Mini Potluck 2.0

Assalamualaikum & Hello.
Semalam tak sempat nak update sebarang entry dekat sini sebab busy betul seharian duduk dekat dapur memasak untuk tetamu. Ewah ! Bukan setakat nasi ayam aje tapi macam macam lagi menu lain yang ada. Dari pukul lapan pagi duduk dekat dapur buat macaroni & cheese, nasi ayam dengan mango lassi. Power ke tak power ni? Sebenarnya tetamu yang datang rumah ni kawan kawan Nani, insan insan sama masa Mini Potluck 1.0 dulu. Bukanlah bakal suami dengan mak mentua pun yang datang rumah tu *bagi jelingan manja sikit dekat MummyDearie* Hahaha ! 
Rupa macaroni yang belum ditabur dengan cheese dan dibakar. Makan yang macam ni pun dah sedap haa. Macaroni & cheese ni Nani bekalkan untuk dia orang bawa balik rumah sebab masing masing dah kenyang makan nasi ayam. 
Kali ni Nani buat cheese yang tak garing sangat. Elok je cheese tu cair Nani keluarkan daripada microwave. Gambar tak berapa nak cantik sebab lighting kelaut dalam. Hahaha ! Makan macaroni & cheese ni panas panas memang tak pandang lain dah. Nak resepi nanti Nani share lain kali.
Nasi ayam versi seketul Inani Hazwani. Nasi tak berapa nak kuning sangat sebab Nani terlupa nak letak kunyit sikit. Lain lain tu boleh lah, menjadi jugak sebab tetamu pun tolong masak sama. Eheh! Mungkin lepas ni dah makin pro siapa tahu. Mango lassi memang terlupa nak ambil gambar sebab masa tu dah lapar sangat. Mango lassi sedap sangat, lain kali nak buat lagi. Nani ikut resepi chef dalam Rancangan Dapur Dua Pintu dekat tv tu. Hiks :)
Terima kasih sudi datang & bermalam di rumah saya. Drive dari jauh pulak tu, mujurlah ada dua driver kan. Memang setiap kali jumpa aktiviti utama main masak - masak, buat bedtime stories. Hahaha ! Jarang - jarang jumpa haruslah macam macam cerita yang keluar. Jumpa lagi nanti. 

20 comments:

  1. Pandai inani masak :) Tetamu bagaikan rezeki bila datang rumah kan. Sesekali jumpa banyak gosip nak cerita tu. Hii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, tetamu datang bawa rezeki :) Tahu takpe, bila diorang balik rindu pulak nak buat gossip mak jemah ni. Hahaha !

      Delete
  2. Wah sedapnye tengok macaroni cheese nani, nani memang dah pandai masak sekarang. thumbs up untuk nani :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti Kak Su buat lah pulak macaroni cheese. Alah sikit sikit boleh lah, kayuh pelan2 belajar memasak :)

      Delete
  3. best kan kalau datang ramai-ramai, makan sesama..hurmm rindu dengan kengkawan dayah la pula..hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa lagi Dayah ajak diorang buat potluck. Heee :)

      Delete
  4. Berjaya buat nasi ayam yer. Akak dok print resipi nasi ayam tapi tak terbuat2 lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah mujur menjadi. Lepas ni selalu lah buat nasi ayam sebab dah pandai :)

      Delete
  5. bestnya nanie.... beruntung kwn2 dtg dpt lak mkn sedap2 nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak mesti lagi power ni bab bab memasak. Nani sikit2 je baru nak belajar :p

      Delete
  6. pandainya memasak. teringin nk merasa air tangan kak nani. ewahh :p

    ReplyDelete
  7. kenangan potluck sy pulak, satu ofiz sakit perut..hahaha kelakar betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke? Hahaha, macam mana boleh jadi sampai macam tu?

      Delete
  8. Oh, terjawab sudah siapa gerangan tetamunya ya, Nani ^_^

    Kalau tengokkan beria-ia nak masak tu, nak tunaikan permintaan tu macam tersangatlah penting tetamu tersebut. Hehehe!

    Lain kali kalau akak datang pun main masak-masak cam gini jugalah ya ~_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha. Penting sebab tetamu dari jauh :P Boleh aje kak, jemputlah datang rumah kat Pahang ni :)

      Delete
  9. Seronok kan masak ramai2.. 😍😍😍

    Salam kenal dik..

    ReplyDelete
  10. Wahhh bestnya... tak tahan tengok... nak sikit hehee.. :) :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page