Pencarian Bloglist November & December

Assalamualaikum & Hello.
Pencarian Bloglist November & December
klik SINI untuk join

Short Vacay Langkawi : Twin Peaks Island Resort

Assalamualaikum & Hello.
Masa Nani ke Langkawi hari tu kiterang menginap dekat Twin Peaks Island Resort (area Pekan Kuah) Secara keseluruhannya Nani puas hati dengan servis resort ni hah. Cuma nya area Kuah ni kalau waktu malam tak ada lah meriah macam dekat Cenang. Kalau korang rasa waktu malam nak jalan jalan lagi korang stay lah dekat area Pantai Cenang. Heheh. Malam malam memang meriah sebab ramai orang menjual dekat situ. Nani ni memang banyak habiskan masa waktu siang, malam malam kita berehat. Hehe. Tapi sejujurnya lah tiga hari dua malam tu memang tak cukup nak jelajah semua tempat dekat Langkawi, paling paling tidak kena duduk sana seminggu kot. Amboi sangat kaaaan, nak duduk seminggu poket pun kena tebal lah ye. 
Twin Peaks Island Resort
Kalau korang datang dengan geng geng bujang, boleh lah duduk sini. Selesa ! Tapi kalau datang dengan family yang besar okay aje nak duduk sini tapi kena sewa banyak bilik lah. Heheh. Sebab bilik dekat sini tak ada lah besar mana. Pada Nani dah okay sangat, lagi pun bukan banyak sangat masa nak duduk dekat bilik. Cuma untuk tido je kan.  
Twin Peaks Island Resort
My morning view selama tiga hari dekat Langkawi. Syok oo bangun pepagi tengok pemandangan macam ni. Rasa nak duduk Langkawi terus pun adaa. Hahah !
Twin Peaks Island Resort
Dekat resort yang kiterang menginap ni surau ada, bilik iron ada, pool pun ada. Ingat nak ambik gambar sebelum check out sekali hujan rahmat turun. Jadi tak sempat lah nak ambik gambar (menyesal sikit sebab tak ambik gambar awal awal. Haha)
Twin Peaks Island Resort
Ada satu katil saiz queen dan boleh jugak kalau nak mintak extra tilam. Tapi ruang dalam bilik agak sempit kalau takmbah extra tilam memang akan jadi makin padat. Hehe. Kalau geng bujang memang ok sangat lah dapat bilik macam ni. 
Twin Peaks Island Resort
Tv tu siaran tak berapa nak ok sangat. Alah nak berjalan kan, bukan nak tengok tv sangat pun. Balik bilik, update media sosial sikit sikit lepas tu lelap terus. Hahah ! Peti ais pun ada so boleh lah kalau nak simpan coklat yang borong banyak banyak tu kan sementara nak tunggu balik. Dekat sini diorang akan kemas bilik kita setiap hari. Kalau tak nak diorang kemas kan pun takpe tapi kena bagi tahu dekat receptionist lah. Nani hari tu tak bagi kemas pun sebab barang banyak gila. Kesian pulak dekat diorang nanti. 
Rasanya ni entry last entry Short Vacay Langkawi Nani ni hah. Banyak lagi tempat Nani tak sempat nak pergi, Tasik Dayang Bunting, Makam Mahsuri. Dulu dah pernah lah pergi tapi tu sembilan tahun yang lepas. Hahaha ! Mungkin next year kena buat lagi sekali kot trip ke Langkawi ni. EH :P Korang kalau ada yang tengah plan nak bercuti ke Langkawi ke hujung tahun ni boleh lah baca entry entry dekat bawah ni :)

Wordless Wednesday : Nasi Kukus Ayam Berempah

Assalamualaikum & Hello.
Nasi Kukus Ayam Berempah


Lelaki & Sales Padini

Assalamualaikum & Hello.
Kemain sangat kan tajuk dekat atas tu. Eheh. Hari ni nak sembang sembang kosong aje dengan korang sebab pagi tadi tetiba teringat kisah Jumaat lepas. Hehe. Nani jalan jalan dekat Sunway Putra Mall baru ni, maklumlah dah lama tak excercise kaki dekat dalam mall. Hahah ! Tak ada pun yang nak cari sebenarnya, just nak cuci cuci mata. Ingat nak cari novel baru dekat Popular tapi tak ada pulak yang berkenan dekat hati. Ha lepas tu panjang lah langkah ke Big Apple makan donat. Kalau jalan sorang sorang ni, memang suka lepak dekat Big Apple tu sebab tak ramai sangat orang. Selalu kan orang take away je kalau dekat Big Apple ni. Eh apa kaitannya Big Apple dengan tajuk dekat atas? Hahaha ! Biasa lah lencong sikit dari tajuk kan. 
Kisah nya baru ni kan Padini buat sales selama empat hari tapi Nani tak terjebak sangat nak membeli belah dekat situ. Hahah ! Entah kali ni rasa macam tak bernapsu sangat nak shopping. Yang sebenarnya duit tu simpan nak jalan jalan Melaka. Gitu. Biasa lah kan kalau Padini buat sales, mana pernah tak penuh orang walaupun masa tu time bekerja. I is tengok aje gelagat orang memilih macam macam, baju lah, kasut lah. Tengok jugak lah sebab nak keluar ke Stesen Lrt PWTC tu kan lalu Padini dulu. Ehehe. Sekali masa dah sampai dekat stesen LRT tu Nani terdengar perbualan dua orang lelaki ni. Terdengar okeh sebab tak jauh mana jarak.
Dua dua ada pegang shopping bag Padini tau and suddenly I heard one of them said "Jangan bini aku tau dah lah yang aku shopping Padini ni. Kalau tak masak aku nak kena bawak pulak dia datang sini." Nani yang dengar masa tu terus macam nak tergelak pun ada. Hahahahahah ! Amboi dia shopping takpe tapi isteri dia nak shopping tak boleh pulak. Hahah ! Yang tak tahan tu kawan dia siap bagi cadangan letak dulu barang yang dia beli tu dalam kereta supaya isteri dia tak tahu. Hahahahah ! Adoi lah perangai. Terhibur aku yang dengar ni.

Shanghai Fridge Magnet Giveaway by Jari Manis & Scdha Sein Travel

Assalamualaikum & Hello.
Shanghai Fridge Magnet Giveaway by Jari Manis & Scdha Sein Travel
klik SINI untuk join. 
Hai korang, jom lelaju join Giveaway Sis Jari Manis dengan SS ni hah. Untung untung dapat fridge magnet dari Shanghai. Nani tagged Sayidah Napisah. Hehe. 

Cara Mudah Dapatkan Kupon Diskaun

Assalamualaikum & Hello.
Siapa dekat sini suka shopping? Ha kita memang geng, tambah pulak shopping atas talian (online) kan. Duduk aje depan laptop, klik klik dah selamat sampai barang depan rumah. Rasanya shopping dengan Nani ni macam dah sebati sangat je. Eh ! Tengok barang tu macam cantik, berkualiti mesti rasa nak beli. Haih, kalau dah perempuan tu memang susah betul nak jarakkan diri dengan bershopping kan. Tambah pulak bila ada sales, lagi lah nafsu nak membeli tu membuak buak kan. Betul tak, betul tak? Hahah ! Ha untuk korang yang kaki shopping, wajib baca entry ni sampai ke titik akhir. Ehehe. Hari ni Nani nak kongsikan macam mana nak dapatkan diskaun barangan fesyen bila shopping secara online. Takkan tak nak pulak diskaun kan? Eh boleh ke nak dapatkan kupon diskaun senang senang macam tu je?
Cara Mudah Dapatkan Kupon Diskaun
Sebenarnya Nani pun baru aje tahu tentang website Paylesser Malaysia ni. Melalui website ni korang boleh shopping secara online dengan menggunakan kupon diskaun yang disediakan. Bila ada diskaun ni haruslah harga lebih murah dan lebih banyak barang yang korang boleh beli. Eh ! Kalau korang masuk website Paylesser ni, korang boleh pilih kategori mana satu yang korang nak dapatkan kupon diskaun. Antara kategori yang ada dekat website Paylesser ni termasuklah percutian, kecantikan, aksesori fesyen dan banyak lagi. Bercakap mengenai aksesori fesyen, siapa yang tak suka kan membeli belah di Zalora atau Lazada. 
Cara Mudah Dapatkan Kupon Diskaun
Ha kalau suka membeli belah dekat Zalora atau Lazada memang Nani rekemenkan korang buka website Paylesser ni untuk dapatkan kupon diskaun. Lepas ni dah tak payah nak tunggu bila Zalora atau Lazada buat sales baru nak shopping, tapi korang sendiri boleh dapatkan kupon diskaun melalui Paylesser. Haih nampaknya lepas ni makin kerap lah aku membeli belah dekat Zalora tambah pulak boleh dapat diskaun senang senang macam ni. Gila tak nak?! Hahah ! Daripada bayar mahal mahal kan, baik lah guna kupon diskaun tu. 
Cara Mudah Dapatkan Kupon Diskaun
Ha kalau dah sampai 60 peratus diskaun macam ni takkan nak tengok aje kan. Haruslah grab weh alang alang peluang nak beli barang lebih murah dah ada depan mata kan. Lepas ni rajin rajin lah terjah website Paylesser untuk dapatkan Kupon Diskaun Zalora Nani ni nasib baik baru aje shopping kasut dekat Zalora minggu lepas, kalau tak ada jugak yang ku beli lagi. Hahah ! Dasaaar kaki shopping sangat kan. Tapi serius cakap mula mula masuk website ni, terus rasa macam teruja sangat nak shopping secara online lepas ni sebab mana ada lagi website lain yang bagi kupon diskaun yang banyak macam ni hah.
Cara Mudah Dapatkan Kupon Diskaun
80 peratus diskaun kauuuu untuk Lazada Malaysia ni! Haih tunggu duit banyak sikit kita membeli belah guna kupon diskaun dekat website Paylesser ni. Sekarang kena menabung dulu, maklumlah hari tu dah shopping lepas tu baru balik dari travel lagi. Hahah ! Bukan setakat Zalora, Lazada je tau yang ada dekat website ni, tapi ada jugak Ezbuy, Bonia dan banyak lagi lah. Korang pergi lah tengok sendiri dekat sana, mesti rasa semua benda nak beli oi. Hahah ! Ha korang lepas ni nak membeli belah jangan lupa dapatkan kupon diskaun ni untuk penjimatan yang lebih berganda ganda. Lepas ni laju laju terjah website Paylesser Malaysia okeh. 

Short Vacay Langkawi : Interactive 3D Art Museum

Assalamualaikum & Hello.
Turun aje dari cable car terus melangkah ke Muzium 3D ni hah. Ini antara tarikan terbaru lah dekat Langkawi ni hah. Dulu dulu tak dek pun rasanya. Lagipun sekarang banyak je dah ada Muzium 3D ni kan, dekat Penang pun ada jugak kalau tak silap Nani. Ha apa yang menariknya dekat sini? Boleh lah nak bergambar dengan macam macam aksi. Bayaran untuk dewasa RM 30 dan kanak kanak (berusia 12 tahun dan ke bawah) RM22 kalau tak salah Nani. Boleh duduk dalam ni tak kisah berapa lama pun yang kau nak. Heheh. Bergambar lah sampai lebam kan. Tempat ni luas gila cuma penat sikit lah sebab banyak tangga. Hahah ! Masa Nani masuk sini tak ramai sangat orang, seronok lah nak bergambar macam macam gaya. 
Short Vacay Langkawi : Interactive 3D Art Museum
Nak masuk dalam ni kena tanggalkan kasut dan letak dekat kaunter masuk. So nanti nak balik baru lah ambik semula. 
Short Vacay Langkawi : Interactive 3D Art Museum
Muka dah tak berapa nak ada perasaan. Hahaha ! Masa ni macam dah penat sikit sebab dah tengah hari lepas tu tak makan apa apa lagi. Kalau ikutkan tiket Nani tu boleh masuk tengok dinausors sekali tapi sebab ramai gila orang beratur nak masuk Nani skip yang tu dan masuk Muzium 3D ni aje. Dinausors kan bukan jiwa I sangat. Hahah ! Kalau bebudak seronok lah. 
Short Vacay Langkawi : Interactive 3D Art Museum
Ha nak balik mana ni? Kuala Lumpur ke Seoul? Hahaha ! Yang ni dah dekat bahagian luar, tempat nak ambil kasut. Pun boleh lagi nak bergambar hah. 
Short Vacay Langkawi : Interactive 3D Art Museum
 
Short Vacay Langkawi : Interactive 3D Art Museum
Kasi lah chance Nani nak fefeeling jadi burung yang terbang bebas. Hahah ! Best lah masuk sini sebab macam macam jenis art yang kita boleh tengok. Semuanya lawa lawa dan superb okeh. 
Short Vacay Langkawi : Interactive 3D Art Museum
Wuhuu dah sampai Venice ! Hahah  ! Perasan sangaat kan. Nani paling suka dekat sini, tak tahu kenapa. Lol ! Banyak sangat yang boleh bergambar sampai kan rasa tak tahu dah nak bergambar dekat mana. Eheh. Boleh jugak join contest gambar yang paling menarik dan letak kat Instagram. Kalau terpilih sebagai top three nanti dapat lah hadiah daripada diorang. Gitu. Korang kalau berkesempatan ke Langkawi, jangan lupa singgah Interactive 3D Art Museum ni. 
Sebenarnya Nani ada banyak lagi gambar dekat sini tapi sebab telefon rosak, gambar tak sempat transfer pun lagi. Sabtu malam hari tu telefon terjatuh lepas tu elok lagi. Nani sempat bukak email, Instagram apa semua tetiba dia terpadam sendiri. Bila bukak semula dia restart tapi tak keluar apa - apa. Haih dugaan betul, sebab nak habiskan entry Langkawi ni cecepat, kita tepek lah mana gambar yang dah ada. 

Short Vacay Langkawi : Cable Car

Assalamualaikum & Hello.
Dulu masa Nani pergi tahun 2009 tak ada rezeki nak naik cable car ni hah sebab time tu angin agak kuat. So kali ni memang dah target nak naik cable car tak kira apa pun yang jadi. Hahah ! Ye lah bila lagi kan nak test diri sendiri berani ke tidak. Alhamdulillah hari tu cuaca elok sangat, tak panas sangat, tak berangin sangat. Haih memang cerah lah harapan nak naik cable car masa tu. Ehehe. Semangat tau nak naik cable car ni, awal awal pagi lepas sarapan dekat resort terus ke sini. Excited okeh walaupun memula tu macam 50 - 50 nak naik ke tidak. Harga untuk naik cable car ni untuk dewasa RM 30 manakala untuk budak budak (bawah 12 tahun) RM 27. Nani ambil yang pakej naik cable car dan masuk museum 3D dalam RM57 sorang. Jimat sikitlah dalam tiga ringgit. Heheh. 
Short Vacay Langkawi : Cable Car
Nani masa ni memang dah teruja habis nak naik cable car sampai ke puncak Gunung Mat Cincang. Kalau ikutkan sejarah, wujudnya Gunung Mat Cincang ni sebab berlakunya pergaduhan antara Mat Cincang dengan Mat Raya masa hari kenduri nak satukan anak akan diorang. Ada jugak nama nama tempat dekat Langkawi ni yang diambil disebabkan pergaduhan dua orang ni. Rasanya mostly tempat dekat sini ada sejarah dia yang tersendiri. 
Short Vacay Langkawi : Cable Car
Ramai gila orang masa ni even pergi awal pagi. Tak ada lah awal mana sangat sampai sana dalam pukul sembilan lebih macam tu Sebab Nani duduk resort dekat Pekan Kuah so agak jauh nak ke sini. Perjalanan ambil masa dalam setengah jam jugak lah. 
Short Vacay Langkawi : Cable Car
Selfie sebelum Naik cable car. Hahah ! Nak beli tiket pun lama sebab ramai orang lepas tu nak kena tunggu turn lagi. Fuhh sebab nak sangat naik cable car kali ni memang gigih lah kan beratur masa tu. Hahah ! Bukan selalu kan dapat naik cable car, bila ada peluang rugi lah kalau tak grab peluang yang ada. Gitu. 
Short Vacay Langkawi : Cable Car
Sebelum Nani naik cable car, kena masuk dulu dalam satu tempat ni, Sky Dome. Ha ada apa dalam Sky Dome ni? Dalam ni kita akan duduk macam dekat dalam wayang dan ada skrin besar tunjuk roller coaster. So nanti kita akan rasa ala - ala tengah naik roller coaster. Dia just nak bagi kita kurangkan rasa takut naik cable car nanti je. Gitu. Tapi lepas tengok skrin tu akan rasa pening pening sikit sebab roller coaster tu kan berpusing pusing. Ha lepas masuk Sky Dome ni beratur lah untuk naik cable car. Satu cable car untuk enam orang sekali naik. 
Short Vacay Langkawi : Cable Car
Taraa dah sampai atas pun. Hahah ! Hoi terasa sangat lah lama nak sampai atas dengan bergerak perlahannya. Untuk sampai ke puncak ni akan ada dua stesen. Nani tak turun pun dekat stesen pertama, terus aje ke stesen kedua. Nasib baiklah masa Nani naik ni takdek pun tetiba cable car ni terhenti dekat tengah tengah tu ke. Takdek ok, semuanya smooth aje cuma tiap kali nak sampai stesen dia punya bergoyang masha Allah.

Short Vacay Langkawi : Cable Car
Dari stesen kedua kalau nak pergi dekat kawasan jambatan gantung tu Nani tak pasti berapa ringgit pulak kena bayar. Harga dia lain pulak untuk ke situ dan akan naik macam keretapi pendek. Not really sure apa nama dia. Hahah ! Nani tak pergi kawasan jambatan gantung tu sebab lepas turun cable car nak masuk Museum 3D pulak, takut nanti tak banyak masa.
Short Vacay Langkawi : Cable Car
Kau kunci cintaku di puncak Gunung Mat Cincang ke cane ni? Hahah ! Sekarang bersepah sepah dah benda macam ni kan. Halah halah tak payah nak kunci kunci sangat, terbang la sejauh mana pun, terpisah lah beribu batu pun kalau dah jodoh bersatu jugak akhirnya nanti. Ehehe. 
Short Vacay Langkawi : Cable Car
Even muka ada senyum dalam hati jangan cakap. Hahah ! Berdegup laju oi jantung aku masa ni. Pandang bawah rasa macam sayup sayup aje dalam hati duduk berzikir cepat lah sampai stesen terakhir. View memang cantik lah, boleh nampak laut, air terjun memang rasa saujana mata memandang. View memang cantik tapi nak sampai ke puncak tu haih sabar je lah. Jangan selalu sangat pandang bawah, kalau tak nanti rasa takut aje memanjang. Hahah ! Lepas dah naik ni ada lah sikit rasa tak nak naik dah, cukup lah sekali seumur hidup. Eheh. Tapi kalau ada rezeki lagi ke bumi Langkawi ni, Nani nak rasa pulak pengalaman jalan atas jambatan gantung tu. Ha nampaknya kena naik lagi lah kan? Heheh. 

Short Vacay Langkawi : Idaman Suri & Kompleks Haji Ismail Group

Assalamualaikum & Hello.
Kalau ke Langkawi macam tak lengkap lah kan kalau tak shopping pinggan mangkuk dengan coklat. Heheh. Boleh katakan Idaman Suri dan Kompleks Haji Ismail Group ni memang tempat tumpuan orang ramai lah kan. Walaupun baru ni Nani pergi bukan lah musim cuti sekolah atau cuti panjang pun tapi tetaplah ramai manusia dekat Langkawi ni. Heheh. Kota pelancongan kan, bila agaknya tak ada ramai orang. Hari pertama jejak Langkawi, petang tu dah terus shopping. Ha hari pertama pun dah keluar banyak duit acaner? Hahaha ! Bagus jugak shopping awal awal ni sebab nanti kalau ada lagi yang tak cukup boleh tambah sebelum balik. Gitchew ! Nani masa awal sampai dah shopping, nak balik pun sempat lagi shopping coklat sikit dekat Jeti Kuala Perlis. Hahah ! Bukan apa, masa tu rasa macam eh tak cukup pulak nak bagi dekat orang ni sikit, orang sana sikit. 
 Idaman Suri & Kompleks Haji Ismail Group
Masa dekat Idaman Suri ni Nani takdek nafsu sangat nak membeli belah. Maklumlah pinggan mangkuk kan, Nani ni bukan nya ada rumah sendiri lagi nak beli pinggan mangkuk. Hahah ! Dah berumah tangga nanti baru lah ku borong satu Idaman Suri ni hah. So sampai aje sini jalan jalan sikit cuci mata tengok apa yang menarik lepas tu cari tempat makan. Hahaha ! Dasaaaar makan aje kerjanya. Dah petang, perut pun minta diisi lah. Eheh. 
Tak ingat pulak apa nama restoran ni tapi ada lah dekat dekat dengan Idaman Suri ni. Nasi ayam dekat sini sedap, semua secukup rasa cumanya kuah sup tu tak panas. Alahai, dah sejuk kuah sup tu tapi makan jugak lah sebab lapar. 
Laksa ni boleh tahan jugak sedap cuma kuah dia cair sikit. Heheh. Banyak komen pulak Nani ni kan, kalau dia sendiri yang masak entah apa yang jadi. Hahah ! Portion besar makanan dekat sini, memang boleh kenyang sampai ke malam. Nani tak banyak sangat cerita dekat Idaman Suri ni sebab takdek apa sangat nak cari tapi bila ke Kompleks Haji Ismail tu fuhhhh !
 Idaman Suri & Kompleks Haji Ismail Group
Masuk aje terus ambil bakul dan serbu bahagian coklat. Hahah ! Hantu cokelat okeh, rasa macam semua lah nak beli. Haipp ni bukan Nani punya sorang, ada jugak yang orang kirim, ada yang nak bagi kawan kawan sikit. Kalau semua ni Nani punya memang kenyang makan coklat aje lah lepas tu. Hahah ! Pepero tu sampai tujuh kotak Nani beli (tambah lagi tiga kotak, beli dekat Jeti Kuala Perlis) Sebab susah nak jumpa, beli banyak banyak ha lepas tu hadaplah sampai habis. Heheh. Dekat sini Nani sempat jugak beli satu beg roda. Biasa lah kan kalau pergi travel mesti balik, beg jadi beranak anak. Hahah ! Beli satu je beg since beg Nani yang lama macam dah nak rosak. 
 Idaman Suri & Kompleks Haji Ismail Group
Taraaa ini lah hasil shopping coklat dekat Kompleks Haji Ismail. Total semua ni dalam RM300 lebih gitu lah, tak ingat dekat exact price. Masa ni ramai sangat orang, Nani pun cecepat beli lepas tu keluar. Hahah ! Tak sempat nak pilih beria pun, Nani pulak jenis yang dah set siap siap dalam kepala nak beli apa. Sampai sana terus aje tuju dan beli apa yang nak. Lagipun nak kejar masa sebab nak pilih beg lagi. Heheh. Ini pun ada dah yang Nani tolak mana yang mintak belikan coklat untuk dia. Haih kalau tak berapa beg entah nak bawak balik coklat saje. Hahah ! Memang syok sangat lah bila dah tenggelam dalam dunia coklat ni tapi lepas tu duit makin menipis. Eheh. 

Segmen PENCARIAN BLOGLIST by Murni Alysa

Assalamualaikum & Hello.
Segmen PENCARIAN BLOGLIST by Murni Alysa
klik SINI untuk join

Mango | Jenama Pakaian Pilihan

Assalamualaikum & Hello. 
Hari ni Nani nak kongsikan dengan semua tentang fesyen sikit. Siapa yang tak suka dengan fesyen kan dan ofcourse semua orang ada jenama fesyen yang diorang paling suka. Kalau tanya Nani jenama apa yang paling Nani suka, Nani akan cakap Mango ! Ha kenapa Mango? Kenapa bukan jenama lain? Meh Nani nak kongsikan dengan korang kenapa Mango yang paling dekat dengan hati Nani ni. Lepas baca ni mesti korang pun akan berkenan sama nak guna jenama Mango. Heheh. Pada Nani Mango ni satu jenama fesyen yang sentiasa up to date dan Mango mempunyai banyak sangat pilihan yang Nani nak. Kadang - kadang sampai rambang mata tak tahu nak pilih yang mana satu sebab semuanya lawa lawa dan sangat berkualiti. Bila yang berkualiti ni tentu tentu lah kita akan beli lagi dan lagi akan datang. Betul tak? Heheh.
Kalau ada yang dekat sini tengah mencari dress yang anggun dan cantik menarik korang boleh lah tengok koleksi Mango. Koleksi dress daripada Mango ini sememangnya mempunyai stail yang sangat bergaya dan sesuai dengan trend terkini. Mango jugak menawarkan pelbagai jenis blouse yang sesuai untuk ke pejabat dan aktiviti santai. Eh bukan itu aje tau, skirt pun ada. Pilih aje mana yang berkenan dekat hati settle semua. Heheh. Antara koleksi pakaian Mango ni, Nani paling suka Ribbed Cardigan sebab sangat selesa dan sesuai nak pakai dengan seluar atau skirt labuh. Jarang jarang sangat nak jumpa cardigan yang bebetul kena dengan citarasa Nani ni so bila dah jumpa haruslah grab sehelai jadikan koleksi. Tambah pulak kalau time malas, memang sarung aje cardigan. Hehehe. 
Bila tahu ada je koleksi terbaru keluaran Mango memang selaju mungkin pergi tengok. Hahah ! Kalau ada yang berkenan memang tak fikir tiga empat kali dah, terus aje beli. Ha jom tengok antara stail pakaian Mango kegemaran Nani. Mana lah tahu kot kot korang pun berkenan sama nak ada koleksi ni. Heheh.
Sekarang memang boleh dikatakan ramai wania yang menggayakan dress bercorak floral macam ni. Memang cantik sangat kan sesuai untuk dipakai ke majlis pekahwinan. Heheh. Kalau lengan pendek macam ni Nani suka kenakan dengan cardigan labuh putih atau hitam.
Blouse yang santai santai macam ni pun cantikkan. Padankan pulak dengan skirt labuh atau pun seluar slack ha memang dah lawa sangat dah untuk berjalan jalan. Heheh. 
Wide leg pants daripada Mango ni pun antara yang paaaaaling Nani suka sebab lebar dan labuh. Sekarang kan trend orang pakai palazo so keluaran Mango ni sangat selesa. Nani suka sangat pakai sebab senang, sarung je dah pun siap. Warna pulak macam macam yang menarik hati. Nani suka hitam sebab boleh padankan dengan banyak warna.
Ha nampak tak memang cantik cantik kan koleksi keluaran Mango ni. Harga pun berbaloi sangat tau, tambah pulak yang jenis berkualiti macam ni. Nani jenis tak kisah harga kalau koleksi tu sangat berkualiti dan best untuk dipakai. Tunggu apa lagi lelaju tengok koleksi keluaran Mango ni tau, dijamin korang berpuas hati dengan jenama ni hah. Pilihlah Mango dan lupakan yang lain. Heheh. 

Resepi Meatball Ala Ala Ikea

Assalamualaikum & Hello.
Sedar tak sedar hari ni dah satu November pun kan. Alahai kejap sangat masa berlalu, dah hujung tahun pun kita ni. Rasa macam baru je lagi buat wishlist tahun baru. Hahah ! Mood hari ni so - so je, dari tadi hadap blog tapi tak mula mula menulis. Yang sebenarnya hati tak berapa nak tenang sebab petang karang result final exam keluar. Ya Allah debar dia lain macam sebab result ini lah penutup perjalanan pelajaran seorang Nani selama setahun setengah ni. Doakan yang terbaik okeh untuk saya. Heheh. Letak tepi dulu cerita pasal result tu (inshaAllah baik baik belaka) Nani nak kongsikan resepi meatball ala ala dekat IKEA tu. Resepi yang sangat simple dan rasanya bahan bahan semua ada dekat dapur kalau nak buat ni. Let's check it out !
Resepi Meatball Ala Ala Ikea
Ok ini bahan - bahan yang diperlukan. Kalau dekat rumah Nani ni memang semua ni ada sepanjang masa dekat dapur. Heheh.

Bahan Bahan : 
+ Meatball daging
+ Kiub Ayam
+ Buttercup  
+ Bawang merah (dipotong dadu)
+ Serbuk blackpepper (empat sudu / ikut citarasa)
+ Tepung gandum (tiga sudu)
+ Kicap manis (dua sudu)
+ Sos tiram (dua sudu)
+ Sos black pepper (empat sudu)

Cara - Caranya : 
Untuk meatball tu kalau rajin boleh buat sendiri. Tapi sebab Nani ni pemalas sikit dan nak buat meatball ni pun macam leceh, Nani beli yang dah ready made dekat pasaraya tu hah. Lepas tu kau terus campak dalam kuali goreng sampai dia masak. Heheh.
Resepi Meatball Ala Ala Ikea
Untuk gravy ni pulak : 
1) Panaskan buttercup dalam beberapa sudu dan masukkan bawang merah tadi sehingga kekuning kuningan (boleh jugak guna bawang holland). 
2) Kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati masukkan air. Masa masukkan air tu kena kacau selalu dan api kecil aje supaya tak berketul ketul.
3) Last sekali masukkan lah sos tiram, kicap manis, serbuk lada hitam, kiub ayam dan jugak sedikit garam. Siappp !
Resepi Meatball Ala Ala Ikea
Ha boleh lah kan nak buat makan sendiri. Heheh. Goreng fries sikit buat penuh pinggan lepas tu dah boleh makan. Gitchew ! Memang senang aje nak buat ni, jimat pun jimat. Ehehe. Nani ni pun dah berkali kali try buat gravy, baru ni baru bebetul menjadi gravy nya. Kalau sebelum ni cair lah, tak cukup lada hitam lah. Hahah ! Selamat mencuba korang !

p/s : Doakan result final exam saya petang ni baik baik aje. I is debar sikit. Hahah ! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page