Family First

Assalamualaikum & Hello.
Fuhh baru boleh tarik nafas lega sikit bila separuh daripada kerja kerja yang nak kena siapkan dah buat. Yang lagi separuh tu kita letak tepi dulu, hujung minggu ni habiskan masa dengan keluarga di Pahang. Minggu lepas masa Angah nikah dah tak balik, minggu ni majlis menyambut menantu takkan lah tak nak balik jugak kan. Walaupun mulanya 50 - 50 rasa nak balik tu tapi bila fikir semula, letak lah dulu komitmen yang lain ke tepi dulu. Keluarga lagi penting. Masa kita terjatuh, bangun keluarga jugak yang support dulu kan. Hiks ! Excited sikit nak balik kali ni sebab dah sebulan tak balik. Rindu rumah, rindu katil, rindu wifi laju gila. Hahaha !
Gambar dari Google
Weekend ni akan busy gila dengan majlis sambut menantu untuk Along dengan Angah. Memang confirmlah segala jenis WhatsApp yang bukan bukan tidak akan dilayan. Mohon doakan majlis berjalan dengan lancar dan baik dan saya selamat sampai ke negeri kesayangan, Pahang Darul Makmur. Rasanya nak blogwalking hujung minggu pun tak sempat ni, nanti dah selesai semua Nani terjah okay ! Busy dia macam dia punya majlis pulak. Hahahaha ! 

9 comments:

  1. Salam jumaat ♥
    semoga majlis berjalan dgn lancar... :)

    ReplyDelete
  2. Betul dalam banyak hal keluarga kena utamakan..

    ReplyDelete
  3. betul tu, keluarga lagi penting :)
    semoga urusan family akak dipemudahkan!

    ReplyDelete
  4. rindu wifi laju gila. hahaha ni sama macam abang sy :D tiap kali balik dari pedalaman Sarawak tu, memang duk stay up aje online

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  5. Semoga semuanya berjalan lancar ye :)

    ReplyDelete
  6. Semoga ceria dan bergembira sekeluarga... :)

    ReplyDelete
  7. Betul tu, Nani. Dah namanya keluarga kenalah didahulukan walaupun kerja-kerja lain menambun menunggu minta dilangsaikan. Jatuh bangun kita pun, keluarga aje yang selalunya berada disisi!

    Wah, ni baru majlis orang! Kalau majlis sendiri, tak tahulah macamana sibuknya si pengantin seorang ni ^_^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page