Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Dah tengah hari baru sempat nak update blog, dari pagi busy kemain siapkan kerja yang tak pernah habis. Heheh. Kisahnya baru ni pergi tengok movie Skyscraper lakonan Dwayne Johnson (The Rock). Ikutkan plan asal nak tengok movie Brother Of The Year tapi waktu tayangan petang pulak. So kita tengok aje lah movie apa yang ada. Not bad jugaklah movie Skyscraper tu and kalau korang sejenis yang suka layan movie yang genre action macam ni, nah memang wajib pergi tengok. Cuma pada aku ada certain scenes yang macam tak berapa nak logik. Hahah! Tapi worth lah untuk tengok. Rasanya dah lama gila tak tengok movie ni, last tengok cerita Pinjamkan Hatiku kot ke By My Side entah. Dah kenapa tajuk entry pasal KFC tiba tiba jadi movie review. Hahah! Jauh kemain pusing. Hari tu ingat nak buat satu entry betul review movie ni tapi tu lah tak ada masa. Sekali kan aje lah macam ni, senang! Okay lah back to the topic, finally dapat jugak rasa KFC Loaded Go Bowl yang baru ni. Awal awal hari tu kemain viral ni dekat twitter, Nani pun terjebak sama beli.
Loaded Go Bowl (RM 3.70)
Since movie Skyscraper hari tu start pukul 12, sempat lah sebelum tu 'brunch' dulu dekat KFC. Actually Loaded Go Bowl ni lebih kurang aje macam yang Loaded Potato Bowl tu, cumanya yang ni dia gantikan kentang putar tu dengan fries and tak ada jagung. Nani rasa lagi suka yang baru ni sebab tak muak sangat bila makan. Kalau yang Loaded Potato Bowl tu cepat muak dan jarang sangat boleh habis makan satu bekas tu. Hahah!
Overall, not bad jugak lah Loaded Go Bowl ni, kenyang jugak okay makan satu bekas ni. Cuma kalau cheese letak lebih sikit lagi, memang ngam! Nampak aje macam banyak dalam gambar tu, tapi tak sampai bawah pun. Heheh. Fries & ayam yang dekat bawah bawah tu memang makan kosong gitu aje. Harga pun mura murah aje satu bekas ni. Selain daripada Loaded Go Bowl & Loaded Potato Bowl ni, ada jugak Original Go Bowl dengan Curry Lava Rice Bowl. Harga sama aje kot semua RM 3.70. Setakat ni pernah try dua tu aje lah, lain lain next time maybe. Korang pulak dah pernah try makan yang mana?