Kekal Ramping Dengan Hotpants Keluaran Jonlivia

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Pernah dengar tak tentang Jonlivia? Hari ni Nani kongsikan dengan semua tentang salah satu produk keluaran Jonlivia iaitu hotpants. Sejak lepas Hari Raya Aidilfitri tu memang Nani langsung tak buat aktiviti senaman. Nak berjogging pun malas. Dah kenapa Nani?! Padahal masa Raya hari tu kemain lagi macam macam yang dimakan. Hahah! Disebabkan berat badan dah mula naik, makanya harus lah gigih nak buang balik lemak lemak degil tu. Tambah pulak tak lama kita nak sambut Hari Raya Aidiladha, nanti bertambah lagi berat, memang masalah 😆 Bila nak melakukan aktiviti senaman ni haruslah ada pakaian yang sesuai kan. Takkan nak pakai jeans untuk berjogging, mana jadi! So, kali ni Nani try memakai hotpants keluaran Jonlivia untuk berjogging. Selalunya pakai track suit aje, tapi kali ni nak try hotpants pulak sebab baca review ramai yang cakap hotpants ni lagi selesa berbanding track biasa! So, kali ni Nani nak share kelebihan hotpants dengan korang. 
Sejujurnya Nani tak pernah memakai hotpants sebelum ni. Selalunya Nani akan pakai palazo, track takpun seluar slack. So, bila perrtama kali pakai nak try pakai hotpants ni memang rasa teruja sangat. Lagipun sebelum sebelum Nani selalu set dalam kepala yang hotpants ni ketat dan mesti tak selesa nak pakai untuk buat aktiviti senaman. Tapi apa yang Nani fikir selama ni jauh sangat tersasar sebab hotpants Jonlivia ni selesa sangat awak. Dah lah ringan lepas tu selesa pulak, memang suka lah pakai. Lepas ni memang no more track suit untuk jogging. Hahah! Dah ada hotpants yang jauh lagi selesa, mesti lah itu yang jadi pilihan kan. 
Material yang digunakan untuk hotpants ni pun jenis yang berkualiti tinggi (85% Neoprene & 15% Nylon). Material yang berkualiti tinggi ni memang tahan lasak dan susah untuk koyak berbanding bila kita memakai seluar track biasa. Kalau korang nak tahu, hotpants ni jugak mampu mengecilkan peha dan jugak betis. Memang banyak lah kelebihan hotpants Jonlivia ni.
Kalau korang tengok, memang lah hotpants ni fit mengikut bentuk badan kita, tapi tetap jugak selesa. Langsung tak menyukarkan Nani untuk melakukan aktiviti. Paaaling best, dapat mengeluarkan peluh dengan banyak. Tapi jangan risau, sebab hotpants ni jugak mempunyai fungsi yang dapat menyerap peluh. Jadinya sepanjang kita melakukan aktiviti tu memang selesa aje. Tak ada pun rasa gatal gatal. Biasanya kalau pakai seluar yang jenis ketat ni, kadang kadang akan meninggalkan kesan seperti ruam dekat kaki. Tapi semua tu tak terjadi dengan menggunakan Jonlivia hotpants ni. 
Selain digunakan untuk waktu bersenam, hotpants ni jugak sesuai dipakai untuk bersiar siar. Sambil berjalan jalan tu boleh lah jugak kan bakar lemak dekat bahagian kaki. Hotpants Jonlivia ni datang dengan pelbagai saiz, daripada saiz xs sehingga lah saiz 4xl! Memang best sangat kan sebab semua orang boleh beli dan pakai hotpants ni hah. 
Dekat bahagian belakang hotpants ni jugak terdapat poket yang kecil. Memang mudah lah untuk kita letak barang barang peribadi seperti telefon, kunci kereta, duit dan sebagainya. Iya lah, takkan masa berjogging nak bawa beg pulak kan. Bila ada poket kecil macam ni, memang senang sangat. 
Ini antara review dan pandangan Nani tentang hotpants Jonlivia ni. Jahitan kemas dan memang susah nak jumpa hotpants yang berkualiti dan bagus macam Jonlivia. Korang pun patut jugak untuk cuba! 
Selain daripada hotpants ni, terdapat pelbagai lagi koleksi pakaian yang sesuai untuk bersukan di Jonlivia. Kalau nak tahu lebih lanjut, lepas ni boleh lah korang laju laju terjah website Jonlivia okay! Dan istimewa nya sempena Bulan Kemerdekaan ni, Jonlivia memberikan diskaun untuk setiap pelanggan yang membeli. So, kalau korang nak beli dengan harga yang jauh lebih rendah dan murah, boleh lah beli sekarang! Memang tak menyesal beli produk yang berkualiti dan bagus macam ni. Lagi pun apa salahnya melabur sikit untuk dapatkan pakaian yang lebih selesa sewaktu bersenam. Hari ni gaji kan, boleh lah terus klik klik dekat website Jonlivia. Eh? 😆 Jangan lupa jugak untuk follow social media Jonliva dekat bawah ni okay! Jom dapatkan sehelai hotpants Jonlivia ni!
Website : www.jonlivia.com
Youtube : Jonlivia 
Facebook : Jonlivia
Instagram : Jonlivia 


Kenduri Kahwin

Assalamualaikum & Hello.
Kebiasaannya bila kenduri, memang tuan rumah lah yang paling sibuk sekali. Dari sebelum majlis sampai lah selesai majlis pun macam macam nak kena buat. Nani sehari sebelum kenduri memang malam tu awal lagi dah 'tumbang.' Bukan apa, badan dah tiga hari berturut turut buat kerja, so bila dah penat sangat memang satu benda pun tak jalan. Tidur aje lah jawapan dia kan 😆 Esok pagi pagi pukul lima lebih macam tu dah kena kerah bangun. Hahah! Biasa lah kan, nama pun kenduri jangan mimpi nak tidur lama lama walaupun dekat kampung paling syok membuta lepas subuh tu. Dia punya sejuk tu, pasang kipas nombor satu pun nak berselimut lagi. Syok! Nani dengan dua tiga orang mak saudara pagi tu kena settle kan bahagian makanan pengantin. Kali ni tak buat banyak pun, tiga jenis lauk aje sebab lauk yang hidang dekat tetamu pun dah banyak. Masak banyak banyak pun nanti, bukan sempat pun pengantin tu nak makan semua. Hahaha! 
Siap siap dah bagi tugasan apa semua, Nani kena uruskan udang goreng siap dengan deko! Weh dah lah paaaling tak pandai bab bab deko, lepas tu nak kena buat pulak. Sudahnya Nani letak aje salad dekat keliling pinggan tu & cucuk udang pada lidi. Alah, macam yang biasa orang lain buat tu. Buat aje lah kan mana yang sempat. Tapi satu gambar pun tak sempat nak ambil sebab handphone dah campak pergi mana entah time tu. Busy sangat sampai tak banyak pun bergambar. Hahah! 
 Kenduri hari tu kita orang pasang 9 buah khemah & dapat bayangkan tak betapa ramainya undangan tu kan. Memang kejap kang berlari masuk rumah ambil goodies bag bawa keluar. Nenek Nani cakap bawa keluar sikit sikit sebab tak ada tempat nak letak. Huhi. Memang multi tasking lah senang cerita hari tu. Tambah pulak bila engko salah sorang cucu yang dah besar, hah lagi lah macam macam kena buat. Zaman berlari lari, main main tu dah tak ada okayyy! 
 Tempat bergambar untuk tetamu. Kain belakang tu lupa dah nama dia apaa. Hahah! Sepupu Nani beli dekat Instagram RM 25 kalau tak silap sehelai. Ke RM35 entah. Style kan sekarang orang guna kain macam tu as background untuk bergambar. Kerus rustic tu pun dia tempah satu set RM 130. Hahah! Gigih kan, punya lah nak meriahkan majlis. Lagi pun nanti dia nak buat servis rustic ni jugak.
 Buah ni pun sepupu Nani jugak yang ukir. Siap pergi kelas okay belajar. Weh Nani kagum gila tengok! Sebab Nani bukan jenis yang tangan berseni dan lembut nak mengukir macam ni. Dia pun dekat semalaman mengukir baru siap. Kalau Nani, menangis lah nak siapkan. Hahahah! 
 Time kenduri tu jugak nenek Nani panggil orang main gendang dan bersilat. Lama sangat dah Nani tak tengok ada benda macam ni dekat majlis perkahwinan. Faham faham aje lah kan bila orang lama ni, ofcourse dia orang nak sesuatu yang tradisi tu ada jugak buat. Iya lah, kalau tak nanti ada pulak yang tak kenal tradisi lama ni kan. 
 Barakallah paksuu & maksu. Semoga Allah limpahkan rahmat, sakinah dan mawaddah untuk perkahwinan kalian. 
Hari tu ada yang komen dekat entry sebelum ni cakap paksu Nani nampak muda. Hahah! Dah 28 tahun ni hah, tak ada lah muda sangat. Memang umur pak su ni dengan anak buah tak jauh sangat. Selang dua tiga tahun aje. Heheh. 
 Kek ni mak cik Nani yang buat. Bunga tu fresh punya, bukan plastik okay! Hahah! Ada jugak yang mak cik Nani petik bunga dekat laman rumah nenek Nani 😆
Ini pulak kek red velvet & carrot cake untuk tetamu. Sebelah tu booth air krim & roti canai. Macam macam makanan ada hari tu. Seronok tengok tetamu makan 😊 Dekat felda ni, pukul 11 pagi macam tu dia orang dah start makan. Memang awal lah. Lepas tu pukul tiga lebih macam tu dah start buka khemah. Tapi sekejap gila dia orang buat kerja sebab ramai yang tolong. Cuma tinggal pinggan mangkuk yang dah siap basuh tu aje tuan rumah kena kemas & bahagian dalam rumah kan. Ehehe. Kenduri kali ni memang terasa penat dia. Hahah! Sampai nenek Nani cakap, cucu dia yang nak kahwin lepas ni kena tunggu setahun dulu. Bagi hilang bebetul penat kenduri kali ni. Ha dengar tu awak? Eh 😆 Apa pun, alhamdulillah dah selesai majlis ni. Meriah dan seronok sebab dapat kumpul with the whole family. Masa ni lah baru dapat tengok muka saudara mara yang dah lama tak berjumpa tu. 

Tradisi Rewang

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Zaman sekarang ni memang jarang jarang jumpa tempat yang ada buat tradisi rewang bila kenduri kahwin atau pun majlis tertentu. Zaman sekarang memang selalu nya orang akan ambil pakerj katering. Kan? Tapi kalau dekat kampung still lagi ada aktiviti merewang ni dan memang meriah sangat waktu tu. Rumah nenek Nani pulak dekat felda, lagi lah ramai jiran yang datang tolong. Empat hari sebelum kenduri pun dah terasa meriah, sebab dia orang dah start datang hantar barang barang yang dia orang nak sedekah & tolong kemas apa yang patut. Kita orang yang tuan rumah ni pulak sampai tak ada kerja nak buat untuk memasak tu semua. Cuma settle kan bahagian goodies bag, bunga telur macam tu aje. Seronok dapat tengok suasana macam tu, sampai kan semua jiran nenek Nani tu pun Nani panggil 'nenek' jugak. Hahahah! Iya lah, nak panggil mak cik macam tak kena pulak. So gasak lah semua ku panggil nenek 😆 Sebelum majlis memang dah bahagi tugas siap siap, memang smooth aje semua. 
Nasi manis ni buat dua hari sebelum kenduri. First time seumur hidup tengok orang buat nasi manis. Daaan baru ku tahu jugak nasi manis ni ada banyak nama. Kalau belah utara, orang panggil pulut kacau kan, ada jugak sesetengah orang yang panggil wajik. Nani duduk sekejap aje dekat kawah ni pun dah tak tahan dengan asap + panas, tapi nenek tu semua steady je weh. Omg! Nani duduk kejap, tolong kacau sekali lepas tu ambil gambar & masuk rumah. Heheh. Lagi pun ramai time tu yang tolong kacau, so kita undur diri. 
Saja nak ulang tayang gambar gulai keladi hari tu. Ni pun nenek nenek tu yang masak. Senang cerita, memang semua makanan sepanjang nak kenduri dan hari kenduri semua nya air tangan jiran jiran nenek Nani. Dah lah laju gila dia orang masak. Kejap kang tengok lauk ni dah siap, lepas tu nanti eh dah hidang atas meja. Fuhh! Bila banyak tenaga kerj, memang kejap aje kan jadi. 
Sehari sebelum kenduri paaaling sibuk sebab hari tu lah dia orang datang tolong potong bawang, sediakan bahan bahan untuk kenduri esoknya. So kita orang satu family masak laksa dengan cucur udang. Kuah laksa ni malam tu lagi dah masak sebab sedap sikit bila kuah ni masak awal. Nenek Nani cakap tak ramai yang datang sekali ramai. Habis licin 10 bungkus laksa hari tu. 
Hari tu dapat lah jugak makan durian seulas sorang. Hahah! Kali ni durian dekat kampung Nani tak berapa menjadi sangat. Ini pun durian dekat rumah mak cik Nani. Dapat lah makan sikit sorang. Nak beli mahal sangat, sampai sekilo RM 15. Itu pun buah belum tentu elok. Apa pun memang kenduri kali ni, paling terasa penat dia tapi tetap lah seronok. Heheh. Maklumlah dah lama tak kenduri besar, ini pulak adik bongsu ibu Nani so tetamu tu mesti lah ramai jugak kan. Nani dah seminggu habis kenduri, baru rasa normal balik. Kah! Nasib baik ada jiran jiran nenek Nani yang tolong. Seronok bila kenduri dekat kampung ni sebab ada rewang lah. Korang amalkan lagi tradisi rewang ni? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page