4Fingers di Mid Valley.

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Rindunyaaa nak membebel panjang panjang dekat sini. Hahah!Rasa dah berminggu kot Nani tak update blog. Sejak busy memanjang ni, memang rasa susah sangat nak update blog apatah lagi nak drop komen dekat entry korang. Sorry sangat tau mana yang ada singgah sini tapi Nani tak sempat nak terjah lagi blog korang. Blogwalking guna phone pun kadang kadang sempat singgah satu dua blog aje. Lagi pun sekarang tengah sibuk dengan komitmen lain jugak. Ini pun sedar sedar dah masuk bulan Disember. Hoi cepat nya rasa masa berlalu, dah nak masuk tahun 2018 tak lama lagi. Typical ayat seorang Nani bila dah nak masuk tahun baru. Hahahah! Tapi serius tau, rasa macam alah cepatnya, banyak lagi azam tahun ni yang tak terlaksana. Kahkah! Tak apa, next year kita guna azam yang sama lagi okay! Sebenarnya ada banyak benda jadi sepanjang dua tiga bulan ni, tapi itu lah tak sempat nak kongsi semua. Doakan semua urusan aku dipermudahkan tau korang. 
Kemain panjang membebel entry hari ni padahal tujuan asal nak cerita pasal 4Fingers dekat Mid Valley. Hahah! Korang pernah makan tak dekat sini? ngan tak pernah, serius rugi. Sebab ayam dekat sini sedaaap gila kot. Even agak mahal, tapi why not sekali sekala kan. Heheh. Oh ya, 4Fingers ni yang Nani tahu cuma ada dekat Mid Valley, Nu Sentral dengan Times Square. Lain lain outlets korang boleh check direct dekat website dia orang okay. Nani pernah pergi outlet yang dekat Mid Valley aje, lain lain tu tak pernah lagi. 

Nani dah tak ingat apa nama menu yang Nani order ni tapi harga dalam RM 19.90 sekali dengan air. Ada nasi, ayam tiga ketul dan jugak coleslow. Serius memang sedap ayam dekat sini sebab crispy even dah sejuk. Hari tu ingat nak makan ayam aje tapi sebab lapar kita orang ambil set yang nasi sekali. Heheh. Korang yang suka makan korean chicken tu boleh lah try yang dekat 4Fingers ni pulak. Dijamin puas hati dan rasa nak repeat lagi dan lagi. Cuma nya kalau time weekend memang most of the time, full house lah 4Fingers ni. Nani selalu pergi time weekdays. Heheh. Jangan lupa tau terjah 4Fingers nanti! 

Juiceee Malaysia di The Gardens Mall

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Ada tak dekat sini peminat Juiceee Malaysia? Haaa hari ni Nani nak kongsi kan dengan korang minuman terbaru yang telah dikeluarkan oleh Juiceee Malaysia. Untuk pengetahun korang, minuman keluaran Juiceee Malaysia ni sememangnya berkhasiat dan bagus untuk kesihatan sebab menggunakan 100% buah buahan segar. Selain daripada itu, dia orang jugak menggunakan low fat yogurt tau! Kalau yang pernah beli dan menikmati minuman Juiceee Malaysia ni, mesti korang tahu kan macam mana rasa dia. Serius tak menghampakan dan paling penting sedap. Lagi best sebab menggunakan buah buahan segar, memang manis tu datang daripada buah buahan tu aje. Walaupun tanpa tambahan gula, still lagi sedap tau. Jom tengok menu terbaru yang dikeluarkan oleh Juiceee Malaysia. Korang pun wajib jugak cuba lepas ni. Heheh. 
Juiceee Malaysia di The Gardens Mall
Terdapat lebih daripada lima outlets Juiceee Malaysia ni di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Anatarnya di IOI City Mall, Amcorp Mall, Wangsa Wall, Pasar Seni dan banyak lah lagi. Nanti korang boleh check it out dekat sosial media dia orang okay! Dan tak lama lagi, Juiceee Malaysia akan membuka outlet terbaru dia orang di Menara Hong Leong, Star City Selayang dan jugak Jonker Walk Melaka. 
Juiceee Malaysia di The Gardens Mall
Antara minuman terbaru yang terdapat di Juiceee Malaysia. Untuk minuman premium yang korang boleh cuba ialah Avocado Dew, Jacko Yello, Dating Avocado dan jugak Durian Galore. Selain daripada minuman premium, terdapat jugak lima jenis minuman lain yang menjadi pilihan orang ramai seperti Minty Poms, Mango Mania, Soursop Liscious, Amazing Spinach dan jugak Beetroot Beats. 
Juiceee Malaysia di The Gardens Mall
Korang boleh tengok sendiri buah buahan yang digunakan untuk setiap miunuman ni. Mango mania dengan Soursop Liscious pun nampak sedaap. Next time Nani nak try pulak yang ni. Heheh. 
Juiceee Malaysia di The Gardens Mall

Juiceee Malaysia di The Gardens Mall
Durian Galore. 
Ini minuman premium terbaru yang terdapat di Juiceee Malaysia. Kalau korang memang peminat durian, wajib untuk cuba yang ni tau. Sedaap dan tak terlalu manis. Nani suka jugak yang ni. First time okay rasa air daripada buah durian. Selalunya orang guna untuk makanan aje, kali ini Juiceee Malaysia datangkan dalam bentuk minuman. Lain daripada yang lain okay! 
Juiceee Malaysia di The Gardens Mall
Durian Galore & Oreo Crush. 
Dua dua sedaap dan dua dua Nani suka. Heheh. Apa yang penting harga untuk secawan Juiceee Malaysia ni murah dan berbaloi. Cumanya buat masa sekarang, untuk minuman premium hanya terdapat di The Gardens Mall, Mid Valley. Untuk outlets lain dia orang akan update nanti. 
Juiceee Malaysia di The Gardens Mall
Menu menu lain yang korang boleh order di Juiceee Malaysia. Banyak sangat menu yang ada, tinggal pilih aje minuman mana yang korang nak try. Semua sedap sebab menggunakan buah buahan segar. 
Juiceee Malaysia di The Gardens Mall
Dah rasa terliur ke tu? Heheh. Lepas ni boleh lah ajak kawan kawan atau pun yang tersayang ke mana mana outlet Juiceee Malaysia okay. Dan jangan lupa jugak untuk follow Facebbok dan Instagram Juiceee Malaysia untuk tahu update terbaru daripada dia orang. Memang dijamin berbaloi dan puas hati sangat dapat minum minuman yang segar macam ni. Nani jarang suka dengan minuman yang versi healthy macam ni tapi yang Juiceee Malaysia memang boleh diterima. Sedaap! Jangan lupa tau korang ke Juiceee Malaysia. 
Facebook : Juiceee Malaysia 
Instagram : Juiceee Malaysia 

Tersilap Pilih GrabCar

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Sebenarnya kisah ni terjadi beberapa bulan yang lepas tapi tetap jugak nak kongsi dengan korang. Alah, saja nak sembang santai gitu 😝 Nani ni memang sejenis pengguna tegar grabcar lah, sebab senang nak bergerak ke mana mana. Plus, Nani suka kumpul point grabcar ni so nanti boleh lah redeem juiceworks ke, domino's ke. Hahaha! So hari tu ada lah sekali Nani baru sampai dari Pahang. Bila baru balik dari Pahang tu, faham faham aje lah barang tu macam mana kan dengan luggage lagi, beg laptop nya. Fuhh! Tambah pulak time tu hujan renyai renyai. So, Nani ni pun malas nak naik lrt terus aje booking grab. Lepas tu entah macam mana boleh tak perasan yang Nani book GrabCar Premium. Punya lah nak cepat time tu boleh pulak tak perasan tertekan GrabCar yang premium. Masa tu nak cancel pun tak sampai hati sebab driver tu dah dekat sangat nak sampai. Serba salah lah aku ni pun hah, dah lah dengan hujannya lagi. Dalam kepala, fikir nak cepat aje sampai. Hahah! 
Bila premium ni haruslah harga dia tu berganda ganda sikit mahalnya. Heheh. First time okay daku naik grab car kena bayar sampai RM 29 hengget one way termasuk tol. Nasib baik tol tu dua ringgit aje, kalau lima ringgit fuhh. Itu pun abang tu bagi diskaun 50 sen dekat Nani. Hahah! Pun boleeh bang. Mula mula Nani macam menyesal jugaklah sikit sebab tertekan grab car yang premium. Tapi tak apa lah, mungkin tu rezeki abang tu kan. Heheh. Tapi serius lepas daripada kejadian terbook grab car premium ni, Nani memang tengok betul betul bila nak booking. Hahah! Grab car biasa pun dah selesa, tak payah nak yang premium dah. 
Image result for grabcar
kredit : Google
Cuma yang bestnya bila naik grabcar premium ni, boleh lah fefeeling macam ada driver sendiri.  Kereta pun kemain lagi mewah yang datang pick up. Hahaha! Terkejut okay hari tu sebab dia yang angkat semua barang Nani masuk dalam kereta siap dengan pakej buka kan pintu kereta lagi. Tak pernah lagi seumur hidup dilayan sebegini rupa. Hahah. Iye lah, dah bayar mahal, servis dan layanan pun haruslah tip top. Nanti kalau orang complain macam macam, rating dia orang jadi rendah pulak. Tapi cukup lah sekali tu, tak nak dah lepas ni. Walaupun dilayan bagus, tapi rasa melayang layang duit. Dekat RM 30 kauuu, mana mampu Nani. Hahah! Orang 'ada ada' boleh lah naik grab car premium ni selalu. Heheh. Korang pulak pernah tak jadi macam ni? 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page