Assalamualaikum & Hello.
Sebelum ke Penang haritu ada jugak plan nak cari hotel area Batu Feringghi ni tapi lepas tengok harga per night ha laju laju cancel. Biasa lah kan hoteal area pantai ni mahal sikit daripada hotel hotel lain. Even tak dapat menginap dekat hotel area sini, tapi dapat jalan jalan pun dah syok apa. Nani pergi pagi so macam tak ada apa sangat. Orang meniaga pun nan hado tambah pulak masa tu weekdays kan. Pak cik driver bas tu pun sebenarnya dah bagi tahu eloknya pergi petang ke sini sebab meriah sikit tapi sebab Nani dah plan nak ke tempat lain sebelah petang, tu yang pergi jugak pagi. Pagi pun ramai jugak orang area pantai ni cuma orang menjual tak ada lah sangat. Heheh. Lagi pun tak kisah sangat kalau tak ada orang menjual, sebab tujuan utama pergi Batu Feringghi ni nak main air.
Cantikkk sangat kawasan pantai dekat sini, kalau dapat tengok hari hari memang best woo π Nani hari tu memang tak teringat langsung nak bawa baju ke apa ke. Bila dah sampai sana tengok orang syok mandi, jeles jugak lah. Hahah! Terus rasa menyesal tak bawak baju. Sudahnya jalan jalan aje dekat gigi gigi air. Cewaaah! π Tapi kalau dah dapat main air tu, dari celup celup kaki aje memula sudahnya basah jugak lah seluar. Gitu lah gaya orang jarang jumpa pantai.
Selfie satu kali. Jauh jugak kiterang berjalan hari tu. Gigih sangaaat lepas tu nak patah balik mula lah mengeluh tak larat π
Dah penat jalan jalan haruslah perut pun lapar kan. Tambah pulak pagi tu cuma makan roti canai sekeping. Nani dengan kawan makan dekat restoran depan Hotel Hard Rock, ingat nak cari laksa sekali tak siap lagi so order lah char kuey teow. Sepinggan ni RM8 tapi berbaloi jugaklah sebab sedap dan banyak udang, kerang apa semua tu.
Already miss this view. Tenang sangaaat. Dekat sini ada macam macam aktiviti boleh buat macam berkuda, naik bot, parasailing, yang penting kena ada duit aje. Ehehe. Hari tu ada jugak keinginan nak main parasailing tu tapi macam seram seram sejuk pulak. Hahaha! Biasalah I is kan selalu fikir benda yang bukan bukan π Memang enjoy datang sini, dengan angin sepoi sepoi bahasa, bunyi ombak lagi, memang layaaan. Next time kalau ke Penang, boleh lah pilih menginap dekat hotel area sini pulak. Heheh. View memang lawaaa π