Jalan Jalan Penang | #MYTravelAdventure

Assalamualaikum & Hello.
Sekarang ni dah masuk minggu last untuk sem ni jadi memang tahap busy dia tu lain macam sungguh! Penat okay, bila dalam sehari nak kena settle banyak benda. Bila penat automatik kepala akan laju aje fikir nak pergi bercuti dekat tempat tempat yang best sikit. Hahah! Serius weh, Nani tak sabar nak habiskan sem ni sebab Nani rasa hectic sangat sangat dah hujung hujung ni. Dalam kepala dah rancang macam macam nak buat masa cuti nanti dan wajiblah pergi bercuti kan. Salah satu nak release stress adalah dengan pergi bercuti. Korang setuju ke tidak? Tapi sementara nak plan destinasi percutian tu, boleh lah buat throwback sikit edisi jalan jalan ke Penang hari tu kan. Memang ada plan pun nak ke sana lagi sebab hari tu banyak lagi tempat yang Nani tak sempat nak jelajah. Kawan Nani pun cakap Nani datang sana sekejap sangat, dia tak sempat nak bawa pusing satu Penang lagi. Haippp! Pandai tau menghasut nak ajak kita ni bercuti dekat negeri dia lagi. Heheh. 
Kenapa Nani suka sangat dengan Pulau Pinang ni sampai berkali kali nak repeat pergi sana? Ha sebab Penang ni terkenal dengan macam macam tempat menarik lagi lagi dekat area Georgetown tu. Lepas tu yang buat Nani jatuh cinta dengan Penang ni haruslah dari segi makanan dia orang kan. Heheh. Hari tu tak sempat nak rasa sotong kangkung yang orang cakap sedap sangat dekat sana tu, jadinya memang tahap wajib pergi lagi lah kan Pulau Pinang tu. Heheh. Sekali sekala dapat jalan tengok negeri orang ni best jugak kan korang. Lagi lagi bila travel dengan family atau kawan kawan, memang syok habis! 😍 Lupa terus semua stress dan kerja yang ada bila bercuti ni. 
Lagi seronok bila dapat bercuti dengan Traveloka! Nani dulu tak tahu pun pasal Traveloka ni sampai lah baca entry blogger blogger lain. Bila dapat tahu yang Traveloka selalu bagi diskaun untuk tiket flight dan hotel, memang tiap kali nak pergi bercuti akan book hotel melalui Traveloka! Korang kalau nak bercuti pun, Nani sarankan guna Traveloka! Nak tunggu apa lagi tu awak, laju laju klik link ni https://www.traveloka.com/en-my tau! Confirm korang tak akan menyesal punya. Jangan jadi macam Nani dulu, pergi booking melalui website lain, dah dapat harga mahal. Padahal masa tu Traveloka ada bagi diskaun kaw kaw. Menyesal gila weh masa tu, sebab tak tengok betul betul. Nani pernah kongsikan kisah tu dulu dekat SINI. 
Oh ya, untuk makluman korang Traveloka merupakan salah satu laman web yang akan memudahkan carian korang untuk travel ke mana sahaja destinasi yang korang nak pergi. Destinasi tu pulak bukan sahaja terhad untuk dalam negara aje tau tapi antarabangsa pun ada jugak. Bila ada lama web macam ni memang dapat membantu sangat lah kan. Tambah pulak kalau kita ni tak pernah sampai pun tempat tu jadi laman web macam ni memang akan jadi tempat rujukan lah. Heheh. Pertama kali Nani buka website Traveloka ni Nani rasa macam teruja sangat nak explore semua benda yang ada. Bukan setakat boleh book tiket flight atau pun hotel aje tau tapi korang jugak boleh tahu tempat tempat yang menarik dan jugak sejarah tempat tersebut. Tak best lah kalau Nani cerita semua dekat sini kan, untuk korang yang nak tahu lebih lanjut kena lah ke website Traveloka. 

Kenapa Pulau Pinang Perlu Jadi Destinasi Percutian? 
Salah satunya sebab pantai dekat sana lawa sangat dan banyak aktiviti yang boleh buat dekat situ. Antaranya berkuda, naik speed boat dan jugak parasailing. Nani hari tu tak sempat nak ambil peluang main parasailing sebab masa kita orang dekat Batu Feringghi tak lama. Serius lawa sangat pantai dekat sini. Nak mandi pun tak ada hal. Kalau waktu petang, ramai orang menjual dekat sekitar kawasan pantai ni. Memang seronok lah kan, tambah pulak kawasan pantai ni berangin aje. Nak buat photoshoot pun cantik korang. Senang cakap, korang kena pergi sendiri bercuti ke sana. 
Yang kedua, tentu lah bab makanan. Pulau Pinang ni antara salah satu negeri yang kaya dengan macam macam makanan. Hari tu sebelum Nani pergi bercuti dekat sana, memang dah list siap siap nak pergi makan Nasi Kandar Deen Maju, Roti Canai Transfer Road dan yang paling penting Mee Sotong. Peh memang nikmat weh bila dapat makan semua ni. Nasi kandar dekat Pulau Pinang ni memang ada banyak tapi kena pandai cari mana yang best. Salah satu yang famous tentu lah Nasi Kandar Deen Maju ni hah! Tengok lah tu, melimpah ruah kuah dalam pinggan. Makan sambil menjilat jari uolsss. 
Dulu Nani sellau tengok aje orang post Roti Canai dekat Transfer Road ni. Selalu tertanya tanya sendiri, memang sedap sangat ke sebab nampak macam biasa biasa aje. Kebetulan hotel yang Nani duduk tu dekat gila dengan Roti Canai Transfer Road ni. Memang orang kata elok sangatlah nak pergi kan. Bila dah rasa sendiri memang tak habis habis puji kesedapan roti canai dekat sini. Kuah dia tu yang buatkan roti canai ni lebih umphhh! Ayam tu pulau memang besra dan kalau korang nak tahu sepinggan ni cuma RM 6 weh! Murah! Dekat KL nan hado nak dapat macam ni tau! 
Pertama kali Nani makan mee sotong ni memang terbaaik! Kawan Nani bawa pergi makan yang dekat Padang Kota. Fuh teringat ingat lagi sampai sekarang mee sotong ni tau. Sotong banyak dan harga cuma lah lima ringgit. Sedaap! Sepinggan ni pun banyak tau korang. Sebenarnya yang buatkan Nani nak pergi lagi ke Penang sebab hari tu tak sempat nak makan char kuey teow dan jugak lepak dekat Restoran Kapitan yang terkenal dengan nasi beriyani dan nan cheese dia orang. Memang dah ada dalam list Nani, cuma masa terhad dan tak sempat nak pergi. Sobs T_T
Selain daripada pantai yang lawa dan jugak macam macam makanan yang sedap dekat Pulau Pinang n, ada jugak lukisan lukisan yang menarik untuk bergambar macam dekat atas ni hah. Nani hari tu sempat jumpa beberapa Streeat Art aje. Next time, kalau ke Penang lagi nak cari semua Street Art yang ada. Heheh. Hari tu pun ada Street Art yang Nani memang nak sangat pergi tapi tak jumpa sebab Street Art ni ada dekat merata rata tempat so kena jalan jalan sikit cari. Tapi jalan jalan pun seronok jugak sebab boleh tengok  negeri orang kan. 
Ini masa Nani ke Wonderfood Museum. First time masuk museum yang ada replika makanan besar besar. Fuhh! Memang syok bergambar dekat dalam ni, paling best sekali ada pekerja dia orang yang akan tolong ambilkan gambar kita. Jadi tak payah risau kalau datang berdua aje ke sini. Heheh. Dekat museum ni, macam macam makanan tradisi yang ada dekat Malaysia kita boleh kenal. Memang sesuai sangat kalau nak bawa family atau kawan kawan datang ke sini. Kalau ikutkan banyak lagi tempat best dekat Penang ni, sebab tu Nani cadangkan korang bercuti ke Penang. Sekali sekala lari dari hikruk pikuk kota, apa salahnya kan. Kalau Nani bercuti, memang prefer kawasan yang ada pantai. Lagi best bila bercuti dengan Traveloka! Jom pilih Traveloka dan lupakan yang lain!

#TravelokaMY
#MYTravelAdventure

16 comments:

  1. kak nani nampak lawalah kat gambar 1st tuuuu! hehehe
    yang wonderfood museum tu mmmng nampak menarik, kalau pegi penang mmng teringin nk pegi situ. boleh bergambar puas2 xD

    ReplyDelete
  2. amboi sronok cuti2 penang..mkn2 lg..lama akak tk pi penang...sebelum ni pn pegi byk urusan kj..roti canai ada ayam..xpernh try...mee sotong pn tk pernh try

    ReplyDelete
  3. Penang mmg menarik..tak pernah bosan ke Penang utk berholiday

    ReplyDelete
  4. Siqah nak sangat pergi Penang . Tapi tak tahulah bila boleh pergi T_T Sedapnya gambar makanan! Nak rasa mee sotong dan roti canai tu T_T Nak tengok sunset kat Batu Feringghi jugak T_T

    ReplyDelete
  5. gudluck kak nani. all the best.

    kita pun suka penang sebab makan dia mak ai. heaven sangat

    ReplyDelete
  6. penang memang syurga makanan. masa honeymoon dekat penang asik makannnn je kerja nya. balik honeymoon rasa gemuk hahaha. padahal memang dah sedia gemuk

    ReplyDelete
  7. syok gi penang skrg ni, macam2 ada

    ReplyDelete
  8. akak br masuk wonderfood muzium tu...best

    ReplyDelete
  9. satu lagi makanan yang kene cuba bila ada di penang ialah serabai. sejenis kuih..uih sedapnye lahai..

    ReplyDelete
  10. bila lah dpt jln2 ke penang nih....
    geram nengok mee grg sutun tuh... ramai yg kata mmg sedap mee grg tuh...

    ReplyDelete
  11. Wahhh menariklah... terasa lama betul dah tak ke penang ni... best:) :)

    ReplyDelete
  12. Best nyaaa pergi Penang! Drop here for a while, jangan lupa singgah my blog 😀

    https://wawajayyy.blogspot.my/?m=1

    ReplyDelete
  13. Kerana entry nanie lah akak dah sampai lagi Penang hahahhaha...

    ReplyDelete
  14. Akak pun nak juga ulang pergi Penang ni sebab masa pergi last year tak habis semua tempat kita pergi. Memang seronoklah Nani bila dah penat-penat dengan urusan setiap hari setiap masa, dapat bercuti pulak.

    ReplyDelete
  15. Syok jalan-jalan penang. Tak habis pusing lagi satu penang. kena pergi lagi dan lagi

    ReplyDelete
  16. wah. bestnyaaaaa. dah lama teringin nak jalan2 kat penang ni.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page