Cuti Umum

Assalamualaikum & Hello.
Semalam tengok tengok kalendar, baru sedar tak lama dah nak cuti sempena Hari pertabalan Agong dengan Hari Pekerja. Nani tersangaaatlah laju bab bab cuti ni okay! Hahaha! Lagi lagi bila sekarang sibuk mengahadap bertimbun timbun kerja. Elok submit satu, datang lagi satu assignment. Semoga diberi kekuatan yang luar biasa lah nak hadap lagi enam assignments ni hah. Eh dalam sibuk sibuk pun sempat jugak cari masa sikit nak update entry. Tak sabar sebenarnya nak submit semua assignments ni supaya boleh bercuti dengan tenang nanti. Sebab ada dua minggu berturut turut weekend tu cuti lama sikit, terus otak laju laju fikir nak ke mana. Ingat cuti Pertabalan Agong nak balik Pahang sekejap, minggu lagi satu tu masih lagi merangka rangka nak ke mana. Sebenarnya bukan lah nak bercuti sangat pun, dapat lari sekejap daripada semua kerja ni dah ok. Kalau dapat pergi tempat yang ada pantai pun macam best ni. Eh? 😆 Mungkin nak check in mana mana hotel aje, 
Sekarang lagi lah terasa nak berehat. Huhu. Physically & mentally totally drained. Tapi itu lah lumrah belajar kan, awalnya pahit insha Allah penghujungnya nanti akan ada kemanisan yang menanti. Selalu pegang pada kata kata ni bila rasa down tak pun rasa penat dengan macam macam kerja. Sikit aje lagi Nani, tak lama dah nak jumpa garisan penamat :")
Rindunya Langkawi. Hahah! Sesuatu sangat buat throwback tempat tempat pergi bercuti hari tu. Duit tabung tak penuh lagi kalau nak pergi bercuti, kena tunggu hujung tahun baru lah boleh plan nak jalan jalan jauh sikit. Heheh. Berjalan tempat orang ni memang best, lagi lagi kalau pergi dengan family tak pun kawan kawan. Fuh! Perasaan dia bila dapat pergi bercuti tu, macam dah tak ingat jalan nak balik. Hahaha! Korang pulak dah ada plan ke nak pergi mana cuti umum tak lama lagi ni? 😊 

Samyang | Sedap Sangat Ke?

Assalamualaikum & Hello.
Samyang ni dah lama sangat viral dekat Malaysia tapi baru baru ni terjebak nak makan. Dulu dah pernah lah rasa sekali, itu pun seurat tu aje. Hahah! Sebenarnya Nani tak suka sangat Samyang ni sebab dia punya maggi tu jenis yang kembang dan besar. Hari tu beli sebab kawan Nani jual. Mesti lah nak support sikit kan bisnes kawan. Beli sebungkus terus lah masak, itu pun tak habis okayy! Makan dua tiga sudu lepas tu bagi dekat orang lain. Tekak ni memang tak boleh terima sangat Samyang ni hah walaupun sana sini cakap dia sedap. Boleh tahan jugak lah pedas cuma kalau maggi dia tak kembang sangat, lagi sedap kot. Demand betul eh, makanan segera pun sibuk nak complain bagai. Hahaha! Setahu aku sekarang dah ada banyak jenis Samyang ni, cheese lah, lepas tu cool apa benda entah. Tak tahu sangat sebab tak berapa minat. 
 Kawan Nani siap bersungguh lagi cakap kalau makan sebungkus ni memang kenyang sampai ke malam. Sebab hari tu sebungkus ni pun tak mampu nak habiskan jadi nya tak tahu lah betul ke tidak kenyataan yang dia buat tu. Ehehe. Tapi sebungkus ni memang banyak pun, padanlah dengan harga dia kan. Kalau tak silap Nani lah, sepakat besar Samyang ni dalam RM25 kot. Fuhhhh! 
Setakat ni Nani pernah rasa yang original ni aje, yang lain lain tu tak pernah lagi. Roomate ni selalu jugak offer nak bagi rasa tapi laju laju aku tolak. Lol 😆 Kalau dah tak minat tu memang tak boleh nak paksa paksa walaupun yang dia offer tu free of charge. Hari tu masa rasa yang mula mula dulu tak ada lah sampai berair mata. Mungkin sebab seurat je kan, apa lah sangat. Kali ni ambik, sampai merah bibir aku. Tapi pada Nani, maggi yang selalu makan tu jugak sedapnya. Tekak ni pun bukan boleh sangat terima makanan yang pelik pelik. Hahah! Korang dah pernah makan ke Samyang ni? Sedap ke tidak? 

Homemade Pizza

Assalamualaikum & Hello.
Weekend baru ni tersangatlah produktif okay, tiap hari ada discussion dari pagi sampai ke malam. Fuh! Dah rasa macam weekdays pun ada jugak. Bagus jugak bila sibuk dengan discussion ni, tak ada lah duit mengalir untuk benda yang tak berapa nak berfaedah tu. Hahah! Tapi tu lah bila sibuk sangat (termasuk lah weekend pun ada kerja) memang otak tu rasa berat betul. Pantang baring aje, terus terlena walaupun sekejap. Sebab tak keluar ke mana mana weekend baru ni, tak ada lah sangat cerita yang best nak kongsi dengan korang. Ingatkan nak keluar jugak pergi makan Pizza Hut tak pun Domino's tapi tak ada pulak masa yang sesuai. Tapi sebab tekak menggedik nak makan pizza, kita cari lah homemade pizza yang dekat cafe sini. Jangan lah korang fikir homemade pizza ni Nani yang buat. Memang dah serik rasanya nak buat lagi lepas tak menjadi hari tu. 
Taraaa! Walaupun tak setaraf Pizza Hut atau pun Domino's tapi sedap lah jugak Hawaiian Chicken ni. Makan pulak time tengah panas panas tu, memang layan. Sesekali makan homemade pizza kan, apa salahnya. Lagi sedaap dari Pizza Hut pun iye jugak Nani rasa, sebab dia punya pizza tu lembut sangaat. Ini yang rasa hari hari nak makan pizza dekat cafe. Kah! 😆
Lapan slices pizza ni cuma RM13. Standard lah kan harga macam tu, kongsi berdua lagi jimat. Kenyang sampai ke malam okay makan empat keping pizza hari tu. Mula mula dulu, asyik tengok aje orang beli sebab takut tak sedap. Sekali dah cuba, rasa nak repeat order pulak hari hari. Hahah! Time tengah busy dengan segala assignment yang bertimbun ni, tak ada masa sangat nak fikir makan dekat luar. Apa yang ada dalam uni ni, kita makan aje. Heheh. Korang pulak ke mana weekend baru ni? 

Giveaway Sunway Lagoon Ticket by Miamorzafirah

Assalamualaikum & Hello.
Giveaway Sunway Lagoon Ticket by Miamorzafirah
klik SINI untuk join 😊

Jom Bali di Wangsa Walk

Assalamualaikum & Hello.
Baru ni habis aje tengok movie Kimchi Untuk Awak, terus cari tempat nak makan dulu. Sebab tayangan movie tu awal tak sempat lah nak makan dulu sebelum masuk dalam wayang. Heheh. Mula mula Nani dah duduk dekat Teh Tarik Place tau lepas tu tengok tengok menu macam tak berapa nak best sangat, kita orang terus bangun cari tempat makan lain. Hahah! Payah betul bila bab nak makan ni. Nasib baik masa tu pelayan dia tak datang lagi nak ambil order. Jalan punya jalan, sudahnya Nani dengan kawan masuk ke Jom Bali. Dekat Jom Bali ni ada banyak sangat pilihan makanan, dari makanan melayu sampai lah ke western pun ada. Pilih aje mana yang tekak tu rasa nak makan. Heheh. Kalau sebelum tu tak tahu nak makan apa dekat Teh Tarik Place, ni dah masuk Jom Bali pun sama jugak tak tahu nak makan apa sebab banyak sangat pilihan yang ada 😆
Jom Bali di Wangsa Walk
Jom Bali ni ada banyak sangat cawangan dia orang. Nani pun baru pertama kali makan dekat sini, sebelum sebelum ni lalu aje. 
Jom Bali di Wangsa Walk
 Mee rebus dekat sini sedap lah, kuah pekat sangat lepas tu siap ada daging lagi. Cuma kalau ada cili potong lagi layan. Semangkuk mee rebus ni kalau tak silap Nani dalam RM12.90 macam tu lah. Portion banyak sangat sampai tak terhabis hari tu. 
Jom Bali di Wangsa Walk
Kawan Nani pilih nasi lemak dengan kari ayam. Untuk yang ni, Nani tak ingat pulak berapa harganya. Sorry korang. Heheh. Kari ayam dia tu pun sedap jugak. Memang Nani puas hati lah menu dekat Jom Bali ni, lain kali boleh lah repeat lagi makan dekat sini. Kalau korang nak makan dekat Jom Bali di Wangsa Walk ni boleh cari dekat level bawah tu. Jom Bali ni dekat dengan Texas Chicken & Hokkaido Cheese Tart. Korang pernah makan dekat Jom Bali? 
p/s : Dah siap makan boleh pulak terserempak dengan Nazim Othman tengah busking dekat dengan Restoran Jom Bali ni hah 😉 

Tersalah Naik Tren!

Assalamualaikum & Hello.
Kisahnya hari tu nak ke Pulau Ketam, Nani dengan dua orang lagi kawan gerak ke sana pagi Sabtu lepas habis program universiti. Konon nya kali ni tak nak naik KTM dekat KL Sentral untuk ke Pelabuhan Klang, nak naik dekat Subang Jaya terus. Kita orang bertiga pun direct lah naik LRT dari Gombak terus ke Subang Jaya dan dekat sana tukar naik KTM. Naik LRT terus ke Subang Jaya sebab masing - masing cakap LRT laju sikit, kalau KTM nanti lambat. Sampai dekat Subang Jaya, tengok platform tu macam dah betul so turun lah dengan rileks rileks aje, sebab masa tu tak sedar lagi yang KTM dah ada. Bila dah separuh anak tangga, baru nampak ada ramai orang keluar dari KTM. Kita orang pun apa lagi, berlari lari lah nak kejar KTM tu. Faham aje lah kan, kalau dah terlepas satu train, next train tu nak kena tunggu lagi 45 minit. Fuh, lama kot kalau nak kena tunggu. 
Sumpah masa tu malu gila sebab ramai orang tengok kita orang berlari lari semata mata nak kejar train. Gigih gila kan sebab nak kejar train. Lepas tu elok aje kawan Nani dua orang tu dah masuk dalam KTM, terus pintu train tu tertutup. Nani pulak tak sempat nak masuk lagi weh time tu. Dalam kepala satu aje "aku nak kena tunggu train lain." Sekali ada makcik tu dia jerit "dik, cepat tekan butang tu!" Hahahah! Kalau ingat balik benda ni memang gelak sakan. Memang buat drama betul lah 😆 Dan mujurlah pintu tu terbuka, terus laju laju masuk lepas tu guess what?! Ramai gila orang pandang. Pffft! Elok train dah gerak, terus jalan cari coach wanita. Tak sanggup nak jadi perhatian orang. Kah!
Lepas tu dah masuk coach wanita still lagi gelak gelak sebab teringat drama sebabak yang kita orang bertiga buat. Dengan dia orang berdua masa tu gigih nak halang pintu train tu tertutup. Lol 😆 Pintu tu automatik memang tak lah nak halang pulak kan. Hahahhaha! Adoi. Dah lama train bergerak, tiba tiba kawan Nani cakap "apesal train ni ke belakang balik?" Masa tu dah lepas dua stesen baru sedar yang kita orang tersalah platform. Bayangkan, dah lah buat drama sebabak sebelum tu tiba tiba tersalah naik train pulak. Kita orang pun tukar lah platform dekat mana entah masa tu. Dah turun, sekali lagi berlari lari nak kejar train yang dah sampai dekat platform sebelah sana. Kali ni tak ada lah dah buat drama sebabak sebab masing - masing sempat masuk dalam train. Hahah! 
Rasa macam 'mencabar' betul naik KTM kali ni. Hahah! Dengan berlari lari lagi dekat Stesen KTM, memang dah macam pergi merentas desa pulak 😆 Tak pernah pernah buat kerja macam ni hah, tapi gara gara tersilap platform terus jadi entah apa - apa. Nasib baik tak drag banyak sangat masa sebab tiap kali sampai Stesen KTM tu, terus ada train (cumanya tersilap naik aje. Lol). Tak tahu lah apa masalah hari tu, tak nampak platform ke apa entah tiba tiba aje pergi salah naik. Nasib baik sedar awal tersalah naik KTM, kalau tak sia - sia oi patah balik ke belakang. Hahah! Alhamdulillah selamat jugak sampai ke Pulau Ketam tengah hari tu walaupun macam macam hal jadi. Korang pernah ke tersilap naik KTM atau LRT? 😀




Segmen Blogwalking Janji Kita

Assalamualaikum & Hello.
Segmen Blogwalking Janji Kita
klik SINI untuk join 😊

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page