Resepi Bergedil Mudah

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Hari ni Nani nak share satu lagi resepi mudah, pantas dan sedaap! Bergedil ni memang senang aje nak buat cuma nya bahan bahan nak kena beli tu banyak lah. Nani kalau buat bergedil suka letak isi ayam, ada jugak kadang kadang yang letak daging. Ikut suka lah citarasa masing - masing kann. Nak nak bergedil ni, ikut kita lah nak tambah apa pun, sedap jugak nanti kesudahnnya. Nah untuk korang yang baru nak try buat bergedil ayam. Boleh ikut resepi paaaling mudah dekat bawah ni okay! Nani suka buat banyak banyak lepas tu time nak makan goreng aje. Tapi jangan lah pergi buat bergedil untuk stok sampai seminggu punya, memang tak boleh lah sebab nanti ubi kentang tu jadi masam. Kalau setakat untuk dua tiga hari okay lah. 
Resepi Bergedil Mudah
Bahan - Bahan :
⇨ Ubi Kentang 
⇨ Isi Ayam / Ayam Kisar 
⇨ Bawang Merah 
⇨ Daun Sup/ Daun Bawang/ Cili (optional)
⇨ Tepung
⇨ Telur 
Cara - Caranya : 
1) Mula nula sekali rebus ubi kentang sampai empuk. Nani selalunya potong dadu siap siap so nanti cepat sikit lah ubi tu lembut. Pastikan lembut betul betul, baru senang nanti nak lenyek. 
2) Sementara nak tunggu ubi kentang tu lembut, potong lah halus halus daun sup, daun bawang dengan lada besar tu tadi. Ketepikan. 
3) Isi ayam tu pun kena cincang bagi halus. Kalau malas, boleh beli ayam kisar yang dekat pasaraya tu. Lepas tu masukkan dalam kuali dan letak air sikit. Rebus isi ayam tadi dalam tiga ke lima minit. 
4) Ubi kentang yang dah siap rebus tadi, lenyekkan sampai lumat lepas tu masukkan semua bahan tadi dan tabur garam. Gaul bagi semua sebati. 
5) Masukkan tepung dalam satu atau dua senduk. Selalu Nani main agak agak je. Hahah! Kalau nak bergedil tu lembik lembik aje, jangan letak banyak sangat tepung. 
6) Kemudian bulat bulatkan dia dan celup dalam telur lepas tu goreng. Siap!

Memang mudah sangat nak buat bergedil ni, cuma kadang kadang ambil masa yang lama sebab nak kena tunggu kentang tu empuk lah. Nani part yang paling malas masa nak bulatkan dia sebab melekat lekat dengan tangan. Bila melekat dekat tangan tu, ambil tepung bagi kentang tu tak melekat sangat okay! Korang yang suka makan bergedil ni boleh lah try buat pulak dekat rumah. Puas hati buat sendiri, cuma malas dengan rajin aje. Hahah! Kalau ramai yang dekat rumah tu sudi tolong, memang sekejap aje dah boleh siap. Selamat mencuba! 

Dapur Bujang

Assalamualaikum & Hello.
Minggu lepas memang rajin betul Nani masak sendiri. Hahah! Statement puji diri sendiri sangat 😆Tengah rajin boleh lah masak macam macam. Hahah! Cuba time malas tu, memang beli aje lauk. Masak yang simple simple boleh lah, tengah belajar lagi nak improve air tangan sendiri. Selalu nya paaaling failed bab nak buat gulai. Keyakinan tu ada tapi kurang sikit. Takut betul kalau tak menjadi. Tapi pernah lah dah masak gulai lemak dengan kari. Itu pun ada ibu sekali yang tengok. Kalau sup , asam pedas, dengan singgang tu power lah. Eh? Senang boleh lah cakap power. Puji diri sendiri lagi. Kahkah! Ada kawan selalu perli bila nak bagi dia rasa masakan yang nampak gah di Instagram. Kurang asam boi betul kawan macam ni. Ah nama pun kawan, ada ke yang nak komen murni murni kalau tengok kau memasak. Hahaha! Sama je macam adik beradik. Masak lah sedap macam mana pun mesti dia cakap rasa biasa biasa je. Nan hadonya nak puji lebih lebih.
Ayam Goreng Berlada
Ayam Goreng Berlada. Menu ni paaaling Nani suka masak sebab senang ya amat. Heheh. Blend aje semua bahan lepas tu campak masuk kuali. Nanti ada masa Nani kongsikan resepi yang mudah ni. Selalunya kalau dah blur tak tahu nak masak apa, memang lauk ni lah Nani masak. Ada pulak sup sawi ke, fuhh sedaapnya. Lapar pulak rasa. Hahah! 
Bergedil Ayam
Bergedil Ayam. Haritu Nani letak dekat Instagram, ada yang terbaca berdegil. Hahaha! Ramai pulak tu yang terbaca macam tu 😆 Selalu orang makan bergedil dengan soto kan, tapi Nani suka jugak makan macam ni aje. Sedap! Cuma nak buat tu je lah banyak ambil masa. Heheh. Kadang malas nak buat sebab fikir malas nak rebus ubi kentang lepas tu nak lenyek apa semua. Tapi kalau nak beli tak berbaloi pulak, seringgit wak sebijik! 
Cheesekut Oreo
Oreo Cheesekut. Yang ni Nani ada share hari tu. Boleh klik link ni okay (Resepi Cheeekut Mudah) memang dijamin sedap dan puas hati. Masa mula famous cheesekut ni, ramai bebenor orang jual. Sekarang dah tak ada sangat, sebab masing masing boleh buat sendiri aje kan. Minggu lepas jugak gigih buat roti puri lagi. Dah pandai boleh lah selalu buat. Lepas ni banyak lagi nak belajar masak gulai apa semua. Masak untuk makan sendiri lepas lah. Kalau nak hidang dekat orang tu kena masak yang bebetul power aje, macam dessert, kuih muih boleh lah. Korang kalau ada resepi mudah mudah boleh lah share link dekat bawah. 

Vietnamese Roll

Assalamualaikum & Hello.
Hari tu masa balik Pahang, ada lah sorang mak cik dekat dengan area rumah Nani ni yang jual vietnamese roll, sandwich, cheese tart apa semua. Dah pernah try sandwich dia memang sedap so kali ni nak try vietnamese roll pulak. Tambah pulak sebab Nani tak pernah makan sebelum ni, lagi lah teringin nak order & rasa. Lagi satu sebab kawan Nani cakap vietnamese voll ni sedap. Harga pun tak ada lah mahal sangat, empat gulung RM5. Dah lama teringin nak try, tapi tak pernah jumpa orang yang boleh dipercayai untuk beli. Heheh. Nani jenis yang sangat teliti kalau nak membeli lagi lagi kalau bab makanan ni. Jarang sangat beli dengan orang yang tak biasa, sebab takut jugak (bab kebersihan lah). Kalau yang dah kenal ni, tak ada lah ragu ragu sangat kaaan. 
Viatnamese Roll
Selalu Nani tengok orang letak udang dalam dua ekor macam tu dalam vietnamese roll ni, tapi yang mak cik ni jual dia gantikan udang tu dengan crab stick. Ada jugak salad, carrot dengan suhun sekali dalam viatnamese roll ni. Sos tu masam masam manis sikit rasa dia. Tapi Nani rasa mak cik ni beli guna sos Thai yang dalam botol tu aje. Suka hati je kann. Hahaha! Memang sama sangat rasa dia. 
Viatnamese Roll
Untuk yang nak diet atau nak makan makanan yang healthy, sesuai lah vietnamese roll ni. Sebab semua bahan ni direbus aje. Cuma kulit dia Nani tak pasti guna apa. Nipis sangaat dan melekat lekat dekat tangan. Nani mampu makan satu gulung tu aje. Hahah! Bukan tak sedap tapi banyak sangat sayur tu, Nani jadi tak suka sangat. Dah macam mana nak eat clean ni, sayur banyak ni pun tak boleh nak telan. Heh 😆 Adik beradik Nani lagi lah, siap cakap ngeri nak gigit kali kedua. Perangaaai! Hahah! Tapi kalau korang memang suka makan sayur, nah wajib try! Heheh. Cukup lah sekali tu je makan, memang tak repeat order dah kot. Korang pernah makan vietnamese roll ni?  

Resepi Cheesekut Mudah

Assalamualaikum & Hello.
Kisahnya minggu lepas Nani tersangatlah rajin nak masak macam macam. Iye time rajin memang macam tu. Siap buat video masak masak lagi dekat Instagram. Hahah! Dah lama sebenarnya tak buat video memasak ni lepas kes my phone hampir hampir nak terjun dalam kari kepala ikan. Trauma kejap, tu yang tak ada keinginan nak masak sambil buat video 😆 The struggle is real okay bila nak buat video time masak ni. Memang salute yang suka buat video memasak selalu. Iya lah, mana kau nak fokus dekat masakan lagi, video lagi. Lain lah kalau ada yang lain tolong rekod kan, ye dak? So hari ni Nani nak share dengan korang resepi cheesekut mudah sangat sangat dan pantas. Kurang 20 minit boleh siap buat cheesekut ni hah. Sedaap pulak tu. Memang confirm semua orang suka! Bahan bahan nak buat pun tak banyak. Let's check it out! 
Resepi Cheesekut Mudah
Bahan bahan yang korang kena sediakan :
💫Biskut Kering (Nani guna yang jenama Hup Seng).
💫Cheese Tatura. Tapi kalau nak guna jenama lain pun ikut suka okay!
💫Susu Full Cream Marigold. Beli yang kotak kecil aje dah cukup. 
💫Susu Pekat.
💫Biskut Oreo (optional).
Cara - Caranya :
1. Mula mula sekali apa yang kena buat, ambik cheese Tatura tu campur dengan susu pekat dalam 6 ke 8 sudu besar. Susu tu boleh adjust lagi either nak tambah or nak kurang kan (ikut selera korang). 
2. Lepas tu masukkan dalam mixer bagi cheese dengan susu pekat tu sebati dan tak berketul ketul. Siap yang tu letak dekat tepi. 
3. Ambil biskut tadi dan celup dalam susu full cream. Lepas tu susun dalam bekas.
4. Letak cheese tadi atas biskut yang dah siap susun tadi. 
5. Ulang step 3 dan 4 sampai bekas penuh. 
6. Akhir sekali, taburkan biskut oreo yang dah dihancurkan. 
7. Masukkan dalam peti ais, sejukkan untuk beberapa jam. 
Resepi Cheesekut Mudah
Siappp! Nani haritu buat empat layer aje sebab cheese Nani guna yang kecik tu aje.Tatura mahal sikit harga dia, memang tak lah nak beli yang besau. Hahah! Banyak banyak pun nanti tak habis, rugi. Bila buat sikit macam ni berebut pulak masing masing nak makan. Hahah! Memang dah lama sangat Nani tak buat. Hari tu pulak ada kawan minta resepi, terus rasa terliur sekali nak makan. Lol. Petang tu jugak keluar cari barang, nasib baik pasaraya dekat aje. Simple dan sedaap! Boleh lah korang try pulak buat dekat rumah pulak. Kalau nak tanya apa - apa boleh drop soalan dekat bawah. Selamat mencuba!

Salam Aidiladha

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Mentang mentang minggu lepas bukan main panjang cuti Raya Aidiladha, tiba tiba jadi lemau minggu ni. Hahah! Nak buat entry Raya ini pun bercinta nak siap hoi! Lepas dah tulis padam,  tulis padam, sudahnya tutup laptop. Kahkah! Mood masih bercuti ni, itu yang malas aje rasa. Eheh. Kali ni Nani beraya di Raub, Pahang (family belah abah Nani). Tapi sebelum balik sana sempat lagi membakar lemang dekat rumah dulu. Abah Nani sejak dah pandai buat lemang sendiri ni, asyik nak buat lemang aje. Pantang rasa nak makan, mesti ajak buat lemang. Kadang bukan time Raya pun membakar lemang jugak wakk. Hahah! Selalunya buat tak banyak pun, dalam tiga kilo macam tu aje. Dapatlah dalam 14 - 15 batang lemang. Jadi lah kan setakat nak makan sendiri, bukan nak jual pun hah. 
Nani ni duduk taman perumahan tau, jalan utama pulak tu so tiap kali orang lalu mesti ada yang tanya "nak jual ke tu?" Hahah! Ada tu yang nak beli walaupun abah cakap buat nak makan sendiri aje. Mujur lah hari tu cuaca elok sangat, dapatlah bakar lemang. Abah memang bakar dekat kawasan lapang depan rumah tu aje, tak ada pun buat atap ke apa. Kita orang bakar lemang, jiran depan kacau dodol. Meriaaah asap! Hahah! Tapi seronok buat sendiri ni, sebab puas hati. 
Rendang ayam ni memang menu wajib tiap kali Raya. Tengok ibu Nani buat rendang kejap je dah siap. Hahah! Power betul kan mak mak ni bila memasak. Harap nanti bila dah jadi mak mak, seketul Inani pun boleh lincah dan power di dapur. Eh? Hahahah! 
Ini pulak menu pagi Raya, mak cik Nani masak bihun sup. Ada jugak lemang, rendang ayam kampung dengan rendang landak. Jangan tanya apa rasa rendang landak tu, sebab Nani pun tak makan walaupun dah disogok beratus kali oleh mak cik dan pak cik kat kampung. Hahah! Dia orang cakap macam daging ayam tu rasa nya. Iya lah kot. Heheh. Nani memang kurang sikit kalau makanan pelik pelik ni. Pelik lah untuk yang jaraaang makan ni.
Laksa ni ibu Nani buat. Fuhh memang rasa macam Hari Raya Aidilfitri, macam macam makanan ada. Tahun ni tak banyak sangat orang buat korban dekat area rumah Nani ni. Tapi ada lah jugak dapat dalam dua kilo macam tu, dah selamat abah bakar hari Isnin baru ni. Hahah! Sementara semua orang ada dekat rumah, masak lah semua daging yang dapat tu.
Ini jiran belakang rumah Nani yang bagi. Tertunai jugak hasrat hati nak makan lontong. Hahah! Raya Aidilfitri haritu memang tak jumpa pun lontong. Rezeki betul jiran bagi ni, macam tahu tahu aje kaaann 😆 Hahah! Bila time Raya ni memang meriah dengan makanan aje lah, sampai tiap masa rasa kenyang. Hari tu pun ingatkan tak ada orang nak datang beraya, sekali kawan kawan abah dari Kajang datang. Haa gelabah masing - masing kemas rumah. Kahkah! Korang pulak beraya dekat mana baru ni? 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page