Mr Dakgalbi di Melawati Mall

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Baru ni ajak kawan Nani keluar semata mata nak makan dekat Mr. Dakgalbi. Tiba tiba teringin pulak sebab dah lama tak makan dekat sini. Hahah! Dia punya teringin tu memang lah, semua yang mahal mahal. Nasib baik lah masing masing onz aje bila ajak makan dekat Mr. Dakgalbi. Selalunya kita orang pergi outlet yang dekat Setapak tu, tapi sebab dah ada buka cawangan dekat Melawati Mall, kita try lah yang dekat sini pulak. Plus boleh jugak cuci mata kan lepas makan tu. Eheh. Sekarang ni dah banyak jugak cawangan dia orang, nanti korang check it out lah okay mana outlet yang terdekat kalau nak pergi. Rasanya lepas ni kalau nak makan dekat Mr Dakgalbi memang akan pergi yang dekat Melawati Mall ni aje lah sebab outlet dia orang yang dekat sini, dia orang combine sekali tau dengan Chicken Plus. So, kalau kita makan dekat Mr Dakgalbi boleh lah nak order jugak menu yang dekat Chicken Plus. Nani pun baru jugak tahu lepas tengok story Instagram kawan hari tu. Heheh. Apa yang best sangat dekat Mr Dakgalbi ni? 
Fried Rice Set (RM 50.00)
Selalunya kalau Nani datang sini ramai ramai, memang akan order set yang ni lah sebab boleh share sikit orang. Heheh. Macam yang korang tengok dekat gambar atas tu, ini set untuk 1 -2 pax tapi sebenarnya makan untuk tiga orang pun boleh. Banyak okay portion untuk satu set ni, serious kenyang lepas makan tu. Dulu around RM 47 macam tu aje untuk satu set ni, sekarang dah makin mahal. Nak makan sekali sekala boleh lah dekat sini, kalau selalu kopak jugaklah duit kita ni wakk. Hahaha! 
Kita orang add on ayam goreng dekat Chicken Plus jugak hari tu. Kali ni try flavour baru pulak, Crazy Spicy kalau tak silap Nani. Tak ingat sangat dah apa flavour yang Nani pilih hari tu, resit pun dah campak dekat mana entah. Hahah! Nani tengok ada tiga jenis flavour baru dekat Chicken Plus ni, next time boleh lah try pulak. Dulu Nani dah pernah share review Nani makan dekat Chicken Plus ni, korang boleh refer dekat entry ni okay, Restoran Chicken Plus di Melawati Mall
Boneless Chicken Regular (RM 16.00)
Untuk yang set boneless regular ni ada dalam sembilan ketul ayam macam tu. Pada Nani untuk flavour ni rasa dia biasa biasa aje, lagi sedap flavour Hot Shocking. Heheh. Tapi ini just pandangan & citarasa Nani tau, mana tahu kalau korang suka kan. Nani tak berapa minat sangat dengan flavour yang ni sebab rasa pedas pedas manis. Overall puas hati lah makan, setakat ni servis & makanan dekat Mr Dakgalbi ni tak pernah lagi lah tak sedap. Nani hari tu pergi time weekdays so tak ramai sangat orang. Korang pun jangan lupa try makan dekat sini okay! 

Lunch di Waroeng Penyet NU Sentral

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Dah lunch ke belum tu? Kisahnya weekend baru ni pagi pagi lagi dah menapak pergi Wisma Jakel dekat Jalan Tar semata mata nak beli kain untuk kenduri kahwin. Gigih sangat okay! Orang lain punya majlis, kita pun sibuk jugak nak buat baju baru. Hahaha! Alang alang ada sales hari tu, untung sangat lah membeli. Dekat dua jam jugaklah duduk dalam Jakel tu, sampai rambang mata sebab banyak sangat pilihan. Settle beli kain apa semua, terus lah lajak ke NU Sentral untuk lunch. Masing - masing skip breakfast pagi tu so wajiblah lunch makan nasi. Hahah! Actually Nani dah lama tak jalan jalan NU Sentral ni, blur sekejap nak cari tempat makan yang sedap. Sudahnya kita orang lunch dekat Waroeng Penyet ni. Dalam banyak banyak restoran ayam penyet, Nani paaaling suka Waroeng Penyet ni sebab ada macam macam jenis sambal & ayam dekat sini agak besar. Memang puas hati lah makan cerita dia. Cuma kalau time tu ramai orang, kena bertabah sikitlah nak tunggu seat kosong. Heheh. Selalunya Nani datang sini memang akan order ayam penyet tak pun ayam panggan dia orang. Fuhh dia punya sedap tu memang boleh buat kita teringat ingat lah. Hahah! 
 Table for two. Harga ayam dekat Waroeng Penyet ni ikut bahagian tau. Kalau ambil bahagian paha around RM 11.90 macam tu, kalau bahagian dada pulak dalam RM 10.90. Tapi puas hati lah makan sebab ayam besar okay! Nasi dengan air kena add on lain. Nak jimat makan time weekdays lah sebab dia orang ada pakej lunch untuk satu set nasi, ayam dengan air dalam RM 13.90. Tapi memang queue panjang lah lagi lagi hari Jumaat. Nani baru ni pergi time weekend, okay lah sikit sebab tak payah nak tunggu meja kosong apa semua. Sampai aje boleh terus order dan servis dekat sini sangat laju. I like! 
 Hari tu pernah baca dekat Instagram siapa entah cakap terung berlado dekat sini sedap so Nani pun order lah jugak baru ni. Sepinggan terung berlado ni RM 6.50, okay lah untuk makan dua orang. Serious sedap sangat terung berlado dekat sini sebab terung tu dia orang goreng garing, kena pulak dengan sambal yang pedas tu fuhh layan. Next time pergi memang wajib order terung berlado ni nampaknya. Betul lah orang cakap kalau pergi makan dekat mana mana restoran makanan Indonesia, wajib try dia orang punya terung berlado. Sedapppp! 
Total order untuk satu set dekat atas ni RM 25.90 (sambal boleh ambil sendiri nak banyak mana). Paling best sekali dekat Waroeng Penyet ni, kita boleh pilih nak sambal yang paling pedas ke, sederhana ke atau pun sambal kicap. Pada Nani semua sambal dekat sini sedap. Untuk korang yang ada dekat sekitar NU Sentral, wajib makan dekat Waroeng Penyet ni, memang confirm puas hati. Kalau ambil sambal yang paling pedas tu siap sedia lah nak lap peluh. Hahah! Waroeng Penyet NU Sentral ni dekat level 5 kalau tak silap Nani, sebaris dengan Dubuyo, Manhattan Fish Market semua. Jangan lupa try tau korang! Ada orang cakap Kangkung Belacan dekat sini pun sedap jugak, korang pernah try? 

Pengalaman ke Museum Of Illusions di Bukit Bintang

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Hari tu lepas kita orang lunch dekat Nene Chicken Avenue K, terus berjalan kaki ke Bukit Bintang. Nani pun baru aje tahu ada satu laluan pejalan kaki (walkway) yang dari KLCC terus ke Bukit Bintang. Memang keluar aje dari walkway tu, terus sampai Pavillion. Tapi boleh tahan jugaklah jauh dia tu, dalam 15 minit berjalan baru sampai. Tapi sebab laluan ni berbumbung so tak ada lah rasa panas membahang sangat. Selama ni memang gigih sangat okay naik Monorail sampai sana, sekarang dah tahu ada short cut tak payah naik Monorail lagi dah. Heheh. So, kenapa gigih sangat berjalan sampai ke Bukit Bintang ni? Actually hari tu ada join contest dekat Instagram, tiba tiba menang pulak. Dapatlah dua tiket free masuk ke Museum Of Illusions ni hah. Tempat ni baru lagi buka, tak silap Nani dalam bulan Jun 2018 macam tu. Walaupun muka Nani ni jaraaang sangat masuk tempat tempat macam ni, tapi dah dapat ticket free tu memang tak lah nak tolak kan. Museum ni memang dekat sangat dengan Pavillion, Fahrenheit 88 semua tu. Boleh lah kalau nak shopping pulak kan lepas dah jalan jalan dalam Museum Of Illusions ni. Eh? Hahah! Tapi kita orang hari tu tak shopping pun, lepas jalan jalan terus aje balik. Seram lah kita tengok harga dekat tempat tempat macam ni. Hahaha! Mampu tengok aje konsep dia. Kah! 
Museum Of Illusions di Bukit Bintang
Museum Of Illusions ni terletak dalam Ansa Hotel tau so kalau korang nak pergi jangan lah pulak cari Museum Of Illusions punya signage, memang tak jumpa lah cerita dia. Korang kena masuk dulu dalam hotel tu, baru lah jumpa museum nya. Senang tak nak cari hotel ni? Senang sangat. Keluar aje dari Pavillion tu, lintas jalan terus jumpa hotel ni. Museum Of Illusions ni betul betul dekat sebelah Fahrenheit 88 tu. Kita orang pergi hari tu pergi hari Jumaat, so tak ramai sangat orang dalam museum ni. Plus, tempat ni baru jugaklah lagi, so tak ramai sangat kot orang yang tahu. Heheh. 
Museum Of Illusions di Bukit Bintang
 Hari tu ada upload gambar ni dekat Facebook dengan Instagram, masing - masing komen, eh kecilnyaaa Nani. Hahaha! Ini lah yang dinamakan trick ye, memang mengecil terus masuk dalam museum ni. Hahaha! Oh ye, kalau korang datang sini jangan lah risau bab nak ambil gambar sebab ada ramai pekerja dia orang yang boleh tolong. Cuma itu lah, pekerja nya semua lelaki, sampai aku naik awkward lah nak posing beria hari tu. Hahaha! Bergambar pun behave aje. Kah! Selain dari port yang menarik untuk bergambar, dalam museum ni jugak boleh main game uji minda. Gitu! 
Museum Of Illusions di Bukit Bintang
 Kalau korang tengok secara dekat, dalam frame tu ada macam macam jenis gambar tapi bila dah jauh dia sebenarnya bentuk muka seseorang. Nani pun hari tu lambat jugak lah nak perasan benda ni, lepas tu dah berjalan pergi sudut lain baru lah sedar sebenarnya tu gambar orang. Nama pun Museum Of Illusions kan, memang banyak lah trick yang ada. Museum ni ada dua tingkat tau, so boleh lah bergambar dan main game uji minda tu sampai puas. Kita orang hari tu banyak bergambar aje. Hahaha! Dalam kepala dah set memang nak pergi jalan jalan, relax kan minda sekali ada game yang kena berfikir ni automatic jadi malas. Hahaha! 
Museum Of Illusions di Bukit Bintang
 Harga Tiket Museum Of Illusions Bukit Bintang 
Dewasa:
RM 45 (Non MyKad)
RM 35 (MyKad)
Kanak - Kanak:
RM 35 (Non MyKad)
RM 25 (MyKad)
Museum Of Illusions di Bukit Bintang
Eh tetiba jadi banyak pulak muka kan. Sesungguhnya hari tu aku pun amazed kejap lepas tengok gambar ni. Hahaha! Banyaaak lagi lah tempat yang best dalam ni. Ada satu tempat tu sampai rasa pening lah masuk situ sebab dia buat kita rasa berpusing pusing padahal jambatan tu elok aje tak bergerak. Hahah! Korang pun kena lah pergi jugak kalau nak tahu best ke tidak museum ni. Heheh. 
Museum Of Illusions di Bukit Bintang
Kalau tadi muka Nani jadi banyak, kali ni nampak kepala aje pulak. Hahaha! Kalau bawa anak anak pun sesuai aje tau sebab banyak tempat boleh bergambar. Cuma kalau yang nak main game uji minda tu dia complicated sikit lah. Heheh. Museum Of Illusions ni dibuka setiap hari tau bermula pukul 10 pagi sehingga 10 malam. Nani hari tu dekat dua jam jugaklah jalan jalan dalam museum ni. Heheh. 
Museum Of Illusions di Bukit Bintang
Overall, Nani puas hati lah jalan jalan dalam Museum Of Ilusions ni. Sekali sekala masuk museum kan, apa salahnya. Asyik jejak kaki dalam mall sepanjang masa pun tak jadi jugak. Hahah! So kalau korang tak tahu nak bawa anak anak berjalan hujung minggu dekat mana, boleh lah pergi ke Museum Of Illusions ni okay. Kalau tak silap Nani dia orang ada jugak harga untuk pakej satu keluarga. Mungkin korang boleh try check it out dekat website dia orang. Nani letak siap siap link website dengan alamat museum ni untuk rujukan korang. Jangan lupa ajak yang tersayang ke Museum Of Illusions ni okay!
Phone Number: 03 - 2110 2654
Address: 
Ansa Hotel Kuala Lumpur
101, Jalan Bukit Bintang 
55100, Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page