Kuih Raya

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Phew baru ada masa nak membebel dekat sini. Sejak dah balik Pahang ni habis kelaut niat nak update blog. Hahah! Semalam bertambah lagi satu usia Nani. Alhamdulillah, terlalu banyak sangat nikmat yang dapat sepanjang hidup ni. Terima kasih untuk setiap kiriman doa dan ucapa yang baik baik daripada kalian. Berkat bulan Ramadhan ni, dapatlah Nani tumpang sikit doa korang tu. Mana tahu ada doa yang diangkat dan dimakbulkan oleh Dia. Semoga setiap doa korang untuk Nani, Tuhan akan pantulkan semula untuk awak semua. Allahumma amin. Lagi dua tiga hari nak Raya ni, korang dah balik kampung ke belum tu? Preparation Raya dah siap ke semua? Heheh. Sekarang dekat Pahang ni cuaca boleh tahan jugak panasnya, terus rasa malas gila nak buat semua benda. Kuih Raya pun malam baru Nani buat. Heheh. Mula mula rasa tak nak buat dah kuih Raya ni. Plus, mak cik Nani memang jual kuih Raya, so tunjuk aje lah mana satu yang nak beli. Hahaha! Tapi tu lah, nak jugak kan buat kuih Raya sendiri. Setahun sekali aje pun, so jyeahh jom lah merajinkan diri jugak untuk buat. Dalam malas malas tu siap jugaklah tiga jenis kuih Raya Nani. Heheh. 
 Cornflakes Madu
Ini lah satu satunya kuih Raya yang paling senang dan wajib Nani buat setiap tahun. Yang ni jugak lah paling laku keras setiap tahun. Tahun ni buat dua kotak aje cornflakes madu sebab malas kan. Hahah! Nasib baik lah ramai jugak yang nak menolong dekat rumah ni.
 Cookies Cadbury
First time Nani buat cookies cadbury ni. Try and error sendiri lepas tengok resepi dekat google. Boleh tahan jugak modal nak buat cookies ni. Hahah! Rasanya nak hidang dekat tetamu tetamu yang istimewa aje kot. Eh? Abah Nani cakap kenapalah tak letak separuh aje cadbury tu dah tahu mahal kan. Tapi rasa macam tak cantik pulak kalau letak separuh. Hahaha!
Popia Nestum Rangup
Ini pun antara yang paling laris jugaklah dekat rumah ni. Kalau makan time tengah tengok tv ni memang tak sedar dah habis sebalang. Hahah! Sebab Nani pun dah malas gila semalam, gunting empat segi macam ni aje popia nya. Selalu buat yang jenis gulung punya. Selain daripada nestum, boleh jugak kalau nak tabur cheese. Pun sedaaap! Tapi faham faham aje lah kan, cheese mahal sikit harganya. Heheh. Korang pulak buat kuih Raya apa tahun ni? Heheh. Dikesempatan ni, Nani nak ucapkan Selamat Hari Raya untuk korang semua. Semoga Raya tahun ni memberikan lebih kebahagiaan buat kita semua. Hati hati di jalan Raya dan semoga selamat sampai ke destinasi masing masing. 

9 comments:

  1. Nani.. masa bakar cookies cadbury tu x cair ke ? rajinnya buat CT tnjuk je ahaha memang sejenis yang pemalas nak buat kuih so kita hargai la orang da buat. kita beli ngeh3..

    salam aidilfitri Nani. maaf zahir batin.. hati2 dijalan raya =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak cair pun CT. Nani pun mulanya risau jugak time nak bakar tu sebab takut cair. Nasib baik elok aje kejadiannya. Hahah! Tiga jenis aje buatnya, itu pun bercinta nak siap. Kemain lama. Lain lain kuih tunjuk jugak. Heheee.

      Selamat Hari Raya CT. Maaf Zahir & Batin 😘

      Delete
  2. Sedap-sedapnya kuih raya Inani ni... Memang terliur pulak.. Lagi2 tengok time tengah puasa...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah! Biasa biasa aje kuih Raya kita, boleh lah nak jamu tetamu yang datang. Try and error sendiri, kalau menjadi alhamdulillah. Hehee. Selamat Hari Raya!

      Delete
  3. conflake madu tk brp nmpk madu tu hehe...cadbury cookies nmpk yummy..yg dok viral tart cadbury thn ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kak, memang kurang madu sikit tahun ni. Abah Nani lah takmo manis manis sangat. Hahah! Haritu ingat nak buat tart cadbury lah tapi acuan pulak tak ada. Buat aje lah gitu, senang. Hahaha!

      Delete
  4. rajin nani buat biskut raya..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Tak ada lah rajin mana sangat cik Nor. Ini pun bercinta nak siapp! 😂

      Delete
  5. Rajinnya, Nani! Tahun ni biskut raya rumah akak semua adik akak tunjuk-tunjuk je :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page