Cafe Cerita Kambing Pilihan Terbaik !

Assalamualaikum & Hello.
Beruntung siapa yang tinggal atau bekerja berdekatan dengan Anggerik Mall boleh lah selalu ke Cafe Cerita Kambing yang terletak di Shah Alam ini. Cafe Cerita Kambing ini bukan sahaja membuka restoran malah turut membuat servis catering. Haaa mudah lah kalau nak buat tempahan makanan dengan mereka terutama kalau korang nak menu yang berasaskan kambing. Pertama kali berpeluang merasa makanan yang disediakan oleh Cafe Cerita Kambing semasa 1st EFG Gathering, memang sampai sekarang terasa lagi kelazatannya. 
Cafe Cerita Kambing
Ayam Masak Merah.
Memang Nani suka sangat dengan ayam masak merak ni, sambalnya pun banyak. Tidak terlalu kering sangat, ayam pun besar besar. Puas hati sangat bila kita tempah dengan servis catering yang sediakan menu macam ni. 
Cafe Cerita Kambing
Kambing Masala.
Nani difahamkan kambing masala ini merupakan antara menu yang paling terkenal di Cafe Cerita Kambing. Rugi lah kalau ke Cafe Cerita Kambing kalau tidak merasa menu yang satu ini kan. Nani pun pertama kali makan kambing masala, memang sedap. Berkali kali tambah sebab jarang jarang jumpa kambing yang dimasak begini. Selalunya dibuat kari kan. 
Cafe Cerita Kambing
Jelatah atau Acar.
Bila dah ada ayam masak merah, kambing masala makan pulak dengan nasi beriani haruslah ada acar ni kan, baru lah ngam kata orang. Memang sedap !
Cafe Cerita Kambing
Teringat ingat pulak menu yang sedap ini. Nanti kalau berkesempatan Nani nak ke Anggerik Mall. 
Cafe Cerita Kambing
Kambing Bakar.
Kambing bakar yang diperap sempurna dengan pelbagai rempah ratus memang membangkitkan selera. Tambahan pula ada sos lada hitam yang memang "kick" Memang meratah lah aje kerjanya. Bukan senang nak jumpa kambing yang dibakar sempurna dan sedap macam ni. 
Cafe Cerita Kambing
Kambing bakar ini pun sangat lembut dan tak liat langsung. Memang terbaik lah ! Nani sarankan korang pergi rasa sendiri keenakan menu yang disediakan oleh Cafe Cerita Kambing ni. Macam mana nak ke sana? Jangan risau, Waze sahaja alamat dekat bawah ni ha. Selamat Mencuba ! 

Alamat Cafe Cerita Kambing :

Lot 1-12, Anggerik Mall,
Jalan 14/2 Seksyen 14,
Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Waktu Operasi :
ISNIN - AHAD ( 11.30 am - 5.00 pm)

7 comments:

  1. amboiii pagi-pagi dah tayang makanan nie..lunch mana nak cari nie..kekeke..

    ReplyDelete
  2. Kambing bakar!!! Ohhhh kegemaran sangat tu! Bolehlah nanti siqah terjah ke kedai ni. Tak lah jauh sangat dari rumah :)

    ReplyDelete
  3. Pagi-pagi dah terliuq tengok gambar makanan. Akak suka ayam masak merah. Kambing kurang sikit.

    ReplyDelete
  4. Kalau yg minat daging kambing macam family kakak kalau dapat ni nikmatnya Nani...

    ReplyDelete
  5. Wauuuu...pernah dengar cerita kambing ni...tapi tak kesampaian lagi nak pi...pekat betul kuah dia tu...haishhh tgk pun tau dah mesti terangkat

    ReplyDelete
  6. Nasib baik akak bukan peminat kambing. Ni kalau beritahu kat HD mahu hujung minggu ni diajak ke Shah Alam!

    ReplyDelete
  7. ya Allah dugaan apakah ini
    lapo haihhh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page