Assalamualaikum & Hello.
Baru hari ni nak kembali fokus dengan blog, minggu lepas sebab busy dengan exam lepas tu dah balik rumah macam macam benda dia buat sampai hilang semangat nak taip entri. Hahaha. Ni cerita dah basi, kalau tak silap dua minggu lepas kot Nani pergi makan KFC ni. Eheh ! Mula mula niat memang nak pergi KFC yang dekat dengan universiti ni aje sekali terlajak sampai ke Mid Valley. Eleh, terlajak lah konon. Dah sampai Mid Valley, terus pergi KFC dekat bawah, sekali full house. Perut dah lapar sebab tak sarapan dari pagi sekali sampai dah full house. Sobs.
Dengan pasrah keluar KFC pergi makan aiskrim dulu, buat alas perut. Gitu. Ingatkan nak try makan aiskrim Jipangi yang orang cakap sedap sangat tu malangnya tak jumpa dekat bahagian mana. Hahaha. Hari tu dah tanya kak Ida Baharum kat mana kedai tu tapi tetap tak jumpa. Bukan apa, masa Nani pergi tu hari Sabtu memang ramai gila orang nak jalan pun hilang mood. Huhu.
Finally, lepas siap solat zohor turun balik pergi KFC ada lah tempat kosong untuk duduk. Ehh sejak bila ada udang tiga ekor tu? Jeng Jeng Jeng. Ni KFC yang baru, Nani pun baru tahu masa tengah beratur nak beli. Hahaha. Sebab ada yang baru haruslah grab yang tu kan, ayam dua ketul, udang tiga ekor dengan air dalam RM 15++ Nani add on coleslow dengan extra cheese tu so total dalaM, RM 20 macam tu lah. Puas hati dapat makan KFC sebab dah lama craving :p