10 Barangan Yang Perlu Anda Dapatkan di Website ezbuy

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang. Kalau bercakap tentang shopping secara atas talian ni memang semua orang suka lah kan. Cepat dan mudah sangat sebab tak payah nak bersesak sesak dekat tempat tu untuk pilih barang. Kalau shopping atas talian ni sambil sambil menonton televisyen pun sempat lagikan nak buat pilihan barang yang berkenan dekat hati. Baru baru ni Nani buka laman web ezbuy, niat nk tengok tengok aje sebab tak pernah pun bukak website ezbuy sebelum ni, sekali hah macam macam barang rasa nak beli. Banyak sangat pilihan yang ada dekat ezbuy ni tau dan diskaun pun lebih daripada 50% untuk sesetengah barang. Masa Nani tengok tengok website ezbuy baru ni ada banyaklah jugak barang barang yang dah masuk dalam wishlist. Lajuuu aje kan kalau bab bab shopping ni. Biasalah perempuan dan shopping berpisah tiada.

Masuk dalam wishlist dulu nanti dah ada duit baru boleh beli kan. Heheh. Dekat website ezbuy ni, korang boleh tengok macam macam barang ikut kategori yang ada. Contohnya dekorasi rumah, pakaian wanita, beg tangan dan banyak lagi lah. Setiap kategori tu pulak ada je barang barang dia yang cantik dan ikut citarasa Nani. Ini kalau tengah ada duit memang macam macam dah beli dekat ezbuy. Eh 😆 Nak tahu tak barang apa yang dah masuk dalam wishlist Nani? Ha jom tengok dekat bawah ni, manalah tahu kot kot korang pun ada nak beli barang tu, boleh lah terjah website ezbuy lelaju lepas ni hah.
Nani suka tengok rumah makcik Nani ni tau, dia pandai sangat design dinding rumah dia. Lawaa sangat dan tak nampak pun kosong. Nani ni spesis manusia yang sangatlah tak kreatif, bila tengok dekat ezbuy ada hiasan dinding terus rasa nak beli. Sambil sambil tu boleh lah jugak tengok idea diorang deko dinding tu macam mana. Nampak kemas dan tersusun aje. I likeee. Paling berkenan dengan yang berharag RM37.79 tu, murah dan lawa. Ok lah kan harga nya.
Dah nak masuk tahun 2017 ni, planner pun Nani tak beli lagi. Memang tiap tiap tahun akan beli planner sebab senang nak refer bila ada planner ni. Kalau tengok dekat website ezbuy banyak sangat pilihan yang ada. Boleh tengok nak beli yang mahal ke yang murah ke ikut suka. Tengok tu, yang harga RM6.76 tu pun dah ok sangat. Korang pilih aje nak planner yang pattern macam mana. Nani biasalah pilih yang simple, asalkan ada planner.
Nani bukanlah jenis pengumpul beg tangan sangat pun. Selalunya Nani akan guna beg tangan tu sampai lunyai dulu baru lah beli baru. Ini dah hujung tahun, beg tangan pun dah naik lusuh kata orang. Hehe. Tengok dekat ezbuy, macam macam jenis beg tangan ada. Nani suka yang besar sebab senang boleh letak semua benda dalam tu, tak ada lah nanti yang tercicir. Suka handbag yang warna hitam tu. Nampak simple tapi sesuai lah nak bawa berjalan. Harga pun cuma RM39.10. Pada Nani bila bawah lima puluh ringgit tu dah ok sangat.
Haritu masa pergi Langkawi dah ada beli luggage tapi saiz yang besar sekali. Kalau pergi travel untuk tiga hari ataupun semalaman macam tak sesuai sangat nak bawak yang tu. Iya lah kan, dah besar sangat takkan nak bawak jugak. Hahah! So luggage ni masuk dalam wishlist Nani lagi sekali sebab nak beli yang saiz kecik tu sikit. So kalau nak travel nanti senang lah. Kalau korang tengok tu diskaun sampai 70%. Fuhh memang syoklah kan. Rate harga pun dalam RM70 ke RM200. Kalau beli dekat kedai kadang lebih mahal dari ni.
Sekarang ni memang dah jadi trend pakai seluar palazo. Nani pun sekarang nak pergi mana mana, sarung aje palazo sebab senang. Kalau yang warna hitam tu tak payah iron pun. Heheh. Lagi satu Nani suka palazo sebab tak ikut bentuk kaki. Nani tengok dekat ezbuy banyak gila palazo yang lawa. Murah gila weh palazzo dekat sini. Tengok tu RM40 pun dah boleh dapat sehelai palazo. Kalau dekat sini selalu dalam 60 ke 70 harga dia. Lepas ni senanglah nak beli seluar palazo, boleh tengok aje dekat website diorang.
Meja laptop ni memang dah lama sangat Nani cari. Actually bukan boleh setakat guna untuk letak laptop tapi boleh jugak guna untuk menulis. Meja ala ala meja Jepun gitu. Hehe. Bila tengok boleh dapat dengan harga RM12 terus bercahaya mata ni hah. Murahnya oi. Dekat ezbuy meja macam ni dalam puluh ringgit aje. Kalau dekat area tempat Nani ni sampai ratus ratus, rasa macam tak berbaloi pulak nak beli padahal meja kecik aje. Memang jimatlah kalau beli dekat ezbuy.
Eh jam dinding pun ada jual dekat ezbuy? Ha kan dah cakap dekat ezbuy ni macam macam yang korang boleh beli. Best sangat kan website ezbuy. Jam dinding pun murah aje kalau nak beli. Sesuai lah kalau nak beli untuk bagi dekat kawan ke, orang tersayang ke. Jam semua lawa lawa dan boleh dapatkan dengan harga serendah RM9 aje hah. Oi siapa taknak kalau harga murah macam tu kan.
Nani ni kalau dengan sandal mampu bertahan dalam tiga bulan aje paling lama. Hahah! Lepas tu memang confirm putuslah. Dah lah jenis yang cerewet bab bab nak pilih sandal ni. Tapi melalui ezbuy dah tak payah nak risau lagi sebab banyak sangat pilihan yang ada sampaikan naik rambang mata dibuatnya. Heheh. Sandal dekat ezbuy ni boleh dapatkan dengan harga RM25 dan ke atas. Lawa kan koleksi sandal dekat sini?
Nani ni bukan jenis yang suka sangat guna casing phone tapi bila tengok dekat azbuy terus rasa nak beli casing phone. Aha, cantik sangat casing phone dekat ezbuy dengan macam macam warna yang ada. Nani paling suka yang warna soft denga nude tu. Lawaa gila okeh, rasa nak borong bebanyak terus buat koleksi. Bebila rasa dah bosan tukar pulak dengan casing lain. Dekat mana lagi kan boleh dapat harga casing RM10? Ha nak cari casing yang murah dan berbaloi tengok dekat ezbuy okay.
Baru ni travel, bingkai sunglasses Nani terpatah sebab tu sunglasses pun termasuk dalam wishlist nak kena beli dekat ezbuy ni. Hah boleh lah pilih nak sunglasses jenis yang macam mana. Harga pun mampu milik jadi engkorang janganlah risau sangat. Hehe. Sunglasses dekat ezbuy ni semua up to date, dah lah harga RM13 ringgit aje. Kalau macam ni, makin banyaklah yang Nani nak beli. Eh. 
Kalau ikutkan memang banyak lagi yang nak masuk dalam wishlist Nani ni hah tapi tak mampu lah nak list semua sekali dekat sini. Heheh. Tapi Nani bila beli banyak ni mesti postage pun mahal kan? Ha meh sini Nani nak bagitahu korang apa yang menariknya dekat ezbuy ni. Setiap pembelian website ezbuy ni postage yang dikenakan hanyalah RM8.80 sahajaaaa! Yay or nay? Murahkan korang. Apa yang lagi syoknya tak kiralah berapa banyak pun barang yang korang beli tetap postage dia cuma berharga RM8.80. Ha memang jimat berganda ganda lah kan.

Nak tahu tak macam mana nak dapatkan postage dengan harga RM8.80 walau sebanyak mana pun barang yang kita beli? Mudah aje cara dia, korang masuk ke website ezbuy dan cari barang yang ada code Prime. Dengan code ini korang cuma akan dikenakan postage sebanyak RM8.80, tak kira lah banyak mana pun korang beli. Memang best kan, biasanya kalau kita beli barang secara atas talian dengan kuantiti yang banyak, postage yang dikenakan pun mesti tinggi jugak. Tapi jangan risau melalui ezbuy, korang boleh dapatkan postage serendah RM8.80 aje.
Intimewa untuk korang semua (terutama yang minat shopping tu) Nani nak bagi korang shopping voucher sebanyak RM15 secara percuma. Ha teruja ke tidak? Heheh. Caranya mudah sahaja, apa yang korang perlu buat cuma sign up sahaja di website ezbuy dan automatik akan dapat shopping voucher percuma tu. Ha laju laju klik SINI untuk sign up.
Bukan setakat itu aje tau, korang jugak boleh dapatkan barangan dengan harga diskaun sebanyak 50% Nak tahu barangan apa yang murah dan berkualiti tu korang boleh tengok dekat SINI Dekat ezbuy ni jugak ada barangan yang bawah daripada RM19.90 tau. Kalau tak percaya, laju laju korang terjah SINI. Memang syok sangatlah kalau nak shopping dan confirm rambang mata.Tunggu apa lagi, jom shopping dekat ezbuy sekarang jugak! 

Wordless Wednesday : Secret Recipe

Assalamualaikum & Hello.

SEGMEN BLOGLIST JANUARI CIKLAPUNYABELOGDOTBLOGSPOTDOTMY

Assalamualaikum & Hello.
SEGMEN BLOGLIST JANUARI CIKLAPUNYABELOGDOTBLOGSPOTDOTMY
klik SINI untuk join 

New Year Giveaway by MF

Assalamualaikum & Hello.


Tidak lama lagi sudah hendak masuk tahun 2017.
Mya nak launch New Year Giveaway yang akan bermula hari ini,
14 Disember 2016 - 11 Januari 2017.

New Year Giveaway by MF

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Hadiah:

Grand Top Referral : RM100

Weekly Top Referral : RM20
(21hb, 28hb, 4hb)

Planner x 2 winners
Topup RM10 x 2 winners
Pouch x 2 winners

*hadiah akan diupdate dari masa ke semasa*

Koleksi Novel

Assalamualaikum & Hello.
Haritu ada yang tanya parcel banyak banyak tu shopping online ke. Ehehe. Shopping novel online gitu. Mula mula beli sebuah aje novelnya tetiba tengok ada sales beli terus sampai lima buah. Beli dekat seller lain lain sebab tu sampai tiga parcel jadinya. Sampai hari hari abam pos laju singgah rumah hantar barang. Hahah. Nani pulak yang naik segan nak pergi ambik parcel dekat abang tu hah, dah lah tiap kali hantar orang yang sama 😉 Tiga parcel berbeza tapi isi yang sama. Dulu masa tengah sibuk, memang tak ada masa pun nak baca novel apa semua. Bila dah free sekarang, hah semua novel rasa nak dibeli. Heheh. Ada orang tanya, tak rasa membazir ke beli novel banyak banyak? Kalau dah minat kan, semua sanggup ku korbankan 😆
Novel yang nipis tu dalam masa sehari aje dah boleh habiskan. Hahaha. Kalau cerita tu best lagi lah rasa tak sabar nak habiskan. Selalunya kalau sebelum beli Nani akan baca dulu review orang, kalau ramai yang cakap best baru lah beli. Kalau novel tu biasa biasa aje, Nani tak layan sangat. 
Koleksi novel dari dulu sampai sekarang. Ini pun dah ada orang pinjam tapi tak pandai pandai nak pulang. Huhu. Dulu Nani bagi je kalau orang nak pinjam novel, iya lah dengan harapan dia akan pulangkan balik. Ofcourse lah kita percayakan orang tu. Tiba tiba sampai ke sudah tak pulang. Sedih tau, beli guna duit sendiri lepas tu hilang macam tu aje. Sejak tu Nani jadi malas nak bagi orang pinjam lagi dah. Kadang tu ada yang sampai lunyai novel Nani jadinya. Walaupun novel tu baca untuk suka suka tapi ada jugak ilmu boleh ambik dalam tu, janganlah sesuka hati lunyaikan. Tambah pulak tu novel orang lain. Sekarang Nani keraskan hati, kalau nak pinjam memang tak bagi lagi dah. Korang minat baca novel tak? 

Keluarga Ceria

Assalamualaikum & Hello.
Hari tu masa makan malam Family Day ada banyak lah aktiviti yang diorang buat. Macam biasa kalau ada cabutan bertuah, nama abah jarang jarang bertuah walaupun sekecil kecil hadiah. Hahah! Kiterang satu family mengharap gila dapat cabutan bertuah set sofa takpun Iphone tapi tak naik pulak nama abah 😆Biasalah kalau terlalu berharap memang jarang jarang dapat. Ekekeke. Tema malam tu pink & purple, ofcourse lah I choose purple kan instead of pink. Tapiii abah Nani pakai pink wuu. I was like seriously abah nak pakai pink? Hahahah! Sebab abah memang tak pernah langsung ada koleksi baju warna pink ni okeh. Demi makan malam Family Day ni hah sanggup abah beli kemeja pink baru. Semangat kan. Abah saya memang macam tu 😆

Tengah syok syok berborak tetiba speaker announce nama abah untuk ambil hadiah keluarga ceria. Lepas tu Nani pandang ibu, ibu pandang abah sebab memasing tak nak naik stage ambil hamper. Hahaha! Nani pun gelak gelak aje sebab macam tak percaya boleh dapat hadiah kategori keluarga ceria. Sekali spekaer cakap satu family kena naik atas stage ambil gambar. Phew! Malu berganda ganda Nani ni hah. Even tak dapat hadiah cabutan bertuah tapi untung jugaklah dapat hamper keluarga ceria ni hah. Boleh lah buat stok makan untuk sebulan. Gitu. 
Tak tahu siapa yang pilih family kiterang untuk dapat hamper ni. Tahun lepas pun dapat hamper jugak sempena keluarga ceria. Haaa memang terbuktilah keluarga saya ni ceria ceria orangnya. Awak tu janganlah risau sangat nak jadi sebahagian dari keluarga saya sebab semua ceria okeh. Hahahaha! 
My pillar of strength. Abah dengan ibu yang selalu jadi kekuatan, tulang belakang Nani selama ni. Kadang kadang sebab homesick atau rindu sangat, pernah okeh nangis nagis sebelum tido. Hahah! Dasaar cengeng sangat. Bila duduk jauh memang macam tu, benda benda simple pun kadang kadang boleh menangis. Pernah dulu, lepas cakap dengan abah tiba tiba air mata mengalir. Kau dah kenapa Nani? Hehehee. Selagi abah dengan ibu ada, hargailah kan sebab masih ada lagi orang yang akan doakan kita di atas muka bumi ni. Doa abah dengan ibu ni insha Allah antara doa yang tak ada hijab dan akan dimakbulkan Dia. Hargai mereka selagi ada 😊

Giveaway SAYA NAK KURUS SECARA SIHAT DENGAN PASSION D'TOX!

Assalamualaikum & Hello.
Giveaway SAYA NAK KURUS SECARA SIHAT DENGAN PASSION D'TOX!
klik SINI untuk join

Suria Resort & Hotel di Cherating

Assalamualaikum & Hello.
Dah lama sangat tangguh cerita pasal Family Day hari tu sampai dah berganti bulan pun. Hahah. Kali ni Family Day buat di Suria Resorts & Hotels dekat Cherating. Dah lama tak bercuti dekat kawasan pantai macam ni so teruja sangat okeh. Sampai sana dalam pukul satu macam tu, sempat lah rehat sekejap sebelum buat aktiviti sukaneka petang tu. Memula Nani ingat cuaca hujan, sebab masa tu memang area Terengganu dengan Kuantan hujan lebat tapi alhamdulillah cuaca elok sangat. Tak panas langsung sebab kawasan buat aktiviti sukaneka tu terlindung dengan pokok. So buat aktiviti sukaneka dalam keadaan redup sangatlah best. Sambil sambil tu dapat rasa sekali angin pantai. Syoknya lahai, rasa nak duduk sana terus pun ada. Ehehe 😆Tapi kali ni skip dulu cerita pasal sukaneka, jom tengok penginapan sepanjang dua hari Nani dekat sana. 
Suria Resort & Hotel di Cherating
Dapat aje kunci terus lelaju cari bilik. Haa teruja dia lain maciam sangat kann. Eheheh 😁
Suria Resort & Hotel di Cherating
Lagi teruja bilik check in tengok bilik menghadap pantai. Syoknya bergganda ganda oi. Buka aje tingkap menderu mederu angin pantai masuk. Tak payah pasang aircond pun tak apa dah. Rasa seronok gila dapat view macam ni dari bilik. Kalau hari hari macam ni memang nikmat. 
Suria Resort & Hotel di Cherating
Tv dekat sini siap ada Astro lagi, I loikeee. Boleh lah jugak layan cerita yang best best kan, tak ada lah macam satu tempat hari tu Nani pergi hari tu, tv ada tapi siaran nan hado. 
Suria Resort & Hotel di Cherating
Bilik Nani ni tak luas mana pun cuma boleh lah memuatkan dua orang dalam satu bilik. So kalau travel dengan geng geng bujang boleh lah menginap dekat sini. Ada ruang pun kecil je muatlah untuk solat. Kalau datang dengan family boleh pilih bilik yang lebih luas. Ada jugak family room cuma tak berapa banyak, dalam 20 buah macam tu lah. 
Suria Resort & Hotel di Cherating
Towel dengan toiletries semua ada, tapi macam biasa guna yang sendiri jugak. Heheh. 
Suria Resort & Hotel di Cherating

Suria Resort & Hotel di Cherating
Dah penat jenjalan tepi pantai boleh lah lepak dekat tepi kolam ni hah. 
Suria Resort & Hotel di Cherating
Tengok bebudak mandi kolam, rasa nak terjun sama. Hahah! Overall Nani puas hati dengan servis dekat sini. So kalau korang ke Cherating boleh lah menginap dekat Suria Resort ni hah, cumanya hotel ni agak ke dalam. Kalau nak senang gunalah Waze kan. Heheh. Dari hotel ni nak ke Kemaman dah tak jauh sangat so boleh lah kalau nak terus ke Terengganu pulak lepas tu kan. Gituu.

Kuih Keria Gula Melaka

Assalamualaikum & Hello.
Sekarang ni sana sini bercakap pasal kuih keria gula melaka ni kan (termasuklah tuan tanah ni jugak) 😄 Kalau sebelum sebelum ni kuih keria gula melaka ni memang paling femes lah dekat Melaka sampai kan sanggup orang beratur panjang semata mata nak membeli. Nani haritu masa pergi Melaka ada jugaklah bercadang dalam kepala ni nak cari kuih keria yang femes tu tapi sebab ramai gilaa orang terus lah cancel kan niat yang satu tu. Nani bukanlah jenis orang yang sanggup nak berbaris panjang panjang tu hah. Salute lah siapa yang gigih sangat tu kan. Nani pun tak sure sangat sejak bila kuih keria gula melaka ni femes, tahu tahu aje dah merata rata orang jual. Bila bukak Instagram dengan Facebook pun bersepah sepah gambar kuih keria gula melaka ni hah.

Bila dah hari hari tengok haruslah tekak ni mengada ngada nak makan jugak. Nani pun tunjuk lah dekat ibu dengan harapan nak ajak ibu buat sama sama. Walaupun hakikatnya nanti ibu je yang buat, Nani ni makan boleh lah. Hahah. Dulu dah pernah buat kuih keria yang biasa tu tapi kelaut dalam jadinya. Nampak je okeh macam senang tapi hakikatnya kuih tradisional ni sangatlah payah nak buat. Sejak dari tu macam serik dah nak buat kuih tradisional. Heheh 😆 Dalam tengah tunjuk dekat ibu kuih keria gula melaka ni tetiba makcik Nani dekat kampung hantar gambar yang dia buat. Phew! Teruslah hati ni meronta ronta nak balik kampung makan kuih keria gula melaka. Haaa dasyat sangat kan penangan kuih ni hah? 
Kuih Keria Gula Melaka
Tak jadi balik kampung pun tapi pakcik yang keluar hantarkan. Iya kampung Nani tu dekat sangat, dalam doploh minit macam tu sampai lah. Bila dah makan rasa nikmat sangat. Hahah! Masa tu keluar lah ayat "ohh macam ni rasa kuih keria gula melaka ni." Jadi terus lah cancel plan nak ajak ibu buat kurih keria gula melaka sebab makcik dah tolong buatkan. Hehehe. Mak cik Nani siap jual lagi sepuluh biji dalam lima ringgit kalau tak silap. Heheh. Laaaris okeh sampai tak cukup 😁
Kuih Keria Gula Melaka
Dulu Nani ingat kuih keria gula melaka ni guna ubi yang warna oren tu tapi rupanya guna ubi yang warna putih. Not bad la rasa dia. Setakat ni dah dua kali makan sampai rasa dah tak nak makan dah. Heheh. Sedap lah, sekarang ni rasanya merata rata dah orang jual jadi tak payah lah susah susah nak ke Melaka dah. Gituu. Tapi tak tahu lah sama ke tidak rasa dengan yang dekat Melaka sana. Nani ni pun tak berpeluang nak merasa jadi tak boleh nak bandingkan macam mana. Ha korang dah pernah makan kuih keria gula melaka ni? 

Menyesal Tak Tengok Betul Betul !

Assalamualaikum & Hello.
Bukan main syok lagi memasing kan sebab esok cuti umum. Mana yang duduk dekat Selangor tu lagi berganda seronok sebab cuti bersambung sampai Selasa kan. Nani cuti ni habiskan masa dekat rumah aje, badan pun tak berapa nak sihat sangat. Bila selsema dan demam datang sekali gus, terus lemau badan jadinya. Otak ting tong, tajuk entry pun entah apa apa jadinya. Eheh 😆Nani ni plan awal bulan satu nanti nak ke Penang, so dari sekarang memang dah kena settlekan untuk booking hotel, tiket bas dengan ets apa semua. Teruja okeh nak jalan jalan Penang sebab dah lama sangat tak ke sana. Selagi bujang ni, baiklah kita pusing keliling Malaysia dulu kan. Nanti dah ada komitmen lain terbatas pulak. Ehem 😂 
Masa nak booking hotel tu, memang habis semua website lah Nani bukak, sebab nak bandingkan harga. Gituu. Lepas dah puas hati belek sana, belek sini, baca entry blogger lain, tengok review apa semua ada lah berkenan dengan satu hotel ni. Nani pun tak fikir panjang terus lah booking melalui website Expedia ni. Masa tu bila Nani comparekan harga, Expedia ada bagi less 10% so murahlah sikit daripada yang lain lain ni. Bila tengok dekat website hotel tu sendiri harga pun lebih kurang. Settle dah buat bayaran online, baru teringat yang ada satu website ni buat promosi less 25% untuk booking hotel. Ya Tuhaaaann, masa tu Nani rasa macam kenapalah aku tak tengok bebetul ni. Rugi dalam 30 hengget gitulah. Walaupun 30 ringgit tu nampak macam kecik je nilai dia tapi kalau jenjalan nanti lepas lah untuk sehari makan. Berhuhuhu je lah mampu 😐
Boleh je kalau nak cancel tempahan hotel tu melalui Expedia tapi nak tunggu diorang refund balik duit tu makan masa dua ke tiga minggu katanya. So sebab malas nak pening pening terus aje proceed walaupun hati meronta ronta nak booking melalui website yang satu lagi tu. Hahah! Tak apa lah, next time kalau nak booking hotel lagi kena double tripple check. Dah puas hati baru booking kan. Nani bukan apa, kalau nak tunggu diorang refund nanti takut kang hotel tu dah penuh pulak. Haa menangis tak berlagu lah jawab dia. Dari tak ada tempat nak menginap nanti kan, tak apa lah bayar mahal sikit. Ok lah tu je nak bebel harini, nanti Nani terjah blog korang.
p/s : Alhamdulillah petang tadi selamat timang sorang lagi anak buah. Yeayyy! Can't wait to see you little boy 😍

365 Days Daily Planner Giveaway by Luqman Zakaria

Assalamualaikum & Hello.
365 Days Daily Planner Giveaway by Luqman Zakaria
klik SINI untuk join 


Christmas Beauty Box Giveaway Worth RM600 by Anil Wanina

Assalamualaikum & Hello.
Christmas Beauty Box Giveaway Worth RM600 by Anil Wanina

*Sila klik banner diatas untuk join*

Hadiah :
1 x cash voucher dari Premier Clinic
1 x beauty box dari The Face Shop
1 x beauty box dari Missha
1 x beauty box dari Premier Clinic
2 x beauty box dari Skinfood

Tarikh Giveaway : 5 Disember - 15 Disember 2016

Warung Aziz Satar & Otak - Otak Kemaman

Assalamualaikum & Hello.
Baru ni Nani ke Cherating sebab ada famlily day dekat sana so sebelum balik tu sempat lah singgah Kemaman dulu cari satar. Dari Cherating nak ke Kemaman tu adalah dalam lima ke sepuluh minit macam tu aje hah. Memang dekat sangat dah kan, rugi lah kalau tak singgah kan. Bukan senang nak sampai sana walaupun Pahang dengan Terengganu tu berjiran. Eh 😆 Pagi tu memang Nani skip breakfast dekat resort sebab rasa malas sangat nak turun, bila sampai aje Kemaman memang terus cari warung lah nak makan. Kalau area Cherating memang boleh katakan sepanjang jalan tu ada orang jual satar, keropok lekor apa semua ni tapi Nani pilih untuk ke Kemaman jugak sebab nak terjah Warung Aziz Satar & Otak - Otak ni hah. 
Warung Aziz Satar & Otak - Otak Kemaman
Nani difahamkan warung ni pernah masuk Jalan Jalan Cari Makan so memang jadi pilihan orang ramai jugaklah. Masa Nani sampai tu tak ada lah ramai sangat orang dan ruang makan dekat sini sangatlah luas. Banyak sangat pilihan makanan dekat sini tau. Bukan setakat satar dengan otak otak aje, tapi ada jugak nasi campur, soto, pulut mangga dan macam macam lagi lah. Pilih aje lah mana satu yang tekak tu rasa nak makan. Heheh 😀
Warung Aziz Satar & Otak - Otak Kemaman
Macam biasalah dah sampai sana mestilah satar dengan otak otak yang dicari dulu. Bukan senang nak jumpa satar dengan otak otak yang sedap dekat tempat lain kan. Heheh. 
Warung Aziz Satar & Otak - Otak Kemaman
Nani ni jenis yang tak berapa makan sangat otak - otak. Kalau makan pun dalam dua tiga keping macam tu aje. Nani tak ingat pulak berapa harga otak - otak ni hah. Tapi lepas ni rasanya dah trauman nak makan otak - otak. Hahah! Haritu tengah makan makan boleh pulak terlekat tulang. Hoi seriau aku jadinya. Ingatkan tak ada tulang langsung otak otak ni. Sampai sekarang terasa perit tekak lagi sebab tertelan tulang ikan. Fobia sikit dah. Eheh. 
Warung Aziz Satar & Otak - Otak Kemaman
Satar ni terbaik, siap ada cili potong tu perghh nikmat! Harga untuk sepuluh ketul satar ni lima ringgit. Berbaloi lah kan. Haritu order dekat 15 ringgit kot untuk makan dekat situ aje lepas tapau lagi bawak balik. Dasaar kuat makan. Hahah!
Warung Aziz Satar & Otak - Otak Kemaman
Yang ni pulak sotong celup tepung. Ada jugak order ikan celup tepung dengan udang celup tepung haritu tapi nan hadonya gambar sebab semua dah selamat masuk perut diorang dulu. Hahah! Tak menyabar betul kan nak makan. Rasanya dekat area Terengganu ni memang femes makan seafood celup tepung macam ni. 
Warung Aziz Satar & Otak - Otak Kemaman
Laksam ni pun sedap jugak okeh. Kuah pekat & secukup rasa cumanya isi laksam ni keras sikit masa tu. Nani baru tahu kalau belah Terengganu ni laksam dia memang ada letak belacan seketul atas tu. Nani ni kureng sikit kalau makan laksam ni ada belacan so awal awal dah asingkan ke tepi. Hahah! So kalau korang berkesempatan ke Kemaman jangan lupa tau singgah Warung Aziz Satar & Otak - Otak. Warung ni dekat tepi jalan aje, memang senang nak cari. Nak lagi senang, Waze aje okeh alamat dekat bawah ni.
Warung Aziz Satar & Otak - Otak
No. 1860-2 Jalan Kuala Kemaman
Kampung Geliga 
24000 Kemaman, Terengganu.
No Telefon : 013-915 0897

Giveaway Cosmoderm KL Modest Fashion Week by YanieYusuf

Assalamualaikum & Hello.
Giveaway Cosmoderm KL Modest Fashion Week by YanieYusuf
klik SINI untuk join 

Air Tangan Ibu

Assalamualaikum & Hello.
Dua tiga harini busy nau sebab nak kena siapkan banyak benda. Maklumlah dateline 9hb, memang kea settle kan sepantas kilat lah. Sorry mana yang singgah sini tapi Nani tak sempat nak berkunjung semula. Heheh. Insha Allah pelan pelan Nani kayuh pergi rumah korang. Hujung minggu lepas syok sangat kan pergi bercuti (yang ni kita story lain kali sebab tak sempat nak transfer gambar lagi) dah balik semula sila lah hadap macam macam kerja semula. Eh dah melencong ke lain pulak. Hahah! Kisahnya baru ni ada nenek dengan pakcik Nani dari kampung datang rumah, ibu pun macam macam lah masak. Selalu bila makan malam, panaskan aje balik lauk tengah hari tu tapi sebab ada tetamu meriah sikitlah menu. Heheh. Kalau yang tengah puasa tu disarankan skip entry ni 😆
Gulai lemak pucuk paku campur ikan masin.
Sotong celup tepung.
Ikan siakap tiga rasa.
Haa memang tersandar kekenyangan lepas makan ni, sampai rasa nak basuh pinggan pun malas. Hahah! Sesekali makan malam macam ni memang syok, bertambah tambah makan nasi tambah pulak ada sambal belacan sekali. Perghh! Kecur air liur tulis entry ni. Eheh. Duduk rumah ni hilang lah kisah nak diet apa semua, apa yang ibu masak rugi lah tak makan. Gituu. Alhamdulillah masih lagi diberi nikmat makan masakan air tangan ibu. Ha ada tak menu dekat atas ni yang jadi feveret korang jugak? 

Wordless Wednesday : Thank You Pos Laju!

Assalamualaikum & Hello.

Giveaway Hand & Body Lotion By Suriaamanda

Assalamualaikum & Hello.
Giveaway Hand & Body Lotion By Suriaamanda
klik SINI untuk join

Pulut Kuning

Assalamualaikum & Hello.
Haritu masa balik Nani cakap dekat ibu teringin sangat nak makan pulut kuning dengan rendang ayam. Ehehe.Tekak kan memang suka minta benda yang susah nak buat. Tapi sebab masa tu ibu sibuk dengn urusan sekolah, so tangguh lah dulu nak masak pult kuning tu kan. Hari Rabu baru ni ibu dah tak sibuk dengan urusan dia (maklumlah dah mula cuti sekolah kan, cikgu pun bercuti) ibu pun buatlah pulut kuning dengan rendang ayam. Lagipun semua orang ada balik, meriah lah sikit rumah ni. Tu yang macam macam ibu masak. Memang banyak ibu buat sampai dah bahagikan untuk jiran pun masih lagi ada lebih. Esok pagi tu pun sarapan makan pulut. Ha memang lepas ni dah tak teringin makan pulut lah. Eheheh :p 
Masa memula tu ingat dah tak jadi nak masak pulut sebab tetiba je ada orang baiki paip dekat taman perumahan ni. Tak bagi notis pun cakap tak ada air, tahu tahu je dah takdek. Kiterang langsung tak simpan pun air sebab tak tahu pulak yang orang tu nak baiki paip. Dah lah dari pagi sampai ke tengah hari tak ada air. Lepas zohor macam tu baru lah ada semula. Nani ni memang tak boleh lah kalau tak ada air. Habis semua kerja tak jadi. Huhu. 
Rendang ayam ibu, dekat dua ekor lebih jugak buat ni. Heheh. Tetiba fefeeling macam Hari Raya pulak kan siap dengan rendang ayam bagai. Sambil sambil tengok ibu buat rendang ayam tu, sibuk jugaklah tanya resepi nak buat. Hahah. Tak pernah pernah nak belajar buat rendang, asyik makan aje tahu. So baru ni sambil sambil ibu masak tu tanya lah ramuan untuk buat rendang. Heheh. Lepas ni boleh lah buat rendang versi Nani pulak. Eh :p
Taraaa pulut kuning + rendang ayam = perfecto! Fuh puas hati dapat makan apa yang tekak ni teringinkan dari awal balik hari tu. Hahah! Kalau nak beli dekat kedai tak tahu sedap ke tidak. Baiklah tunggu ibu yang masakkan, barulah berselera dan puas hati. Ha ni duduk rumah memang macam macam lah ibu masak. Esok dah balik Kl semula jangan mimpi nak makan macam ni dah sebab tu kekadang kalau balik sana Nani suka bawa balik sambal sambal kering untuk makan. Hari hari makan lauk beli jemu jugak. Heheh 😄

BLOGLIST TAHUN BARU 2017

Assalamualaikum & Hello.
BLOGLIST TAHUN BARU 2017
klik SINI untuk join 

GIVEAWAY SALAM SIHAT BERSAMA MASHITAH MAMAT

Assalamualaikum & Hello.
GIVEAWAY SALAM SIHAT BERSAMA MASHITAH MAMAT
klik SINI untuk join 

Hello December!

Assalamualaikum & Hello.
Tak sangka kita ni dah berada di penghujung tahun 2016, rasa macam baru je lagi masuk awal tahun. Eheheh. Cliche 😁 Tapi memang betul pun, Nani rasa tahun ni cepat sangat masa berlalu. Mungkin sebab sibuk nak habiskan belajar, tu yang macam tak sedar sangat. Kononnya kan! Tahun 2016 ni, tahun yang paling ramai sangat tamatkan zaman bujang. Mula dengan Along lepas tu Angah dan penutupnya Kak Diah. Ha tinggal lah tuan tanah yang masih setia dengan title bujang. Eh 😂Sampai kan ada kawan Nani tegur yang Nani ni asyik balik Pahang je. Iya lah orang lain kahwin, Nani pun sibuk jugak. Rasanya paling banyak ulang alik KL- Pahang tahun ni lah. Hahah. Dua minggu sekali tercongok muka dekat rumah. Dah macam ulang alik Ampang - Petaling Jaya pulak. Kahkah! 
kredit Google
Tahun ni ramai yang kahwin, tahun depan dengar dengar sorang aje. Tentu tentu lah yang sorang tu bukan Nani. Hahah! Buka tahun 2017, Abang De pulak nak kahwin. Wah makin bertambah besar Malek's Family lepas ni dengan kehadiran family baru. I is tumpang bahagia tengok orang lain naik pelamin. Ahaa baru 2 December tapi dah nak throwback cerita sepanjang 2016. Amboi sangat! Ok lah nanti Nani blogwalking dekat blog korang, nak pergi pack barang dulu. Esok nak ke Cherating ada family day. Hujan hujan ni tak tahu lah macam mana nak buat aktivit luar kan. Korang ke mana cuti sekolah ni? 

Giveaway Kek Lapis Sarawak by Ain Syahirah

Assalamualaikum & Hello.
Giveaway Kek Lapis Sarawak by Ain Syahirah
klik SINI untuk join

Jus Qalbi Al Ehsan di MAHA 2016

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang. Rasanya semua dah tahu kan bermula 1 Disember hingga ke 11 Disember ini akan diadakan Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia atau lebih dikenali sebagai MAHA. Memang boleh dikatakan Pameran MAHA ni antara program yang saban tahun diadakan. Sama seperti tahun sebelum ni, Pameran MAHA akan diadakan di MAEPS Serdang. Ada yang nak berkunjung ke sana nanti? Alang alang dah cuti sekolah ni kan, boleh lah bawa keluarga berkunjung ke MAHA. Ha kalau korang berpeluang ke Pameran MAHA nanti jangan lepaskan peluang tau untuk berkunjung ke Booth Jus Qalbi Al Ehsan di Hall C (D18). Ha nak tahu dengan lebih lanjut tentang Jus Qalbi Al Ehsan ni, jom baca dekat bawah 😃
Jus Qalbi Al Ehsan
Jus Qalbi ni sangatlah sesuai untuk yang mempunyai penyakit kolestrol yang tinggi. Kalau tak tinggi sangat pun rasanya elok jugak untuk amalkan ni Jus Qalbi ni hah. Baik kita merawat sebelum jadi lebih teruk kan. Maklumlah kita ni selalunya bila dah teruk baru nak cari penawar. Bila mana tak kawal pemakanan harian kita, sebab itu lah terjadinya kolestrol tinggi dalam badan. Fuh, minta jauh lah kita daripada dapat penyakit macam ni. Tambah pula, dari penyakit kolestrol ini lah akan menyebabkan kita dapat strok, penyakit jantung dan macam macam lagi lah. 

Jus Qalbi Al Ehsan
Macam mana nak tahu kandungan kolestrol kita tinggi dalam badan? Boleh tengok dekat bawah ni okeh. Kalau ada tanda tanda ni, lepas ni kena tukar gaya pemakanan harian dan amalkan Jus Qalbi Al Ehsan ni hah. In sha Allah boleh membantu kita mengawal kolesrol. 
✌ Sering berasa kebas kebas pada kaki.
✌ Mudah letih, cepat penat dan mengantuk.
✌ Sering berasa sakit kepala.
✌ Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit. 
✌ Senak dada sebelah kiri apabila pembuluh darah semakin pada bahagian jantung mula tersumbat.
✌ Timbul bintik bintik putih (biji kolestrol) di bawah mata, kawasan muka atau leher. 

Jus Qalbi Al Ehsan
Untuk yang berpeluang untuk mengunjungi Pameran MAHA 2016, Nani ada berita baik untuk korang. Jeng Jeng Jeng. Heheh. Semasa Pameran MAHA ni nanti, korang boleh dapatkan potongan harga untuk Jus Qalbi Al Ehsan ni secara berganda ganda. Bukan sikit tau tapi banyak sangat tawaran harga sehingga RM73. Rugi tau kalau terlepas peluang ni. Bila dah ada offer ni, wajiblah beli kan. Boleh hadiahkan untuk emak dan ayah yang mempunyai masalah kolestrol. 
Macam mana nak gunakan baucar ni? Dekat bawah ni ada baucar yang bernilai RM73, RM53, RM35 dan juga RM15. Apa yang korang perlu buat, cuma tunjukkan gambar baucar dekat bawah ni ketika di Booth Jus Qalbi Al - Ehsan. So korang download siap siap gambar dekat bawah ni dan simpan dalam telefon. Nanti tunjuk aje gambar baucar tu dah korang akan dapat potongan harga yang berganda ganda. Ha best ke idok ni? Heheh. 
Jus Qalbi Al Ehsan

Jus Qalbi Al Ehsan

Jus Qalbi Al Ehsan

Jus Qalbi Al Ehsan
Ingat tau korang, kawal kolestrol baru lah sihat. Hehe. Untuk makluman yang lebih lanjut tentang Jus Qalbi Al Ehsan ni, korang boleh menghubungi atau WhatsApp nombor telefon dekat bawah ni. Nak lagi mudah korang boleh terus follow Instagram dan like Facebook Jus Qalbi Al Ehsan ni. So kalau korang berkesempatan ke Pameran MAHA nanti, jangan lupa tau singgah ke Booth Jus Qalbi Al Ehsan yang terletak di Hall C (D18). 
WhatsApp : 018-373 9021 | 017-730 0366 | 012-646 0421

Giveaway Miniature Photography by Waza Studios

Assalamualaikum & Hello.
Giveaway Miniature Photography
klik SINI untuk join 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page