Resipi Mango Chill Cheesecake

Assalamualaikum & Hello.

Resepi Mango Chill Cheesecake


Dah lama rasanya tak kongsi resepi dekat sini. Hikhikhik. Hari tu sebab craving nak makan mango cheese cake gigih aku cari resepi nak buat. Ingatkan susah sangat nak buat rupanya senang aje. Yang ni tak payah nak guna oven ke apa, guna peti sejuk aje. Nama pun chill kan :P

Bahan Bahan 

Resipi Mango Chill Cheesecake
Ni bahan bahan yang diperlukan. Kalau ikut resipi asal tak guna cooking cream tu tapi guna whipping cream. Masa aku pegi pasaraya tu whipping cream tak dek so aku rembat je cooking cream. Aherher. 

Cara - Caranya 


Resipi Mango Chill Cheesecake
Memula ambil biskut oreo(krim buang) hancurkan lepas tu gaul dengan butter cup yang dah dicairkan. Lepas dah gaul sebati letak dalam bekas & masukkan dalam freezer. Kalau nak cepat hancur biskut tu guna pengisar kering. Nak guna biskut marrie pun boleh. Tapi aku lebih suka oreo. Ikut lah citarasa masing masing. Gitu. Oreo ni kalau dekat bakery memang ada jual yang tak dek krim.
Resipi Mango Chill Cheesecake
Lepas tu potong buah manga ni dan kisarkan. Tambah air sikit sebelum kisar tu dah siap asingkan. Lepas tu ambik cream cheese + cooking cream sikit + gula putarkan sampai sebati. Bila dah sebati tambah separuh daripada puree mangga tu tadi dalam campuran cream cheese tu. Faham tak? (----")
Resipi Mango Chill Cheesecake
Kemudian keluarkan biskut oreo yang kita letak dalam freezer tadi dan masukkan cream cheese dan puree mangga macam dalam gambar. Kalau tak nak letak dah puree mangga untuk layer yang atas sekali tu pun takpe. Tapi lagi sedap kalau letak dan letak balik dalam peti ais untuk disejukkan selama beberapa jam. Memang yummeh bila makan. Selamat mencuba :D


Air Kelapa Yummeh !

Assalamualaikum & Hello.

Baru ni ikut ibu jalan jalan cari kain pasang dekat bandar. Keluar masuk kedai tiga pat kali tak dak sepasang pun beli. Hahah. Buat penat kaki je jalan tapi ibu cakap "tak pe lah hari ni datang cuci mata sambil survey harga." Kah ! Padahal nak cakap tak dek yang beerkenan lettew. Aku syak ibu nak perabih duit dekat Jakel lagi ni. Hahah. Habis pusing pusing singgah dekat kedai nasi arab ni. Aku dalam kepala dah terbayang bayang mandy lamb yang tersangatlah sedap tu tapi rupanya ibu suruh turun pi beli air je. Makanya aku pasrah tak dapat makan nasi arab. Hahah :P
Aku masuk restoran nasi arab tu tengok dalam peti dia tak banyak air yang best best. So nya aku capai je lah air kelapa ni. Sekali minum pehh nyaman. Ihiksss. Aku tak pernah jumpa air kelapa yang macam ni. Kotak di pun unik, lain daripada yang lain. Gitu.
Tapi aku tak ingat pulak air kelapa ni keluaran dari syarikat mana. Hahah. Sebab sedap sangat kan lepas sedut, sedut air tu habis terus buang. Musim panas ni minum air macam ni memang nikmat ohoii :D




Nostalgia Dulu Dulu

Assalamualaikum & Hello.

Semalam sempat aku ke sekolah rendah sekejap, ziarah cikgu cikgu yang pernah menabur bakti dulu dulu. Orang cakap, tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat bermain kan. Ziarah sambil kutip kata - kata semangat untuk dibawa bersama kelak. Ihikss. Sempat berborak dengan cikgu cikgu yang masih setia mengajar di bumi itu. Soalan yang paling KBAT semalam " dah ada pakwe ke ni?" Adoii cikgu terus saya rasa nak pitam. Hahaha. Nanti saya hantar kad ye cikgu. Kahkahkah :P
Ni bilik tayang rasanya nama dia. Hahaha. Dah lupa Nani ni, dulu selalu belajar bm dengan bi dekat sini. Tapi dulu nan hadoonyaa astro tu semua. Zaman dah canggih kan sekarang, astro pun ada dekat sekolah. Kalau tak berjaya lagi tak tahu lah nak cakap apa dik. Kalau ada rezeki nanti mana tau dapat mengajar dekat sini kan. Menabur bakti  pada sekolah lama lagi saya suka. Ihiksss :D
Gambar semalam acah acah pakai purdah kawan. Hahah. Dia beli shawl free purdah so Iolss pun saje lah nak try pakai. Aiwah :P 

p/s: In sha Allah lepas ni Nani akan sambung belajar lagi. Mungkin masa untuk blog akan terhad. Keep support on Cik Manis. Eheh !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page