langsung sebab kawasan buat aktiviti sukaneka tu terlindung dengan pokok. So buat aktiviti sukaneka dalam keadaan redup sangatlah best. Sambil sambil tu dapat rasa sekali angin pantai. Syoknya lahai, rasa nak duduk sana terus pun ada. Ehehe πŸ˜†Tapi kali ni skip dulu cerita pasal sukaneka, jom tengok penginapan sepanjang dua hari Nani dekat sana. 
Suria Resort & Hotel di Cherating
Dapat aje kunci terus lelaju cari bilik. Haa teruja dia lain maciam sangat kann. Eheheh 😁
Suria Resort & Hotel di Cherating
Lagi teruja bilik check in tengok bilik menghadap pantai. Syoknya bergganda ganda oi. Buka aje tingkap menderu mederu angin pantai masuk. Tak payah pasang aircond pun tak apa dah. Rasa seronok gila dapat view macam ni dari bilik. Kalau hari hari macam ni memang nikmat. 
Suria Resort & Hotel di Cherating
Tv dekat sini siap ada Astro lagi, I loikeee. Boleh lah jugak layan cerita yang best best kan, tak ada lah macam satu tempat hari tu Nani pergi hari tu, tv ada tapi siaran nan hado. 
Suria Resort & Hotel di Cherating
Bilik Nani ni tak luas mana pun cuma boleh lah memuatkan dua orang dalam satu bilik. So kalau travel dengan geng geng bujang boleh lah menginap dekat sini. Ada ruang pun kecil je muatlah untuk solat. Kalau datang dengan family boleh pilih bilik yang lebih luas. Ada jugak family room cuma tak berapa banyak, dalam 20 buah macam tu lah. 
Suria Resort & Hotel di Cherating
Towel dengan toiletries semua ada, tapi macam biasa guna yang sendiri jugak. Heheh. 
Suria Resort & Hotel di Cherating

Suria Resort & Hotel di Cherating
Dah penat jenjalan tepi pantai boleh lah lepak dekat tepi kolam ni hah. 
Suria Resort & Hotel di Cherating
Tengok bebudak mandi kolam, rasa nak terjun sama. Hahah! Overall Nani puas hati dengan servis dekat sini. So kalau korang ke Cherating boleh lah menginap dekat Suria Resort ni hah, cumanya hotel ni agak ke dalam. Kalau nak senang gunalah Waze kan. Heheh. Dari hotel ni nak ke Kemaman dah tak jauh sangat so boleh lah kalau nak terus ke Terengganu pulak lepas tu kan. Gituu.

Kuih Keria Gula Melaka

Assalamualaikum & Hello.
Sekarang ni sana sini bercakap pasal kuih keria gula melaka ni kan (termasuklah tuan tanah ni jugak) πŸ˜„ Kalau sebelum sebelum ni kuih keria gula melaka ni memang paling femes lah dekat Melaka sampai kan sanggup orang beratur panjang semata mata nak membeli. Nani haritu masa pergi Melaka ada jugaklah bercadang dalam kepala ni nak cari kuih keria yang femes tu tapi sebab ramai gilaa orang terus lah cancel kan niat yang satu tu. Nani bukanlah jenis orang yang sanggup nak berbaris panjang panjang tu hah. Salute lah siapa yang gigih sangat tu kan. Nani pun tak sure sangat sejak bila kuih keria gula melaka ni femes, tahu tahu aje dah merata rata orang jual. Bila bukak Instagram dengan Facebook pun bersepah sepah gambar kuih keria gula melaka ni hah.

Bila dah hari hari tengok haruslah tekak ni mengada ngada nak makan jugak. Nani pun tunjuk lah dekat ibu dengan harapan nak ajak ibu buat sama sama. Walaupun hakikatnya nanti ibu je yang buat, Nani ni makan boleh lah. Hahah. Dulu dah pernah buat kuih keria yang biasa tu tapi kelaut dalam jadinya. Nampak je okeh macam senang tapi hakikatnya kuih tradisional ni sangatlah payah nak buat. Sejak dari tu macam serik dah nak buat kuih tradisional. Heheh πŸ˜† Dalam tengah tunjuk dekat ibu kuih keria gula melaka ni tetiba makcik Nani dekat kampung hantar gambar yang dia buat. Phew! Teruslah hati ni meronta ronta nak balik kampung makan kuih keria gula melaka. Haaa dasyat sangat kan penangan kuih ni hah? 
Kuih Keria Gula Melaka
Tak jadi balik kampung pun tapi pakcik yang keluar hantarkan. Iya kampung Nani tu dekat sangat, dalam doploh minit macam tu sampai lah. Bila dah makan rasa nikmat sangat. Hahah! Masa tu keluar lah ayat "ohh macam ni rasa kuih keria gula melaka ni." Jadi terus lah cancel plan nak ajak ibu buat kurih keria gula melaka sebab makcik dah tolong buatkan. Hehehe. Mak cik Nani siap jual lagi sepuluh biji dalam lima ringgit kalau tak silap. Heheh. Laaaris okeh sampai tak cukup 😁
Kuih Keria Gula Melaka
Dulu Nani ingat kuih keria gula melaka ni guna ubi yang warna oren tu tapi rupanya guna ubi yang warna putih. Not bad la rasa dia. Setakat ni dah dua kali makan sampai rasa dah tak nak makan dah. Heheh. Sedap lah, sekarang ni rasanya merata rata dah orang jual jadi tak payah lah susah susah nak ke Melaka dah. Gituu. Tapi tak tahu lah sama ke tidak rasa dengan yang dekat Melaka sana. Nani ni pun tak berpeluang nak merasa jadi tak boleh nak bandingkan macam mana. Ha korang dah pernah makan kuih keria gula melaka ni? 

Menyesal Tak Tengok Betul Betul !

Assalamualaikum & Hello.
Bukan main syok lagi memasing kan sebab esok cuti umum. Mana yang duduk dekat Selangor tu lagi berganda seronok sebab cuti bersambung sampai Selasa kan. Nani cuti ni habiskan masa dekat rumah aje, badan pun tak berapa nak sihat sangat. Bila selsema dan demam datang sekali gus, terus lemau badan jadinya. Otak ting tong, tajuk entry pun entah apa apa jadinya. Eheh πŸ˜†Nani ni plan awal bulan satu nanti nak ke Penang, so dari sekarang memang dah kena settlekan untuk booking hotel, tiket bas dengan ets apa semua. Teruja okeh nak jalan jalan Penang sebab dah lama sangat tak ke sana. Selagi bujang ni, baiklah kita pusing keliling Malaysia dulu kan. Nanti dah ada komitmen lain terbatas pulak. Ehem πŸ˜‚ 
Masa nak booking hotel tu, memang habis semua website lah Nani bukak, sebab nak bandingkan harga. Gituu. Lepas dah puas hati belek sana, belek sini, baca entry blogger lain, tengok review apa semua ada lah berkenan dengan satu hotel ni. Nani pun tak fikir panjang terus lah booking melalui website Expedia ni. Masa tu bila Nani comparekan harga, Expedia ada bagi less 10% so murahlah sikit daripada yang lain lain ni. Bila tengok dekat website hotel tu sendiri harga pun lebih kurang. Settle dah buat bayaran online, baru teringat yang ada satu website ni buat promosi less 25% untuk booking hotel. Ya Tuhaaaann, masa tu Nani rasa macam kenapalah aku tak tengok bebetul ni. Rugi dalam 30 hengget gitulah. Walaupun 30 ringgit tu nampak macam kecik je nilai dia tapi kalau jenjalan nanti lepas lah untuk sehari makan. Berhuhuhu je lah mampu 😐
Boleh je kalau nak cancel tempahan hotel tu melalui Expedia tapi nak tunggu diorang refund balik duit tu makan masa dua ke tiga minggu katanya. So sebab malas nak pening pening terus aje proceed walaupun hati meronta ronta nak booking melalui website yang satu lagi tu. Hahah! Tak apa lah, next time kalau nak booking hotel lagi kena double tripple check. Dah puas hati baru booking kan. Nani bukan apa, kalau nak tunggu diorang refund nanti takut kang hotel tu dah penuh pulak. Haa menangis tak berlagu lah jawab dia. Dari tak ada tempat nak menginap nanti kan, tak apa lah bayar mahal sikit. Ok lah tu je nak bebel harini, nanti Nani terjah blog korang.
p/s : Alhamdulillah petang tadi selamat timang sorang lagi anak buah. Yeayyy! Can't wait to see you little boy 😍

365 Days Daily Planner Giveaway by Luqman Zakaria

Assalamualaikum & Hello.
365 Days Daily Planner Giveaway by Luqman Zakaria
klik SINI untuk join 


Christmas Beauty Box Giveaway Worth RM600 by Anil Wanina

Assalamualaikum & Hello.
Christmas Beauty Box Giveaway Worth RM600 by Anil Wanina

*Sila klik banner diatas untuk join*

Hadiah :
1 x cash voucher dari Premier Clinic
1 x beauty box dari The Face Shop
1 x beauty box dari Missha
1 x beauty box dari Premier Clinic
2 x beauty box dari Skinfood

Tarikh Giveaway : 5 Disember - 15 Disember 2016

Warung Aziz Satar & Otak - Otak Kemaman

Assalamualaikum & Hello.
Baru ni Nani ke Cherating sebab ada famlily day dekat sana so sebelum balik tu sempat lah singgah Kemaman dulu cari satar. Dari Cherating nak ke Kemaman tu adalah dalam lima ke sepuluh minit macam tu aje hah. Memang dekat sangat dah kan, rugi lah kalau tak singgah kan. Bukan senang nak sampai sana walaupun Pahang dengan Terengganu tu berjiran. Eh πŸ˜† Pagi tu memang Nani skip breakfast dekat resort sebab rasa malas sangat nak turun, bila sampai aje Kemaman memang terus cari warung lah nak makan. Kalau area Cherating memang boleh katakan sepanjang jalan tu ada orang jual satar, keropok lekor apa semua ni tapi Nani pilih untuk ke Kemaman jugak sebab nak terjah Warung Aziz Satar & Otak - Otak ni hah. 
Warung Aziz Satar & Otak - Otak Kemaman
Nani difahamkan warung ni pernah masuk Jalan Jalan Cari Makan so memang jadi pilihan orang ramai jugaklah. Masa Nani sampai tu tak ada lah ramai sangat orang dan ruang makan dekat sini sangatlah luas. Banyak sangat pilihan makanan dekat sini tau. Bukan setakat satar dengan otak otak aje, tapi ada jugak nasi campur, soto, pulut mangga dan macam macam lagi lah. Pilih aje lah mana satu yang tekak tu rasa nak makan. Heheh πŸ˜€
Warung Aziz Satar & Otak - Otak Kemaman
Macam biasalah dah sampai sana mestilah satar dengan otak otak yang dicari dulu. Bukan senang nak jumpa satar dengan otak otak yang sedap dekat tempat lain kan. Heheh. 
Warung Aziz Satar & Otak - Otak Kemaman
Nani ni jenis yang tak berapa makan sangat otak - otak. Kalau makan pun dalam dua tiga keping macam tu aje. Nani tak ingat pulak berapa harga otak - otak ni hah. Tapi lepas ni rasanya dah trauman nak makan otak - otak. Hahah! Haritu tengah makan makan boleh pulak terlekat tulang. Hoi seriau aku jadinya. Ingatkan tak ada tulang langsung otak otak ni. Sampai sekarang terasa perit tekak lagi sebab tertelan tulang ikan. Fobia sikit dah. Eheh. 
Warung Aziz Satar & Otak - Otak Kemaman
Satar ni terbaik, siap ada cili potong tu perghh nikmat! Harga untuk sepuluh ketul satar ni lima ringgit. Berbaloi lah kan. Haritu order dekat 15 ringgit kot untuk makan dekat situ aje lepas tapau lagi bawak balik. Dasaar kuat makan. Hahah!
Warung Aziz Satar & Otak - Otak Kemaman
Yang ni pulak sotong celup tepung. Ada jugak order ikan celup tepung dengan udang celup tepung haritu tapi nan hadonya gambar sebab semua dah selamat masuk perut diorang dulu. Hahah! Tak menyabar betul kan nak makan. Rasanya dekat area Terengganu ni memang femes makan seafood celup tepung macam ni. 
Warung Aziz Satar & Otak - Otak Kemaman
Laksam ni pun sedap jugak okeh. Kuah pekat & secukup rasa cumanya isi laksam ni keras sikit masa tu. Nani baru tahu kalau belah Terengganu ni laksam dia memang ada letak belacan seketul atas tu. Nani ni kureng sikit kalau makan laksam ni ada belacan so awal awal dah asingkan ke tepi. Hahah! So kalau korang berkesempatan ke Kemaman jangan lupa tau singgah Warung Aziz Satar & Otak - Otak. Warung ni dekat tepi jalan aje, memang senang nak cari. Nak lagi senang, Waze aje okeh alamat dekat bawah ni.
Warung Aziz Satar & Otak - Otak
No. 1860-2 Jalan Kuala Kemaman
Kampung Geliga 
24000 Kemaman, Terengganu.
No Telefon : 013-915 0897

Giveaway Cosmoderm KL Modest Fashion Week by YanieYusuf

Assalamualaikum & Hello.
Giveaway Cosmoderm KL Modest Fashion Week by YanieYusuf
klik SINI untuk join 

Air Tangan Ibu

Assalamualaikum & Hello.
Dua tiga harini busy nau sebab nak kena siapkan banyak benda. Maklumlah dateline 9hb, memang kea settle kan sepantas kilat lah. Sorry mana yang singgah sini tapi Nani tak sempat nak berkunjung semula. Heheh. Insha Allah pelan pelan Nani kayuh pergi rumah korang. Hujung minggu lepas syok sangat kan pergi bercuti (yang ni kita story lain kali sebab tak sempat nak transfer gambar lagi) dah balik semula sila lah hadap macam macam kerja semula. Eh dah melencong ke lain pulak. Hahah! Kisahnya baru ni ada nenek dengan pakcik Nani dari kampung datang rumah, ibu pun macam macam lah masak. Selalu bila makan malam, panaskan aje balik lauk tengah hari tu tapi sebab ada tetamu meriah sikitlah menu. Heheh. Kalau yang tengah puasa tu disarankan skip entry ni πŸ˜†
Gulai lemak pucuk paku campur ikan masin.
Sotong celup tepung.
Ikan siakap tiga rasa.
Haa memang tersandar kekenyangan lepas makan ni, sampai rasa nak basuh pinggan pun malas. Hahah! Sesekali makan malam macam ni memang syok, bertambah tambah makan nasi tambah pulak ada sambal belacan sekali. Perghh! Kecur air liur tulis entry ni. Eheh. Duduk rumah ni hilang lah kisah nak diet apa semua, apa yang ibu masak rugi lah tak makan. Gituu. Alhamdulillah masih lagi diberi nikmat makan masakan air tangan ibu. Ha ada tak menu dekat atas ni yang jadi feveret korang jugak? 

Wordless Wednesday : Thank You Pos Laju!

Assalamualaikum & Hello.

Giveaway Hand & Body Lotion By Suriaamanda

Assalamualaikum & Hello.
Giveaway Hand & Body Lotion By Suriaamanda
klik SINI untuk join

Pulut Kuning

Assalamualaikum & Hello.
Haritu masa balik Nani cakap dekat ibu teringin sangat nak makan pulut kuning dengan rendang ayam. Ehehe.Tekak kan memang suka minta benda yang susah nak buat. Tapi sebab masa tu ibu sibuk dengn urusan sekolah, so tangguh lah dulu nak masak pult kuning tu kan. Hari Rabu baru ni ibu dah tak sibuk dengan urusan dia (maklumlah dah mula cuti sekolah kan, cikgu pun bercuti) ibu pun buatlah pulut kuning dengan rendang ayam. Lagipun semua orang ada balik, meriah lah sikit rumah ni. Tu yang macam macam ibu masak. Memang banyak ibu buat sampai dah bahagikan untuk jiran pun masih lagi ada lebih. Esok pagi tu pun sarapan makan pulut. Ha memang lepas ni dah tak teringin makan pulut lah. Eheheh :p 
Masa memula tu ingat dah tak jadi nak masak pulut sebab tetiba je ada orang baiki paip dekat taman perumahan ni. Tak bagi notis pun cakap tak ada air, tahu tahu je dah takdek. Kiterang langsung tak simpan pun air sebab tak tahu pulak yang orang tu nak baiki paip. Dah lah dari pagi sampai ke tengah hari tak ada air. Lepas zohor macam tu baru lah ada semula. Nani ni memang tak boleh lah kalau tak ada air. Habis semua kerja tak jadi. Huhu. 
Rendang ayam ibu, dekat dua ekor lebih jugak buat ni. Heheh. Tetiba fefeeling macam Hari Raya pulak kan siap dengan rendang ayam bagai. Sambil sambil tengok ibu buat rendang ayam tu, sibuk jugaklah tanya resepi nak buat. Hahah. Tak pernah pernah nak belajar buat rendang, asyik makan aje tahu. So baru ni sambil sambil ibu masak tu tanya lah ramuan untuk buat rendang. Heheh. Lepas ni boleh lah buat rendang versi Nani pulak. Eh :p
Taraaa pulut kuning + rendang ayam = perfecto! Fuh puas hati dapat makan apa yang tekak ni teringinkan dari awal balik hari tu. Hahah! Kalau nak beli dekat kedai tak tahu sedap ke tidak. Baiklah tunggu ibu yang masakkan, barulah berselera dan puas hati. Ha ni duduk rumah memang macam macam lah ibu masak. Esok dah balik Kl semula jangan mimpi nak makan macam ni dah sebab tu kekadang kalau balik sana Nani suka bawa balik sambal sambal kering untuk makan. Hari hari makan lauk beli jemu jugak. Heheh πŸ˜„

BLOGLIST TAHUN BARU 2017

Assalamualaikum & Hello.
BLOGLIST TAHUN BARU 2017
klik SINI untuk join 

GIVEAWAY SALAM SIHAT BERSAMA MASHITAH MAMAT

Assalamualaikum & Hello.
GIVEAWAY SALAM SIHAT BERSAMA MASHITAH MAMAT
klik SINI untuk join 

Hello December!

Assalamualaikum & Hello.
Tak sangka kita ni dah berada di penghujung tahun 2016, rasa macam baru je lagi masuk awal tahun. Eheheh. Cliche 😁 Tapi memang betul pun, Nani rasa tahun ni cepat sangat masa berlalu. Mungkin sebab sibuk nak habiskan belajar, tu yang macam tak sedar sangat. Kononnya kan! Tahun 2016 ni, tahun yang paling ramai sangat tamatkan zaman bujang. Mula dengan Along lepas tu Angah dan penutupnya Kak Diah. Ha tinggal lah tuan tanah yang masih setia dengan title bujang. Eh πŸ˜‚Sampai kan ada kawan Nani tegur yang Nani ni asyik balik Pahang je. Iya lah orang lain kahwin, Nani pun sibuk jugak. Rasanya paling banyak ulang alik KL- Pahang tahun ni lah. Hahah. Dua minggu sekali tercongok muka dekat rumah. Dah macam ulang alik Ampang - Petaling Jaya pulak. Kahkah! 
kredit Google
Tahun ni ramai yang kahwin, tahun depan dengar dengar sorang aje. Tentu tentu lah yang sorang tu bukan Nani. Hahah! Buka tahun 2017, Abang De pulak nak kahwin. Wah makin bertambah besar Malek's Family lepas ni dengan kehadiran family baru. I is tumpang bahagia tengok orang lain naik pelamin. Ahaa baru 2 December tapi dah nak throwback cerita sepanjang 2016. Amboi sangat! Ok lah nanti Nani blogwalking dekat blog korang, nak pergi pack barang dulu. Esok nak ke Cherating ada family day. Hujan hujan ni tak tahu lah macam mana nak buat aktivit luar kan. Korang ke mana cuti sekolah ni? 

Giveaway Kek Lapis Sarawak by Ain Syahirah

Assalamualaikum & Hello.
Giveaway Kek Lapis Sarawak by Ain Syahirah
klik SINI untuk join

Jus Qalbi Al Ehsan di MAHA 2016

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang. Rasanya semua dah tahu kan bermula 1 Disember hingga ke 11 Disember ini akan diadakan Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia atau lebih dikenali sebagai MAHA. Memang boleh dikatakan Pameran MAHA ni antara program yang saban tahun diadakan. Sama seperti tahun sebelum ni, Pameran MAHA akan diadakan di MAEPS Serdang. Ada yang nak berkunjung ke sana nanti? Alang alang dah cuti sekolah ni kan, boleh lah bawa keluarga berkunjung ke MAHA. Ha kalau korang berpeluang ke Pameran MAHA nanti jangan lepaskan peluang tau untuk berkunjung ke Booth Jus Qalbi Al Ehsan di Hall C (D18). Ha nak tahu dengan lebih lanjut tentang Jus Qalbi Al Ehsan ni, jom baca dekat bawah πŸ˜ƒ
Jus Qalbi Al Ehsan
Jus Qalbi ni sangatlah sesuai untuk yang mempunyai penyakit kolestrol yang tinggi. Kalau tak tinggi sangat pun rasanya elok jugak untuk amalkan ni Jus Qalbi ni hah. Baik kita merawat sebelum jadi lebih teruk kan. Maklumlah kita ni selalunya bila dah teruk baru nak cari penawar. Bila mana tak kawal pemakanan harian kita, sebab itu lah terjadinya kolestrol tinggi dalam badan. Fuh, minta jauh lah kita daripada dapat penyakit macam ni. Tambah pula, dari penyakit kolestrol ini lah akan menyebabkan kita dapat strok, penyakit jantung dan macam macam lagi lah. 

Jus Qalbi Al Ehsan
Macam mana nak tahu kandungan kolestrol kita tinggi dalam badan? Boleh tengok dekat bawah ni okeh. Kalau ada tanda tanda ni, lepas ni kena tukar gaya pemakanan harian dan amalkan Jus Qalbi Al Ehsan ni hah. In sha Allah boleh membantu kita mengawal kolesrol. 
✌ Sering berasa kebas kebas pada kaki.
✌ Mudah letih, cepat penat dan mengantuk.
✌ Sering berasa sakit kepala.
✌ Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit. 
✌ Senak dada sebelah kiri apabila pembuluh darah semakin pada bahagian jantung mula tersumbat.
✌ Timbul bintik bintik putih (biji kolestrol) di bawah mata, kawasan muka atau leher. 

Jus Qalbi Al Ehsan
Untuk yang berpeluang untuk mengunjungi Pameran MAHA 2016, Nani ada berita baik untuk korang. Jeng Jeng Jeng. Heheh. Semasa Pameran MAHA ni nanti, korang boleh dapatkan potongan harga untuk Jus Qalbi Al Ehsan ni secara berganda ganda. Bukan sikit tau tapi banyak sangat tawaran harga sehingga RM73. Rugi tau kalau terlepas peluang ni. Bila dah ada offer ni, wajiblah beli kan. Boleh hadiahkan untuk emak dan ayah yang mempunyai masalah kolestrol. 
Macam mana nak gunakan baucar ni? Dekat bawah ni ada baucar yang bernilai RM73, RM53, RM35 dan juga RM15. Apa yang korang perlu buat, cuma tunjukkan gambar baucar dekat bawah ni ketika di Booth Jus Qalbi Al - Ehsan. So korang download siap siap gambar dekat bawah ni dan simpan dalam telefon. Nanti tunjuk aje gambar baucar tu dah korang akan dapat potongan harga yang berganda ganda. Ha best ke idok ni? Heheh. 
Jus Qalbi Al Ehsan

Jus Qalbi Al Ehsan

Jus Qalbi Al Ehsan

Jus Qalbi Al Ehsan
Ingat tau korang, kawal kolestrol baru lah sihat. Hehe. Untuk makluman yang lebih lanjut tentang Jus Qalbi Al Ehsan ni, korang boleh menghubungi atau WhatsApp nombor telefon dekat bawah ni. Nak lagi mudah korang boleh terus follow Instagram dan like Facebook Jus Qalbi Al Ehsan ni. So kalau korang berkesempatan ke Pameran MAHA nanti, jangan lupa tau singgah ke Booth Jus Qalbi Al Ehsan yang terletak di Hall C (D18). 
WhatsApp : 018-373 9021 | 017-730 0366 | 012-646 0421

Giveaway Miniature Photography by Waza Studios

Assalamualaikum & Hello.
Giveaway Miniature Photography
klik SINI untuk join 

Surprise Delivery di Jerantut & Sekitarnya

Assalamualaikum & Hello.
Zaman sekarang ni memang ramai yang gunakan khidmat suprise delivery untuk bagi dekat orang tersayang kan. Sepupu Nani ni pun baru aje buat servis Chocolate Bouquet ni hah dan sesuai lah kalau nak hadiahkan buat yang tersayang. Tak kisah lah sempena nak sambut hari lahir ke, ulang tahun perkahwinan ke atau pun saja saja nak bagi dekat yang tersayang kan. Heheh. Jadi untuk yang tinggal di sekitar bandar Jerantut, Jengka dan sekitarnya boleh lah kalau nak buat tempahan gubahan coklat daripada sepupu Nani ni. Buat masa sekarang cuma ada servis dekat Pahang aje dulu, luar kawasan Pahang belum lagi. Harga cuma dalam RM30 - RM50 sahaja. Murahkann uolsss. Selalu yang Nani jumpa mesti letak rate harga dalam RM70 ke RM80 ke atas tau. So kalau nak buat tempahan boleh hubungi, WhatsApp : 017 939 0395 [Najwa]
Nani tengok sepupu buat gubahan ni pun rasa berbaloi lah dengan harga tu. Iya lah, bukan senang nak gubah tu dengan harga barang yang boleh katakan sekarang mahal lagi. Untuk orang yang berseni, memang sekejap aje lah kan dah siap. Kalau Nani yang buat ni mahu makan hari baru siap. Hahah! I is bukan orang yang KRAFTANGAN tapi KERASTANGAN. Eh πŸ˜‚
Surprise Delivery di Jerantut & Sekitarnya
Kalau yang tersayang dapat sejambak gubahan coklat macam ni, memang sah sah dia senyum sampai telinga kan. Siapa tak suka dapat coklat macam ni. 
Surprise Delivery di Jerantut & Sekitarnya
 Korang boleh request nak Chocolate Bouquet ikut bajet yang korang ada. Nak minta hantarkan terus kepada yang tersayang pun boleh. Kalau dekat, nak self pick up dekat Bakery pun boleh, tak ada hal. Boleh pm tepi, kita runding sampai puasa hati. Heheh πŸ˜„
Surprise Delivery di Jerantut & Sekitarnya
Untuk minggu ni ada promosi tau, boleh dapatkan dengan harga serendah RM30 ringgit aje. Start minggu depan, harga dah lain. So jangan lepaskan peluang tau untuk dapatkan harga promosi ni hah. Rugi uolsss kalau terlepas tawaran istimewa ni.
Surprise Delivery di Jerantut & Sekitarnya
Untuk korang yang nak buat tempahan Chocolate Bouquet ni boleh terus aje WhatsApp lelaju nombor telefon yang tertera dekat bawah. Tempahan boleh dibuat seawal tiga hari tau, jangan last minute pulak nanti tak sempat nak siapkan tempahan gubahan coklat korang tu. Jom gembirakan hati yang tersayang dengan hadiahkan gubahan coklat yang macam dekat atas ni.
WhatsApp : 017 939 0395 [Najwa]

Nasi Lemak

Assalamualaikum & Hello.
Dah masuk tengah hari baru terkial kial nak update entry. Biasalah bila dah cuti sekolah ni, semua ada dekat rumah pulak, macam macam hal nak kena buat dulu. Korang ada plan ke mana mana ke cuti sekolah ni? Sekarang cuaca tak berapa menentu, sekejap hujan, sekejap panas, kalau nak berjalan pun kena rancang bebetul kan. Nani tak ada plan nak ke mana mana pun, cuma weekend ni aje ada Family Day dekat Kuantan. Yeeehaaa! Takzabaaaar nak ambil udara pantai. Harap harap cuaca nanti elok elok lah, kalau tak jangan berangan lah nak fefeeling duduk tepi pantai kann. Hehe. Lepas pada Family Day tu rasanya memang duduk rumah aje kot, tak ada pun merancang nak ke lain. Lagipun dah rancang nak ke Penang bulan satu nanti jadi kena lah jugak jaga kewangan tu. Kehkeh :p
Pagi ni sebab Cikgu Roslina dah mula bercuti daripada mengajar dan mendidik anak bangsa, awal awal pagi lagi ibu dah dekat dapur masak nasi lemak. Semerbak bau nasi lemak pagi ni, terus buat perut rasa lapar. Hahaha! Sedapnya lahai dapat makan nasi lemak air tangan ibu sendiri. Nani sebenarnya dah jemu sangat makan breakfast yang beli, sampai kan kadang tu skip aje breakfast sebab dah tak tahu nak makan apa. Hahaha! Ni ibu dah cuti hah tak payah dah nak membeli, makan aje apa yang ibu masak tu kan. Heheh :)

Segmen Jom Tambah Follower By Shuhaida Kabdy

Assalamualaikum & Hello.
klik SINI untuk join 

Aiskrim Gulung

Assalamualaikum & Hello.
Sejak bila entah aiskrim gulung ni mula jadi viral dan Nani ni tersangatlah tak boleh tengok sejenis makanan yang pelik pelik hatta aiskrim sekali pun. Laju je okeh deria tekak ni nak rasa. Dulu masa Nani pergi makan dekat Kopi XOXO Bangsar, memang ada asikrim gulung ni tapi sebab masa tu macam overload gila makanan so cancel. Iya lah kang banyak banyak sangat order tak habis rugi. Cadangnya nak pergi lagi makan dekat situ sekali dah berpindah ke Bangi pulak jadi lupakan niat nak makan aiskrim gulung. Dekat area tempat Nani ni ada jugak orang jual aiskrim gulung tapi yang buat tu Chinese. I is sangatlah ragu ragu nak membeli even ada tulis halal dekat situ. Heheh. 
Baru ni kan berpeluang ke Langkawi, ada sehari tu kiterang jalan jalan dekat Zon Bebas Cukai (area Pantai Cenang) terjumpa lah abam jual aiskrim gulung ni hah. Bayangkan tengah sibuk sibuk beli coklat sikit, tetiba ternampak aiskrim gulung. Terus lelaju pergi dekat situ, tengok perisa aiskrim gulung yang ada dan order (without knowing the price) Tengah ralit tengok that guy buat aiskrim gulung, baru lah Nani tanya harga aiskrim gulung. Sekali dia jawab...
Aiskrim Gulung
RM10 untuk satu bekas ni. Tak tahu nak nangis ke nak apa masa tu? Hahahaha! Bila mana engko dah terlalu excited, memang terus lupa semua benda. Tapi sebab dah terlanjur order, bayau je lah kan. Rezeki dia untuk hari tu. Heheh. Tak sia sia okeh bayar RM10 untuk satu bekas aiskrim ni sebab aiskrim ni sedap sangat. Topping dekat atas tu boleh pilh nak letak ke tak, harga tetap sama seploh ringgit. Haruslah pilih kan nak letak topping tu sebab dah bayar mahal mahal. EH 😁
Rasanya sekarang ni pun dah banyak tempat yang jual aiskrim gulung ni tapi tak pasti lah harga nya berapa ringgit. Yang Nani pernah jumpa dalam RM5 ++ macam gitu lah (ikut jenis aiskrim gulung) Nani hari tu pilih oreo, ada jugak strawberry, coklat dan macam macam lah lagi. Menariknya boleh lah tengok secara live macam mana dia buat aiskrim gulung ni hah. Korang dah pernah makan? 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page