Rezeki dari Cameron Highlands

Assalamualaikum & Hello.
Dua tiga hari lepas kawan Nani hantar gambar tengah menikmati aiskrim dengan scones dekat Cameron Highlands. Kemain dia pergi tak bagi tahu pun tup tup dah sampai dekat 'atas' sana. Nani memang dah lama sangat tak jejak tanah tinggi Cameron Highlands, rasanya kali terakhir pergi tahun 2012 kalau tak silap. Malam tu tiba tiba dia datang rumah hantar buah tangan dari Cameron, dapat lah makan buah strawberry dengan buah apa entah satu lagi.
Terima kasih daun keladi, lain kali bagi lah lagi. Eh, hahaha! Rezeki yang tak disangka sangka. Dia tanya Nani nak pokok bunga ke tidak dari sana and I was like "eh eh banyak pulak kerja nak  jaga pokok segala bagai." Dah lah sekarang musim panas berbahang tak sesuai nak menjaga pokok bunga.
Merah menyala hah buah strawberry ni. Nani beli coklat cardburry cairkan lepas tu celup dengan buah ni. Peh memang fefeeling dah ada dekat Cameron Highlands lah cerita dia. Hahaha !
Nani tak pasti apa nama buah ni. Ada sesiapa yang tahu boleh tinggalkan komen dekat bawah. Rasa dia masam masam manis gitu dan ada biji dekat dalam. Sedap ! Nani pertama kali makan buah ni tapi tak tahu apa nama dia. Haih, kurang pengetahuan betul bab bab buah ni. Apa pun terima kasih bagi buah tangan ini. 
Rezeki dari Allah itu luas kan, datang dalam pelbagai bentuk. Tak semestinya dalam bentuk duit kadang kadang Allah kurniakan kesihatan yang baik dan ahli keluarga yang sentiasa ada di sekeliling kita itu juga dikira rezeki. Jadi bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang. Salam Jumaat dan selamat berhujung minggu. Hiks :p



Hampir 13 Tahun Rupanya !

Assalamualaikum & Hello.
Touchdown aje Selasa baru ini terus kena bawa lari dek kawan kawan yang tersayang ni ke Pizza Hut. Nani ajak KFC aje dia orang nak ke Pizza Hut. Kemain eh demand sekarang? Eheh ! Macam dah tak menyempat nak berjumpa hari lain padahal esoknya tu kita orang ada lah buat mini gathering sikit. Gigih haa menunggu dia orang jemput dekat terminal bas walapun dekat setengah jam menunggu. Kalau ikutkan plan asal, hari semalam baru balik Pahang tetapi sebab keadaan tak mengizinkan pagi Selasa dah jejak bumi Pahang ni. 
Almost 13 years and still counting.
Ini pun tak cukup korum sebab ada yang ada hal lain. Bukan senang nak jumpa macam ni, selalu ada aje hal masing masing. Kemain senyum lebar kan, bahagia lah dapat makan pizza yang baru tu hah.
Nani makan yang ni pun dah kemain kenyang, lepas tu nak hadap pizza pulak. Perghh ! Memang balik rumah, malam tu dah tak makan nasi. Kenyang ya amat. Itu pun pizza Nani ambil yang slice kecik dah. Bila semua dah kenyang, ada lagi satu slice tu masing masing tolak. Huhi. 
Apa entah nama nya ni, ada sekali dalam set yang kita orang order. Gambar pizza tak ambil kali ni. Nani ambil dua gambar ni aje pun kemain haa dia orang tegur "Amboi blogger ni !" Hahaha ! Memang seronok sekali sekala berkumpul empat orang macam ni tapi kalau lagi ramai mungkin lagi best. Jumpa lagi Raya nanti. 


HARGA RUNTUH Shawl Exclusive by Papaglamz

Assalamualaikum semua. Kepada semua pencari shawl secara online, tentu sahaja ramai yang akan membandingkan harga. Harga yang murah dan shawl yang berkualiti tinggi akan menjadi pilihan ramai. Tentu semua nak tahu berapakah harga shawl labuh chiffon exclusive by Papaglamz ni kan? Memandangkan shawl PapaG baru sahaja menjengah market fesyen Malaysia, sudah pasti PapaG akan menawarkan harga yang paling terbaik untuk anda semua. Sesuai dengan kualiti shawl itu sendiri.
harga-shawl-labuh-chiffon

Harga jualan Shawl Chiffon Exclusive by Papaglamz

Memandangkan sekarang ni (ikut tarikh entri ni) masih lagi mood-mood promosi dari PapaG, jadi beliau menjual Shawl Exclusive by Papaglamz seperti harga di bawah ni.
1 helai RM 34.00 + Postage RM 6.00 = RM 40.00
3 helai RM 100.00 termasuk postage 
Haa reasonable tak? Jadi apa tunggu lagi? Cepat PM PapaG cepat-cepat. Nanti dia poskan kat korang. Ingat Shawl PapaG ni limited tau. Yela tak buat banyak sangat. Plays safe katanya. Hehehe

5 Pilihan warna Shawl Exclusive by Papaglamz

Basicaly, Shawl Exclusive by Papaglamz adalah ilham dari PapaG dan wife sewaktu mereka dalam perjalanan pulang dari KL tempoh hari. Entah macam mana tetiba terkeluar pula idea tentang nak buat shawl ni kan. Dari situlah mereka mula membuat sedikit kajian tentang material kain, potongan shawl yang menjadi kesukaan ramai, kos dan macam-macam lagi. Alhamdulillah perancangan mereka berjaya dan terhasillah shawl yang SANGAT EKSKLUSIF ni. 
KONSEP shawl yang mereka ketengah ialah shawl yang mempunyai ciri-ciri lebar dan labuh. Sebab tu shawl yang mereka keluarkan ini agak panjang dan lebar. Panjangnya lebih kurang 1.95 meter dan lebarnya 0.9 meter. Semoga shawl ni dapat memenuhi kehendak wanita-wanita diluar sana yang ingin berfesyen tetapi tetap menjaga dan menutupi AURAT dengan sempurna. Insyallah. 
Dalam pemilihan material, mereka menggunakan kain Chiffon Moist Crepe. Antara sebab mereka menggunakan kain jenis ini ialah jenis kain ini yang LEMBUT dan MUDAH BERALUN serta TIDAK JARANG. Kalau korang nak tahu kain Chiffon jenis ni sama seperti kain Chiffon bubble, tetapi bubblenya adalah sangat sangat sangat halus. Sebab itulah ianya sangat lembut. Kelebihan lain ialah kain dia seakan-akan dwi tone. jika kita lihat dari sisi yang berbeza samada kiri atau kanan, PROJECTION warna kain ada sedikit perbezaan. Menarik kan? Sebab tu lah kain ini dipilih untuk di jadikan shawl eksklusif mereka.

Detail Shawl Exclusive by Papaglamz

Saiz : 1.9 meter X 0.85 meter (Labuh tau)
Jenis kain : Chiffon moist crepe (Macam chiffon bubble tapi bubble dia sangat sangat sangat halus dan lembut serta sejuk dipakai. Yang penting TAK JARANG)
Warna pilihan : 
ukuran-wide-shawl-terkini
Pink Belacan + Basic White (Dwi Tone)
ukuran-wide-shawl-terkini
Blue + Gold Yellow (Dwi Tone)
ukuran-wide-shawl-terkini
Brown + Gold Yellow (Dwi Tone)
ukuran-wide-shawl-terkini
Purple + Elegance Silver (Dwi Tone)
Green Emerald + Gold Yellow (Dwi Tone)
CEPAT REBUT SEKARANG....!!!!
Limited edition sebab Papaglamz tak buat banyak. Ye la, new baby kan..? Hehehe
Wassap : 0196141393
Jangan lupa ikuti Perjalanan Shawl Exclusive by Papaglamz ni IG dan FB tau. Ig : exclusive_by_papaglamz FB : Papaglamz Official Artikel : Shawl Exclusive by Papaglamz 

Buffet Ramadhan di Sunway Putra Hotel

Assalamualaikum & Hello.
Haaa memandangkan bulan Ramadhan tak lama lagi ini kan, mesti lah ramai yang tercari cari Buffet Ramadhan untuk dinikmati masa berbuka puasa nanti. Nani nak cadangkan bulan puasa nanti korang ke Sunway Putra Hotel untuk menikmati lebih daripada 100 hidangan tradisional, resepi turun temurun daripada ibu chef chef di hotel ini. Masakan tradisonal, ummi lebih arif. Kalau dah resepi tu turun temurun daripada bonda chef chef ini mesti lah sedap dan terbaik kan.
Buffet Ramadhan di Sunway Putra Hotel
Pertama kali Nani menjejakkan kaki ke Sunway Putra Hotel ini, tentu lah teruja kan. Tambah pulak dapat menikmati masakan daripada chef chef yang berpengalaman ini. Jom tengok antara menu yang sedap sedap untuk dinikmati bulan puasa nanti.
Buffet Ramadhan di Sunway Putra Hotel
Kebiasaannya Nani makan daging masak masala aje tapi untuk Buffet Ramadhan di Sunway Putra Hotel ini ada Sotong Masala. Sedap ok, sotong ini rasa macam berempah aje. Kalau korang tak pernah cuba macam mana rasa sotong masala bulan Ramadhan nanti jangan lupa terjah ok. 
Buffet Ramadhan di Sunway Putra Hotel
Peha Ayam Kicap Berempah memang marveles. Memang nampak biasa biasa aje kan tapi bila dah makan tu memang confirm tambah lagi lepas tu. Eh Nani lah tu :p Lagi pun nanti bulan puasa, kalau dah penat dengan kerja dekat pejabat nak masak pun mood kelaut kan. Daripada bersesak sesak dekat bazaar Ramadhan nak beli menu berbuka, baik terus ke Sunway Putra Hotel ini. 
Buffet Ramadhan di Sunway Putra Hotel
Ayam Kari Mentega ini memang terbaik, cukup rempah ratusnya yang dimasak sempurna. Tak pedas sangat, sesuai lah kalau nak bagi anak anak kecil makan. Memang ada umphh !
Buffet Ramadhan di Sunway Putra Hotel
Biasa kalau bulan puasa, kadang kadang mesti teringin nak makan menu yang macam emak kita dekat kampung masakkan. Apa lagi, memang Sunway Putra Hotel ini lah tempatnya. Mula mula Nani tak ambil pun daging masak lemak cili padi ini. Sekali Kak Diya Nadia "hasut" cakap daging masak lemak cili padi ini sedap sangat, laju ambil pinggan meratah gulai lemak daging ini. Tak rugi oi makan, memang sedap daging pun lembut sangat.
Buffet Ramadhan di Sunway Putra Hotel
Ikan keli masak lemak. Kalau dah bosan asyik makan ikan keli goreng berlada, boleh lah cuba ikan keli masak lemak ini pulak. Sedap !
Buffet Ramadhan di Sunway Putra Hotel
Tak sah kalau pergi mana mana Buffet Ramadhan tak ada kambing panggang ini kan. Apa yang best dekat Sunway Putra Hotel ini, kambing panggang ini didatangkan dengan pelbagai pilihan sos. Ada sos lada hitam, sos cendawan, sos percik. Macam yang Nani ambik ni sos lada hitam dengan sos percik. Bak kata chef tu, biasa kalau orang kat bandar ni bila rindu dekat kampung mesti ambil sos percik. Haih, macam tahu tahu je chef ni kan. 
Buffet Ramadhan di Sunway Putra Hotel
Bulan puasa kadang kadang masa berbuka tak lalu nak makan nasi, boleh ambil satay dengan nasi impit ni hah. Kuah kacang pekat, satay dibakar garing memang terangkat lah makan. Boleh fefeeling Raya dah nanti dapat makan satay dengan kuah kacang. Hahaha ! Sedap sangat ok. Kalau korang berpeluang berbuka di Sunway Putra Hotel wajib ambil satay ni. 
Buffet Ramadhan di Sunway Putra Hotel
Macam macam jenis salad ada, pilih sahaja nak makan yang mana. Tapi ingat bulan puasa nanti jangan membazir. Biasa lah kan, bulan puasa bila berbuka macam - macam dia nak tapi nanti tak habis pulak. 
Buffet Ramadhan di Sunway Putra Hotel
Kalau tadi dah makan kenyang kenyang dengan menu utama dekat Buffet Ramadhan Sunway puta Hotel, kali ini kita layan pulak pencuci mulut yang sedap sampai nak pengsan ini. Kalau boleh semua nak makan sebab semua sedap dan terbaik ! Dah lah sambil makan didendangkan pulak dengan Lagu Raya, memang feeling habis. 
Buffet Ramadhan di Sunway Putra Hotel
Kek dengan puding aje pun dah macam macam pilihan ada. Fuh puas hati betul lah Buffet Ramadhan di Sunway Putra Hotel ini.
Buffet Ramadhan di Sunway Putra Hotel

Buffet Ramadhan di Sunway Putra Hotel

Buffet Ramadhan di Sunway Putra Hotel

Buffet Ramadhan di Sunway Putra Hotel

Untuk maklumat lanjut sila layari :

Buffet Ramadhan di Sunway Putra Hotel
Pinjam gambar Kak Diya Nadia
Terima kasih Sunway Putra Hotel sebab menjemput kami ke Buffet Ramadhan kali ini. Semua muka puas hati dapat makan sedap sedap air tangan chef chef yang berpengalaman ini kan. Untuk yang ingin berbuka puasa di Sunway Putra Hotel boleh membuat tempahan bermula 22 Jun dan ke atas sebab awal awal tu mereka dah fully booked. So korang cecepat tempah ok, kalau tidak nanti melepas nak makan sedap sedap dekat sini.
Harga :
Dewasa : RM 138 seorang
Kanak - Kanak : Dikaun 50% untuk kanak kanak yang berusia 12 tahun ke bawah 
Percuma : Kanak - Kanak yang berusia empat tahun ke bawah

Tempat : Coffee House Sunway Putra Hotel (Tingkat 9)
No telefon : 03- 4040 9888





Selamat Hari Guru l Terima Kasih Cikgu

Assalamualaikum & Hello.
16 Mei setiap tahun pasti akan jadi momen indah untuk insan bergelar guru. Ingat lagi zaman sekolah dulu, bila masuk aje bulan Mei dah mula fikir nak bagi apa dekat cikgu. Kalau dah tak ada modal sangat, pen pun jadi lah nak bagi cikgu sebagai menghargai jasaa yang mereka curahkan. Sejak dah tak bersekolah ni, makin lupa dengan tarikh 16 Mei. Kadang - kadang bila dah tengok tarikh, baru teringat Hari Guru. Masa tu baru lah cari nombor telefon cikgu bagi ucapan selamat hari guru. Alhamdulillah sampai sekarang masih ada lagi cikgu yang Nani berhubung.
Baru ini ke sekolah ada cikgu tanya, "kenapa tak datang masa Hari Guru nanti?" Semua orang macam krik krik. Hahaha ! Langsung tak teringat bulan Mei ni ada Hari Guru. Haih, makin pelupa ni. Tak apa lah, tak semestinya Hari Guru aje kan kita nak meraika cikgu. Hari - hari lain pun tak apa sebenarnya. Biasa nya masa Hari Guru ini lah peluang yang ada nak borak macam macam dengan cikgu. Rindu pulak nak sambut Hari Guru dekat sekolah.
Apa apa pun jangan kita lupa ibu abah kita, mereka pun GURU yang paling banyak berbakti mengajar kita erti kehidupan. Hargai lah semua guru yang pernah hadir dalam hidup kita ni. Selamat Hari Guru untuk semua insan yang bergelar cikgu. Semoga sentiasa diberi ketabahan dalam mendidik anak bangsa dan terima kasih cikgu ! Mana tahu ada rezeki nanti dapatlah dengar anak murid panggil Cikgu Inani. Hahaha ! Kemain kan  :p

p/s : Kejap lagi ibu balik banyak lah bawak hadiah. Eh !

Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 6)

Assalamualaikum & Hello.
Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 6)
klik SINI untuk join

Segmen Blogwalking YanieYusuf 2016

Assalamualaikum & Hello.
Segmen Blogwalking YanieYusuf 2016
klik SINI untuk join 

Mini Gathering 2.0

Assalamualaikum & Hello.
Rabu baru ini berkesempatan ke sekolah lama bertemu guru guru yang banyak berjasa dulu. Mana mungkin mampu jadi seperti sekarang tanpa bantuan cikgu kan. Bila dah ada dekat atas, kena pandang juga insan insan yang pernah membantu dulu. Kalau ikutkan Nani macam segan nak ke sana, dah lama tak pergi. Hampir tujuh tahun dah tinggalkan sekolah tu, rasa segan bukan main menebal lagi. Dah lah main terjah aje, suka hati buat macam sekolah sendiri. Ini kira ziarah cikgu sekali dengan Mini Gathering 2.0 Dua dalam satu gitu. Senang kan !
Suasana yang masih sama macam dulu, rindu terubat bila dapat kembali ke sini. Sempatlah ziarah guru guru yang menabur bakti dulu walaupun ramai wajah baru di sini. Biasa lah itu kan, adat bila di sesebuah sekolah gurunya silih berganti saban tahun. Paling tak tahan bila ada cikgu kenalkan kita orang dekat student, "Haaa, dulu ni semua pengawas sekolah ni." Malu terus, pengawas pun perangai masuk air semua. Hahaha !
Lepak KFC aje lah yang mampu. Semua bajet tengah tak berapa nak ada kan. Nani lagi lah sehari sebelum dah habiskan duit dekat Pizza Hut, lepas tu KFC pulak. Walaupun sembilan orang aje yang ada tapi riuhnya tu macam ada ramai sangat. Suka hati buat KFC macam tak ada orang lain dah, tahu lah weekdays KFC kosong. Heh :p
Dah kenyang ajak lepak taman pulak. Kemain eh kalau berjumpa borak tak ingat dunia. Tengah panas terik boleh pulak tu nak berphotoshoot banyak kali. Hahaha ! Sempat lah dua tiga keping bergambar lepas tu angkat bendera. Panas terik aih tak kuasa nak melompat bagai dekat tengah tu. Apa pun Mini Gathering 2.0 berjalan dengan jayanya. Plan last minute, memang berapa ketul aje lah yang dapat datang kan. Tapi memang kalau nak berkumpul macam ni elok plan last minute, kalau detail nanti selalu aje cancel. 

Driver saya dari dulu, kini dan tak mungkin selamnya. Haruslah kelak drivernya akan bertukar. Hahaha ! Terima kasih ambil dan jemput saya dengan selamat. Apa pun terima kasih menjadikan hari hari saya indah bila bersama dengan kalian. Harapnya ikatan ini kekal sampai bila bila. Macam Nazrul cakap nanti biar anak anak kita pulak buat gathering macam ni. Hahahaha ! Kemain sangat. Sayang semua lillahitaala. Moga kalian dalam jagaan Allah selalu.







Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di MAEPS

Assalamualaikum & Hello.
Alhamdulillah tahun ini berkesempatan mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa di MAEPS. Gigih ke sana naik ktm semata mata nak jadi personal shopper untuk mak cik. Nani dah banyak beli buku masa ke MPH jadi masa ke PBAKL ni sekadar cuci cuci mata sahaja sambil belikan novel kiriman mak cik. Fuh ! Memang untung lah pergi PBAKL ni kan sebab banyak gila diskaun. Kalau biasa RM 50 boleh beli dua buah buku sahaja, tetapi masa pesta buku ni boleh dapat tiga buah buku haa. 
Habis seratus ringgit belikan novel novel mak cik Nani ni haa. Sampai sampai aje terus pergi cari semua novel yang dia nak. Nasib baik malam tu dah cari sesiap setiap publisher ni buka booth dekat hall mana, tak ada lah sesat seketul Inani dekat situ kan. Eheh !
Zizan Razak untuk promosi filem Angin Cinta
 


Kebetulan masa hari yang Nani pergi tu ada ramai pulak artisnya. Ada Zizan Razak, Ammar Baharin, Zara Zya, Idris Khan fuh memang berkerumun lah orang nak bergambar dengan artis artis ini kan. Apa pun pada Nani PBAKL kali ini tak semeriah macam dulu dulu. Rasanya ramai yang cakap benda ini. Harap harap tahun depan akan ada perubahan yang lebih baik kalau tidak, mungkin pencinta buku sudah tidak mahu ke pbakl lagi. 



Barakallah Kak Nadiah !

Assalamualaikum & Hello.
Fuhh baru hari ni dapat menghadap blog sendiri. Minggu tengah sibuk ini memang tak boleh nak curi curi tulang membebel dekat sini takut nanti menyesal di kemudian hari. Banyak benda nak cerita tapi kena tangguh dulu lah nampaknya. Majlis Kak Diah ini dah dekat dua minggu ha tapi baru dapat nak kongsi dekat sini, minggu ni dah nak buat majlis belah pihak lelaki pulak di Seremban. Jom lah tengok gambar gambar sepanjang majlis. 
Alhamdulillah dengan dua kali lafaz, Kak Diah selamat menjadi isteri kepada Abang Zaki. Hilang lah dah partner yang selalu jadi kawan borak dalam bas. Nampaknya lepas ini kena balik Pahang sorang sorang lah T_T

Ini gambar masa akad nikah, petang Sabtu. Majlis kenduri pulak buat hari Ahad. 
Nak jugak menyelit siap pegang bunga tangan. Ambik aura, haha ! 
Anak buah kembar saya, alhamdulillah dah semakin sihat. Budak berdua ni selalu buat Nani confius. Setiap kali nak pegang memang akan tanya dulu ni Nazmi ke Naufal. Hahaha ! Tak pandai lah nak bezakan, mungkin sebab tak tengok hari - hari kan. 
 

Apa pun, tahniah Abang Zaki & Kak Diah. Semoga majlis yang kalian bina berkekalan hingga ke syurga. Minggu ni kenduri di Seremban tak dapat nak ikut sekali sebab ada urusan lain yang lebih utama. Rasanya ini kenduri penutup untuk #CeritaKahwinMF tahun ni. Tak tahu lah kalau tetiba hujung tahun ada yang nak menyelit lagi.
Fuhhh dalam masa kurang lima bulan, tiga kenduri sekali gus. Mula mula Along kemudian Angah dan penutupnya Kak Diah. Semoga Allah merahmati masjid yang kalian bertiga bina. Makin besar Malek's Family lepas ni dan tentunya makin meriah. Hiks !



Qaseh Zamri Collection Buat Wanita Rambang Mata

Assalamualaikum & Hello.
Tak lama lagi dah nak Raya kan, koleksi Raya pun banyak dah yang keluar ni, boleh lah kalau nak buat persiapan sikit sikit. Kalau tak tahu nak cuci cuci mata dekat mana lagi jom tengok koleksi Qaseh Zamri Collection. Banyak sangat koleksi yang cantik sampai boleh rambang mata bila tengok. Harga pun murah murah ok, shawl sehelai boleh dapat dalam hrag RM35.00 Kalau pada Nani tu memang dah ok sangat sebab Nani pernah jumpa shawl yang lagi mahal daripada tu. 
Macam macam pilihan warna ada, tinggal pilih aje mana yang berkenan dan sesuai dengan baju kita. Qaseh Zamri ini bukan sahaja menjual shawl atau tudung tetapi ada juga koleksi skirt dan blouse yang lawa dan menarik serta mengikut trend wanita zaman kini.
Qaseh Zamri Collection
Menariknya lagi shawl inidiletakkand alam kotak yang macam dalam gambar ini menjadikan ia lebih eksklusif. Nak dijadikan hadiah buat yang tersayang pun sesuai sebab dah diletakkan dalam kotak seperti ini. 
Qaseh Zamri Collection
Cantik kan dengan skirt yang bercorak batik tu. Cantik ! Nampak macam koleksi yang ada elemen tradisional dan moden. Gitu.
Qaseh Zamri Collection
Ini antara testimoni pelanggan yang mengayakan koleksi daripadaQaseh Zamri. Cantik kan? Dari shawl sampai lah ke skirt semuanya koleksi daripada Qaseh Zamri. Memang sesuai sangat pakaian seperti ini digayakan untuk ke pejabat atau pun bersiar siar. Nak jadikan salah satu koleksi masa Hari Raya nanti pun boleh juga. Untuk yang ingin walk in ke Kedai Qaseh Zamri Collection ini boleh Waze alamat di bawah.
Qaseh Zamri Collection
No.3a Jalan Desa 1/1
Bandar Country Homes
48000 Rawang

No Telefon : 0133240813
Qaseh Zamri Collection
Qaseh Zamri Collection 
 #qasehzamricollection

Resepi Puding Karamel

Assalamualaikum & Hello.

Resepi Puding Karamel Mudah 

Baru ini masa kenduri kahwin Kak Diah, Nani, sepupu dengan mak cik mak cik kena buat bahagian hidangan makanan pengantin. Fuhh ! Tak pernah pernah ni sediakan hidangan untuk pengantin. Tak ada lah Nani ni nak sediakan makanan utama kan, setakat pencuci mulut tu lepas lah lagi. So, kita orang pun bahagi lah orang ni buat ayam panggang, buat dessert, gubah buah dan macam macam lagi lah. Untuk pencuci mulut, sepupu Nani cakap buat puding karamel. Nani memang sepanjang hayat tak pernah buat puding tu. Malam sebelum kenduri tu baru lah belajar lepas tu terus buat. Esoknya puding karamel yang Nani buat terus dihidangkan untuk makan beradab. Peh !
Resepi Puding Karamel
Taraaaa ! Hasil puding karamel air tangan Nani dan sepupunya. Alah tak ada lah susah mana pun nak buat puding karamel ni. Nani selalu makan aje tapi tak pernah pula cuba buat. Kalau tahu senang macam ni dah lama praktis buat. Hahaha ! Sedap ok puding karamel ni, makan pulak masa sejuk. Memang nikmat yang terucap. Ewah. Dekat bawah ni Nani kongsikan resepi puding karamel versi Inani Hazwani tapi tak ada lah step bergambar ye. Nani tak sempat nak ambil gambar masa tu, maklumlah amatur kan, kena fokus masa belajar.

Bahan - Bahan :

1) Telur
2) Gula
3) Susu Cair
4) Esen Vanila
5)Air

Cara - Cara :

1) Pukul telur (Nani guna 14 biji sebab nak buat banyak kan) sehingga kembang. Kemudian masukkan susu cair dua tin dan dua sudu kecil esen vanilla.
2) Pukul sampai sebati. Kalau nak senang guna lah hand mixer. Nanti cepat sikit telur tu kembang. Dah siap, ketepikan dahulu.
3) Untuk buat karamel tu, masukkan gula dua cawan ke dalam kuali dengan api yang kecil. Ini macam kita nak buat gula hangus. Bila nampak gula tu macam dah keperang perangan, masukkan air.
4) Kacau sehingga gula larut. Dah siap tunggu gula tersebut sejuk.
5) Bila gula dah sejuk, tuang ke dalam adunan kemudian diikuti dengan adunan telur kita tadi.
6) Kukus lah dalam masa 20 ke 30 minit macam tu. Kalau nak tahu puding kita tu dah masak atau belum, boleh cucuk dengan lidi. 
7 ) Sejukkan dalam peti ais dan boleh makan beberapa jam selepas itu. 

Selamat Mencuba !


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page