Ayam Panggang Ajaib


Resepi Ayam Panggang Mudah 

sebab sekarang ni bukan main semangat lagi nak diet kan so hari hari kena masak kukus grill panggang. kukus grill panggang. hahaha :P sebab tekak aku ni dah jemu gila asyik makan rebus rebus aje so malam tadi aku buat ayam panggang ajaib. ajaib sebab aku guna pemanggang ajaib. Eheh :P ni resipi orang tengah diet so tak letak lah bahan bahan yang terlarang dan dilarang macam gula madu atau segala mak nenek yang manis manis tuu :D

Bahan Bahan 

Resepi Ayam Panggang Mudah
mula mula ambik ketumbar goreng tanpa minyak dah siap goreng blender sampai halus. kalau malas nak blender banyak kali awak blender lah sekali bawang putih bawang merah halia sekali dengan ketumbar tu. tapi sebab saya rajin jadi saya blender asing asing. Muahahaha :P

Cara Caranya

Resepi Ayam Panggang Mudah
lepastu tuang lah atas ayam yang dah siap dibasuh dengan sempurna. kalau aku basuh ayam siap rendam dengan limau nipis lagi. :D peraplah selama mana ayam tu. macam aku ni perap dari lepas asar sampai lah ke malam. lagi lama perap lagi sedap.macam yang aku buat ni aku tambah sos lada hitam sikit dengan cili kisar. ohh encik garam jangan lupa.
Resepi Ayam Panggang Mudah
kalau rajin hidupkanlah dapur arang tu sebab lagi sedap aku rasa. tapi kalau spesis malas macam aku ni guna aje lah pemanggang ajaib yang ada. tak dek pemanggang ajaib gunalah oven ke microwave ke tak pun ikut suka lah nak guna apa. asalkan ayam tu masak dengan sempurna. Eheh :P aku suka letak perapan tu banyak banyak atas ayam.
Resepi Ayam Panggang Mudah
dah pun siap ayam panggang versi orang malas macam aku ni. sebab tengah diet kan nak tak nak kena masak sendiri. kalau beli dekat kedai kang takkan lah pulak nak pergi tanya satu satu dekat dia letak bahan apa dalam makanan tu. hahaha. :P




Kek Coklat Mengancam

semalam ada abam pos laju swasta ( Kangarroo ) singgah rumah. aku ingatkan dia salah rumah tapi memang betul betul berhenti depan rumah aku. aku rasa tak dek pulak aku order barang online dua tiga hari ni. tapi sebab dia dah bagi salam dua tiga kali aku pun keluarlah jugak. bagus abam ni sebab bagi salam bukan main tekan hon je. aku pun baru tahu ada pos laju nama Kangaroo ni. hahahah :P rupanya tu kek mak cik aku. dia bagi alamat rumah aku sebab abam posmen selalu tak jumpa rumah dia. erghh. macamlah mak cik aku tu duduk ceruk hutan kann. aku memula tak tahu pun tu kek. ibu cuma wassap je cakap bila barang tu dah sampai simpan dalam peti. dapat dekat aku dengan kotak kotak tu sekali aku sumbat dalam peti ais. 
sampai dah cair pun kek nyaa. buah stoberi pun penyet. hahahaha :P entah ke mana dah abam tu bawak kek ni pergi mahunya tak jadi macam tu. padahal pos dari batang kali aje pun. hehehe. gigih aku ambik gambar kek yang dah comot ni sebab mak cik aku nak tengok macam mana rupanya. kek tu tengah tengah dia ada layer cheese. 

yang ni pulak ada oreo atas kek. sama jugak comotnya. mak cik aku saje order sebab nak rasa macam mana. kalau dia boleh buat nanti dia malas nak pergi khusus buat kek ni dah. 

mak cik aku cakap kalau nak makan potong lah sikit. aku pun apa lagi carilah pisau potong. hahaha. tapi aku jamah sikit je. haippp. tengah projek nak buang lemak lemak tak perlu jangan nak tambah lagi lemak. hahaha. yang ada stoberi atas dia tu masam sikit rasa dia. yang ada oreo tu sedap gilaaa. tapi aku tahan je napsu nak makan. sayang pinggang oiii. kenot lah makan banyak banyak. event bulan enam tak lama dah ni. pejam celik pejam celik esok dah bulan enam. nak tahu event apa tunggu bulan enam. Eheh ! 



Photo Card GiveAway

klik SINI untuk join cepat cepat. Haipp. segmen ni sampai 26 ni aje. :D

Fuhhh. harap harap lahh dapat satu photo card. Eheh ! 



Jimat Lima Ringgit

minggu lepas aku pergi popular nak cari buku buku Diangnosis tapi out of stock lah pulak kann. cari punya cari buku last last sekali aku grab Catatan Matluthfi ni hah. dua puluh lima hengget sabuah buku ni. balik rumah aku tengok kawan aku beli online dapat dua puluh je. aku rasa nak buat demonstrasi perasaan tahu. hahaha. menyesal tak tengok yang online dulu. kalau tak mesti jimat dah lima ringgit duit aku boleh beli aiskrim paddle pop. sobssss. 
aku baru start baca buku ni. dia campur campur bahasa. ada cerita yang dalam bahasa omputeh ada jugak yang dalam bahasa melayu. tapi senang nak faham bahasa inggeris tu. jangan risau. heeeee :D


sejak tahun ni uncle paddle pop hari hari masuk taman perumahan aku ni jual aiskrim dia. aku pulak hari hari rasa nak beli. hahahah. memang lah tekak ni kann. nak makan eskrem mahal mahal je tahuu. yang murah murah tak nak pulak. Eheh ! demand kan tekak ai ni. muahahah selalu beli aiskrim yang ada kon gini tak pun magnum tu. aku rasa uncle paddle pop tu pun dah kenal aku sebagai pelanggan setia dia. hahaha. tapi tak pernah pun nak bagi eskrem percuma dekat aku. 




First and Simple Giveaway oleh Cik Iman

klik SINI untuk join segmen cik Iman ni okayy. jom sama sama meriahkan ^__^
insan bertuah yang ditag :





Di Pintu Syurga


pagi isnin yang suram sesuram hati aku yang kosong pagi ni. Hahahaa :P kemahen kann  nak bermadah bagai pulak pagi ni. pffftttt. ehh lagu favourite ai menang AJL 29 malam tadi. ohh lagu apa khabar ye Nani? jangan tertipu. aku tak pernah dengar pun lagu tu. selalu lagu yang aku tak pernah dengar yang aku tak minat tu lah yang menang. lagu dayang nurfaizah lah feveret ai. aku mula jatuh chenta dengan lagu ni masa jaman drama Ariana Rose tengah meletop kebabomm dulu :P



ehh persembahan kumpulan mojo dengan vokalis baru semalam memukau apa. aku yang tengah mengadap laptop siapkan kerja semalam terus tertumpu dekat tv. hari ni pun penuh dekat facebook trending pasal dia. 





Balik Kampung Ooooo Balik Kampung

jumaat baru ni aku balik kampung dekat raub pahang. semalam baru balik rumah semula. tu semalam tak dek entri kecuali GA yang aku join sebab kepenatan yang amat sangat.itu pun auto publish hokayy. Eheh ! macam lahh aku yang memandu kan sampai kengkonon penat sangat. sebab kitorang bertolak balik pun dah petang ( dalam pukul lima lebih macam tu ) so sampai sana pun malam lah kenn. nasib baik sebelum pukul sembilan kalau tak melepas aku nak layan Cinta Illahi. bhahaha :P wajib tengok tu tak boleh terlepas walau satu saat. :P
masa sampai rumah mak cik aku tu (wan duduk dengan mak cik)  wan cakap yang pak cik aku dari PJ dengan mak cik aku dari Balakong pun on the way balik. masa dalam wassap tak dek sorang pun cakap nak balik tetiba ramai pulak dah. syok oihh hujung minggu balik kampung dapat pulak kumpul ramai ramai. adik beradik abah ada sembilan orang yang balik semalam ada empat orang. itu pun dah meriah giloss rumah. series aku cakap kalau buat kenduri ada adik beradik abah campur ipar duai anak buah cucu semua tak yah panggil orang lain pun tak pe dah. cukup sangat tenanga kerja yang diperlukan. Hahahah :P
budak kecik ni pun ada balik. tapii dia takut dengan kakak Nani dia ni. Haipp ! tahu lah lama tak jumpa kakak kann. jangan lah buat buat tak kenal. bhahahah :P ni sepupu aku yang ke 25*yang paling bongsu lah dia ni. kau jangan main main aku siap kira sepupu aku berapa orang. satu pun tak tertinggal. Ecehhh. semalam sarapan pagi macam kenduri tapi nan hado gambar nak letak. sebab ramai kan so kalau nak ambik gambar bagai mahunya aku kena jirus dengan air kopi. ibu dengan abah pulak syok sangat dia memborong dekat pekan sehari semalam. habis segala mak nenek sayur ibu beli. gila tak nak beli kan. rebung sebungkus baru seringgit. oiii mana ada tempat lain jual semurah itu. rasanya cukup stok sayur rumah aku minggu ni. muehehehe :P

memang syok habes balik kampung. even tak semua dapat balik tapi meriah jugak kau. nak tunggu semua balik berkumpul bulan enam nanti lahh sebab adik bongsu abah nak kawen.ai is excited tau tapi tak lah se excited ibu dengan mak cik mak cik aku yang dah tak sabar sabar nak shopping cari baju untuk kenduri. hahaha. kemain tau diorang ni. tahu lahh baru dapat bonus. ehhhh. hahahaha :P excited sebab ni penutup anak arwah aki Malek yang kawen. lepas ni cucu pulak menyusul *padahal dah empat orang sepupu aku kawen. lalalalala :D



GiveAway Ole-ole dari Japan by Ayue Idris


Assalamualaikum~

(Klik banner di atas untuk join)


facebook link : Inani Hazwani 
instagram id : inanihazwani


Jom ramai-ramai meriahkan GA Ayue Idris!! 







2nd Giveaway Sulaman Lace Heaven - Happy Birthday

jom kita sama sama memeriahkan segmen kak Fuza ni. klik SINI untuk join :D

untuk kak Fuza :D selamat hari lahir yang ke tettt. hehehe. semoga sentiasa dimurahkan rezeki, panjang umur dan sihat sihat selalu opsss tertinggal pulak, stay beautiful yeahh :D



Bila Terlupa Encik Garam

dua tiga hari lepas ibu balik lambat sikit dari sekolah so abah suruh lah aku yang masak. sape follow instagram aku mesti tahuu pasal ni. uhukk. ayat bajet followers instagram ribu ribu. hahaha :P ekceli abah suruh aku goreng sardin dengan bakar ikan aje pong. aku pun dengan penuh yakin masuk ke dapur potong bawang apa semua. aku biasa tengok kalau ibu goreng sardin ibu letak ubi kentang. aku pun kenkonon nak ikut cara ibu lah kan. dah siap masak semua orang ambik tempat. *macam ramai sangat kan padahal bertiga aje. * tetiba abah cakap "garam dekat dapur dah habis ke?" ok fine aku lupa letak garam. dengan penuh perasaan aku jawab " tak payah makan garam nanti darah tinggi." melampau gila jawapan aku kan :P ibu pulak cakap kentang aku tak masak. sepatutnya kentang tu goreng dulu ibu cakap. ok baru tahu kena goreng dulu. hahaha. nasiblahh kita makan kentang keras hari tu.
nasib baik aku punya ikan bakar dengan sambal kicap secukup rasa. ada lah jugak yang boleh ditelan kan. apa jadi dengan sardin goreng tu? takkan nak buang pulak. membazir oihh membazir. aku ambik sardin yang tawar tu masak balik + letak garam = buat sandwich. senang kann.aku mengelamun gamaknya masa goreng sardin tuu sampai lupa letak garam. lalalala :P



Jalan Jalan Cari Makan

semalam aku dengan ibu terjah pasar malam memandangkan tahap memasak ibu senipis kulit bawang. kemainn senipis kulit bawang. hikhikhik. ibu cakap dia penat sebab ada anak murid ibu yang bukan over eksaited tapi HYPER. dapat bayangkan tak macam mana bila budak hyper ni. ibu cakap anak murid ibu tu semalam masa orang lain tengah belajar tetiba dia pergi terkam dari belakang. dah tak pasal ada pulak yang meraung. adoilahh budak budak. sian ahkak ngkorang tau. dah tak memasal kena tadah telinga dengar ibu bercerita pasal ngkorang. behave ye adik adik bila pergi sekolah. agaknya dia hyper sikit sebab dah masuk sekolah :P sebab ibu penat so malam tadi semua nya kita BELI :D
lepas empat kali dok pusing pusing situ baru ibu cakap nak beli nasi kukus ayam ni. patutlah orang dok jeling jeling je dekat kita ibu =,= nasi kukus ada kuah kari dengan sambal sikit = lima hengget. standardlah harga sekarang. tak dek dah yang murah murah. zaman anak anak aku nanti berapa lah agaknya. ehhh kawen tak lagi dah pikir anak?hahahha. berangan itu free ye awak semuaa :D
mee bandung empat ringgit ^_^ kuah dia pekat tapi pedas kurang. so aku ambik lah sambal nasi kukus tu sikit makan dengan mee bandung ni. tekak ai bukan tekak orang puteh uolsss jadi ai kena jugak ada rasa pedas pedas sikit. uhukkk ^_^
masa dekat pasar malam tu ibu cakap tak nak kebab sebab tak sedap katanya.so aku beli satu je lah kang tak habis pulak membazir kan. tetiba sampai rumah abah ngap sekali ibu ngap sekali tinggal banyak tu untuk aku. memang tak sedap pun kann ibu. bhahahha :P tak pe lah dapat rasa pun dah cukup :D

psttt.. entri ni Nani dah terpublish malam tadi. mahap sape yang tak jumpa entri ni malam tadi sebab nani terus delete lepas tu :D





1st Mini Cash Giveaway 2015: www.bubblynotes.com

masa hari first kak Farah launching giveway ni aku dah niat nak join tapi baru hari ni nak up entry. hikhikhik. jom sama sama support giveway akak ni. mana tau untung untung menang ^_^ klik sini untuk join :)


aku mula tahu kewujudan blog kak Farah ni lepas kak Farah follow aku blog aku & aku follow back ^_^ aku suka baca blog kak Farah sebab kak Farah suka kongsi pasal Ash, pasal life kak Farah pastu adalah tips tips macam nak didik anak apa semua. al maklumlah parenting blogger kann. even aku tak kawen and tak dek anak ni pun aku boleh guna tips tu untuk anak sedara aku. berguna jugak kan. hehehe :P paling aku suka bila kak Farah cerita pasal Ash yang shomel sangat tuu. kalau ada anak ni dah lama aku cop buat menantu. hahah :P tak dapat anak sendiri, anak sedara boleh kot. hahaha. tak pepasal akak ni gelak baca statement aku ni kang :P

ni bukan kak Farah tapi kak Nani. hahaha. aku terperasan yang kak Farah ni kalau bergambar mesti nampak gigi. sebijik macam aku tapi aku lagi over kekdahnya :D ada lah sipi sipi persamaan dengan akak ni. harap lahh nanti anak aku pun ada lah sipi sipi comel macam anak kak Farah. sebab update entri tengah malam buta maka entri ni pun macam hape. hahaha. jom join cepat cepat ^__^







Mempelam Ohh Mempelam

semalam lepas aku tengok si Ana buat entri pasal jambu batu + asam boi tu mak aihh kecur air liur aku oihh. bakpe mung buat entri tu ana. dah termimpi mimpi aku dengan buah jambu tau. sebab aku punya terliur tahap dewa kan so aku pun mesej lah ibu suruh beli jambu batu. elok je aku tekan send kereta ibu terpaking molek depan rumah. bersepai jiwa aku ghase. kecewa tau hati aku tak dapat nak makan jambu batu yang macam ana tayang dekat blog dia. aiwahh.aku pun dengan muka patah seribu je pandang ibu. tetiba ibu hulur plastik mempelam. tak jadi nak tayang muka patah seribu lelama. mempelam pun boleh lahh :P
kau nampak apa yang aku nampak? 
sebab nak jugak makan kan so aku buatlah jeruk mempelam semalam.napsu makan aku kalau dah tahap teringin sangat memang boleh kalah ibu ibu mengandung. ibu yang kupas buahnyaa semalam. memang lahh tak rajin aku kalau bab bab nak kupas kulit buah apa semua ni. makan je yang rajinnya. ewahhh. :D



Gara Gara Chocolate Mousse

hari tu aku pernah cerita dekat sini yang tabiat aky sebelum tido mesti nak baca novel ke majalah ke atau apa apa lah kan bahan bacaan. sejak dua tiga hari ni aku ulang balik baca novel chocolate mousse vs cheese cake ni.dah lama aku beli novel ni sebenarnya tapi sebab dah tak dek benda nak baca aku ambiklah novel ni kann. aku suka novel ni sebab nama watak dia Nani. haaaaa gituuuu. bila baca tu mula lahh feeling diri sendiri kan. lol :P 
tetiba malam tadi aku mimpi ada orang nak bagi kek chocolate mousse dekat aku. hahhaha :P sampaikan jam henpon berbunyi aku boleh terdetik dalam hati ' kejap lagi lahh nak hantar kek pun. bhahhaha :P  kejadahnya kann orang nak hantar kek time subuh hari. teruk betul penangan baca novel tajuk makanan ni. aidiosshhh. dah tak memasal kejap lagi nak kena jejak secret recipe. melayang tujuh hengget ni kang :P
errr. secret recipe tak dek kek yang macam ni. hahaha. ni sumber ehsan encik google. dia je yang ada gambar kek macam ni. hahahha :P terliur jugak? jom lahh kita ke SR kejap lagi. hikhikhik :P



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page