Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Sebenarnya baru ni first time Nani beli barangan Watsons secara online. Hari tu masa walk in dekat store dia orang, banyak barang yang Nani nak beli tapi tak ada sebab Watsons sini kecil aje. Memang tak boleh nak expect semua barang lah ada. Lepas tu terus decide beli aje lah online kan semua sekali. Bila first time ni memang blur sikitlah dengan sistem dia orang. Hahah! Ingatkan bila beli online ni laju lah, tapi itu lah lambat jugak barang sampai. So kalau korang nak barang tu cepat, better pergi walk in aje dekat atore Watsons. Kalau beli online ni fuhh kena bertabah sungguh tunggu baru sampai. Sati lagi yang Nani tak faham dengan sistem dia orang ni, dekat website Watsons tulis dia orang guna courier City Link Express tapi bila barang dah sampai tengok tengok Gdex yang hantar. Patutlah tiap kali nak check tracking number dia keluar jadi error. Itu yang macam konfius sikitlah pada Nani. Rasanya lagi better kalau masa dia orang bagi tracking number tu, state sekali dengan courier service. Senang sikit kerja customer kan.
Akhirnya barang yang ditunggu tunggu sampai jugak. Walaupun kotak besar, hakikatnya tiga aje okay barang yang Nani beli. Kemain lagi kotak dia macam daku beli macam macam dekat Watsons tu. Paling best bila beli online ni sebab dapat free gift. Point pun banyak okay dapat. Elok Nani beli semua barang ni 31 Julai hari tu, boleh pulak Watsons buat sales keesokan harinya tu. Nasib baik lah harga tak jauh sangat beza, kalau tak mestilah aku manusia pertama yang akan rasa menyesal tak sudah. Hahaha!
Bayangkan lah tiga barang ni dalam kotak gedabak tu. Hahah! Ringan kemain jadi kotaknya. Nani cuma beli pencuci muka Hada Labo, Simple toner & Pudding Cream by Pure Beauty (moisturizer). Satu lagi tu free gift dia orang bagi. Sebenarnya Nani pun baru aje berjinak jinak nak guna skincare semua ni. Hahah! Dulu punya lah malas. Heh. Oh ye, lagi satu untuk penghantaran barang ni pulak, korang boleh pilih sama ada korang nak hantar terus ke rumah atau pun hantar ke store Watsons yang berdekatan dengan rumah korang. Bila hantar ke rumah servis caj dalam RM 7 hari tu Nani kena. Kalau hantar ke store Watsons berdekatan dalam dua ringgit aje cumanya tak dapat free gift walaupun sebenarnya korang layak dapat free gift tu. Hahah! Nani pun sebenarnya tak faham kenapa dia buat macam ni. Ada jugak counter express kot nama dia, yang mana lepas kita order boleh terus pergi pick up dekat Pavillion.
Kalau korang tanya Nani sama ada nak beli lagi ke tidak melalui online ni, jawapannya tak lah. Heheh. Mungkin sebab lambat sangat sampai, jadi macam tak best lah sampai berminggu minggu nak kena tunggu. Baiklah pergi store Watsons cawangan lain untuk beli barang yang kita nak tu. So yepp lepas ni memang takmo dah guna Watsons online. Korang pulak pernah tak beli barangan Watsons secara online macam ni?