Online Shopping Lebih Mudah Melalui Honestbee di Shopback!

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Selamat berpuasa semua. Bulan bulan puasa ni, mesti badan pun cepat letih, cepat penat lagi lagi bila dah seharian dekat tempat kerja. Mana yang dah berkeluarga tu balik rumah, mesti lah nak siapkan juadah berbuka puasa pulak kan. Nani yang belum berumah tangga lagi ni pun, kadang kadang bila balik memang rasa nak tidur terus. Penat sangat tambah pulak kalau cuaca panas membahang. So hari ni Nani nak kongsikan dengan korang satu website membeli belah secara atas talian yang akan memudahkan kaum wanita bila di rumah. Teruja tak ni nak tahu? Korang pernah dengar tentang Shopback? Shopback ini merupakan salah satu website online shopping yang memberikan kita pulangan cashback setiap kali kita membuat pembelian. Eh biar betul dah beli tapi dapat balik duit? Ha, memang macam tu pun konsepnya. Kiranya tiap kali korang membuat pembelian, selepas itu akan ada pulangan yang akan dikreditkan ke dalam akaun.  

Sebenarnya dekat Shopback ni macam macam benda yang kita boleh beli. Antaranya barangan dari Hermo, Lazada, Zalora dan banyak lagi lah. Foodpanda pun ada tau dekat Shopback ni. Mana yang kaki shopping online tu, korang jugak boleh dapatkan Lazada voucher di website Shopback! Suka lah tu kan sebab lepas ni korang boleh dapat diskaun bila nak shopping. Memang best sangat lah. Korang kalau nak tahu lebih lanjut kena lah pergi explore dekat website Shopback Malaysia! Untuk pengetahuan korang, Shopback ini bukan sahaja di Malaysia, tapi ada jugak di Indonesia, Taiwan, Singapore dan beberapa negara lain. Memang antarabangsa lah Shopback ni senang cakap.
Pembelian barangan secara atas talian di Lazada, Zalora dan Hermo mesti korang dah biasa dengar kan? Hari ni Nani share dengan korang semua tentang shopping secara online di honestbee. Untuk memudahkan kerja kaum wanita lagi lagi yang berkerjaya tu, memang honestbee akan jadi penyelamat bila barang dapur dah habis. Melalui honestbee, senang lah untuk korang shopping barang dapur lepas ni. Tambah pulak bulan Ramadhan ni kan, lagi lah malas nak bersesak dengan orang lain dekat pasaraya tu. Sekarang tak payah susahkan diri lagi dah, korang klik aje barang dapur yang korang di honestbee dan tunggu dia orang hantar ke depan pintu rumah korang! 

Serius korang mudah sangat dengan ada nya honestbee ni. Nani rasa macam menyesal sebab lambat sangat tahu pasal honestbee. Nani sejenis manusia yang paling malas nak keluar pergi beli barang. Iya lah, nanti nak kena naik LRT lepas tu ambil grab car lagi banyak dah duit habis dekat situ. Bila ada nya honsetbee ni, memang mudah lah kerja Nani lepas ni. Dan yang paling best sebab dapat pulangan semula lepas tu. Dekat tempat lain tak dapat macam ni tau! Hanya di Shopback sahaja! 


 Memandangkan sekarang bulan Ramadhan dan lebih kurang tiga minggu lebih lagi kita akan menyambut Hari Raya, jadi Shopback mengadakan promosi khas sempena Aidilfitri. Bila nak dekat Raya ni, memang mata tu suka betul lah kan tengok barang barang yang ada promosi ni kan. Nani tahu lah, sebab Nani pun macam tu. Hahah! Korang jangan lepaskan pulak peluang keemasan ni. Bukan selalu tau nak daptkan promosi terutama menjelang Aidilfitri ni hah. 
Selain daripada barang dapur, korang jugak boleh beli cheesecake, muffin dan macam macam lagi lah jenis makanan melalui honestbee. Wow sangat kan honestbee ni sebab macam macam yang kita boleh beli sekali gus. Lepas ni kalau terliur nak makan kek, boleh lah klik aje di honestbee. 
Malas nak cakap banyak lagi dah, baik korang cecepat pergi buka akaun di Shopback sekarang! Klik link INI dan terus sign up. Tak sampai lima minit pun tau nak sign up. Kalau korang ada Facebook, lagi lah senang dan cepat. Dalam masa seminit pun dah boleh setel. Tapi kalau korang nak jugak tutorial boleh tengok di Youtube Shopback Malaysia! Dah siap buka akaun tu boleh lah terus shopping macam macam di honestbee. Petang nanti tak tahu nak berbuka apa, boleh lah order aje dengan dia orang. Serius, memang memudahkan sangat bila boleh shopping secara online macam ni. Betul tak korang? Ok lah, selamat bershopping semua! 

14 comments:

  1. Replies
    1. Kannn! Suka betul kalau groceries pun boleh shopping online ni.

      Delete
  2. Wow makin banyak web shopping online skrg nie..
    memudahkan pembeli..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju! Nani pun kalau bulan puasa macam ni lagi lah malas nak keluar beli barang. Online shopping jugak yang mudah.

      Delete
  3. Best ni...lepas ni boleh shopping :)

    ReplyDelete
  4. wow macam2 kan sekarang ni. senang shopping online jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Lagi senang shopping online sekarang.

      Delete
  5. wahh senang lah nak beli bahan2 kuih raya ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann kak El. Klik klik tunggu je barang sampai depan rumah.

      Delete
  6. Selamat Bershopping Ye...Raya dah dekat ni..hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah! Banyak pulak rasa nak beli bila tengok ni 😂

      Delete
  7. wah,wah. murahnyaaa kene try ni. hahaha

    ReplyDelete
  8. Wahh barang dapur pun boleh beli online sekarang. Everything can.. ☺️

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page