Cendol & Durian

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Fuhh diam tak diam, dah masuk bulan Julai pun kita ni. Cepatnyaa rasa masa berlalu, banyak lagi target yang belum capai walaupun dah separuh tahun berlalu ni. Tak apa, masih ada masa nak buat & capai. Harini entry santai santai aje, dah lama tak menulis kan. Hahah! Kemain Raya sakan sungguh, minggu last Syawal hari tu, hari hari ada jamuan Raya & undangan open house. Memang gantung kuali lah kita. Dah habis edisi lemang, rendang, ketupat semua tu, semalam kawan ajak minum petang sambil sambil dia nak cari kerja part time. Memandangkan Nani free masa tu onz aje lah terus, ada jugak geng nak berborak. Macam biasa, bila petang wajib lah lepak makan cendol bawah pokok. Kadang kadang gerai bawah pokok macam ni lagi sedap berbanding tempat tempat lain. Harga pun tak ada lah mahal mana kan. Kita okay aje makan dekat mana mana pun, asalkan sedap. Gittew! Tambah pulak sekarang cuaca boleh tahan panas, elok sangatlah makan cendol semangkuk dua. 
Bila makan cendol ni, Nani lagi suka makan cendol yang 'original' macam ni. Dulu dah pernah try makan cendol durian musang king, tapi itu lah tak berapa nak boleh terima tekak ni. Hahah! Mahal satu hal dah, rasa pun biasa biasa aje pada Nani. Haritu dekat mana entah Nani tengok harga cendol durian untuk semangkuk tu sampai berbelas ringgit. Fuhh!  Kalau yang betul betul minat durian tu, sanggup lah kot beli mahal mahal. Tapi kalau tanya Nani, macam tak berbaloi sangat. Heheh. Apa apa pun, selera dan citarasa masing masing kan. Ada yang suka, ada yang tak. Nani lagi minat yang biasa macam ni, nikmat donia! 
Sekarang pun dekat Pahang dah masuk musim durian! Baru ni balik kampung, merasa lah makan durian kampung yang betul betul baru gugur. Untung betul bila ada pokok durian sendiri ni, tapi ikut musim jugak.  Ada masa banyak buah, ada masa tak ada sangat. Nani lagi suka durian kampung macam ni, isi pun tak tebal sangat, sedang elok gitu. Lepas ni kalau dah banyak buah durian gugur, hah hadap lah durian hari - hari. Ibu Nani pun dah start dah buat stok tempoyak. Nani tahu makan aje tempoyak, tapi kalau nak suruh buat tu memang awal awal lah daku lari. Hahaha! Nampak macam senang nak buat, tapi fuhh. Tak sabar nak tunggu musim buah, macam macam jenis buah boleh makan nanti lagi lagi rambutan yang manis tu. Sedapnyaa hei. Korang pulak, suka durian jenis apa? 

Cubaan Membuat Kuih Keria

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Baru ni bukan main lagi craving nak makan kuih keria, tapi itu lah dekat mana pulak lah nak beli. Kebetulan masa tu dekat dapur ada keledek oren, Nani pun gigih lah cari Resepi Kuih Keria dekat Youtube. Lebih daripada tiga video jugaklah yang Nani tengok haritu sebab takut tak menjadi. Dulu dah pernah buat kuih keria ni, tapi tak menjadi sangat sobs. Selalunya failed dekat yang nak sira gula tu lah, takpun keras sangat kuihnya. Itu yang 50 - 50 aje nak buat ke tidak kuih keria ni. Hahah! Keledek pun tak banyak haritu, kalau tak menjadi, memang tak boleh lah nak buat second round. Lepas dah hadam step by step dekat Youtube, Nani pun try lah jugak buat sendiri. Nervous okay sebab dah lama tak buat sejak kes keria tak berapa menjadi tu. Hahaha! Trauma kemain rasa! Tak ingat pulak ada cerita tak dalam blog dulu. Susah jugak rupanya bila nak buat kuih kuih tradisional ni, tapi tu lah nak jumpa yang betul betul sedap tu lagi susaaah. Heheh. Salute betul dengan orang yang pandai buat kuih kuih tradisi ni. 
 Masa first time nak buat dulu, sumpah excited gila & confident sangat kuih kerianya akan menjadi. Hahah! Tapi itu lah, bila kau over confident ni memang mendapat lah kan, terus hasil dia so - so aje lepas tu stress sensorang kenapa tak menjadi kuih keria yang sama macam orang lain buat. Bahan bahan nak buat kuih keria ni tak banyak, macam yang korang tengok dalam gambar tu lah. Tepung tu pun Nani guna tepung gandum aje. Cuma bab nak agak sukatan tepung tu masih failed. Kalau lebih sangat tepung tak sedap tau, nanti kuih jadi keras. Baru ni pun Nani main agak agak aje, nasib lah tak keras. 
Lepas dua jam bersilat dekat dapur, finally siap jugaklah kuih keria versi Nani. Dalam dia punya nervous nak buat kuih keria tu, akhirnya nampaklah jugak peningkatan daripada yang dulu. Hahah! Paling seram nak buat part sira gula tu. Dulu Nani buat sampai gula tu melekat lah dekat kuali. Nasib baik kali ni dah bijak sikit, Nani guna non stick pan eheheh. Memang tak melekat langsung gula dekat kuali. Bila nampak gula yang cair tu dah mula mengeras, baru lah boleh tarik nafas legaaaa sebab dah menjadi kuih keria kali ni. Hahah over kaaan! Biasa lah Nani kahkah! Next time nak buat kuih keria gula melaka pulak, wah dah pandai kemain lagi dia. Korang pulak, pernah tak buat kuih keria ni?  

Tomyam Thai Sedap

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Musim musim Raya ni memang puas hati lah dapat makan rendang, ketupat, lemang apa semua kan. Tapi kalau hari hari hadap menu yang sama, naik jemu jugak lah. Sudahnya baru ni Nani buat seperiuk Tomyam Thai, hah hadaplah dari tengah hari sampai ke malam tomyam tu. Hahah! Cuma kali ni kita guna pes tomyam yang lain pulak. Sebelum ni memang Nani akan guna pes tomyam jenama Adabi tu tak pun Maggi aje (yang kiub tu). Kalau rajin sikit, buat pes tomyam sendiri tapi itu lah selalunya nak cepat kan memasak ni, tak sempat pun kadang tu nak buat sendiri. Memang guna pes tomyam yang segera tu aje lah senang. Baru ni kita try pulak guna pes Thai Tom Yum, baca feedback ramai yang cakap pes ni sedap. Nak tahu sedap ke tidak, kena lah try sendiri kan. Lagipun selera masing - masing, kadang kadang kita cakap sedap tapi orang lain rasa biasa biasa aje. Gittew! Selain daripada pes Thai Tom Yum ni, dia orang cakap pes tomyam yang ada muka orang dekat packaging tu pun not bad jugak. Mungkin next time boleh try pulak yang tu ehek. 
Hah itu lah pes Thai Tom Yum yang Nani cakap tadi. Besar jugak sebotol ni, boleh lah tahan sebulan dua. Iye lah, bukan hari hari pun masak tomyam. Heheh. Ini namanya tomyam campak campak guna apa yang ada dekat dapur. Actually Nani letak ayam jugak dalam tomyam ni haritu, cuma tak masuk dalam gambar. Sayur pun ada tomato dengan bunga kobis aje, jadilah kan daripada tak ada sayur langsung. Nak lagi sedap, letaklah seafood dengan cendawan sekali. Nani suka makan tomyam yang ada macam macam dalam tu, baru lah puas hati. Tapii kalau makan dekat kedai, jarang lah nak jumpa tomyam yang betul betul worth, kadang tu bawang dengan serai aje lebih. 
First time Nani guna pes tomyam ni, so tak tahu nak letak berapa sudu. Hari tu main agak agak aje letak. Nani punya agak agak tu sampai tiga sudu jugaklah letak dalam periuk tu. Hahah! Bila tengok warna kemain merah, terus cuak sebab takut masam sangat. Tapi bila rasa eh biasa biasa aje, tak ada lah masam mana sangat pun. Nani siap tambah asam keping lagi nak bagi masam lagi, masa tu pulak tak ada limau. Kalau ada limau, memang dah letak air perahan limau tu. Nani dah tak tambah pes tomyam sebab dah letak tiga sudu kan. Takkan sampai setengah botol pulak nak guna pes tu untuk sekali masak. Hahaha amboi! 
Ini lah dia rupa Tomyam Thai yang Nani buat hari tu. Sedaaap! Memang puas hati lah guna pes Thai Tom Yum ni berbanding dengan pes tomyam yang Nani guna sebelum sebelum ni. Pes tomyam ni pun dah cukup segala rasa tau, so kalau tambah garam pun sikit aje. Untuk Nani yang selalu ada masalah deria rasa ni, memang senang lah sikit. Hahaha! Kadang Nani rasa dah cukup rasa, tiba tiba orang lain cakap tawar lah apa lah ish. Korang pulak, selalu guna pes tomyam yang mana? Nanti share lah dekat bawah okay! Next time boleh Nani try pulak pes tomyam yang korang suggest. Hiks. Oh ya, nanti Nani blogwalking dekat blog korang okay, hari ni ada macam macam urusan nak kena settle kan. Have a nice day korang! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page