Cempedak Goreng

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Sekarang dah masuk musim buah pulak kan, sana sini mesti ada orang share gambar buah lagi lagi durian. Nani dah puas dah menghadap durian, sekarang nak cari rambutan pulak. Hahah! Kalau dapat buah rambutan gading tu sedapnya ya Allah. Semalam gigih okay bangun pagi pagi ajak ibu pergi pekan sehari (pasar pagi tapi bukan pasar tani tau) semata mata nak cari buah rambutan tapi hampa, tak ada sorang pun jual. Mungkin belum ,masuk musim buah rambutan kot kan. Bila musim buah ni, memang selalunya 'meriah' lah rumah dengan buah buahan yang orang sedekah. Itu lah untungnya hidup berjiran. Minggu lepas ada yang bagi buah kundang, manggis dengan cempedak. Apa lagi, petang tu jugak masuk dapur buat cempedak goreng. Gigih! Buah cempedak tak besar mana pun, dapatlah dalam 16 ulas macam tu aje. Jadilah kan daripada tak ada langsung. Kalau buah besar ni, mahunya separuh buat makan gitu aje, lagi separuh kita goreng. Fuhh nikmat betul dapat makan cempedak goreng panas panas ni. 
 Walaupun kuali tu dah hitam legam dekat bahagian tepi tu tapi tetap jugaklah nak guna. Kuali fav ni okay! Alah korang pun mesti ada jugak kuali macam ni kan dekat rumah. Hahah! Nani punya resepi untuk buat cempedak goreng ni memang mudah sangat. Nani bancuh aje tepung gandum tu dengan air biasa (bancuh cair cair macam nak buat lempeng tu), masukkan garam dengan pewarna kuning sikit. Kalau korang tak ada pewarna kuning, boleh lah letak serbuk kunyit heheh. Senang kan? Ada sesetengah orang suka letak tepung beras lah apa lah, tapi Nani tak pernah try pulak. 
Ini lah dia hasil cempedak goreng haritu, memang rezeki sungguh ada orang sedekah sebiji buah cempedak. Sedaap! Cempedak goreng ni memang antara yang fav jugaklah, makan hari hari pun tak apa. Hahaha! Tapi itu lah, susah jugak nak beli buah cempedak ni kalau bukan musim dia. Kalau ada pun, harga dia boleh tahan mahal ye. Kalau dekat pasar malam tu, memang orang jual yang dah siap bergoreng macam ni seringgit seulas. Itu pun tepung lagi tebal daripada cempedak, dah pernah terkena sekali dulu dekat pasar malam area Petaling Jaya. Sejak dari tu memang tak pernah dah beli yang siap bergoreng. Baik beli buah sebiji lepas tu hah makan lah puas puas. Kalau dapat yang jenis buah banyak tu memang untung sangatlah eheh. Korang pulak minat tak cempedak goreng macam ni? 

Soto Ayam Lagi

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Sejak dah pandai buat soto sendiri ni, memang asyik ulang aje masak menu yang sama. Hahah! Orang datang beraya pun, kalau tengah rajin dan tak tahu nak buat menu apa, memang soto aje lah yang jadi pilihan. Masa Raya haritu sampai tiga kali lah masak soto. Bukan main lagi kaaan! Kalau korang nak resepi soto yang Nani masak ni, boleh lah baca dekat Resepi Soto Mudah okay! Senang aje nak buatnya, cuma kena rajin aje. Awal awal dulu lama jugaklah 'betapa' dekat dapur bila memasak soto ni. Tapi sekarang sekejap aje, zass dah siapp! Hahah! Soto ni memang sedap makan, tapi itu lah banyak sangat condiments yang nak kena sediakan. Macam Nani yang tak ada periuk noxxa ni, memang ketupat segera tu kena rebus awal lah. Kalau tak, memang tak sempatlah keras ketupat tu. Satu lagi bab paling leceh pada Nani bila nak carik carikkan ayam tu. Sabar aje lah kita ni. Tapi haritu Nani tak buat pun ayam carik, masukkan aje ayam yang dah potong kecil kecil tu dalam kuah sup terus. Senang kerja! 
Ini pun ada condiments yang tak ada; bawang goreng, daun bawang dengan daun sup. Selalunya kalau teringin sangat nak makan, tapi bahan tak berapa cukup pun kita masak aje lah guna apa yang ada dekat dapur. Haritu memang Nani rebus ketupat aje makan dengan soto ni. Ada certain orang lagi suka makan dengan bihun berbanding dengan ketupat ni kan. Tapi Nani okay aje makan dengan apa apa pun, dua dua sedap! 
Bergedil ni pulak antara yang wajib ada lah bila buat soto. Walaupun bercinta jugak nak buat bergedil ni tapi ini lah penyedapnya. Apa lah makna soto kalau tak ada bergedil kan. Hahaha! Kadang kadang tu, tak masak soto pun Nani buat bergedil ni. Makan macam tu aje pun sedap okay! Nani tak suka kalau bergedil yang keras sangat tu (banyak sangat tepung), lagi suka bergedil yang lembut. Kalau dekat KL seketul bergedil macam ni harga seringgit okay. Nangis rasa bila beli sebab mahal kemain. Hahah! 
Ini lah dia rupa soto hari tu, kebetulan ada bebola daging dalam peti ais kita masukkan lah sekali dalam sup. Nani tak pandai buat kuah soto yang macam ada warna kuning sikit tu, selalu buat kuah soto macam sup biasa gini aje lah sebab guna sup bunjut. Cumanya sup bunjut tu Nani kisar kering lepas tu baru tumis. Kalau kuah soto yang warna kuning sikit tu, korang letak kunyit ke apa eh? Nani macam nak try buat kuah soto yang macam tu pulak nanti, tapi tak sempat nak cari lagi resepinya. Hahah! Fuhh memang nikmat betul kalau dapat semangkuk soto yang macam kita buat sendiri ni. Tapi tu lah susah nak jumpa yang betul betul sedap. Korang pulak suka tak makan soto?

Boat Noodle di Sunway Putra Mall

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Baru ni sebelum balik Pahang, sempatlah singgah kejap dekat Sunway Putra Mall untuk lunch. Rasanya memang setiap kali nak balik Pahang akan singgah situ, jalan jalan cuci mata sementara nak tunggu naik bas dekat Pekeliling. Hahah! Selalunya ada dua tempat aje yang Nani akan makan dekat sini, tak Boat Noodle mesti The Chicken Rice Shop. Haritu ingat nak try makan dekat Sepiring sebab Nani selalu baca orang cakap dia orang punya signature, Nyonya Nasi Ulam tu sedap. Tapi dah namanya pun pergi waktu lunch hour, memang full house lah kan. Nani pun tak ada banyak masa haritu, rushing kan nak naik bas pulak, so kita pun menapak lah pergi Boat Noodle dekat level atas. Lambat lambat kang, terlepas bas lagi naya. Hahah! Next time lah kita try makan dekat Sepiring. Actually dulu Nani selalu jugaklah pergi makan dekat Boat Noodle ni dengan kawan, tapi sejak sejak dia orang dah naikkan harga tu, jarang dah lepak dekat sini walaupun air dekat Boat Noodle ni fav kita orang.  
Mula mula ingat nak order Bangkok Fried Rice tapi rasa macam sikit pulak nasinya, tak berbaloi nak bayar RM 14++ untuk sepinggan nasi goreng. Hahah! Masa tu tengah lapar kan, memang semua nampak menyelerakan sangat. Sudahnya, kita order aje lah noodle yang RM 2.20 ni semangkuk. Empat mangkuk pun dah kenyang walaupun nampak macam sikit. Punya lah dah lama tak makan dekat sini, hari tu pergi dah banyak rupanya jenis boat noodle yang ada. Air macam biasa lah, Terer Taro Iced (RM 9.30) jugak yang jadi pilihan. 
Antara empat mengkuk yang Nani order tu, paling sedap yang Ayutthaya 2.0 ni lah. Dulu dah pernah ada jugak menu Ayutthaya ni, tapi Nani tak berapa sure apa bezanya yang dulu dengan yang sekarang ni. Heheh. Chili flakes wajib tambah bila makan boat noodle ni, sejenis tekak yang tak boleh tak makan pedas. Hahah! Sangkaya dengan Yum Mama pun sedap jugak dekat sini tapi kalau dah makan sorang sorang tu memang tak lah kan nak order banyak banyak. Korang pulak, pernah tak makan dekat Boat Noodle ni? Apa menu yang korang selalu order? Jom lah share, next time boleh Nani try pulak. Gitchu! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page