GIVEAWAY SOUVENIRS BY SITIYANGMENAIP

Assalamualaikum & Hello.
GIVEAWAY SOUVENIRS BY SITIYANGMENAIP
klik SINI untuk join.
Kali ni Nani tag Sayidah Napisah untuk join jugak! 

Menu di Hujung Minggu

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Weekend baru ni, masing masing bertungkus lumus siapkan tempahan lemang dekat 12kg. Phew! First time okay buat lemang banyak kemain sampai 12 kilo. Sebelum sebelum ni selalunya kalau bakar lemang pun dua tiga kilo aje, tak pernah lagi sampai 12 kilo ni hah. Awal awal tu okay lah lagi, bila dah siap semua terasa jugaklah letihnya tu. Letih macam mana pun tetap jugak kena memasak. Kebetulan pulak dekat rumah ada nenek Nani dengan pak saudara apa semua tolong bakar lemang sekali. Masak lah lauk apa yang ada, asal perut kenyang sudah. Kadang tu bila dah letih sangat, selera nak makan pun tak berapa ada. Heheh. Mula mula ingat nak buat sup perut tiba tiba menu bertukar jadi masak lemak cili api. Mana yang ada follow Instagram mesti ada tengok hari tu Nani buat story pasal menu ni semua. Siap dengan resepi lagi. Eheh. Time rajin boleh lah buat macam tu, kalau datang mood malas tu kelaut semua! 
 Hari tu ingat nak goreng ikan jugak tapi sebab semua dah malas, makan aje lah ni. Hahah! Sayur pun tak masak hari tu. Cuma ada jantung pisang goreng aje, itu pun yang nenek Nani bawa. Jadi lah kan, lauk sikit ke banyak ke, bila dah lapar makan aje semua. Gitu! 
 Masak Lemak Perut Campur Daging Cincang
Masak lemak ni senang aje sebenarnya, cuma nak kena kacau kuah tu selalu supaya nanti kuah gulai lemak tu elok aje kejadinnya. Nani tak pernah lagi lah masak gulai lemak ni sendiri, selalunya mesti ada ibu sekali. Hahah! Masakan yang bersantan semua ni tak berapa nak pro lagi, sikit sikit boleh lah. Lagi lagi kalau nak hidang dekat tetamu, memang aku surrender awal awal tak nak masak lemak. Resepi masak lemak ni sama aje macam kita buat masak lemak ayam tu cuma kali ni letak perut lembu yang dah siap rebus dulu. 
Kerang Goreng Sos Tiram
Sejak Nani dah tahu resepi kerang goreng sos tiram ni, memang dah jaraaaang sangat buat kerang bakar atau pun kerang rebus. Serius kerang goreng macam ni lagi sedap. Heheh. Nanti bila bila Nani share pulak resepi kerang goreng sos tiram ni hah. Masak dua menu ni aje pun dah rasa penat, tambah lagi dengan buat lemang fuhh. Korang pulak masak apa weekend lepas? Ke gantung kuali semua & pergi attend open house Raya? Heheh. 

Resepi Cookies Cadbury

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Masih mood beraya lagi ke tu? Raya baru ni Nani saja try and error buat cookies cadbury pulak. Asyik biskut yang sama jemu jugak kan. Heheh. Lagi pun tengok resepi nak buat macam senang sangat. Eheh. Ada jugak yang buat tart cadbury tapi sebab Nani tak ada acuan tart tu dan tengok cara macam susah sikit jadinya kita buat bentuk cookies macam ni aje lah, mudah. Iye, saya sejenis manusia yang tak suka jugak kalau resepi tu complicated sangat. Hahah! Nanti daripada bersungguh sungguh nak buat tiba tiba jadi malas pulak. Memandangkan ini first time Nani buat cookies cadbury ni, so tak ada lah gambar setiap step nak siapkan cookies ni. Hari tu macam tak yakin sangat time buat, takut kemain kalau tak jadi. Hahaha! Even bila dah siap pun, Nani bagi orang lain dulu rasa. Bila orang cakap sedap, baru diri sendiri nak makan. Modal nak beli bahan bahan cookies ni pun boleh tahan jugak, kalau tak menjadi memang frust lah cerita dia. Boleh tahan premium jugaklah cookies cadbury ni. Nani pun hari tu buat, hidangkan dengan family and kawan kawan terdekat aje. Dapat lah dalam 60 biji cookies cadbury ni hah, itu pun sekejap aje dah habis. Hahah! Mana yang jenis peminat coklat tu wajib masukkan resepi ni dalam list  korang okay! Confirm makan tak cukup sebiji. 
Resepi Cookies Cadbury
Ini lah rupa cookies cadbury yang Nani buat hari tu. Dalam banyak banyak biskut Raya yang Nani buat rasanya yang ni paling senang dan cepat. Kenapa Nani cakap senang, sebab masukkan aje semua bahan lepas tu settle. Eheh. Korang yang nak try resepi cookies cadbury ni boleh check it out dekat bawah ni. Bahan bahan semua Nani main agak agak aje tau, tak ikut sangat pun sukatan yang dia orang bagi. Hahah! 
Bahan Bahan:
- Tepung Gandum 
- Tepung Jagung 
- 1/2 Cream Cheese (Nani guna jenama Tatura)
- 1/2 Buttercup 
- Gula Kastor 
- Sebiji Telur (Ambil kuning telur aje)
- Esen Vanilla
- Cadbury (Nani beli yang saiz mini bites)
Cara - Cara:
1) Mula mula sekali, masukkan buttercup, gula kastor dan jugak cream cheese dalam satu bekas dan kacau sampai sebati. Kalau korang ada mixer, guna aje mixer, senang! Kalau tak ada mixer, memang kena pukul guna tangan lah cerita dia. Heheh.
2) Bila semua bahan tadi dah sebati, masukkan esen vanilla dalam satu sudu makan & sebiji telur kuning. Ratakan bagi sebati. Untuk step yang ni, dah tak payah guna mixer okay!
3) Kemudian masukkan tepung jagung dalam empat sudu makan dan jugak tepung gandum. Tepung gandum tu Nani letak sikit sikit sampai lah semua bahan tadi kita boleh uli jadi doh. Bila dah jadi doh, simpan dulu dalam peti sejuk dalam 15 minit macam tu. 
4) Step seterusnya keluarkan doh tadi & canai doh tu tapi jangan terlalu nipis dan tebal sangat tau. Lepas tu tekap guna acuan empat segi. Kalau ada acuan yang saiz cadbury mini bites tu lagi senang. 
5) Last sekali susun aje cadbury atas doh korang tu. Panaskan oven terlebih dahulu dalam 15 minit 170 darjah celcius. Selepas 15 minit baru masukkan cookies korang dalam oven. Turunkan suhu jadi 130 darjah selama 15 - 20 minit (ikut oven masing - masing.)
Siapp! Senang aje kan nak buat cookies cadbury ni, cuma rajin atau malas aje. Hahah! Nani pun time Raya macam ni aje lah ada kerajinan nak buat cookies macam ni. Kalau hari biasa, malas jugak. Saja buat suka suka sebab bila dapat jamu orang makan dengan air tangan sendiri ni rasa puas lain macam. Heheh. Hari tu pun ada yang request suruh buat lagi cookies ni, phew! Tengok lah bebila mood rajin tu datang kita berkampung lagi dekat dapur siapkan cookies ni. Korang pun jangan lupa cuba buat dekat rumah okay! Paling simple dan senang sangat nak buat. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page