Seharian di Taman Tasik Titiwangsa

Assalamualaikum & Hello.
Kisahnya hujung minggu baru ni Nani berkesempatan ke Taman Tasik Titiwangsa dengan kawan untuk bonding time gitu. Hakikatnya dah terlebih bonding dengan diorang ni semua. Nani pun memang tak ada plan aktiviti lain weekend baru ni so boleh lah ikut ke Taman Tasik Titiwangsa. Rasanya last jejak tempat ni masa ada Eye On Malaysia dulu. Hahaha ! Silalah kira sendiri dah berapa tahun kan :p Itu yang baru ni teruja dia lain macam sikit bila tengok ada banyak sangat benda boleh main. Kiterang ke sana guna public transport (macam biasa lah kan). Turun di LRT Titiwangsa kemudian ambil bas ke tasik ni hah. Kalau nak lagi senang, boleh guna grab car atau pun teksi. Tapi pada Nani grab car lagi murah dan harga dia lebih fixed lah.

Tempat ni memang sesuai sangat untuk santai santai dengan kawan atau keluarga. Aktiviti pun banyak sangat pilihan dan menarik okay sampai rasa semua nak main. Hahah ! Bayangkan eh Nani duduk situ dari pagi sampai ke malam lepas tu baru balik. Dia punya seronok main macam macam sampai masing masing tak ingat dah nak makan tengah hari. Ehehe. Selain daripada tempat nak bersantai dengan keluarga, boleh jugak kalau nak buat photoshoot wedding ke dekat sini. Boleh lah fefeeling macam duduk atas rumput hijau dekat luar negara sana. Hahah ! 
Taman Tasik Titiwangsa
Gambar ni masa pagi lagi sebab tu muka sesuci lebaran gitu. Kahkah ! Tambah pulak guna camera Vivo baru lagi berganda ganda cantik dia. EH ! 
Taman Tasik Titiwangsa
Ha tak dapat nak bergambar atas rumput hijau dekat luar negara, dekat sini pun boleh okay. Kawasan dia lapang sangat sesuai lah kalau nak buat aktiviti main bola ke, game santai santai ke. Cuma kalau waktu petang tambah pulak hujung kinggu memang ramai gila orang. Kiterang hari tu masa tengah hari tak ada lah ramai sangat. Iya lah siapa yang nak beriadah dekat taman waktu tengah hari panas gitu kan. 
Taman Tasik Titiwangsa
Jarang jarang lelaki nak bergambar macam ni sebab selalunya perempuan aje yang nak buat. Hahah ! 
Taman Tasik Titiwangsa
Realiti disebalik sekeping gambar yang sempurna. Hahahah ! Punya lah gigih sangat kan nak ambik gambar macam tu. 
Taman Tasik Titiwangsa
Masa ni dah petang, muka pun dah comot habis. Ehehe. Nani memang sayang sangat lah dengan team ni walaupun setiap sem ada yang datang dan pergi. Bila mana dah terlalu rapat, mesti dalam kepala dah lekat perangai masing - masing macam mana. Baca WhatsApp pun boleh terngiang ngiang suara diorang. Hahah ! 
Taman Tasik Titiwangsa
Dekat kawasan ni jugak ada pondok macam ni boleh lah kalau nak duduk untuk buat aktiviti. Angin pun sepoi sepoi bahasa sampai rasa nak terlena. EH ! 
Taman Tasik Titiwangsa
Siap solat zohor masing - masing dah excited nak main basikal. Tak, yang sebenarnya Nani over excited. Hahah ! Dari awal pagi sampai lah ke waktu zohor tu, duduk ulang ayat yang sama nak naik basikal tiga orang. Dah lam sangat teringin nak naik basikal macam tu ha. Pagi tu tengok orang lain bawak macam best je, macam senang je, sekali bila sendiri nak bawak kelaut weh. Mula mula Nani try bawak, sikit je lagi nak tergolek. Nasib tak buat drama jatuh basikal masa tu. Hahah! Sudahnya Nani duduk dekat tengah. 
Taman Tasik Titiwangsa
Walaupun tengah hari tu cuaca dia boleh tahan panas, tapi masing masing macam lupa diri. Hahah ! Bawak basikal pusing satu taman tu macam cuaca redup sangat. Nani yang asalnya nak sangat naik basikal tiga orang tu akhirnya naik basikal yang kawan punya (yang sorang). Kahkah ! Pada Nani basikal untuk dua orang lagi senang nak control berbanding yang tiga orang tu. Takpe lah, at least dapat lepas gian dah lama tak bawak basikal. Gitu. 
Taman Tasik Titiwangsa
Bayaran untuk basikal ni RM 10 seorang dan boleh main selama satu jam. Pusing lah ikut suka hati dalam masa sejam tu. Sejam tu lama okay sampai rasa dah tak larat nak kayuh lepas tu. 
Taman Tasik Titiwangsa
Selain daripada aktiviti berbasikal, boleh jugak kalau nak main rollerblade dekat sini. Harga pun RM10 seorang dan main selama satu jam. Kalau rasa macam tak ada pengalaman main rollerblade dekat sini akan ada coach yang ajar dulu macam mana nak seimbangkan badan, nak kawal diri bila nak terjatuh dan so on. Tapi kalau memang dah pro, boleh lah terus aje main dekat kawasan yang diorang dah sediakan. 
Taman Tasik Titiwangsa
Mohon lah jangan nak tanya sangat mana aku. Hahah ! Memang nan hadonya nak main rollerblade macam ni. Nani tengok diorang main pun kemain lagi seksa hah, asyik jatuh bangun jatuh bangun, memang bye - bye lah cerita dia. Hari tu Nani tengok ada sorang budak kecik tu pandai sangat dia main, jeles pulak rasa. Eheheh :p
Taman Tasik Titiwangsa
Bila dah ramai ramai macam ni, Giant Bubble pun boleh jadi pilihan nak main. Kawasan dekat sini kan berangin aje, seronok lah bila main. Nani tak pasti berapa harga untuk main Giant Bubble ni hah sebab masa tu dah penat sangat, nak menapak pun kemain malas. Nani sampai aje, diorang dah start main. 
Taman Tasik Titiwangsa
Apeni semua nak fefeeling jadi bebudak balik ke? Hahah ! 
Taman Tasik Titiwangsa
Kawasan untuk Giant Bubble ni agak redup dan teduh, sementara nak tunggu diorang main boleh lah duduk berehat sambil layan Instagram. EH :p
Taman Tasik Titiwangsa
Apa apa pun memang Sabtu lepas hari yang paling have fun sangat. Dah lama sangat tinggalkan aktiviti dekat taman macam ni. Hahah ! Korang kalau tak tahu nak lepak dekat mana weekend, boleh lah jadikan Tasik Titiwangsa ni sebagai tempat beriadah.Banyak lagi aktiviti - aktiviti lain yang ada dekat sini antaranya berkayak, giant waterball lepas tu apa entah lagi namanya. Nani lupa dah sebab tak main pun hari tu aktiviti yang melibatkan air ni. Rata - rata dekat sini harga dalam RM10 untuk setiap permainan. 
Taman Tasik Titiwangsa
Aiskrim goyang seringgit. Ini pun dah lama jugak tak makan. Hahah ! Gerai gerai makanan lain pun ada banyak, kalau datang sini bawak pulak family sila lah sediakan lebih sikit duit tu. Heheh. Ha korang  pulak suka tak pergi taman macam ni? 








11 comments:

  1. Moment ini akan Nani ingat sampai bila-bila tau
    Masa belajar ni memang best apa pun aktiviti dibuat dgn kawan-kawan.

    ReplyDelete
  2. bestkan beriadah tepi tasik camni..segar je rasa..

    ReplyDelete
  3. best nengok aktivi nani n the geng.... mcm2 aktiviti buat kan...

    seharian kt situ mcm kejap je bila banyak aktiviti di buat

    ReplyDelete
  4. bestnye beriadah ramai2 camni..

    ReplyDelete
  5. menarik juga skrg ek ...lm x dtg sini sejak dah berkahwin hahaha 9 thn dah kekeke

    ReplyDelete
  6. Seriously best giler kot kalau dapat hang out dengan member2 mcm nih..

    ReplyDelete
  7. bukan kerana Evo..ehh vivo yang pasti semua comel2 pe

    ReplyDelete
  8. Kalau nak lagi menghijau rumput, pergilah ke Tasik Perdana, Nani. Lagi macam rasa kat oversea. Boleh baring-baring tanpa rasa syak wasangka. Hahaha!

    Beria-ia korang semua ya dari pagi sampai ke petang dok kat taman aje. Banyak juga aktiviti berbayar boleh dibuat di taman ni. Akak dah lama tak pergi Taman Tasik Titiwangsa ni.

    ReplyDelete
  9. Wahh meriahnya... seronok... kenangan manis buat nani dan kengkawan semua ni.. lama dah saya tak ke tasik titiwangsa ni...

    ReplyDelete
  10. Basikal tu memang ada dari pagi ke??

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page