Salam Aidilfitri

Assalamualaikum & Hello.
Fuh seminggu beraya, seminggu jugak tak update blog. Mood Raya tu kemain menebal lagi tahun ni sebab dapat cuti lama. Nani macam biasalah setiap tahun beraya dekat Pahang sebab abah dengan ibu dua dua orang Pahang. Rumah Nani pun dekat Pahang so tak ada lah jauh sangat perjalanan nak balik kampung tu. Kadang kadang kita orang beraya aje dekat rumah sendiri lepas tu pagi Raya baru balik kampung. Gitu. Memandangkan tahun ni Nani dapat cuti awal, dapatlah buat banyak sikit kuih Raya. Hahah! Rajin sangat kan 😆 Lepas tu dalam tiga hari sebelum Raya kot, ajak abah dengan ibu buat lemang sendiri. Sebelum sebelum ni selalunya buat dekat kampung, kali ni buat sendiri dekat rumah Nani. Serius seronok dan puas hati dapat makan lemang air tangan satu family. Dari cari buluh sampai lah ke membakar lemang, semua homemade tau. Menu pagi Raya pun tahun ni lain daripada yang lain sikit sebab makcik Nani buat nasi minyak dengan kari kambing. Tapi satu gambar pun nan hado sebab pagi Raya tu busy 😆
Satu - satunya kad Raya yang Nani dapat tahun ni. Heheh. Thank you Shida Radzuan sudi kirimkan kad Raya untuk Nani. Tahun ni tak sempat nak tempah pun kak Raya sebab banyak sibuk dengan hal lain yang nak kena uruskan. 
Lemang yang kita orang satu family buat hari tu. Tiga kilo beras pulut, dapatlah dalam sembilan batang lemang. Nani ni duduk taman perumahan dan sangatlah jarang ada orang bakar lemang dekat sini. So tiap kali orang lalu mesti orang akan tegur abah. Hahah! Ada tu siap tanya yang kita orang ni menjual lemang ke. Aiyo terhibur Nani yang dekat dalam rumah ni dengar. Seronok okay buat lemang sendiri ni sebab dapatlah jugak tahu macam mana nak buat kan. Esok esok kalau orang tua dah tak ada, at least dah tahu macam mana nak buat sendiri. 
 Semalam baru dapat makan ketupat palas dengan rendang daging. Rezeki betul ada kawan bagi ketupat palas ni. Dekat area Pahang susah nak jumpa ketupat palas. Selalu dia orang buat ketupat yang biasa tu aje. Nani pulak kalau dekat rumah memang ketupat segera tu je lah jawab dia. Tak pernah menganyam sendiri. Tahun depan mungkin boleh try menganyam ketupat pulak. Hahah! 
 Brownies with salted caramel. Yang ni homemade jugak tapi mak cik lah yang buatkan. Pagi Raya memang meriah dengan macam macam makanan sampai kan tak tahu nak makan yang mana satu. Paling best sebab dapat jumpa saudara mara yang dah lama tak berjumpa tu kan. 
Ini pun seronok jugak sebab masih lagi layak menerima duit Raya. Selagi masih bujang katanyaaa. Dapatlah beli KFC buat makan dengan adik beradik. Hahah! Thank you yang sudi hulurkan duit Raya tu, semoga dimurahkan lagi rezeki kalian selepas ini.
Di kesempatan ni, Nani nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidifiri, Maaf Zahir & Batin seandainya ada tulisan atau pun perkongsian dan jugak komen komen Nani selama ni yang menyakitkan hati kalian. Minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki ye :") Walaupun ramaaai yang Nani tak pernah jumpa pun tapi tetap jugak rasa macam dah lama gila kenal. Semoga lebaran kali ini memberikan 1001 kebahagiaan buat kita semua. Kosong - kosong okay! Minggu ni mesti banyak nak kena memenuhi undangan open house pulak kan. Siapa ada buat open house tu boleh lah ajak. Eh eh 😆

Homemade Biskut Raya

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Dah semakin terasa bahang nak sambut Aidilfitri ni kan. Radio pun dah mula mainkan macam macam lagu Raya. Nani macam biasa lah, sehari sebelum Raya baru balik kampung. Heheh. Korang pulak balik kampung bila? Apa apa pun, hati hati di jalan raya okay! Tahun ni sebab Nani cuti awal, buat kuih Raya pun awal lah jugak. Rajin dia lain maciam betul kali ni. Ehem. Mula mula nak buat empat jenis tapi bila dah tengok dengan kuih tunjuk lepas tu kuih yang orang sedekah dah banyak, so diskaun satu. Kita buat tiga jenis aje okay! Tiga jenis pun bila buat sensorang diri, rasa nak menangis hah. Hahah! Letih jugak lah tambah pulak bila buat time siang dengan bau yang semerbak tu dapat bayangkan tak macam mana. Tergugat iman lagi lagi time buat cookies. Heheh. 
Biskut Mazola
Biskut mazola ni fav abah Nani. Baru ni first time try buat sendiri. Tengok resepi macam senang sangat nak buat, sekali jauh tersasar dengan apa yang Nani fikir. Hahah! Tak susah mana cuma nak buat tu ambil masa yang lama. Tapi bila buat sendiri memang berbaloi baloi lah sebab cukup semua rasa. Nanti ada masa Nani kongsikan resepi buat biskut mazola ni okay! Sekarang ni punya lah malas nak buat entry blog. Mood nak Raya sangat kaaan! 😆
Chocolate Chip Cookies
Biskut ni yang paling senang dan cepat nak buat. Heheh. Cuma bahan nak buat tu agak banyak dan mahal. Tahun ni Nani rasa harga barang nak buat biskut macam mahal sikit. Nangis nak bayar. Hahah! Korang kalau nak resepi Chocolate Chip Cookies boleh tengok SINI. Sedap tau korang cookies macam ni lepas tu crunchy pulak. Try lah buat, nak makan bila bila masa pun sesuai aje. 
Cornflakes madu ni antara yang paaaaaling wajib buat setiap tahun. Paling simple dan sedap. Hahah! Biasanya cornflakes madu ni antara yang laku keras dekat rumah. Dua kotak cornflakes tu pun dah boleh dapat banyak. Nani selalu guna tiga bahan aje nak buat, cornflakes, madu dengan butter. Ada sesetengah orang suka tambah gula lagi. Nani tak tambah pun sebab nanti extra manis tak sedap jugak. Heheh. Tiga jenis ni aje yang Nani buat, lain lain semua Nani tunjuk aje. Mak cik pulak jual biskut Raya, hah lagi lah mudah kan. Apa apa pun, semoga lebaran kali ini memberikan 1001 kebahagiaan buat kita semua. Ramadhan masih lagi berbaki beberapa hari ni, jom kejar untuk buat kebaikan! 😊

Menu Ramadhan

Assalamualaikum & Hello.
Berbaki seminggu aje lagi kita akan berpuasa. Kali ni Nani rasa macam sekejapnya masa berlalu, sedar sedar tinggal beberapa hari aje lagi nak sambut Hari Raya. Yang bestnya Ramadhan kali ni sebab dapat berbuka puasa dengan family hampir setiap hari. Kebetulan dapat cuti awal, memang seronok sungguh lah. Serius korang, Nani dah lama sangat tak dapat berbuka macam ni sejak tiga empat tahun lepas. Selalunya dapat balik pun bila nak dekat dengan Raya dah. Kali ni bila dapat berbuka dan bershaur dengan family, memang feel dia lain macam betul. Cuma itu lah, bila dah penghujung Ramadhan ni, dah mula dah fasa tak tahu nak masak menu apa untuk berbuka apatah lagi bersahur. Hahah! Siapa alami benda ni jugak? Nani tiap kali fikir nak berbuka apa, mesti macam tepu sekejap otak. Awal awal dulu banyak jugak teringin itu ini, sekarang sampai dah tak tahu menu apa yang boleh dimasak lagi. 
Motip sangat tayang gambar makanan tengah puasa macam ni 😆 Boleh lah kita throwback sikit sikit, mana tahu boleh bagi ilham untuk masak menu berbuka petang nanti. Gituu! Ada yang kecur air liur ke tengok udang dekat atas tu? Hehhe. Abah Nani lah beli sekilo RM25 kot ke RM15 entah, lepas tu terus lah buat masak lemak campur peria. Macam biasa, haruslah peria tu tak berapa nak laku sangat. 
 Minggu lepas ada sekali tu kiterang membeli aje dekat bazar Ramadhan sebab dah tak tahu sangat nak masak apa. So, dapatlah ayam percik (ambil bahagian kepak aje). Selalunya kalau beli lauk dekat bazaar ni mesti cari orang yang dah biasa beli aje. Bukan apa, takut terkena yang tak sedap membazir pulak tak habis kan. 
 Ini pun lauk beli jugak. Heheh. Rumah Nani jarang sangat masak pajeri nenas sebab tak semua pun makan. Kalau pajeri terung (opor terung) peh berebut rebut semua. Walaupun kadang kadang berbuka lima orang tapi kecoh dekat meja makan tu mashaAllah 😆 Taksabar tunggu Sabtu ni sebab berbuka dekat kampung dengan satu keluarga besar. Yayy! 
Hari tu balik kampung nenek Nani buatkan kuih tako (tak sure ejaan dia macam mana). Hahah! Mula mula Nani ingatkan tepung pelita tau, tapi sebenarnya bukan. Kuih ni macam adik beradik tepung pelita lah. Ha gitu. Rasa dia lebih kurang sama aje, manis dan rasa berlemak gitu. Korang ada yang pernah makan ke kuih tradisional ni? 
 Sambal paru berlada. Fuhh yang ni paling sedap. Makan dengan nasi panas panas memang layan. Hahah! Nani kalau masak sambal ni, paru tu goreng dulu sampai garing lepas tu baru masukkan dalam sambal. Baru lah rangup aje paru tu nanti. 
Kuey teow goreng ni bukan masak untuk berbuka tapi untuk moreh. Heheh. Rumah Nani ni kalau berbuka mesti semua nak makan nasi. Jarang sangat buat mee goreng ke kuey teow goreng ke. Ini lah antar menu menu sepanjang berpuasa kali ni. Ada banyak lagi tapi tak ambil gambar pun. Hahah! Ada masa malas sangat, buka phone pun malas. Ini berbaki lagi beberapa hari Ramadhan, kena lah bagi otak kerja keras sikit menu untuk berbuka puasa dan sahur. Selalu sahur tak ada masalah sangat, simple simple pun makan jugak. Berbuka ni yang payah sikit kan. Heheh. Korang  pulak selalu berbuka puasa masak sendiri ke atau beli dekat luar?



Biskut Raya | Buat ke Beli?

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Saja nak sembang sembang kosong hari ni. Korang dah settle ke semua persiapan Raya? Nani memang tiap tahun minta mak cik yang jahitkan baju, jarang beli baju ready made kecuali jubah. Tahun ni tak ada lah persiapan beria sangat pun, sama macam tahun sebelum ni jugak. Bersederhana kan lebih baik. Gitu 😊 Baju semua dah settle, kuih Raya belum lagi. Tahun ni Nani macam lambat sikit start enjin nak buat biskut Raya. Hahah! Selalunya awal awal dah dalam kepala fikir nak buat cookies apa. Kali ni entah lah, macam kelaut sikit nak buat biskut Raya sendiri. Memang Nani ada jual jugak cookies Raya, tapi yang tu makcik Nani yang buat. Nani tolong jual aje sikit - sikit. Heheh. Mungkin hujung minggu ni baru nak start buat biskut Raya. Will see menjadi ke tidak weekend ni kan.

Semalam baru fikir nak buat biskut mazola. Nani panggil biskut mazola, ada jugak sesetengah orang yang panggil biskut kacang. Dah lama tak buat biskut tu, kena lah mengoogle balik resepi. Itu satu lah kot plan nak buat lain lain yang simple macam biasalah cornflakes madu dengan popia cheese. Kalau ada masa extra buat cookies chocolate chip. Haaa, memang kemain seronok dia listkan nak buat macam macam jenis kuih Raya tu kan tapi tak tahu lah menjadi ke tidak tu nanti. Nani ni spesis kalau datang time rajin dia, bersungguh nak buat. Tapi time malas memang satu apa pun tak nak buat. Hahah! Korang kalau ada resepi kuih Raya yang simple boleh lah drop link dekat bawah. Mana tahu ada masa, boleh tambah lagi kuih Raya nak buat. Eh eh 😆
Gambar atas ni sebagai hiasan aje okay. Ini salah satu biskut Raya yang Nani jual tapi area Pahang aje lah. Ada yang minta pos kan tapi Nani tak berani lah. Takut nanti sampai dekat korang jadi serdak je, kesian pulak. Tak nak tanggung risiko sebab cookies ni lembut sangat tekstur dia. Heheh. Korang dah plan ke nak buat kuih Raya apa? Ke main tunjuk tunjuk je. Nani ni pun plan memang macam gempak tapi end up nanti kuih tunjuk je tambah pulak mak cik Nani jual kuih Raya kan. Hahah! Untung ada mak cik yang jual biskut Raya ni sebab macam macam jenis kuih boleh makan. Ehehe. 
Weekend ni boleh lah kan habiskan saki baki persiapan yang tak siap lagi tu. Rasanya ramai lah kot yang akan start buat biskut Raya. Kalau korang rasa nak buat cornflakes madu dengan cookies chocolate chip boleh lah tengok resepi Nani dekat sidebar. Simple je awak resepi Nani, sebab kalau yang complicated Nani pun malas nak buat. Hahah! Harap harap harga bahan nak buat kuih Raya, tak naik lagi lah. Heheh. Korang nak buat kuih Raya apa tahun ni? 

Drama Andainya Takdir

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Alhamdulillah hari ni dah genap 19 hari kita berpuasa. Sedar tak sedar, dah hampir ke 10 malam terakhir kita ni. Sekejap je kan korang masa berlalu. Awal puasa hari tu bertenaga lah jugak Nani, dah nak dekat hujung ni mashaAllah dia punya letih tu. Kadang lepas maghrib rasa nak tidur terus pun ada. Hahah! Tapi nan hadonya eh nak buat macam tu. Dua tiga hari ni cuaca panas kemain (dugaan bulan Ramadhan). Siap mandi pun boleh berpeluh lagi. Duduk dalam rumah pun berbahang aje rasa tambah pulak rumah Nani ni bila petang menghadap cahaya matahari. Ibu dengan abah Nani pun berbuka, air bergelas gelas minum. Heheh. Sebab cuaca panas terik, tekak pun dahaga sangat. Cikgu pulak kan. dekat sekolah memang sah lah banyak bercakap sebab nak mengajar. 
Macam dah terlari sangat pulak dengan tajuk dekat atas tu 😆 Sepanjang bulan Ramadhan ni, rajin pulak Nani layan drama Andainya Takdir. Selalu kalau dulu dulu habis aje terawih, memang balik terus tidur. Hahah! Kali ni siap terawih, terus duduk depan tv nak tunggu drama Andainya Takdir. Shukri Yahya kot berlakon, gila tak tengok. Fav actor lah katakan. Kalau sebelum ni watak dia selalunya sweet tahap potong kaki & baik baik aje kan, macam dalam drama 7 Hari Mencintaiku tu dulu. Masa drama tu dulu aku pulak yang stress tengok dia kemain sabar isteri buat jahat dekat dia. Kali ni lain daripada yang lain sangat watak yang Shukri Yahya ni bawa. Tiap kali tengok Andainya Takdir, tak pernah komen yang murni murni aku bagi. Mesti sumpah seranah dengan watak dia. Hahah! 
Drama Andainya Takdir
Dah macam mana tak bengang bila watak dia asyik asyik cemburu dengan isteri dia yang berbual dengan lelaki lain. Masalahnya bukanlah berbual kosong pun tapi sebab tuntutan kerja. Lepas tu boleh pulak engko pukul dia macam tak ada perasaan. Heiii, walaupun dalam drama aje tapi aku ni sejenis yang menghayati tau. Hahah! Lagi lagi pulak bila watak dia tu berkesan sungguh. Rasa nak hempuk hempuk aje dia. Belum lagi watak mak dengan adik dia. Peh boleh urut dada tengok. Sekarang ni jadi tak sabar pulak nak tahu ending drama ni macam mana. Dah layan kan, kena lah tengok sampai habis. 
Tapi tu lah, agak agaknya dalam realiti kehidupan ni ada ke lelaki macam si Airil ni? Asyik dengar cakap emak dia lepas tu sejenis yang cepat naik tangan dekat isteri. Huwaa, minta simpang lah dapat suami macam ni nanti. Scary pulak membayangkan kalau dapat suami yang baran. Awak, awak tak baran kan? Eh eh eh 😆 Korang layan tak drama ni? Kalau tak tengok lagi, boleh lah start layan. Hahah! Walaupun sakit hati, tapi best lah jugak sebab lakonan dia padu dan menjadi. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page