KFC Loaded Go Bowl

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Dah tengah hari baru sempat nak update blog, dari pagi busy kemain siapkan kerja yang tak pernah habis. Heheh. Kisahnya baru ni pergi tengok movie Skyscraper lakonan Dwayne Johnson (The Rock). Ikutkan plan asal nak tengok movie Brother Of The Year tapi waktu tayangan petang pulak. So kita tengok aje lah movie apa yang ada. Not bad jugaklah movie Skyscraper tu and kalau korang sejenis yang suka layan movie yang genre action macam ni, nah memang wajib pergi tengok. Cuma pada aku ada certain scenes yang macam tak berapa nak logik. Hahah! Tapi worth lah untuk tengok. Rasanya dah lama gila tak tengok movie ni, last tengok cerita Pinjamkan Hatiku kot ke By My Side entah. Dah kenapa tajuk entry pasal KFC tiba tiba jadi movie review. Hahah! Jauh kemain pusing. Hari tu ingat nak buat satu entry betul review movie ni tapi tu lah tak ada masa. Sekali kan aje lah macam ni, senang! Okay lah back to the topic, finally dapat jugak rasa KFC Loaded Go Bowl yang baru ni. Awal awal hari tu kemain viral ni dekat twitter, Nani pun terjebak sama beli. 
KFC Loaded Go Bowl
Loaded Go Bowl (RM 3.70)
Since movie Skyscraper hari tu start pukul 12, sempat lah sebelum tu 'brunch' dulu dekat KFC. Actually Loaded Go Bowl ni lebih kurang aje macam yang Loaded Potato Bowl tu, cumanya yang ni dia gantikan kentang putar tu dengan fries and tak ada jagung. Nani rasa lagi suka yang baru ni sebab tak muak sangat bila makan. Kalau yang Loaded Potato Bowl tu cepat muak dan jarang sangat boleh habis makan satu bekas tu. Hahah! 
KFC Loaded Go Bowl
Overall, not bad jugak lah Loaded Go Bowl ni, kenyang jugak okay makan satu bekas ni. Cuma kalau cheese letak lebih sikit lagi, memang ngam! Nampak aje macam banyak dalam gambar tu, tapi tak sampai bawah pun. Heheh. Fries & ayam yang dekat bawah bawah tu memang makan kosong gitu aje. Harga pun mura murah aje satu bekas ni. Selain daripada Loaded Go Bowl & Loaded Potato Bowl ni, ada jugak Original Go Bowl dengan Curry Lava Rice Bowl. Harga sama aje kot semua RM 3.70. Setakat ni pernah try dua tu aje lah, lain lain next time maybe. Korang pulak dah pernah try makan yang mana? 

17 comments:

  1. Nampak sedap nani..
    Mcm nak cari juga kfc tu😀

    ReplyDelete
  2. tak try lagi huhu karang habislah promosi ni hmm

    ReplyDelete
  3. Kita dua dua pun tak pernah makan. Kalau pergi KFC memang selalu makan ayam dia je :D

    ReplyDelete
  4. nampak mcm sedap je..tak try lagi yg ni.

    ReplyDelete
  5. nampak macam sedap, nanti boleh cuba.

    ReplyDelete
  6. Tak rasa lagi. Boleh cuba lah nanti. Murah juga tu.

    ReplyDelete
  7. Xpernh try.. Oh bwh ada ayam

    ReplyDelete
  8. Okeh yg ni akak x pernah try lagi. Boleh try kalau ok

    ReplyDelete
  9. k.fiezz penah try Loaded Potato Bowl..suka yg ni sebab kentang putar dengan jagung..feveret..

    ReplyDelete
  10. Hadoilah buat perut bernyanyi kelaparan hu hu hu...

    ReplyDelete
  11. wahhh namppak mcm sedap ja. xpernah try lg ni.

    http://www.cikfira.com/

    ReplyDelete
  12. Makan klu time petang2 ni mmg sedap.. best2

    ReplyDelete
  13. Nampak menarik.. Boleh cubalah nanti..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page