Selamat Hari Guru l Terima Kasih Cikgu

Assalamualaikum & Hello.
16 Mei setiap tahun pasti akan jadi momen indah untuk insan bergelar guru. Ingat lagi zaman sekolah dulu, bila masuk aje bulan Mei dah mula fikir nak bagi apa dekat cikgu. Kalau dah tak ada modal sangat, pen pun jadi lah nak bagi cikgu sebagai menghargai jasaa yang mereka curahkan. Sejak dah tak bersekolah ni, makin lupa dengan tarikh 16 Mei. Kadang - kadang bila dah tengok tarikh, baru teringat Hari Guru. Masa tu baru lah cari nombor telefon cikgu bagi ucapan selamat hari guru. Alhamdulillah sampai sekarang masih ada lagi cikgu yang Nani berhubung.
Baru ini ke sekolah ada cikgu tanya, "kenapa tak datang masa Hari Guru nanti?" Semua orang macam krik krik. Hahaha ! Langsung tak teringat bulan Mei ni ada Hari Guru. Haih, makin pelupa ni. Tak apa lah, tak semestinya Hari Guru aje kan kita nak meraika cikgu. Hari - hari lain pun tak apa sebenarnya. Biasa nya masa Hari Guru ini lah peluang yang ada nak borak macam macam dengan cikgu. Rindu pulak nak sambut Hari Guru dekat sekolah.
Apa apa pun jangan kita lupa ibu abah kita, mereka pun GURU yang paling banyak berbakti mengajar kita erti kehidupan. Hargai lah semua guru yang pernah hadir dalam hidup kita ni. Selamat Hari Guru untuk semua insan yang bergelar cikgu. Semoga sentiasa diberi ketabahan dalam mendidik anak bangsa dan terima kasih cikgu ! Mana tahu ada rezeki nanti dapatlah dengar anak murid panggil Cikgu Inani. Hahaha ! Kemain kan  :p

p/s : Kejap lagi ibu balik banyak lah bawak hadiah. Eh !

19 comments:

  1. selamat hari guru cikgu cikgi ;)

    ReplyDelete
  2. tarikh hari ini mmg cantik
    sesuai ngn hari guru kan...

    ReplyDelete
  3. Selamat hari guru.sila share video guruku tersayang .klik pada nama ucing (>.<)

    ReplyDelete
  4. Semakin meningkat usia, semakin rindu akan cikgu-cikgu di zaman persekolahan dulu :')

    ReplyDelete
  5. teringat zaman sekolah dulu, hari guru sambut kat sekolah pastu sibuk cari cikgu feberet kasi hadiah..hehee

    ReplyDelete
  6. Cikgu Inani...cikguuuuuuu kita anak murid cikgu tau...anak murid blogger hehehe...selamat hari guru...ibu dan ayah guru sehingga syurga

    ReplyDelete
  7. Rindu cikgu-cikgu saya!

    ReplyDelete
  8. Betul ibu-bapa kita adalah guru awal kita sebelum ke sekolah
    Mengajar kita mandi, makan, mandi, membaca al-quran, solat dsb

    Selamat Hari Guru buat mereka yg bergelar cikgu:)

    ReplyDelete
  9. Asssalamualaikum Inani
    selamat hari guru dari kaknoor
    semoga cikgu cikgi nya terus cemerlang dalam mendidik anak bangsa kita

    ReplyDelete
  10. selamat hari guru...setiap guru pasti tersenyum saat di hargai

    ReplyDelete
  11. berlambaklah hadiah cikgu dapat
    seronoknya jadi cikgu hehe

    ReplyDelete
  12. sampai mati pun org akan panggil gelaran cikgu kan..besar jasa cikgu ni

    ReplyDelete
  13. Selamat Hari Guru buat ibu Nani ya!

    Akak ni nasib baiklah ada anak yang bersekolah. Kalau tidak, akak pun tak ingatlah 16 Mei tu Hari Guru. Anniversary sendiri pun kadang-kadang boleh terlupa tau ^_^

    ReplyDelete
  14. kan betul tu tu.ciksu ni lagi lah suri rumah.. bila geng whatapps wish dkt kengkawan yg bergelar cikgu baru teringat .

    selamat hri guru juga buat ibu nani

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page