Resepi Biskut Semperit Tiga Bahan

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Masih dalam mood beraya ke tu? So seperti yang dijanjikan dekat entry yang lepas, hari ni Nani nak share dengan korang Resepi Biskut Semperit yang simple ni hah. Kalau version yang Nani buat memang semuanya simple okay, jarang lah kita share resepi yang susah susah ni. Heheh. Actually ni first time Nani buat biskut semperit, selama ni tahu makan aje. Macam mana boleh terdetik nak buat biskut semperit ni? Hari tu Nani tertengok dekat Instagram ada orang share resepi biskut semperit ni, lepas tu bahan bahan yang nak kena beli pun tak banyak, terus lah masukkan biskut ni dalam list. Dalam kepala memang dah set siap siap yang biskut ni memang senang nak buat. Sekali bila try ya Allah susah ye, nak buat bentuk bunga tu. Ingatkan senang macam dalam video, rupanya sangkaan daku jauh tersasar. Hahaha! Mungkin sebab tak pro lagi, itu yang rasa susah sikit kot. Amatur lah katakan. So, untuk korang yang baru first time nak buat biskut semperit ni, boleh lah tengok resepi dekat bawah okay! 
 Eh cakap tiga bahan aje tapi kenapa tiba tiba ada lima bahan pulak ni? Hah sabar jap nak explain satu satu. Bahan utama yang paaaaling korang perlukan tepung custard, butter dengan susu pekat tu aje. Esen vanilla dengan manik yang kecik kecik tu (tak ingat apa nama dia lol - tapi Nani guna untuk topping) optional aje. Bila guna tepung custard ni memang automatic lah biskut tu nanti akan jadi warna kuning, so tak payah dah nak tambah kuning telur or pewarna melainkan kalau korang nak buat warna lain. Tapi jarang lah jumpa biskut semperit ni colourful. Selalunya memang warna kuning or putih aje eheh.
Cara nak buat biskut semperit ni pulak, korang mix kan susu pekat (setengah tin) & buttercup (separuh) sehingga sebati.  Lepas tu boleh lah masukkan tepung custard tu pulak. Nani guna sepaket tepung custard ni terus, ada dalam 300 gram tak silap untuk jenama ni. Last sekali, masukkan satu sudu kecil esen vanilla, ini optional aje tau. Kalau tak nak letak pun tak apa. Kemudian korang boleh lah uli bahan bahan tadi. Make sure jangn terlampau lembik tau, sebab nanti susah pulak nak buat bentuk biskut semperit tu.  Bila doh dah tak melekat dekat tangan, kira dah okay lah tu. 
 Here is the tricky part (for meh hahaha). Alamak Nani terlupa pulak haritu nak ambil gambar acuan biskut semperit ni, tapi banyak aje jual dekat kedai bakery & pasaraya jangan risau. Korang masukkan doh tadi dalam acuan lepas tu tekan lah sampai jadi bentuk bunga macam dekat dalam gambar ni. Nampak macam sama kan semua, tapi percayalahh ada banyak saiz biskut semperit Nani ni. Hahaha! Last sekali, boleh lah  bakar dalam oven lebih kurang 15 minit dengan suhu 160 darjah. Make sure dah panaskan oven dulu tau sebelum bakar tu dengan suhu dan masa yang sama. Nani jarak jarakkan sikit haritu sebab takut biskut kembang tapi it turned out really well. Ya Allah lega sangat okay bila nampak biskut elok menjadi macam ni. 
Ini lah dia hasil biskut semperit yang Nani buat untuk pertama kalinya dalam hidup. Setiap kali Raya suka try and error biskut yang baru. Lagi puas hati bila orang makan dan cakap sedap. Haih memang tak tahu lah describe macam mana perasaan seronok tu. Hahah! Cuma Nani rasa macam over sangat kuning biskut semperit ni, tak tahu macam mana orang lain buat elok aje warna dia. Ada jugak yang cakap sebab dia orang guna tepung jagung, itu yang warna tak kuning sangat. Okay maybe next time boleh try guna tepung jagung pulak kan. Ini pun dah sedap sebenarnya. Cuma yang susu tu korang boleh adjust lah ikut tahap kemanisan masing - masing okay! Selamat mencuba! 

Selamat Hari Raya!

Assalamualaikum & Hello!
Hai korang! Ya Allah rasa lama betul tak membebel dekat sini semenjak bulan Ramadhan haritu. Boleh kira dengan jari aje berapa entry yang ada bulan lepas. Dasar Nani, hahaha! Tak tahu lah kenapa lemau sangat sampai rasa nak buka laptop pun malas. Dah masuk bulan Jun ni, harap harap makin rajin menulis. Heheh. Hari ni dah masuk Syawal yang ke sepuluh, mesti lah semua dah start kerja kan? Ke ada lagi yang still bercuti ni? Heheh. Macam biasa, setiap tahun Nani akan beraya di Pahang. Rumah dekat Pahang, kampung pun dekat Pahang. Memang anak jati Pahang betul ni. Hahaha! Iye, setakat ni belum berubah lagi okay, tak tahu lah kot kot tahun depan kita balik kampung orang lain. Eh? Rutin biasa setiap kali Raya, menu yang wajib ada mesti lah lemang kan. Dah banyak tahun jugak kita orang satu family buat lemang sendiri, baru puas hati makan sebab sedap. Tahun ni enam kilo pulut abah beli untuk buat lemang. Fuhh! 
Masa nak masukkan beras pulut dalam beras ni memang ramai tapi time membakar lemang tu tinggal abah sorang aje. Nani pun sebenarnya tak pandai nak bakar lemang ni. Hahah! Setakat nak tolong pusing pusingkan buluh lemang tu boleh lah tapi dia punya panas tu boleh tahan ye. Setiap kali pergi pusing pusingkan buluh lemang tu, setiap kali tu lah mata aku berair, pedih woo kena asap. Memang tak sanggup nak duduk lama lama dekat tepi bara tu. Dah lah cuaca pun boleh tahan panas dekat Pahang haritu. Lagi sanggup duduk dapur kacau rendang ayam dengan daging. Hahah! Tolong kacau sampai pukul tiga aje, lepas tu hah masuk bilik konon nak berehat sekali pergi tidur sampai asar. Ya Alllaaaah Nani! Hahah! 
Enam kilo beras pulut dapatlah dalam 29 batang lemang semua sekali. Buluh pun kecik kecik aje, kita orang pulak jenis tak suka jugak kalau buluh lemang yang besar sangat. Nanti lambat nak penuhkan beras pulut dalam buluh tu. Buat sendiri macam ni memang best, cuma itu lah kena bertabah sikitlah bila part membakar lemang tu. Heheh. Tahun ni sebatang lemang yang dah siap orang jual 18 ringgit okay, boleh tahan jugaklah harga tu. Selagi abah dengan ibu ada ni, memang tiap kali Raya lah kita bakar lemang. 
Kuih Raya pun buat jugak, tahun ni cuti awal sempatlah kita buat tiga jenis yang simple simple. Apa yang simple simple tu? Biskut Dahlia, Cornflakes Madu dengan Kacang Goreng. Nani memang akan buat yang simple aje lah, kalau complicated sangat pun malas jugak. Kang tak jadi, satu hal pulak dah. Kali ni try buat biskut Dahlia atau pun sesetengah orang panggil kuih semperit. Resepi ni Nani ikut yang Danish Harraz punya, simple sangat okay sebab guna tiga jenis bahan aje. Bila first time buat ni, biasalah ada bentuk yang jadi elok, ada bentuk yang tak berapa nak jadi. Hahaha! Ingatkan senang bila guna acuan tu sekali eh boleh tahan jugak mencabar dia. Tapi nasib baiklah sedaaaap. Nanti Nani share okay dekat entry lain resepi biskut Dahlia mudah ni. 
Ini pulak antara yang wajib ada & laku keras lah dekat rumah ni, cornflakes madu. Buat dua kotak aje macam biasa, itu pun jenuh nak siapkan. Hahah! Buat tu sekejap aje, cuma nak masukkan dalm cup kecil kecil tu yang jadi lambat. Nani suka cornflakes madu yang kosong macam ni, tak suka jugak kalau letak benda lain as topping. Original macam ni jugak yang sedap. Elok seminggu Raya, habis dah cornflakes madu ni hah. Hahah! Masing masing datang beraya ke rumah nak makan cornflakes madu. Next year lah kita buat lebih sikit okay! Itu pun kalau cuti awal lah, kalau cuti lambat kita makan aje lah kuih tunjuk ehehe. 
Pagi Raya hari tu selain daripada lemang dengan rendang, ada jugaklah nasi tomato dengan ayam masak merah untuk sarapan. Lepas dah siap solat Raya, baru lah gerak balik kampung. Kampung kita dekat aje, tak sampai 20 minit pun jarak dengan rumah. Hahah! 
One with my cousin. Tahun ni tak sempat nak bergambar ramai ramai pun sebab ada pak cik Nani yang lambat sampai lepas tu masing masing dah sibuk beraya ke sana sini so nan hado gambar ramai ramai. 
Tahun ni tema kita warna baby blue, cantik jugak rupanya warna ni. Tudung tu Nani beli online dekat CALAQISYA seminggu sebelum Raya, nasib baiklah sempat sampai. Sejenis yang suka beli last minute betul. Hahaha! Sedap okay fabric tudung tu, menyesal pulak beli sehelai aje. Nanti lah kita repeat order, bila CALAQISYA buat sales lagi. Tudung ni asalnya RM 59 tapi haritu ada sales so dapatlah sehelai RM 29, muraaah. Jadi di kesempatan ini, Nani nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin untuk semua yang selalu singgah dah baca blog Nani. Minta maaf kalau ada bahasa Nani yang kurang menyenangkan atau ada ayat ayat Nani yang buat kalian kecik hati. Kosong Kosong okay! Ohh hari ni jugak bertambah lagi satu umur eheheh! Selamat Hari Raya semua!


A' BLOOM by ALTHEA

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Baru baru ini Althea Korea telah mengeluarkan beberapa lagi produk baru di bawah koleksi Althea A'bloom. Nani memang excited betul bila tahu Althea akan keluarkan produk A'bloom ni sebab tak sabar nak try. Macam yang korang tahu, produk Althea sememangnya best dan berkesan. Rugi sangat siapa yang tak pernah try lagi menggunakan mana mana produk keluaran Althea Korea. Untuk koleksi eksklusif Althea A'bloom ni, ada empat jenis produk yang telah diperkenalkan. Antaranya A'bloom Mask Sheet, A'bloom BHA Blackhead Blaster, A'bloom Giant Meringue Puff & A'bloom Baby Meringue Puffs. Serious best sangat sangat koleksi Althea A'bloom ni sebab packaging aje pun dah comel dan menarik. Harga pulak macam biasa lah, memang berbaloi dan murah. Jangan lupa untuk check it out dekat website Althea okay! 
Althea A'bloom - Koleksi  Eksklusif Althea Korea. 
See comel sangat kan packaging sheet mask tu sampai rasa sayang nak buang. Hahah! Typical Nani. Masa awal awal dapat parcel ni, Nani excited gila nak try Sheet Mask tu dengan BHA Blackhead Blaster. Stress wak dekat kawasan hidung ni banyak nau blackhead, dah tak tahu dah nak pakai apa untul bagi hilang blackhead tu. So, kali ni kita try lah pulak menggunakan BHA Blackhead Blaster ni. Dah lah senang sangat nak pakai. Nak tahu kenapa Nani cakap senang, jom baca dekat bawah ni. 
BHA Blackhead Blaster.
Bagi Nani benda yang paling best sekali bila ia didatangkan dalam bentuk stick macam ni, senang dan sangat mudah untuk dibawa ke mana mana. Cara menggunakannya pun memang senang. Kita cuma perlu bilaskan muka dengan air dan bila muka dah kering boleh lah sapukan dekat kawasan yang ada blackhead (selalunya dekat kawasan hidung dan bawah bibir). Lepas tu boleh lah bilaskan dengan air. Pengalaman Nani sendiri, memang hilang okay blackhead yang dekat tepi tepi hidung ni. Amazing & I really lovee this product! 

Produk BHA Blackhead Blaster ini diformulasikan daripada beberapa jenis yang mempunyai fungsi yang tersendiri. 
💗Tea Tree Leaf Oil - Membantu untuk menenangkan kulit wajah. 
💗Charcoal - Berfungsi untuk meresap segala jenis minyak dan kotoran di wajah. 
💗Natural BHA -  Membantu untuk mengurangkan sel kulit mati dan menjadikan kulit lebih licin. 
💗Apricot Seed- Untuk menghilangkan segala kekotoran dan mengekalkan pores dalam keadaan bersih. 
A'bloom Mask Sheet.
Mask sheet keluaran Althea ni memang wangi sangat tau korang. Memang puas hati lah guna. Fungsi mask sheet ni adalah untuk memberi kelembapan pada kulit kita. Untuk A'bloom Fruits Mask Sheet, ada empat jenis mask sheet yang boleh korang boleh cuba dan setiap mask sheet ni ada kelebihan yang tersendiri. 
+ Moisturizing Watermelon Mask Sheet
+ Brightening Lemon Lime Mask Sheet
+Nourishing Avocado Mask Sheet
+ Anti Blemish Peach Mask Sheet
Nani dah try pakai yang Moisturizing Watermelon Mask Sheet, bau dia fuhh wangi sangat okay. Macam Nani yang selalu duduk dalam aircond ni, memang sesuai lah guna mask sheet yang berfungsi untuk melembapkan lagi kulit kita. Nak lagi best, simpan mask sheet ni dalam peti. Bila pakai time sejuk sejuk tu best gila korang. Nanti try tau buat! Mask sheet ni jangan pakai sepanjang malam tau, just pakai dalam 20 minit macam tu. Bila dah buka mask sheet, korang urut lah dekat sekitar muka. 
 Kelebihan Althea A'bloom Mask. 
💗Moisturizing Watermelon Mask
+ Memberi kelembapan kepada kulit muka.
+Menjadikan kulit lebih lembut dan segar.
+ Memberi kesan yang menenangkan dan menyegarkan lagi kulit muka. 
💗Brightening Lemon Lime Mask Sheet
+ Membantu untuk mencerahkan lagi kulit.
+ Membantu menghilangkan bintik hitam
💗Nourishing Avocado Mask Sheet
+ Membantu untuk memberikan kesan yang lembut pada kulit.
+ Menjadikan kulit lebih cerah dan berseri.
+ Mencegah wrinkles. 
💗Anti Blemish Peach Mask Sheet
+ Berfungsi untuk mengawal minyak.
+ Mengurangkan masalah pores di wajah.
+ Mengimbangi kelembapan dan membersihkan kulit. 
A'bloom Giant Meringue Puff & A'bloom Baby Meringue Puff.


Last sekali produk dalam Althea A'bloom ni ialah Meringue Puff. Kalau korang nak tahu meringue puf ini diinspirasikan daripada meringue cookies. Ia didatangkan dengan dua saiz iaitu, Giant Meringue Puff dan juga Baby Meringue Puffs. Serious comel sangat bentuk meringue puff ni okay! Selalunya memang Nani guna untuk ratakan foundation lah. Kalau yang Giant Meringue Puff sesuai digunakan untuk ratakan foundation di sekitar dahi, pipi dan dagu. Untuk Baby Meringue Puff tu pulak, lagi mudah untuk kita gunakan di bawah mata dan di tepi hidung. Paling best sekali, ada dua cara tau kita boleh gunakan meringue puff ni sama ada dalam bentuk kering atau sedikit lembap. Kalau korang nak gunakan dalam bentuk lembap, boleh lah rendam terlebih dahulu meringue puff ni dalam air. 
Overall, memang Nani puas hati sangat sangat dengan koleksi A'bloom keluaran Althea Korea ni. Macam biasa, produk keluaran Althea tak pernah menghampakan. Semuanya bes belaka. Untuk korang yang nak dapatkan koleksi A'bloom ni jangan lupa terjah website Althea terus lepas ni. Cecepat beli tau, itu pun dah ada beberapa products yang dah sold out. Woww kemain lagi semua orang membeli ni. Heheh. Jangan lupa untuk cuba okay! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page