Review : Arabian Bay Suites Gambang Resort


baru hari ni aku nak update tentang family day yang aku pergi hari tu :) actually ni kali ketiga aku sampai sana. tapi sebelum sebelum ni tak bermalam pun dekat situ. memang lawa lah resort dekat sini. kalau nak bercuti ke nak release tension ke boleh laa datang sini. 

#ENTRI ini penuh dengan gambar :) harap mak long. 


dekat sini ada dua resort. yang aku duduk Arabian Bay Suite. satu lagi kalau tak silap aku Carribean Bay Suite. yang Arabian ni baru sikit daripada yang Carribean tu :)


dah siap landing landing baru teringat nak ambik gambar. Ahaaa :P
bilik aku menghadap ke jalan utama so tak berapa best sangat. kalau dapat bilik yang mengadap ke kolam renang tu baru awesomeee :D


dekat situ ada jugak aktiviti luar. sesiapa yang berminat nak naik kuda, main flying fox boleh la datang sini. naik kuda RM 10 seorang ( dua kali pusing ). syratnya berat paling MAKSIMUM 85 kilogram. cuma yang aku tak berapa suka tempat nak beli tiket untuk naik kuda ni jauh sikit dari tempat nak naik kuda. kena jalan kaki pulak tu. maka aku pun tak naiklah kuda ni T__T




suasana dalam Grand Ballroom Arabian Resort. aku suka dekorasi dia . Cantik. Ada sorang staff ni cakap dekat aku "nanti kahwin buatlah dekat sini, barulah grand sikit." Eh memang nak pun aku buat dekat situ, siapa yang nak datang. jauh oiiii . 


makanan dekat situ ada yang boleh diterima oleh tekak tapi aku ada jugak yang aku tak boleh terima. ehhhh jujur gila aku ni. HAHAH.. haruslahh. jujur itu perlu. 


aku paling suka dessert dia yang ni. sebab dia masam masam manis gituu.  :D



ni tiket nak masuk Waterpark dekat situ. sebab tidur dekat resort diorang so dapatlah top up RM 12  untuk beli apa apa dekat dalam tu. Nasi Kukus RM 10 sebungkus. Air tin satu RM 3.40  burger dalam RM 4.80 sebijik . Peh. So, kalau datang sini bawak pulak family topup lah dalam RM 50 ke atas. 


ni antara tempat mandi dekat itu. sebiji pelampung untuk disewa RM 20. sebab tu aku cakap tadi kena top up RM 50 ke atas. 



dekat dalam ni jugak ada disediakan tempat untuk main bola tampar. dapatlah feeling feeling tepi pantai gitu. gazebo yang dekat tepi tu kalau nak duduk kena tambah RM 50 untuk sebijik gazebo. :D


Erkkk. tuan tanah memikirkan masa depan. hahahah :P


inilah pintu gerbang utama resort ni. ambik gambar dari bilik aku :D

cuma aku nasihatkan kalau nak pergi sini musim musim cuti sekolah, bila turun nak sarapan jangan pergi waktu puncak. maksud aku turun awal ke kafe diorang. kalau tak nanti kena beratur panjang dekat luar macam aku kena. hahaha :P sebab bila ruang kafe dah penuh dia akan tunggu ada meja kosong dulu baru dia bagi masuk. memang stress jugak  lah menunggu. 






34 comments:

  1. Tak pernah pergi Gambang k kesian kan? T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas ni boleh la simpan duit pergi sana. holidayyy :D

      Delete
  2. mampu baca. bila nk g xtau. hehe. best2 :)

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. satu hari nanti boleh laa pergi sana nuyui :D

      Delete
  4. Gambang waterpark cuma mampu lalu je mahalla nani xbrpe nk mampu....;-/

    ReplyDelete
    Replies
    1. agak lah mahal cikna. tak silap sekali masuk RM 25. kita pun sebab ada sponsor. :D

      Delete
  5. bestnyaa! nak duduk gazebo pun kena bayar?rm50 pulak tu. tak berbaloi langsung. haha. kalau boleh angkut bawak balik takpa gak. makanan pun mahal2, kalau nak pi lepas ni kena stand by makanan siap2 la, ka tak boleh bawak masuk makanan luar?hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang mahal punn. kalau nak duduk dari pagi sampai petang boleh lah hire saebijik gazebo tu. makanan luar tak dibenarkan untuk bawak masuk. kalau bawak beg pun dia akan selongkar beg kita dulu. air mineral je boleh. hahah

      Delete
  6. dah pernah pegi..hihihihih...mmg best..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann.. lagi seronok kalau datang dengan family :D

      Delete
  7. Dah 2x g sini. Tp x penah lg bermalam kat situ. Best kalau g dgn fmly. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la bermalam dekat sini pulak pasni. hihi. tapi janganlah pergi time cuti sekolaah. seksa jiwa dan raga. T.T

      Delete
  8. baru je hari tu p gambang mandi mandaaa. dari pagi sampai petang main dkt situ. syokkkkkkk! hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita hari tuu tak main air pun. ramai gilosss oorang. celup celup kaki gituu je. hahaha :P

      Delete
  9. bestnya ! tak pernah lagi pergi gambang

    ReplyDelete
  10. Menarik ni.kena bwk anak anak nanti tp tunggu cuti sekolah habis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sis pergi time cuti sekolah ni memang ramai sangat orang + pelancong lagi. sesak sangat jadinyaa :)

      Delete
  11. bestnya..mungkin boleh suimpan niat untuk tempat percutian tahun hadapan..heheh

    ReplyDelete
  12. Pernah pergi sana dalam 3 tahun lepas kot.
    Tak berapa ingat.
    Not bad lah:)
    drshikinzainal.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann. boleh la jadikan lokasi percutian keluarga :)

      Delete
  13. baru peg last year..
    mmg best pon..
    yg pntg boleh men bola tmpar pantai..
    ala2 dekt beach tu..

    hotel dia pon selesa gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann. feeling feeling tepi pantai. tapi bila pergi time ramai sangat orang ni sesak pulak jadinyaa :)

      Delete
  14. Seronoknya.. best juga tempat tu.. Thanks sharing Inani.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang menarik untuk percutian keluarga :) sama sama

      Delete
  15. tak sabar nak bawa baby pergi gambang.
    tunggu baby dh besar sikit.bru teruja kan.. :)
    thanks inani share info ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nani dah besar sikit boleh lah bawak pergi main air. kalau budak kecik masuk waterpark tu tak payah bayar. sama sama sis :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page