Assalamualaikum & Hello.
Fuhh baru hari ni dapat menghadap blog sendiri. Minggu tengah sibuk ini memang tak boleh nak curi curi tulang membebel dekat sini takut nanti menyesal di kemudian hari. Banyak benda nak cerita tapi kena tangguh dulu lah nampaknya. Majlis Kak Diah ini dah dekat dua minggu ha tapi baru dapat nak kongsi dekat sini, minggu ni dah nak buat majlis belah pihak lelaki pulak di Seremban. Jom lah tengok gambar gambar sepanjang majlis.
Alhamdulillah dengan dua kali lafaz, Kak Diah selamat menjadi isteri kepada Abang Zaki. Hilang lah dah partner yang selalu jadi kawan borak dalam bas. Nampaknya lepas ini kena balik Pahang sorang sorang lah T_T

Ini gambar masa akad nikah, petang Sabtu. Majlis kenduri pulak buat hari Ahad.
Nak jugak menyelit siap pegang bunga tangan. Ambik aura, haha !
Anak buah kembar saya, alhamdulillah dah semakin sihat. Budak berdua ni selalu buat Nani confius. Setiap kali nak pegang memang akan tanya dulu ni Nazmi ke Naufal. Hahaha ! Tak pandai lah nak bezakan, mungkin sebab tak tengok hari - hari kan.
Apa pun, tahniah Abang Zaki & Kak Diah. Semoga majlis yang kalian bina berkekalan hingga ke syurga. Minggu ni kenduri di Seremban tak dapat nak ikut sekali sebab ada urusan lain yang lebih utama. Rasanya ini kenduri penutup untuk #CeritaKahwinMF tahun ni. Tak tahu lah kalau tetiba hujung tahun ada yang nak menyelit lagi.
Fuhhh dalam masa kurang lima bulan, tiga kenduri sekali gus. Mula mula Along kemudian Angah dan penutupnya Kak Diah. Semoga Allah merahmati masjid yang kalian bertiga bina. Makin besar Malek's Family lepas ni dan tentunya makin meriah. Hiks !
Selamat pengantin baru buat Zaki & Diah.. semoga berkekalan hingga akhir hayat hendakNya..
ReplyDeleteSalam Israk Mikraj.. ♥
ReplyDeleteAlahamdulillah..Tahniah..
Alhamdulillah tahniah..
ReplyDeletetahniah Diah...ehhhh lawaaaaa yer warna ungu tu cantik sgt dalam gambar...adik nanie nak kahwin jemput akak tau...hehehhe
ReplyDeleteamboiii nak turun mid dia minggu ni...mana tau terserempak tegur kak juju tau sebab kak juju ko kalau dh hadap popcorn jln tak nampak orang haha
And... next will be Nani:)
ReplyDeleteKembar tu cutelah Nani - seiras betul.
cantik pengantin...berseri2...
ReplyDeletetahniah buat mempelai..moga kekal bahagian ke akhir hayat...lepas ni nani plak...amin...
Tahniah ! selamat pengantin baru
ReplyDeleteTahniah..selamat pengantin baru..suweet sgt kaler baju..hehe
ReplyDeletetahniah, selamat pengantin baru
ReplyDeleteBarakallah buat pengantin baru! Banyakkan bersabar & bertolak ansur dalam melayari alam rumahtangga.. Semoga berkekalan hingga ke jannah.. Aminnn.. ^_^
ReplyDeleteselamat pengantin baru kpd akak dan abg mempelai, nani pun dapat aura jgak.. insya Allah x lama dah tu..
ReplyDeleteAlhamdulillah... tahniah buat kedua mempelai. Semoga ceria dgn sepenuh keberkatan Illahi hingga ke jannah... aamiin... :)
ReplyDeletemanis pantin... cantik betul baju kawin warna pepel tuh....
ReplyDeleteAlhamdulillah terbina satu lagi masjid...
ReplyDeleteselamat pengantin baru kepada kedua mempelai...sama cantik sama padan...
Alhamdulillah, selesai sudah majlis!
ReplyDeleteTahniah buat kedua mempelai. Semoga bahtera rumahtangga yang dibina berkekalan hingga ke jannah!
Err... Nani tak mahu menyelit ke akhir tahun ni? *_*
tahniah..selamat pengantin baru
ReplyDeletemoga kekal till jannah!
Cantik pengantinnya, tahniah utk kak diah n abang zaki!
ReplyDeleteComelnya lahai si kembar 2 ketul tu!
Tahniah untuk mereka berdua. Nani bila lagi.. hihi
ReplyDelete