Pertama Kali Menggunakan Pelembap Bibir Forever

Assalamualaikum & Hello.
Produk keluaran Forever merupakan produk yang menggunakan Aloe Vera sebagai bahan utama dalam produk ini. Rasanya semua orang dah tahu tentang kelebihan Aloe Vera ini kan. Nani dah lama tahu tentang produk keluaran Forever ini sebab ada ahli keluarga yang menggunakannya untuk mengatasi masalah bengkak tonsil. Memang berkesan sebab lama kelamaan tonsil tersebut akan mengecut dan tidak bengkak terutama apabila demam.
Forever Sun Lips
Ini merupakan antara produk produk keluaran Forever. Ada pelembap bibir, madu, sabun muka dan badan dan sebagainya. Hari ini Nani nak kongsikan pengalaman Nani sendiri menggunakan pelembap bibir keluaran Forever. Musim musim panas terik ini, memang kena jaga sangat bibir. Kadang kadang minum air kosong banyak dah tapi bibir masih lagi kering.
Forever Sun Lips

Dengan adanya pelembap bibir keluaran Forever ini, kita tak perlu risau lagi dengan masalah bibir kering sebab pelembap bibir keluaran Forever ini mampu mengatasinya. Memang seronok kan, tambah pula dengan cuaca yang tak menentu sangat sekarang ini. Penjagaan bibir sangat penting bagi seorang wanita selain daripada pakaian dan kulit muka. Untuk musim panas ni, apa salahnya kalau kita bertukar pulak menggunakan pelembap bibir keluaran Forever kan. Nak tahu maklumat lebih lanjut boleh ke Instagram mereka atau hubungi nombor yang tertera. 

Produk Kesihatan Forever
#aloeveraklang0136283485
#aloeverashahalam0136283485

2 comments:

  1. Wah boleh cuba ni sebab bibir selalu kering

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page