Giveaway : Travel Totebag by Ana Suhana

Assalamualaikum & Hello.
Giveaway : Travel Totebag by Ana Suhana,
klik SINI untuk join. 

Cara Langgan Tonton VIP

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Weekend baru ni entah macam mana tiba tiba 'terbuka hati' nak langgan tonton VIP. Hahah! Kemain guna term 'terbuka hati.' Eheh. Sebenarnya time tu tengah bosan tak tahu nak buat apa, sekali tengok dekat tonton, ada movie By My Side. Even dah pernah tengok hari tu dekat wayang tapi rasa nak tengok lagi untuk kali yang kedua. Gigih kann. Lagi pun cerita ni best walaupun sad ending tapi suka lah tengok. Daripada duduk saja tak buat apa apa, baiklah langgan tonton yang VIP tu, ada jugak benda nak tengok. To be honest, hari tu first time Nani langgan tonton yang VIP. Sebelum ni pernah jugak buka tonton, tapi tengok cerita yang biasa biasa tu aje. Ingatkan selama ni mahal sangat kalau nak langgan tonton yang VIP, rupanya murah gila gila. Hahah! Kalau tahu harga murah macam ni, dah lama Nani langgan dari dulu lagi. Habislah lepas ni asal bosan aje, mesti rasa nak langgan tonton yang VIP ni. Kahkah! Lagipun dekat sini mana nak ada, kalau nak tengok movie apa semua memang kena cari online lah jawabnya. Time tak busy macam sekarang, boleh lah nak layan macam macam 😆
Cara Langgan Tonton VIP
Korang yang mana terlepas nak tengok movie By My Side dekat wayang hari tu, boleh lah tengok dekat tonton. Memang movie ni collab dengan tonton pun hari tu, lagi jimat duit dari tengok dekat wayang. Hahah! Iye lah, dekat wayang boleh tengok sekali aje, dekat tonton boleh ulang tengok sampai kau naik bosan dan puas hati. Hahah! Macam mana nak langgan tonton VIP ni? 
Cara Langgan Tonton VIP
Mudah sangat okay nak langgan, korang just klik dekat BE A TONTON VIP! So nanti akan keluar yang macam dekat atas ni hah. Korang boleh lah pilih nak langgan pakej yang mana. Nani hari tu ambik yang RM 3 aje untuk 24 jam. Lepas tu rasa menyesal pulak. Hahah! Menyesal sebab tak langgan terus untuk seminggu. Seminggu baru RM 5, beza dua ringgit aje wei dengan yang 24 jam. Tapi payment pun dah buat masa tu, so kita tengok aje lah selama doploh empat jam. Murah aje kan harga nya, Nani pun baru tahu. Kahkah! Rasa noob sangat pulak. Lols! 
Cara Langgan Tonton VIP
Lepas dah siap buat payment, hah boleh lah tengok cerita korang tu sampai puas hati. Boleh baca Review By My Side yang Nani pernah buat dulu. Serius best cerita ni, lepas tu tak bosan langsung dan paling penting tak macam typical movie lah. Heheh. Selalu kalau movie pasal first love ni memang at the end akan bersama, tapi yang ni tak pun. Haha! Korang pergi lah tengok nanti okay! Sebenarnya tak sia sia jugak Nani langgan tonton yang VIP ni, sebab Ahad hari tu ada Anugerah Juara Lagu jugak so dapatlah tengok sekali secara live artis fav menyanyi. Lepas ni senang lah, langgan tonton yang VIP ni, memang jimat sebab murah aje kan. Heheh. Korang pernah ke langgan tonton yang VIP? 

Tauhu Bergedil BAMBAM

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Selamat pagi Isnin, hopefully tak ada yang Monday Blues hari ni. Eheh. Jumaat lepas baru dapat merasa sendiri tauhu bergedil ni hah. Nani mula mula dulu tahu pasal tauhu bergedil ni sebab selalu tengok Instagram mak Hanis Zalikha. Hahah! Mak Keknis pun ada jugak jual tauhu bergedil ni, tapi selalu tak sempat nak order. Laju aje dah fully booked. Tiap kali tengok mesti telan air liur. Kahkah! Sebab nampak tempting gila. Punya lah dah lama teringin nak makan, finally dapat jugak merasa tauhu bergedil ni Jumaat lepas. Ada jugak plan nak buat sendiri aje konon kononnya tapi tu lah, MALAS! Bila mood tak berapa nak rajin tu, memang jangan haraplah nak buat apa apa. Bahan bahan nak buat tauhu bergedil ni serius sangat simple, tapi sebab banyak sangat step terus jadi tak rajin. Jadinya, kita order aje lah lagipun kebetulan hari tu dia orang ada buat penghantaran dekat area Gombak. Nani order dengan Tauhu Begedil BAMBAM, boleh tahan murah jugaklah harganya dan dia orang siap delivery sampai ke depan pintu rumah. Heheh. So, mudah lah, tak payah nak susahkan diri pergi self pick up. Masa sampai tu pun panas panas lagi okay! Puas hati lah beli dengan dia orang ni, servis pun baik punya! 
Tauhu Bergedil BAMBAM
 Taraaa ini lah rupa Tauhu Begedil BAMBAM. Nani ambil yang set Irene, ada 20pcs tauhu bergedil. Harga untuk Set Irene ni RM 25 tak termasuk caj penghantaran. Macam biasalah, caj penghantaran ikut kawasan jugak. Nani ambil bekas yang besar terus macam ni sebab senang boleh bagi kawan kawan rasa sama. Ada jugak set yang 9pcs tapi yang tu kena minimum order dua bekas. Sos tu nampak aje macam sikit tapi cukup aje untuk 20pcs tauhu bergedil ni. Tapi yang untuk 9pcs punya, Nani tak sure berapa ringgit satu kotak. 
Tauhu Bergedil BAMBAM
 Hari tu pelik jugak kenapa nama dia BAMBAM. Hahaha! Bila dah makan, baru faham kenapa. Tauhu bergedil ni serius mampat, padat dan sedap. Puas hati sangatlah Nani makan. Sampai tak ada space langsung dalam tauhu tu, semua dipenuhi oleh isi kentang dan ayam. Heheh. Sos pun pekat dan pedas kemain. Senang cerita, memang sedap sangat lah. Next time boleh lah order lagi kalau teringin nak makan. Semoga murah lah rezeki dia orang sebab jual makanan yang tak kedekut macam ni. 
Tauhu Bergedil BAMBAM
Korang yang teringin nak rasa tauhu begedil ni boleh lah order dengan dia orang. Serius puas hati sangat sangat, sampai makan tak berhenti. Sekejap aje dah kosong kotak. Hahah! Nak senang korang follow Instagram dia orang sebab setiap hari kawasan penghantaran dia orang tak sama tau. Nombor telefon pun ada dekat Instagram sana. Nani ni pun hari tu kebetulan kawan bagi tahu dia orang ada delivery area Gombak, terus order laju laju. Hahaha! Nak jimat boleh ajak family atau pun kawan kawan order sama. Next time kalau dia orang delivery are Gombak lagi, ingat nak selit order jugak. Eh? Hahah! Korang pulak dah pernah makan ke tauhu bergedil ni? 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page