Nene Chicken di Avenue K

Assalamualaikum & Hello.
Hai korangg! Apa plan sempena cuti Deepavali hari ni? Nani ingat nak pergi tengok movie Gol & Gincu 2 tapi mengenangkan hari ni public holiday, macam sesak aje kan dekat mall tu. Hahah! Sudahnya kita tukar plan, berehat aje lah dekat bilik. Kisahnya hari tu ada jalan jalan dekat area Avenue K, lebih tepat lagi sebenarnya dekat Muji (hahah) tiba tiba ternampak outlet Nene Chicken ni hah. Tapi masa tu dah kenyang baru lepas makan dekat Boat Noodle, so kita padamkan lah niat suci murni nak makan dekat sini. Balik tu Nani pun google lah pasal Nene Chicken ni, baru lah tahu rupanya ni pun antara outlet yang jual ayam Korea jugak. Gigih okay siap google lagi, punya lah nak tahu sangat kan. Hahaha! Lepas pada tu terus lah aim nak makan dekat sini. Sekarang kemain lagi suka makan ayam goreng Korea, walaupun harga dia kadang kadang boleh tahan jugak tapi puas hati sebab sedap. Rasanya sejak dah try makan Nene Chicken ni, memang terus jatuh cinta lah dengan ayam dekat sini. Hahahah! Serious sedap wei! Korang yang jalan jalan area KLCC ke Avenue K pergi lah try sendiri. 
Nene Chicken di Avenue K
Nani tak ingat sangat Nene Chicken ni dekat tingkat berapa tapi dia satu level dengan Muji. Heheh. Tak susah pun nak cari, memang confirm korang boleh jumpa sebab dekat sangat dengan escalator. So, apa yang menarik sangat dekat Nene Chicken ni? 
Nene Chicken di Avenue K
Nene Dosirak (RM 17.90)
Since Nani pergi hari tu time lunch, tekak ni nak jugak menu yang ada nasi, so kita order lah Nene Dosirak (flavoured). Dekat sini ada tiga jenis flavoured, yang Nani pilih ni Freaking Hot Fried Chicken. Untuk set yang ada nasi ni, kalau ambil yang original punya, murah sikit lah around RM 16.00 macam tu. Dalam satu set Nene Dosirak ni, ada ayam bahagian wings enam ketul, kimchi, coleslow, fries dengan air. Pada Nani, berbaloi lah jugak dengan portion yang macam ni. Sedap ke tidak? Jeng jeng jeng. 
Nene Chicken di Avenue K
Ikut kan tekak Nani ni, memang serious sedappp! Ini first time makan ayam goreng Korea yang betul betul pedas. Selama ni yang Nani dah pernah try (kecuali Eung Chicken) nama aje hot, spicy tapi tak pedas sangat pun bila makan tu. Hahahah! Kali ni memang puas hati sangat sangat lah makan, sampai berair mata okay! Next time nak ajak kawan repeat lagi makan dekat sini tapi nak makan ayam goreng dia orang aje. Heheh. Selain daripada ayam goreng, ada jugak burger dengan wrap apa entah nama dia. Dua ni pun nampak menarik jugak. Maybe boleh try lain kali. 
Nene Chicken di Avenue K
Fries ni memang banyak tapi sebab dia manis so Nani tak berapa nak suka sangat. Kalau fries biasa tu lagi sedap rasanya. Heheh. Memang recommended untuk try makan dekat Nene Chicken ni, korang boleh check it out siap siap dekat website harga makanan dekat sini. Setakat yang Nani tahu outlet dia orang tak banyak sangat lagi dekat Malaysia ni, ada lebih kurang lima cawangan macam tu aje rasanya. Berbaloi baloi sangat okay, setakat ni memang Nani letak Nene Chicken ni as pilihan utama lah, ayam pun crunchy okay! Oh ye, dekat sini konsep dia self service, so lepas order dia orang akan bagi macam "alarm" nanti makanan dah siap dia berbunyi and kena ambil dekat kaunter. Heheh. Kalau pernah makan dekat 4 Fingers mesti tahu macam mana. Hiks. Jangan lupa cuba okaaay! 

9 comments:

  1. 4 Fingers pun belum, Nene Chicken pun belum. :( kalau ada rezeki insyaAllah boleh cuba. hee nampak menarik ayam diorg tu

    ReplyDelete
  2. Pelik pulak nma nene. .. Nasib xletak nenek

    ReplyDelete
  3. tengah mengidam ayam goreng korea ni. huaaa sedapnya xD

    ReplyDelete
  4. Klu nengok nani share psl makan2 ni mmg terliur tp xde gengla nk try masakan korea ni...
    Laki akak mana maunya try2 gini....

    ReplyDelete
  5. Pedas pedas ni ciksue suka. Bole try nanti.

    ReplyDelete
  6. The last time when I was in Avenue K, Nene Chicken ni belum buka lagi. Masa tu baru ada tapak dia je rasanya.

    ReplyDelete
  7. Kalo peminat pedas..sesuai la ayam tu..akak xleh mkn pedas haha

    ReplyDelete
  8. Lama tak makan Nene chicken ni.. sesekali pekena ayam pedas tu sedap juga.. best.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page