Jom Bercuti Ke Cherating Dengan Traveloka !

Assalamualaikum & Hello.
Cuti sekolah dah nak dekat, korang ada yang planning nak bawak family pergi bercuti ke? Nani ni pun ada jugak dua tiga tempat yang dah di “short list” kan untuk dijadikan sebagai destinasi percutian. Bukan apa, dah lama sangat rasanya tak pergi bercuti dan lari sekejap daripada segala jenis kerja. Agak agak mana tempat yang Nani nak pergi? Jeng jeng jeng. Tak ada lah jauh mana pun, di negeri kelahiran sendiri jugak Pahang Darul Makmur. Spesifik sikit lagi, di Cherating, Kuantan. Nani pun memang dah lama tak ke sana, jadinya memang dah set awal awal dalam kepala cuti Raya Haji ni nak bercuti ke Cherating. So nah hari ni Nani nak kongsikan apa yang best sangat dekat Cherating dan wajib untuk korang pergi. Cherating merupakan pekan kecil yang pada asalnya sebuah perkampungan nelayan yang terletak di utara ibu negeri Pahang.
Cherating | Lokasi Percutian Wajib Pergi
kredit : Google 
Kalau korang daripada Kuala Lumpur, boleh lah pilih sama ada nak naik flight ke Kuantan (yang perjalanannya kurang dari satu jam) atau pun nak drive kereta sendiri. Kalau nak drive makan masa sikitlah, dalam tiga ke empat jam menggunakan Lebuhraya Karak. Pada Nani, kalau nak syok bercuti ni baik guna pengangkutan awam. Hehe. Badan pun tak letih sangat sebab bukan kita yang drive. Boleh jugak kalau nak naik bas sama ada dari Pekeliling atau TBS. Pekan Cherating yang terletak di persimpangan jalan besar di antara perjalanan ke Kuantan dan Kuala Terengganu ini telah berkembang daripada sebuah perkampungan nelayan kecil kepada sebuah tempat tumpuan pelancong yang pesat membangun. Mungkin juga disebabkan faktor itu, tempat ini menjadi antara tempat yang terkenal di kalangan pelancong kerana jarak dan lokasinya yang sangat mudah untuk ke sana. Tempat ini juga dikenali sebagai lokasi pertama Club Mediterrannee (the Club Med Malaysia) di Asia.
Cherating | Lokasi Percutian Wajib Pergi
kredit : Google 
Bila nak bercuti, tentulah semua benda nak kena buat survey kan terutama nya tempat nak bermalam. Tapi kalau ke Cherating, memang tak perlu risau lah nak bermalam dekat mana. Korang boleh pilih sama ada nak bermalam di Cherating hotel lima bintang  yang terkenal seperti Club Med Cherating, Suria Cherating Beach Resort dan lain lain lagi. Tak nak tidur di hotel mahal mahal,hotel bajet pun ada. Kalau nak fefeeling duduk dekat kampung, boleh jugak bermalam di homestay perkampungan nelayan. Apa yang penting, ikut kemampuan dan bajet masing masing kan. Nak berjalan, kena enjoy enjoy ! Kalau tak tahu Cherating hotel yang best untuk bermalam, korang boleh tengok website https://www.traveloka.com/en-my/ Memang membantu sangat tau untuk korang pilih hotel yang selesa dan menjimatkan.
Cherating | Lokasi Percutian Wajib Pergi
Memandangkan Cherating ni merupakan kawasan pantai, memang rugi lah kalau tak makan makanan seafood yang semuanya segar dari laut kan. Harga? Jangan risau, semua nya berpatutan. Di sepanjang persisiran pantai dekat sini, memang banyak sangat pilihan gerai makanan. Bukan itu aje tau, segala jenis keropok ikan, keropok lekor, sata dekat merata rata gerai ada jual. Ok, sekarang Nani pulak yang rasa tak sabar nak ke sana ! Hahah !

Ha tahu tak dekat sana macam macam aktiviti yang kita boleh buat antaranya :
Cherating | Lokasi Percutian Wajib Pergi
kredit : reenaonline.com
1) Melihat penyu bertelur.
Di Pusat Penerangan dan Santuari penyu, aktiviti ini merupakan aktiviti wajib bagi pengunjung di si sini tambahan pula bukan semua pantai di Malaysia mempunyai penyu. Di sini, korang akan diberi pendedahan tentang spesis dan jenis penyu yang biasa dijumpai oleh petugas yang berpengalaman luas. Bayaran yang dikenakan RM55 seorang dan korang bukan sahaja boleh tengok penyu bertelur tetapi dapat jugak melihat anak anak penyu yang dah bertelur ke pantai. Menarik sangat kan ! Untuk pengetahuan korang, musim penyu mendarat di pantai untuk bertelur adalah dari bulan April hingga bulan Ogos.
Cherating | Lokasi Percutian Wajib Pergi
kredit : Google 
2) Mangrove River Cruise.
Ha bukan sahaja ada pantai tau tapi bila ke Cherating ni, korang boleh jugak merasai pengalaman menaiki bot menyelusuri sungai Cherating. Sepanjang perjalanan tersebut korang akan diberi pendedahan tentang kehidupan liar yang terdapat di hutan paya bakau di sini seperti ular, monyet, ikan dan sebagainya. Bukan itu aje tau korang, nak tengok kelip kelip yang menyinari beberapa kawasan pun boleh jugak.
Cherating | Lokasi Percutian Wajib Pergi
kredit : Google
3) Menikmati keindahan pantai.
Dah namanya pun pergi ke kawasan pantai, rugi lah kalau tak menikmati keindahan pantai yang sememangnya menjadi tarikan kebanyakkan para pengunjung. Pantai yang terletak di sini berteluk dan agak landai jadi selamatlah untuk korang berkhelah di sepanjang pantai bersama keluarga atau kawan - kawan.Bagi yang sukakan aktiviti ekstrem, korang bolehlah buat aktiviti surfing. Banyak surf operators yang menawarkan macam macam servis berkaitan dengan aktiviti ini.

Ha banyak kan aktiviti yang korang boleh buat dekat Cherating ni, sebab tu lah Nani jadikan Cherating sebagai destinasi percutian Nani tak lama lagi. Tak sabar nak jejak pantai dan makan macam macam jenis seafood yang fresh dari laut. Korang kalau nak ke sana jugak boleh lah ke laman web https://www.traveloka.com/en-my/ untuk mengetahui special Cherating hotel. Jom bercuti ke Cherating ! 

20 comments:

  1. tudia goreng tepung dia.. berselera tengok.. hahahaha

    ReplyDelete
  2. Tengok gambar² trus rasa nak gi bercuti ☺☺

    ReplyDelete
  3. jue pernah g club med tu masa company trip.. ok la rehat serehatnya makan tido jer kat sana.. hahaha.. traveloka tu the best la.. penganti booking.com tu kan

    ReplyDelete
  4. Menarik...
    Dalam river tu ada buaya tak? Hehe..

    ReplyDelete
  5. wow bestnya! Cherating tggu mummy mai.. hehehe

    ReplyDelete
  6. Mangorove River Cruise tu macam syokk je..

    ReplyDelete
  7. sotong itu telah memukau tekak mummy.. adoii nak kena cari ni..

    ReplyDelete
  8. bestnyaaa oiii...Sally selalu g Cherating jarang la nak berhenti kat mana-mana, selalu berhenti makan je..hehehehe :D

    ReplyDelete
  9. wahhh..bestnyee kalau dapat g bercuti kat cherating..

    ReplyDelete
  10. jom jom
    tgh tunggu signal posting ayah rania
    labuan, kuching kuantan atau gong kedak nih..
    kalau dkt kuantan leh la g cherating. hiks

    ReplyDelete
  11. my wish list
    mu tunggu aku dateng hahaha

    ReplyDelete
  12. 3 mggu lepas nak try bermalam di Club Med tu.. dah sampai, malangnya pak guard tak lepas masuk sebab kena booking online 3 hari awal... hanya dengan online sahaja...nak walk in pun tak boleh... melepasss

    ReplyDelete
  13. Last akak pergi bercuti di Cherating masa tsunami di Jepun 2011 ^_^ Masa tu akak tengah menikmati keindahan pantai di Suria Beach Resort tetiba tengok ombak lain macam pulak. Rupa-rupanya ada tsunami besar di Jepun!

    Lama tak pergi, wajib masuk dalam senarai tempat berkunjung bersama keluarga tercinta ^_^ Sedapnya alahai kalau dapat makan seafood!

    ReplyDelete
  14. Best... teringin juga nak pergi ni nanti... thanks sharing nani :)

    ReplyDelete
  15. bestnya....nak pergi bulan 3 tahun depan tapi tak boleh tengok anak penyu dilepaskan ke pantai lah ek?

    ReplyDelete
  16. traveloka sgad2 berbaloi murah..next week nk g cherating hehe.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page