Brownies Bites

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Siapa peminat tegar brownies wajib baca entry ni sampai habis okay. Hehee. Kisahnya haritu gambar brownies bites ni kemain rancak dia lalu dekat timeline Facebook Nani. Mula mula rasa tak nak pun beli sebab time tu duit pun tak berapa nak ada. Hahah! Tiba tiba ada sehari tu, dia punya perasaan nak makan brownies ni memang tak boleh bawa berbincang. Lol 😂 Scroll lah Instagram cari brownies yang murah murah & sudi ambil order last minute aku ni. Kahkah! Dah serupa orang mengidam pulak hoi! Gigih okay whatsappa tanya siapa yang nak ambil order Nani time tu. Tapi tu lah, mostly tak nak ambil order yang last minute. Frust sikit lah time tu sebab tak ada yang sudi ambil order kita. Hahaha! 
Lepas tu entah macam mana boleh teringat yang kak Khairul ni ada buat brownies bites. Sebab time tu kemain teringin nak makan brownies, tak kira lah apa jenis brownies pun memang nak order jugak. Mula mula tak yakin nak order sebab akak ni duduk Kajang, macam jauh sangat kan nak hantar order Nani yang dekat Gombak ni. Tapi belum cuba belum tahu, ye dak. Nani pun dm lah dekat Instagran, sekali kak Khairul kata esoknya memang ada delivery area Kl so boleh selit order sekali. Fuhh! Finallay ada jugak yang sudi ambil order Nani walaupun dah last minute. Hahah!  
Taraaa ini lah rupa brownies bites tu. Comel aje tauu ala ala cupcakes gitu. Sekali rasa terus dah jatuh hati. Hehehe. Sebab brownies bites ni sekali ngap aje dah habis. So tak ada lah muak sangat macam brownies yang biasa tu bila makan. Lepas dah makan hari tu, Nani lagi suka brownies bites ni compare dengan brownies yang biasa (petak empat segi).
Serius wei murah dan berbaloi sangat order dengan kak Khairul ni. Satu box ni RM 30 ada dalam 45 - 50pcs. Dia punya banyak tu sampai Nani dah bagi kawan kawan pun still lagi tak habis. Hehehe.  

Korang yang teringin nak makan brownies lehtop dan sedap boleh lah order dengan akak ni. Terus pm laju lajuu dekat Facebook Khairul Ibtisam tak pun Instagram mamakayrul. Dijamin puas hati. Tapi kalau yang duduk area Kuala Lumpur tu, weekend aje rasanya yang akak ni boleh hantar. Heheh. Tapi korang pm je lah dulu, Mana tahu kan time tu ada penghantaran area Kl, boleh lah selit order korang sekali. Nani ni pun nak order jugak ni tak lama lagi. Eheheh. 
Oh ya, yang dekat atas tu brownies bites biasa aje Nani order. Kalau tak silap ada yang letak chocolate chips jugak. Nani suka yang original macam ni aje. Sedap sangat dah yang ni sebab crunchy dekat luar & lembut sangat dekat dalam tu. Manis pun sedang elok aje. Memang puas hati makan sampai non stop pulak makan. Hahaha! Selain brownies, ada jugak butter cake, larva cake apa semua. Lepas ni korang check it out sendiri okay! Hehehe. Korang dah ada yang pernah try ke brownies bites ni? 

Hello 2018!

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Selamat Tahun Baru! Dah masuk kerja ke tu? Hehehe. Jangan tersilap tulis tarikh pulak korang. Dah 2018 ni bukan 2017 lagi dah. Selalunya kalau Nani bila awal tahun ni selalu sangat tersalah tulis tarikh tu. Eh? Hahaha! Pagi ni bila scroll Facebook & Instagram mostly upload gambar anak anak nak masuk sekolah. Ibu Nani pun hari ni sebelum pergi kerja awal awal dah doa harap tak ada anak murid dua yang menangis dekat sekolah. Hahah! Biasalah kan kalau budak budak ni, nak nak yang baru masuk darjah satu tu. Awal awal tahun ni semua semangat lagi nak buat semua benda. Nani pun gitu lah jugak, rasa macam wishlist tahun ni banyak betul. Mampu ke tidak entah nak achieve semua. Takpe kalau tak dapat achieve semua, separuh pun jadi lah kann. Korang dah renew ke belum tu azam tahun ni? Hehee. 
Nani awal awal lagi dah buat list azam tahun ni. Fuhh lain maciam betul semangat kali ni. Biasalah, tiap kali new year ada je azam yang kita buat kan. Harap tahun ni makin murah rezeki untuk kita semua. Nani macam biasa lah, tak pernah pun keluar pergi celebrate tahun baru. Memang duduk lepak dekat rumah menghadap phone aje. Hahaha! Tengok kawan kawan kemain meriah pergi sambut new year, tengok bunga api apa semua. Gigih eh engkorang masing masing keluar. Tak kuasa Nani nak keluar dengan bersesak sesak macam tu. Fuhh! Nak cari parking pun dah satu hal. So kita tengok bunga api dari tingkap rumah pun jadilah kaaan.
Image may contain: food
Penutup tahun 2017, seketul Nani dah pandai buat karipap sardin. Hahah! Ohoi neves jugak Nani first time buat karipap ni. Time dah siap goreng tu, paling takut sekali nak makan sebab takut keras. Hahah! Sekali elok aje menjadi, tak sangkaaaa! InshaAllah nanti Nani share resepi karipap mudah ni dengan korang okay!

Thank You 2017!

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Lama betul menghilang kali ni, sampaikan entry bulan Disember pun ada dua aje. Pffft! Serius hujung tahun ni dia punya busy sampai tak sempat nak update langsung. Lepas tu dengan telefon rosak lagi hari tu, terus lah mood kelaut sebab nak baiki pun ambil masa. Tapi memandangkan hari ni dah last day 2017, Nani gigihkan jugak lah nak menaip entry kenkonon nak recap balik semua benda yang jadi sepanjang tahun ni. Kahkah! Iye lah, nanti boleh baca balik kan. Korang punya azam untuk tahun ni dah tercapai ke semua? Takpe kalau tak tercapai pun, boleh bawa ke tahun depan okay! Macam tak biasa guna azam yang  sama setiap tahun. Hahah! Kalau tanya Nani, memang ada banyaaak jugaklah azam yang tercapai. Tahun ni pun banyak jugak achievement yang Nani sendiri tak sangka boleh dapat. Hehehee. Hopefully untuk next year dan tahun tahun seterusnya akan jadi yang lebih baik untuk Nani dan korang jugaaak. Kalau nak list semua yang jadi sepanjang tahun ni memang banyak gila lah. For sure, terlalu banyak yang manis manis untuk dikenang sepanjang tahun ni. Gittew! 
Azam untuk tahun depan macam biasa lah, nak improve lagi diri ni jadi lebih baik, nak kenal dengan lebih ramai orang yang baik baik dan harapnya boleh kembali aktif dengan blogging ni. Hahah! Selalunya azam yang last tu bila dah hujung tahun mesti kelaut dalam pergi. Macam tahun ni lah, tak pernah pernah aku buat dua jeee entry sebulan, memang cipta sejarah betul. Kahkah! Bukan apa, bila weekdays dah busy sangat dengan macam macam kerja, memang weekend tu berehat sungguh. Salute dengan blogger yang boleh update entry hari hari tu. Anyway, thank you jugak korang yang selalu baca entry Nani yang entah apa apa ni. Hahah! Jom lah kita throwback sikit apa yang jadi sepanjang tahun 2017 ni. 
1) Travel
Tahun ni tak banyak pun berjalan compare dengan tahun 2016. 2016 memang merata Nani pergi tapi tahun ni tak ada sangat. Awal tahun hari tu aje Nani jalan jalan Pulau Pinang, lepas tu ke Legoland bulan 9 hari tu. Actually Legoland tu unplanned punya trip. Rezeki blogging ni jugak lah dapat empat keping free ticket ke Legoland. Tak pernah pun terfikir yang blog ni boleh jadi punca rezeki Nani. Nani ni memang sejenis yang suka berjalan sebab best kot dapat tengok tempat orang. Cuma kena struggle sikit lah kumpul duit kalau nak berjalan ni lagi lagi student macam Nani ni hah. 
2) Blogging
Kalau tengok entry Nani setiap bulan mesti tak lebih daripada 20. Kalau ada pun awal awal tahun harit tu aje Nani rasa. Hehehe. Dulu niat nak suka suka aje buat blog ni, tapi alhamdulillah boleh jadi sumber pendapatan jugak sikit sikit. Tak ada lah sampai ribu riban, tapi boleh lah jugak buat saving sendiri. Hari tu pun yang travel pergi Penang, sepenuhnya guna duit dari blog. Dari blog ni jugaklah Nani dapat kenal korang even ada yang tak pernah berjumpa pun. Bila attend event, baru lah dapat jumpa depan depan, itu pun kadang kadang segan jugak nak tegur. Hehehee. 
3) Skill Memasak
Yang ni paaaaling banyak Nani improve. Ehem. Daripada zero bab bab memasak ni, sekarang dah power banyak. Eh? Hahahha! Serius tau, dulu mana pandai sangat nak masak gulai semua ni sekarang dah boleh improve lah sikit. Kuih tradisional pun banyak jugak yang dah pandai buat. Alah senang cakap makin rajin lah masuk dapur tahun ni. Belajar sikit sikit dengan ibu, tengok video orang memasak, lama lama memang  boleh jadi pandai. Percayaaalah! Next year ingat nak belajar baking pulak sebab Nani sangat lah failed bab bab baking ni. Hahahah! 
Rasanya tahun ni jugak Nani dah macam boleh terima sikit budak budak. Eh? Dulu memang tak sebulu langsung hoi dengan budak budak ni, sekarang dah suka sikit. Hahah! Banyak lagi benda lain tapi sebab kekangan masa ni tak sempat nak list semua. Hahah! Apa pun semoga tahun 2018 akan jadi tahun yang lebih baik untuk kita semua. Mana yang kurang, boleh lah improve lagi tahun depan. Next entry tungguh tahun depan pulak okay! Selamat menyambut tahun baru koraaang! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page