Syawal 1439H

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Selamat Hari Raya! Dah banyak ke jemputan open house yang korang dapat? Nani setakat ni tak ada lagi dapat invitation. Hahaha! Selalu dah hujung hujung Syawal nanti baru lah banyak jemputan sampai tak terpergi semua. Hari ni baru ada kerajinan nak menulis pasal Syawal baru ni. Nak lah jugak abadikan dalam blog ni, boleh baca semula bila dah tua nanti. Hahaha! Macam biasa, setiap tahun Nani akan beraya dekat Pahang. Masih belum berhijrah ke negeri lain lagi setakat ni. Eh? Ehem. Macam biasa setiap tahun wajib buat lemang dengan rendang kalau dekat rumah ni. Nampak macam rumit and susah kan nak buat lemang ni tapi kalau dah biasa, sekejap aje dah boleh siap. Cuma nak bakar lemang tu aje yang ambil masa lama sikit. Sebab dekat rumah ni abah soranga aje  lelaki, memang abah aje lah yang membakar lemangnya. Hahaha! Nani setakat masukkan beras pulut dalam buluh tu boleh lah, lebih lebih tak pandai jugak. Eheh. Memang setiap kali Raya pertama, tak ada menu lain dekat rumah ni selain daripada lemang. Lagi pun hari Raya pertama tak pernah ada dekat rumah pun, beraya rumah saudara mara apa semua. Gitu. Start Raya kedua hah memang penuh lah tetamu dekat rumah. 

 Raya kali ni sampai dua kali buat lemang. Sehari sebelum Raya dah buat dalam empat kilo, lepas tu Raya ke berepa entah hari tu kita orang buat lagi sekali sebab masing - masing tak puas makan lemang. Hahah! Rasa macam gigih sangat sampai dua kali buat lemang. 
 Lemang makan dengan sambal sardin dengan kari kambing memang ngam sangat. Ini lemang yang kali kedua kita orang buat. Pagi Raya macam biasa lah makan dengan rendang ayam & daging. Tahun ni ibu Nani rajin terlebih sikit, tu yang buat sampai dua jenis rendang terus. Tapi itu lah, apa entah masalah aku tahun ni sampai terlupa nak ambil gambar. Hahah! Mungkin terlebih excited nak Raya. Eh? 
 Malek's Clan. 
Adik beradik abah Nani ada sembilan orang semua sekali & dalam gambar ni baru ada enam family aje. Nani pun dah ada ramai anak buah belah abah ni. Family besar, nak kenduri pun senang sebab ada banyak tenaga kerja. Hahah! Kalau semua berkumpul rasanya tak muat rumah ni. 
Baju Raya kedua, pakai songket asli. Rasa macam suka pulak pakai songket sekarang tapi itu lah nak beli banyak banyak mahal wuu. Nangis kita tengok harga kain, belum masuk upah menjahit lagi. Heheh. Anyway, Nani rasa tak terlambat lagi untuk ucapkan Selamat Hari Raya untuk korang semua. Minta maaf banyak banyak kalau ada komen Nani yang mungkin mengguris hati atau pun ada apa apa soalan yang korang tanya tapi Nani tak reply. Semoga lebaran kali ni dapat mengeratkan lagi hubungan persaudaraan kita antara satu sama lain. Kosong kosong okay! Korang pulak Raya dekat mana tahun ni? Ada tak yang beraya dekat Pahang jugak? 

Kuih Raya

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Phew baru ada masa nak membebel dekat sini. Sejak dah balik Pahang ni habis kelaut niat nak update blog. Hahah! Semalam bertambah lagi satu usia Nani. Alhamdulillah, terlalu banyak sangat nikmat yang dapat sepanjang hidup ni. Terima kasih untuk setiap kiriman doa dan ucapa yang baik baik daripada kalian. Berkat bulan Ramadhan ni, dapatlah Nani tumpang sikit doa korang tu. Mana tahu ada doa yang diangkat dan dimakbulkan oleh Dia. Semoga setiap doa korang untuk Nani, Tuhan akan pantulkan semula untuk awak semua. Allahumma amin. Lagi dua tiga hari nak Raya ni, korang dah balik kampung ke belum tu? Preparation Raya dah siap ke semua? Heheh. Sekarang dekat Pahang ni cuaca boleh tahan jugak panasnya, terus rasa malas gila nak buat semua benda. Kuih Raya pun malam baru Nani buat. Heheh. Mula mula rasa tak nak buat dah kuih Raya ni. Plus, mak cik Nani memang jual kuih Raya, so tunjuk aje lah mana satu yang nak beli. Hahaha! Tapi tu lah, nak jugak kan buat kuih Raya sendiri. Setahun sekali aje pun, so jyeahh jom lah merajinkan diri jugak untuk buat. Dalam malas malas tu siap jugaklah tiga jenis kuih Raya Nani. Heheh. 
 Cornflakes Madu
Ini lah satu satunya kuih Raya yang paling senang dan wajib Nani buat setiap tahun. Yang ni jugak lah paling laku keras setiap tahun. Tahun ni buat dua kotak aje cornflakes madu sebab malas kan. Hahah! Nasib baik lah ramai jugak yang nak menolong dekat rumah ni.
 Cookies Cadbury
First time Nani buat cookies cadbury ni. Try and error sendiri lepas tengok resepi dekat google. Boleh tahan jugak modal nak buat cookies ni. Hahah! Rasanya nak hidang dekat tetamu tetamu yang istimewa aje kot. Eh? Abah Nani cakap kenapalah tak letak separuh aje cadbury tu dah tahu mahal kan. Tapi rasa macam tak cantik pulak kalau letak separuh. Hahaha!
Popia Nestum Rangup
Ini pun antara yang paling laris jugaklah dekat rumah ni. Kalau makan time tengah tengok tv ni memang tak sedar dah habis sebalang. Hahah! Sebab Nani pun dah malas gila semalam, gunting empat segi macam ni aje popia nya. Selalu buat yang jenis gulung punya. Selain daripada nestum, boleh jugak kalau nak tabur cheese. Pun sedaaap! Tapi faham faham aje lah kan, cheese mahal sikit harganya. Heheh. Korang pulak buat kuih Raya apa tahun ni? Heheh. Dikesempatan ni, Nani nak ucapkan Selamat Hari Raya untuk korang semua. Semoga Raya tahun ni memberikan lebih kebahagiaan buat kita semua. Hati hati di jalan Raya dan semoga selamat sampai ke destinasi masing masing. 

Riang Ria Raya Dengan Lazada Shakin' Deals

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Selamat berhujung minggu. Ada yang tengah sibuk buat persiapan Raya ke tu? Kalau nak shopping time macam ni, cerita dia memang sesak lah, semua orang sibuk nak shopping kan. Nani ni kalau ramai sangat orang pun tak suka jugak sebab susah nak tengok dan membeli barang. Jadi apa jalan penyelesaian yang paling mudah? Shopping secara atas talian (online) jugak yang jadi pilihan Nani. Klik klik lepas tu tunggu aje courier service hantar barang kita dekat rumah. Pada Nani lagi cepat, mudah dan tak payah nak bersesak sesak dekat mall, shopping outlet semua tu sebab nak shopping. Lagi pun bulan Ramadhan ni, tak rajin sangat nak keluar rumah. Shopping online pun syok jugak, banyak okay diskaun yang ada lagi lagi dekat Lazada. Setiap kali buka web Lazada, mesti ada aje barang yang nak beli. Diskaun berganda ganda korang, rugi kalau tak grab satu dua barang. Hahah! Nak Raya ni kan, boleh lah shopping lebih sikit. Gitu. Ada jugak sesuatu yang istimewa Nani nak kongsikan dengan korang ni. Nak tahu apa dia, jom baca dekat bawah ni. 
Riang Ria Raya Dengan Lazada Shakin' Deals
Korang tahu tak Lazada telah memperkenalkan Lazada Shakin' Deals baru baru ni sempenan dengan  Lazada Riang Ria Raya dan semua orang berpeluang untuk memenangi voucher tunai sehingga RM 50. Untung jugak kalau dapat RM 50 ni, boleh jimat banyak korang! Lazada Shakin' Deals ni dah bermula sejak 22 Mei 2018 hari tu sehingga 4 Jun 2018 ni. Ada dua hari lagi ni, sempat lah untuk korang bermain. Cara nak main pun mudah sangat, korang boleh refer dekat bawah ni okay!
Riang Ria Raya Dengan Lazada Shakin' Deals
Cara Untuk Bermain
1. Download aplikasi Lazada di telefon pintar korang dan log masuk ke aplikasi tersebut. 
2. Stay di laman utama aplikasi Lazada.
3. Shake setiap hari pada pukul 5.30 pagi, 12.30 tengah hari dan 9.30 malam. 
Riang Ria Raya Dengan Lazada Shakin' Deals
Mudah sangat kan! Korang kena alert lah waktu waktu yang ditetapkan dah tu. Kalau terlepas rugi sangat. Shake shake aje lepas tu dapat voucher tunai. Tapi untuk setiap sesi, korang cuma ada lima kali aje tau percubaan. Nak tahu dengan lebih lanjut, boleh baca dekat bawah ni okay!
💙Terma dan Syarat Lazada Shakin' Deals
💙Laman Permainan Shakin' Deals
Jadi nya jangan lepaskan peluang keemasan ni sebab mudah sangat kan caranya. Nanti dah dapat voucher tunai boleh lah shopping sakan dekat Lazada. Heheh. Bila ada voucher ni memang kita boleh jimat banyak sangat kan. Ajak family, kawan kawan semua untuk dowload aplikasi Lazada dekat telefon pintar masing - masing okay. Mana tahu korang salah seorang yang terpilih untuk dapat voucher tunai sebanyak RM50. Cepat cepat join korang! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page