Dapur Bujang

Assalamualaikum & Hello.
Hari tu balik Pahang masa cuti Deepavali kemain rajin masak macam macam. Hahah! Lepas gian katanyaaa. Kali ni kita try and error buat pajeri terung. Nani lagi suka pajeri terung daripada pajeri nenas. Heheh. Selama ni tahu makan aje, kali ni kita try masak sendiri pulak. Tapi dengan bantuan ibu lah, first time kan. Kang tersalah buat, habis kena kutuk tak sedap. Hahah! Rupa rupanya tak susah mana pun nak buat pajeri terung ni hah. Eh? Dah pandai boleh lah kan cakap senang. Aiwah. Serius tau resepi ibu Nani ni mudah sangat. Masuk itu, ini lepas tu siappp! InshaAllah next time Nani kongsikan resepi pulak okay! 
Masak ni jadi mudah & senang bila semua bahan ada dekat dapur. Hahah! Nani kadang bila bahan tak cukup mula lah rasa malasnya hoi nak buat. Tapi kalau time tu mood rajin dan teringin sangat nak makan datang, sanggup pergi beli semua barang. Heheh. Hari tu sempat buat pajeri terung, pengat pisang dengan popia sira. Tapi gambar popia sira nya nan hado. Hahah! Terlupa nak ambil sebab takzabaar nak makan. Aiyoo 😂   
Pajeri Terung. 
Lighting macam over sikit tetiba nampak macam sambal terung bila sekali pandang. Hahah! Betul tak? Ibu cakap sedap pajeri terung yang ku masak hari tu. Hahahahh! Iyeee, saya memang suka puji masakan sendiri. Okay next time boleh buat lagi.
Pengat Pisang. 
Yang ni paling simple dan mudah nak buat. Nani panggil bubur pisang kadang kadang. Heheh. Semua jenis bubur macam ni memang senang sangat nak buat. Guna santan, gula melaka, daun pandan dengan garam je sikit. Masuk semua dalam periuk lepas tu masukkan pisang. Sedaap sangat. Kalau nak buat bubur kacang ke bubur cha cha ke pun sama jugak bahan bahannya. Cuma jangan tanya Nani pisang apa yang boleh dibuat pengat macam ni. Nani pun tak tahu. Hahaha! Selalunya tanya ibu dulu boleh tak pisang ni nak buat pengat. Heheh. Korang suka makan pajeri terung dengan pengat pisang ni? 

Lepak di Vine Cafe

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Rindunya nak menulis blog macam biasa. Kisahnya dah lama Nani tak ada entry baru sebab laptop problem sikit. Seksa jiwa raga, satu kerja pun tak jalan. Ini pun buat entry guna phone yang tak berapa nak besar ni, lagi lah seksa. Hahah! Ampun eh kalau nampak typo dekat mana mana. Kahkah. Hari tu bukan setakat laptop aje problem, phone pun sama. Nangis. Duit yang kumpul selama ni habis dekat situ je semua. Tapi alhamdulillah ada rezeki lain masuk. Syukur, nak menangis rasa even tak banyak tapi ada lah kan. Heheh. Ini pun tengah tunggu lagi laptop tu siap. Haih macam serius aje rasa. Dah lah noob bila bab bab macam ni, memang nak tak nak kena jugaklah hantar baiki dekat orang. 
Okay lah lupa kan kejap hal laptop tu. Nak share lagi ni dengan korang pasal Vine Cafe. Hahah! Punya lah sedap, sampai berkali kali repeat makan dekat situ kan. Kisahnya nak habiskan voucher, maka nya ku angkut sekali kawan kawan pergi. So habiskan aje semua sekali gus. Nak pergi Damansara Utama tu selalu memang tak lah kan, jauh jugaklah. Kalau dalam MRT tu, rasa nak tetidur nak sampai ke TTDI. Hahah! Jom lah cuci mata tengok menu apa pulak yang Nani order kali ni. Rambang mata tengok menu macam macam ada. Hiks ;)       
Table for three. Fuhh, ini pun jenuh nak habiskan. Hahah! Lama betul Nani lepak situ hari tu, sebab banyak sangat kita orang order. Makan share sikit sorang pun tak habis jugak. Siap tapau bawak balik okay! 
Chicken Roulade. 
Ini menu wajib order tau bila pergi Vine Cafe. Sedaaap gila. Hahah! Nampak macam alaah sikitnya tapi percaya lah korang akan kenyang sangat. Banyak weh tambah pulak dalam ayam tu ada isi lain lagi.   
Roasted Spring Chicken. 
Nani order yang ni hari tu. Jenuh nak habis kan sebab banyak. Hahah! Mashed potato pun sedap. Alah semua lah sedap. Salad tu je yang tak berusik langsung. Eheheh.  
Beef Bolognaise Spaghetti
Sedaaap! Ada banyak lagi tau pilihan spaghetti dekat sini. Yang luar biasa pun ada. Korang kalau berkesempatan ke Vine Cafe ni boleh lah try.
Nachos. Ingatkan tak berapa kenyang, tu yang add on nachos. Sekali padat perut. Kahkah! Nachos ni Nani siap tapau sebab banyak wak. Tak terhabis kita orang bertiga makan. Nani suka nachos dekat sini sebab rangup even dah sejuk. Air pulak hari tu kita orang pilih Mocha, Vanilla Milkshake & Oreo Milkshake. Nani sukaaa sangat Oreo Milkshake dekat sini sebab rasa macam makan McFlurry. Overall memang puas hati degan servis & makanan dekat Vine Cafe ni. Korang pun terjah lah jugak tau! Heheh. Nak buat event pun boleeeh.       

October Book Giveaway by Blog Siqahiqa

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Ada yang pencinta buku tak dekat sini? Nahh, ini lah masanya nak tambah lagi koleksi buku yang ada. Cecepat terjah blog Siqah tau sebab Siqah ada buat October Book Giveaway sekarang ni. Mana lah tahu kan terpilih sebagai salah seorang pemenang. Syarat penyertaan pun mudah sangat. Giveaway ni berlangsung sehingga 12 November 2017 nanti, jangan lepas peluang keemasan hoi. Dua pemenang yang dicari, tunggu apa lagi tu, join sana cepat. Walaupun banyak lagi buku yang pending nak baca, tapi tetap jugak join sebab ada buku yang menarik perhatian daku. Eheh. 
October Book Giveaway by Blog Siqahiqa
Cecepat join tau korang!

October Book Giveaway by Blog Siqahiqa
Buku Hati Ini Milik Mu tu yang paling menarik minat Nani. Hahah! Mana lah tahu terpilih sebagai salah seorang pemenang. Eh? Hahah! Siapa lah yang bertuah dapat dua dua buah buku ni kan. Korang pun jemput join jugak tau. Heheh. Have a nice day everyone! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page