Menu di Hujung Minggu

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Bila weekend ni maksudnya masa untuk family. Masa ni aje lah baru nampak semua muka dekat rumah, kalau weekdays masing - masing sibuk kerja lah apa lah. So selalunya aktiviti kita orang dekat rumah, masak makan sama sama lepas tu tengok tv. Hahah! Weekend memang wajib makan sama sama! Baru ni ada orang bagi kepala ikan jenahak & minta ibu masakkan kari kepala ikan without santan. Selalunya kari yang tak ada santan ni memang Indian or Mamak punya style lah. Kita orang the whole family memang suka kari ikan yang macam ni sebab pekat. Makan dengan nasi panas panas lepas tu ada pulak papadom goreng, ya Allah nikmat dia. Hahahah! Selalunya kalau kari kepala macam ni around RM 40++ tau dekat kedai. Itu pun ikut saiz dan jenis ikan jugak. Nanti next time Nani share dengan korang okay resepi kari ikan tanpa santan ni, nak kena pergi menuntut ilmu dengan ibu dulu. Hahah! Dekat rumah Nani ni, memang selalu buat kari ikan tak pun kari daging aje. Kalau kari ayam tu macam kureng sikit. 
 Phew memang bertambah tambah lah makan nasi bila ada kari kepala ikan macam ni. Bila masak kari, wajib letak kacang bendi dengan tomato. Selalunya lauk macam ni, pair dia sayur kobis goreng dengan papadom aje.  Kalau ada sambal belacan dengan ulam timun, lagi ngam! Selain daripada ikan jenahak ni, kepala ikan merah pun sedap jugak tau kalau buat kari. Heheh. Nani memang suka gils makan kari, hari hari lauk kari pun tak apa. Hahah! Tapi itu lah, masaknya tak pandai sangat. Kalau untuk tekak sendiri lepas lah kot, tapi kalau nak jamu orang tu macam tak yakin aje lagi. 
Ini pulak gulai pucuk ubi masak lemak tempoyak. Nak buat menu ni senang aje, sama macam masak gulai lemak biasa tu cuma tambahkan tempoyak aje. Ibu Nani hari tu dia tak letak pucuk ubi aje, tapi ada jugak letak petai dengan daun kaduk. Pucuk ibu dengan daun kaduk tu hiris halus halus lepas tu rebus. Serious sedaap bila makan dengan nasi panas panas, lepas tu ada pulak ayam goreng garing. Memang tak pandang dah kiri kanan cerita dia. Hahah! Weekend macam ni aje lah boleh makan ramai ramai dengan family. Hari biasa memang jaranglah nak complete semua orang dekat meja makan sebab kerja kan. Heheh. Paling best sekali, masa ni lah boleh makan lauk lauk yang ibu masak. Air tangan mak ni, dia punya sedap tu lain maciam. Memang tak ada orang lah yang boleh lawan. Betul tak? 

Cempedak Goreng

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Sekarang dah masuk musim buah pulak kan, sana sini mesti ada orang share gambar buah lagi lagi durian. Nani dah puas dah menghadap durian, sekarang nak cari rambutan pulak. Hahah! Kalau dapat buah rambutan gading tu sedapnya ya Allah. Semalam gigih okay bangun pagi pagi ajak ibu pergi pekan sehari (pasar pagi tapi bukan pasar tani tau) semata mata nak cari buah rambutan tapi hampa, tak ada sorang pun jual. Mungkin belum ,masuk musim buah rambutan kot kan. Bila musim buah ni, memang selalunya 'meriah' lah rumah dengan buah buahan yang orang sedekah. Itu lah untungnya hidup berjiran. Minggu lepas ada yang bagi buah kundang, manggis dengan cempedak. Apa lagi, petang tu jugak masuk dapur buat cempedak goreng. Gigih! Buah cempedak tak besar mana pun, dapatlah dalam 16 ulas macam tu aje. Jadilah kan daripada tak ada langsung. Kalau buah besar ni, mahunya separuh buat makan gitu aje, lagi separuh kita goreng. Fuhh nikmat betul dapat makan cempedak goreng panas panas ni. 
 Walaupun kuali tu dah hitam legam dekat bahagian tepi tu tapi tetap jugaklah nak guna. Kuali fav ni okay! Alah korang pun mesti ada jugak kuali macam ni kan dekat rumah. Hahah! Nani punya resepi untuk buat cempedak goreng ni memang mudah sangat. Nani bancuh aje tepung gandum tu dengan air biasa (bancuh cair cair macam nak buat lempeng tu), masukkan garam dengan pewarna kuning sikit. Kalau korang tak ada pewarna kuning, boleh lah letak serbuk kunyit heheh. Senang kan? Ada sesetengah orang suka letak tepung beras lah apa lah, tapi Nani tak pernah try pulak. 
Ini lah dia hasil cempedak goreng haritu, memang rezeki sungguh ada orang sedekah sebiji buah cempedak. Sedaap! Cempedak goreng ni memang antara yang fav jugaklah, makan hari hari pun tak apa. Hahaha! Tapi itu lah, susah jugak nak beli buah cempedak ni kalau bukan musim dia. Kalau ada pun, harga dia boleh tahan mahal ye. Kalau dekat pasar malam tu, memang orang jual yang dah siap bergoreng macam ni seringgit seulas. Itu pun tepung lagi tebal daripada cempedak, dah pernah terkena sekali dulu dekat pasar malam area Petaling Jaya. Sejak dari tu memang tak pernah dah beli yang siap bergoreng. Baik beli buah sebiji lepas tu hah makan lah puas puas. Kalau dapat yang jenis buah banyak tu memang untung sangatlah eheh. Korang pulak minat tak cempedak goreng macam ni? 

Soto Ayam Lagi

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Sejak dah pandai buat soto sendiri ni, memang asyik ulang aje masak menu yang sama. Hahah! Orang datang beraya pun, kalau tengah rajin dan tak tahu nak buat menu apa, memang soto aje lah yang jadi pilihan. Masa Raya haritu sampai tiga kali lah masak soto. Bukan main lagi kaaan! Kalau korang nak resepi soto yang Nani masak ni, boleh lah baca dekat Resepi Soto Mudah okay! Senang aje nak buatnya, cuma kena rajin aje. Awal awal dulu lama jugaklah 'betapa' dekat dapur bila memasak soto ni. Tapi sekarang sekejap aje, zass dah siapp! Hahah! Soto ni memang sedap makan, tapi itu lah banyak sangat condiments yang nak kena sediakan. Macam Nani yang tak ada periuk noxxa ni, memang ketupat segera tu kena rebus awal lah. Kalau tak, memang tak sempatlah keras ketupat tu. Satu lagi bab paling leceh pada Nani bila nak carik carikkan ayam tu. Sabar aje lah kita ni. Tapi haritu Nani tak buat pun ayam carik, masukkan aje ayam yang dah potong kecil kecil tu dalam kuah sup terus. Senang kerja! 
Ini pun ada condiments yang tak ada; bawang goreng, daun bawang dengan daun sup. Selalunya kalau teringin sangat nak makan, tapi bahan tak berapa cukup pun kita masak aje lah guna apa yang ada dekat dapur. Haritu memang Nani rebus ketupat aje makan dengan soto ni. Ada certain orang lagi suka makan dengan bihun berbanding dengan ketupat ni kan. Tapi Nani okay aje makan dengan apa apa pun, dua dua sedap! 
Bergedil ni pulak antara yang wajib ada lah bila buat soto. Walaupun bercinta jugak nak buat bergedil ni tapi ini lah penyedapnya. Apa lah makna soto kalau tak ada bergedil kan. Hahaha! Kadang kadang tu, tak masak soto pun Nani buat bergedil ni. Makan macam tu aje pun sedap okay! Nani tak suka kalau bergedil yang keras sangat tu (banyak sangat tepung), lagi suka bergedil yang lembut. Kalau dekat KL seketul bergedil macam ni harga seringgit okay. Nangis rasa bila beli sebab mahal kemain. Hahah! 
Ini lah dia rupa soto hari tu, kebetulan ada bebola daging dalam peti ais kita masukkan lah sekali dalam sup. Nani tak pandai buat kuah soto yang macam ada warna kuning sikit tu, selalu buat kuah soto macam sup biasa gini aje lah sebab guna sup bunjut. Cumanya sup bunjut tu Nani kisar kering lepas tu baru tumis. Kalau kuah soto yang warna kuning sikit tu, korang letak kunyit ke apa eh? Nani macam nak try buat kuah soto yang macam tu pulak nanti, tapi tak sempat nak cari lagi resepinya. Hahah! Fuhh memang nikmat betul kalau dapat semangkuk soto yang macam kita buat sendiri ni. Tapi tu lah susah nak jumpa yang betul betul sedap. Korang pulak suka tak makan soto?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page