Tersalah Naik Tren!

Assalamualaikum & Hello.
Kisahnya hari tu nak ke Pulau Ketam, Nani dengan dua orang lagi kawan gerak ke sana pagi Sabtu lepas habis program universiti. Konon nya kali ni tak nak naik KTM dekat KL Sentral untuk ke Pelabuhan Klang, nak naik dekat Subang Jaya terus. Kita orang bertiga pun direct lah naik LRT dari Gombak terus ke Subang Jaya dan dekat sana tukar naik KTM. Naik LRT terus ke Subang Jaya sebab masing - masing cakap LRT laju sikit, kalau KTM nanti lambat. Sampai dekat Subang Jaya, tengok platform tu macam dah betul so turun lah dengan rileks rileks aje, sebab masa tu tak sedar lagi yang KTM dah ada. Bila dah separuh anak tangga, baru nampak ada ramai orang keluar dari KTM. Kita orang pun apa lagi, berlari lari lah nak kejar KTM tu. Faham aje lah kan, kalau dah terlepas satu train, next train tu nak kena tunggu lagi 45 minit. Fuh, lama kot kalau nak kena tunggu. 
Sumpah masa tu malu gila sebab ramai orang tengok kita orang berlari lari semata mata nak kejar train. Gigih gila kan sebab nak kejar train. Lepas tu elok aje kawan Nani dua orang tu dah masuk dalam KTM, terus pintu train tu tertutup. Nani pulak tak sempat nak masuk lagi weh time tu. Dalam kepala satu aje "aku nak kena tunggu train lain." Sekali ada makcik tu dia jerit "dik, cepat tekan butang tu!" Hahahah! Kalau ingat balik benda ni memang gelak sakan. Memang buat drama betul lah 😆 Dan mujurlah pintu tu terbuka, terus laju laju masuk lepas tu guess what?! Ramai gila orang pandang. Pffft! Elok train dah gerak, terus jalan cari coach wanita. Tak sanggup nak jadi perhatian orang. Kah!
Lepas tu dah masuk coach wanita still lagi gelak gelak sebab teringat drama sebabak yang kita orang bertiga buat. Dengan dia orang berdua masa tu gigih nak halang pintu train tu tertutup. Lol 😆 Pintu tu automatik memang tak lah nak halang pulak kan. Hahahhaha! Adoi. Dah lama train bergerak, tiba tiba kawan Nani cakap "apesal train ni ke belakang balik?" Masa tu dah lepas dua stesen baru sedar yang kita orang tersalah platform. Bayangkan, dah lah buat drama sebabak sebelum tu tiba tiba tersalah naik train pulak. Kita orang pun tukar lah platform dekat mana entah masa tu. Dah turun, sekali lagi berlari lari nak kejar train yang dah sampai dekat platform sebelah sana. Kali ni tak ada lah dah buat drama sebabak sebab masing - masing sempat masuk dalam train. Hahah! 
Rasa macam 'mencabar' betul naik KTM kali ni. Hahah! Dengan berlari lari lagi dekat Stesen KTM, memang dah macam pergi merentas desa pulak 😆 Tak pernah pernah buat kerja macam ni hah, tapi gara gara tersilap platform terus jadi entah apa - apa. Nasib baik tak drag banyak sangat masa sebab tiap kali sampai Stesen KTM tu, terus ada train (cumanya tersilap naik aje. Lol). Tak tahu lah apa masalah hari tu, tak nampak platform ke apa entah tiba tiba aje pergi salah naik. Nasib baik sedar awal tersalah naik KTM, kalau tak sia - sia oi patah balik ke belakang. Hahah! Alhamdulillah selamat jugak sampai ke Pulau Ketam tengah hari tu walaupun macam macam hal jadi. Korang pernah ke tersilap naik KTM atau LRT? 😀




Segmen Blogwalking Janji Kita

Assalamualaikum & Hello.
Segmen Blogwalking Janji Kita
klik SINI untuk join 😊

Pengalaman ke Pulau Ketam

Assalamualaikum & Hello.
Hujung minggu lepas kosongkan jadual semata mata nak join program bersama adik adik di Akademi Tahfiz Mandarin, Pulau Ketam. Ikutkan ini dah kali kedua Nani jejakkan kaki ke sana tapi perasan teruja tu tetap jugak sama. Alhamdulillah setiap program yang dirancang berjalan dengan lancar sepanjang tiga hari berkampung dekat sana. Nani ke sana Sabtu pagi sebab Jumaat tu ada beberapa urusan yang nak kena settle kan dulu. Oh ya, Pulau Ketam ni terletak di Pelabuhan Klang aje, tak jauh mana pun. Dekat sini kebanyakkan penduduk nya Muallaf. Kalau nak cari kedai makan halal pun agak susah lah, kalau korang nak ke sini eloknya dah bawa siap siap stok makanan sendiri. Hehe. Ramai jugak Nani tengok orang datang ke Pulau Ketam ni nak jalan jalan. Mungkin sebab dekat kot.
Untuk ke Pulau Ketam ni, boleh menggunakan feri atau pun speed boat. Kita orang hari tu naik feri, RM 10 seorang untuk one way. Feri nak ke Pulau Ketam ni pun dah makin cantik dan selesa lah sekarang. Heheh. Dulu masa mula mula Nani pergi tak ada lagi feri yang ni. 
Hampir hampir tak jadi pergi sebab kekangan masa tapi memandangkan dah setuju untuk jadi sebahagian daripada komiti, cuba jugak untuk ke sana. Alhamdulillah dipermudahkan semua urusan. Sepanjang tiga hari dekat sana, kiterang menginap di Pulau Ketam Inn. Gambar bilik tak ada pulak nak tunjuk, Nani pun datang dah hari Sabtu, faham faham lah keadaan bilik dah macam mana. Hahah! Tapi selesa lah duduk hotel tu, bilik luas sampai boleh muat enam orang. 
 Memang syok lah kalau dapat tengok view macam ni hari hari. Rasa tenang sangat okay duduk dekat sana sebab tak ada pencemaran bunyi langsung. Dekat Pulau Ketam ni, dia orang cuma guna basikal aje nak ke mana - mana so tak ada lah bunyi bising - bising apa semua. Motor pun ada jugak tapi dia orang guna bateri bukan minyak macam kita. Heheh. 
Antara komiti yang terlibat untuk menjayakan program dengan adik adik di Maahad Tahfiz Mandarin baru ni. Seronok dapat bekerja dengan team ni, masing - masing perangai masuk air jugak 😆
 Pusat Tahfiz Mandarin ni baru aje dibuka, start bulan satu hari tu. Seronok lah tengok adik adik dekat sini, ada tu yang dah hafal sampai lapan juzuk ayat Al - Quran. Mula mula Nani ingat dia orang ni semua duduk sekitar Kuala Lumpur dengan Selangor aje, rupanya ada jugak dari Kelantan, Perak. Kecil kecil lagi dah pandai berdikari, kagumnya dengan dia orang. 
Nani pun hari tu sampai dah Sabtu tengah hari, banyak jugak lah slot yang dah terlepas. Dekat sini memang semua pelajar lelaki aje dan selain menghafal ayat Quran, dia orang belajar jugak bahasa Mandarin & mengaji kitab. 



Hari terakhir dekat sana, adik adik ni tak bagi kita orang balik. Hahah! Siap suruh sambung lagi buat program dengan dia orang lagi dua tiga hari. Alahai dik, kalau kami tak ada komitmen lain memang boleh sangat nak sambung. InshaAllah next time kami datang lagi buat program. Moga dengan setiap perkongsian hari tu memberi manfaat buat kalian dan menjadi saksi untuk kebaikan yang kita lakukan. Doakan adik adik ni dipermudahkan urusan mereka untuk menjadi huffaz 😊
 Bebel apa entah dekat depan tu. Hahah! Rasa kerdil sangat dikelilingi adik adik ni. Moga satu hari nanti dapat jugak merasa peluang untuk menghafal sekurang kurangnya satu juzuk Al Quran seperti adik adik di Akademi Tahfiz ini.  

Finally we did it guys! Moga dengan setiap perkongsian baru baru ni menjadi saksi di atas kebaikan yang kita lakukan. Jarang jarang join program yang komiti lelaki lagi ramai daripada perempuan. Hahah! Masing - masing berbeza kos tapi boleh bersatu dalam program ni. Jumpa lagi next time! Walaupun dalam satu universiti yang sama, kadang kadang berselisih pun tak pernah. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page