Sangkaya Lagi !

Assalamualaikum & Hello.
Sangkaya


Old Town White Coffee

Assalamualaikum & Hello.
Nani jarang lepak Old Town ni tapi sebab kawan Nani suka makan sini, lama lama jadi selalu pulak pergi. Hahaha. Mungkin sebab susana tempat macam tu selesa nak lepak tambah lagi ada wifi. Jom lah layan dua tiga keping gambar yang sempat diambil. 
Old Town White Coffee
Menu di Old Town White Coffee
Old Town White Coffee
Masa tu teringin sangat tekak ni nak makan cendol, apa lagi order lah satu. Aaaa nikmatnya kalau dapat cendol ni sekarang. Musim panas ni pulak kan, lagi lah nyaman tekak.
Old Town White Coffee
Nasi Lemak Ayam. Add on Sambal Sotong.
Old Town White Coffee
Apa entah namanya ni, tak ingat sudah. Tapi dalam kuah kari ni ada bebola, tauhu dengan sayur tauge. Sedap ! Ini dah siap kacau, baru ingat nak ambil gambar. Hahaha !
Old Town White Coffee
Hero Pedas
Gegar Vaganza sangat gambar tu. Hahaha ! Portion banyak gila, ayam tu pun bahagian kepak ada dalam lima ketul. Haaa kau rasa? Tak habis pun makan nasi hari tu, ayam lagi seketul ratah jugak walaupun dah tak berapa nak larat. Tapi overall memang sedap ! Kalau tak tahu nak lepak dekat mana, lepas ni boleh masuk Old Town White Coffee ok !






Bila Dah Tak Ada Kerja !

Assalamualaikum & Hello.
Bila dah tak ada kerja nak buat, main benda macam ni pun jadi. Hahaha ! Sesekali nak bagi otak seni bergerak sikit. Maklumlah dari kecil memang tak minat melukis, mewarna ni bagai. Menconteng minat lah. Eheh ! 

DIY Postcard Giveaway by Sally Samsaiman

Assalamualaikum & Hello.
DIY Postcard Giveaway by Sally Samsaiman
klik SINI untuk join

Fuhh Fuhh harap harap dapat lah satu postcard ni daripada Sally. Hahaha !

Segmen Blogwalking | Yaya Cendana

Assalamualaikum & Hello.
Segmen Blogwalking | Yaya Cendana
klik SINI untuk join

Shawl Giveaway by Lollipop Manis

Assalamualaikum & Hello.
Shawl Giveaway by Lollipop Manis
klik SINI untuk join 
Jom lah join mana tau boleh dapat shawl percuma sehelai. Jimat duit tak payah beli yang lain dah. Hahaha ! Syarat pun mudah sangat. 

MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz

Assalamualaikum & Hello.
MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz | MAA Takaful berhad merupakan satu syarikat insurance yang telah lama bertapak di Malaysia. Simpanan bertakaful MAA adalah simpanan yang dilaburkan di dalam dana syariah, yang menepati segala aspek- aspek yang telah ditetapkan dalam islam. Dana ini juga dilindungi oleh PDIM yang menjaga institusi perbankan dan insurans sekiranya terjadi apa-apa kepada syarikat pelaburan.

Peningkatan kos sara hidup yang tinggi kadang kala memaksa kita untuk membuat persediaan keewangan awal bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini berlaku pada masa akan datang. Lebih-lebih lagi persediaan KOS PENDIDIKAN ANAK-ANAK masa kini. Mennyedari masalah ini, MAA Takaful dengan berbesar hati menghulurkan tangan kepada anda para Ibu Bapa bagi membimbing anda dalam merancang keewangan dari aspek pendidikan anak-anak anda. Dengan perancangan keewangan ini, anda bakal menerima sebanyak RM 25 930.00 dengan hanya penyimpanan RM 100 setiap bulan. Memang berbaloi. Untuk maklumat lanjut sila klik (DI SINI).  

MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz

Bagi membantu anda mendapatkan maklumat terperinci tentang Pakej Pendidikan Takaful ini, boleh lah bertanya dengan mana-mana agent MAA Takaful ataupun bertanya secara personally dengan Encik Nizam di talian 0176338008 (call/whatsapp/telegram). Sudah pasti layanan istimewa akan diberikan. (Klik di sini kalau nak mengurat abang Nizam ni yer)

Anda semua inginkan barangan seperti Diari dan Cash khas dari MAA takaful? Jom join MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz. Syarat-syarat seperti berikut:

Syarat-syarat:

1. Sila follow blog di bawah
2. Buat satu entri SEBIJIK macam entri ni siap dengan banner dan backlink segala bagai dengan tajuk MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz. Nak mudah copy and paste coding kat bawah ni jer (WAJIB)

3. Dah sudah buat entri SEBIJIK macam entri ni, paste link URL entri dalam runagan komen di bawh ni.

Mudah kan? 3 step je. Tak banyak la. Hehehe 

Hadiah yang bakal di menangi

Tempat pertama - RM50 + Diari Khas dari MAA
Tempat kedua - RM 30 + Diari Khas dari MAA
Tempat ke tiga - RM 20 + Diari Khas dari MAA
Saguhati 1 - Diari Khas dari MAA
Saguhati 2 - Diari Khas dari MAA
Saguhati 3 - Diari Khas dari MAA

Pemilihan pemenang adalah secara random by Random.org

Jangan lupa join tau. Sila la war-warkan pada yang lain. Tarikh Tutup Penyertaan adalah pada 31 Januai 2016. 

**Senarai peserta akan di kemaskini dari semasa ke semasa.

With Love
Papaglamz

-seikian-





Thank You Zalora !

Assalamualaikum & Hello.
Tiap kali masuk website Zalora mesti rambang mata tengok semua koleksi yang ada. Lepas tu mula lah rasa nak yang tu nak yang ni. Hahahaha ! Typical seorang Nani. Mula mula hari tu macam berkenan dengan sehelai tunic blouse tapi last sekali beli kasut. See, bila banyak sangat pilihan depan mata nafsu nak membeli selalu berubah ubah. Tambah pulak hujung tahun hari tu Zalora buat sales kan lagi lah nya. Semua rasa lawa, semua rasa nak beli. 
ZaloraKali ni nak try pakai kasut jenama Louis Cuppers pulak. Nani ni jenis yang lasak sangat dengan kasut, kadang tu beli tak lama mana pun tahan. Huhu. Sebab tu koleksi kasut aku kena banyak, sebagai spare kalau kasut yang tengah pakai tu putus.
Zalora
Mulanya nak kasut lain tapi saiz tak ada. Frust sikitlah sampai terbayang bayang lagi kasut tu sekarang ni. Hahaha ! Harap harap jodoh dengan kasut kali ni panjang lah sikit. 

WAJIB BACA !




Majlis Kesyukuran - Part II

Assalamualaikum & Hello.
Ini sambungan entri yang Nani tulis tahun lepas dekat SINI. Hahaha ! Makan tahun hah nak tulis entry pasal Majlis Kesyukuran ni. Hari tu ingat nak masukkan semua dalam satu entry tapinya penyakit malas nak pindahkan semua gambar tu yang tak jadi. Minta maaf mana yang Nani tak sempat nak balas kunjungan lagi, tuan tanah ni tak berapa nak sihat. Selsema + sakit tekak = lemau jadinya. Nanti dah sihat sikit saya balas kunjungan balik semula.
Cream puff dengan kek apa entah namanya. Maklumlah dah lama sangat, nama pun lupa :p
Spaghetti & bubur pulut hitam.
Fruit Cocktail. 
Brownies mak cik buat :D
Gambar budak kecik ni memang semua pejam mata. Hahaha ! Mengantuk sangat ke dik oi :p
Akhirnya celik juga mata awak ni. Hahaha ! Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah tau. Rindu nak peluk & gomol gomol pipi tu sampai awak rimas. Lalalala ! Next event hujung bulan ni, kak Nadia bertunang. Tahun 2016 ni ramai yang nak bertukar status. Syoknya makan kenduri saje. Huhi !







Wordless : Tukar Status

Assalamualaikum & Hello.
Twitter Inani Hazwani
Mungkin aku boleh menyelit dekat bulan 3 sebab bulan 3 tak ada pulak yang nak booking buat apa apa event :p Hahahaha ! Pening semua orang kang berderet lima bulan ada event. 

Ada Printcious Semuanya Jadi Mudah !

Assalamualaikum & Hello.
Siapa dekat sini suka bagi hadiah dekat orang yang istimewa dan tersayang? Rasanya memang semua orang suka bagi hadiah dekat yang tersayang sempena hari lahir,ulang tahun perkahwinan dan macam macam majlis lah kan. Nani pun macam tu juga tapi tu lah kadang kadang naik pening nak fikir nak bagi hadiah apa. Tambah pula bila dekat Jerantut ni tersangatlah terhad tempat nak cari hadiah. Kadang kadang dah jumpa tapi tak berapa cantik lah, stok dah habis lah. Bila dekat KL senang lah nak cari hadiah sebab banyak pilihan yang ada. Tapi kalau beli pun, nak bawa balik Jerantut macam mana pula kan. Nani ni balik naik bas, memang tak suka bawa barang banyak. Susah !
Printcious
Tapi Nani rasa lepas ni dah tak ada masalah bila nak belikan hadiah untuk seseorang. Nak tahu tak sebab apa? Nani dah jumpa satu online website yang jual macam macam barang yang boleh dijadikan hadiah. Excited sangat bila tahu tentang website Printcious ni sebab akan memudahkan kerja Nani. Lepas ni nak cari hadiah tak payah lagi walk in dekat mall ke kedai hadiah ke, beli aje online. Klik klik dah siap, tunggu je barang tu sampai dekat tangan. Senang ke tidak? Hehehe. Jimat masa kan bila beli online ni daripada walk in dekat mall atau pun kedai hadiah tapi tak jumpa apa yang kita nak. Nampak tak gambar atas tu ada cushions, mug, tshirt & macam macam lagi lah yang boleh dijadikan hadiah. Jangan tak tahu dekat Printcious ni phone cases pun ada korang ! 
Printcious
Dekat Printcious ni macam macam hadiah ada, comel comel pulak tu. Kalau bagi dekat kawan, orang tersayang dijamin mereka suka lah. Nani masa buka web tu pun dah jatuh cinta bila tengok banyak sangat pilihan hadiah yang ada. Warna pun ceria ceria semua. Nak tahu apa yang menariknya lagi dekat Printcious ni, kita boleh DIY sendiri hadiah yang kita nak bagi kepada yang tersayang.Bukan tu sahaja, kita jugak boleh tulis nama dekat hadiah yang kita nak bagi. Best sangat lah website Printcious ni, first time jumpa website yang macam ni.
Printcious
Precious Gift From Your Heart yang digunakan sebagai tagline mereka ni pun best dan nampak sweet aje. Tak tahu lah nak cakap macam mana lagi dah, korang memang wajib terjah website Printcious ni. Kalau tak nak bagi hadiah untuk yang tersayang pun, beli untuk diri sendiri pun boleh apa. Semalam masa buka website tu Nani dah berkenan nak beli mug yang comel macam dekat bawah ni. Tak boleh tahan lah tengok barang comel macam ni, memang nak beli juga!
Printcious
Haaa comel kan mug dekat atas ni? Nani nak beli lepas ni, bust koleksi sendiri. Hikhik. Lepas ni nak beli hadiah tak payah pergi dekat tempat lain dah, korang terus je ke www.printcious.com ok. Harga pun sangatlah berpatutan dan berbaloi. Setiap pembelian atas RM75 pulak akan dihantar secara percuma! Menarik sangat kan. Sekarang ni Printcious ada buat sales tau sampai 10 Januari, memang ada diskaun kaw kaw untuk setiap barang. Tunggu apa lagi, jom shopping di Printcious! Rugi kalau tak grab barang comel macam ni !




Giant Mocha

Assalamualaikum & Hello.
Giant Mocha
First time Nani rasa air dalam gelas besar macam ni, not bad lah. Banyak juga pilihan yang ada tapi macam biasa lah Mocha jugak yang nak. Sejak minum ice blended Mocha hari tu jadi ketagih pulak dengan Mocha. Dalam seminggu tu tak pernah lah tak minum Mocha. All time feveret,Mocha :P
Giant Mocha
Haaaa macam macam pilihan ada. Sekarang ni dah memang jadi trend air dalam cup besar tu. Rasanya yang femes mula mula dulu Pirates Coffee kot lepas tu macam macam nama ada. Korang dah try air hipster dalam cup besar macam ni? Heheheh :D 


SEGMEN : Jom Tukar Bloglist by Lyssasecret.Com

Assalamualaikum & Hello.

SEGMEN : Jom Tukar Bloglist by Lyssasecret.Com

Nak join Segmen ni ? 50 blogger yang terawal dan mengikut kesemua syarat akan terpilih ! First come . First serve ! :D

Caranya mudah sahaja !

SYARAT WAJIB





1. Buat SATU entri bertajuk --->  SEGMEN : Jom Tukar Bloglist by Lyssasecret.Com
2 . Kemudian , ikut step seterusnya di blog Lyssa ye ----> http://www.lyssasecret.com/


**Boleh tambah ayat korang sendiri mengikut kreativiti masing-masing**


Jom baca !
9 Resepi Menggunakan Laici Yang Anda Tidak Tahu !
7 Pengalaman Best Yang Wajib Cuba Sekali Seumur Hidup !
8 Perkara Penting Dalam Hidup Yang Tak Boleh Dibeli Dengan Duit !

Terima Kasih 2015 !

Assalamualaikum & Hello.
Tik tok tik tok, beberapa jam lagi nak melangkah ke tahun 2016. Dah ready ke belum ni nak masuk tahun baru? Hehehe. Kalau 2014 yang lepas Tahun Pandai Memasak  tahun ni tak tahu apa yang pandainya. Hahaha ! Mungkin tahun ni lagi pro memasak. Ewah, over sungguh ! Untuk tahun mendatang ni Nani cuma harapkan sentiasa dikelilingi orang orang yang baik dan dimurahkan rezeki. In Sha Allah bila minta yang baik baik, Allah akan bagi dan hantar yang baik baik juga. Senyum.
Ada satu benda dalam tahun 2015 ni yang paling Nani ingat bila orang panggil "Cik Manis" Hahaha! Dulu kan blog guna cikmanissweet.blogspot.com sebelum tukar www.inanihazwani.com Dari situ lah melekatnya orang panggil Cik Manis. Sampai sekarang kot orang panggil. Hahaha! Malu lah masa mula - mula dulu orang panggil macam tu, tapi lama lama dah terbiasa. Bila orang panggil Cik Manis automatik akan menyahut. Hahaha! 
Rasanya 2015 ni banyak sangat kenangan manis, alhamdulillah. Harap 2016 akan datang banyak lagi kenangan manis yang boleh dilakar. Gitu. Dikelilingi kawan - kawan yang ceria memang akan buat hidup kita jadi warna warni. Hahaha! Terima kasih buat semua yang jadi sebahagian daripada kenangan saya untuk 2015. Sayang semua yang datang dalam hidup.

p/s : Siapa boleh cadangkan dekat area KL/ Selangor ni mana best untuk bercuti? Rsa macam nak pergi vacation tahun depan. Hahaha. 



Churros Inani Hazwani

Assalamualaikum & Hello.
Asyik tengok aje orang buat churros memang seorang Inani Hazwani tak boleh tahan lah. Kawan pulak asyik cakap senang je nak buat. Haishh apa lagi google punya google resepi memang senang hah, bahan pun ada dekat rumah. Banyak juga resepi nak buat churros ni, tapi macam biasa lah yang paling senang tu yang Nani buat. Hahahah ! Nak pula makan sendiri, letak aje lah ikut suka hati kan. 
Churros Inani Hazwani
Haaaa ini lah dia rupa Churros Inani Hazwani. Amatur kan memang lah tak sama panjang pendeknya itu. Nani pulak acah acah dah pro terus paipkan acuan dalam kuali panas. Itu pasal lah tak tahu panjang mana yang Nani tekan. Alah panjang pendek churros tu tak penting, yang penting rasa dia tu. Sedap lah jugak pada tekak Nani ni hah. Tapi Nani lagi suka makan yang dekat gula tu aje, bila cicah dengan coklat tu rasa tak sedap. 
Orang dalam rumah ni pulak cakap sedap lagi cicah dengan coklat. Hahaha. Entahlah. Tekak masing - masing kan. Menjadi lah cubaan pertama membuat Churros. Gula tu nampak kasar sebab Nani guna gula biasa, tak guna gula ising. Nak mesin gula tu hajatnya tapi pengisar kering kat rumah rosak. Tabur aje lah gula yang dah ada tu kan, asal ada rasa manis sudah. 

Majlis Kesyukuran - Part 1

Assalamualaikum & Hello.
Jumaat baru ni family sebelah ibu Nani buat Majlis Kesyukuran sekali dengan Majlis Cukur Jambul untuk sepupu yang baru lahir. Memang jadi tradisi dalam keluarga kalau kenduri akan buat gotong royong memasak apa semua. Nenek Nani tak suka sangat catering ni, dia lagi suka kalau masak sendiri. Khamis pagi tu dah balik kampung sebab banyak sangat benda nak kena buat. Biasalah kan kalau memasak sendiri ni, tenaga memang kena kerah banyak lah. Tapi dekat felda ni memang ramai lah jiran tolong juga. 
Majlis Kesyukuran - Part 1
Majlis Cukur Jambul untuk budak kecil ni hah. Hana ni behave sangat dia, orang bising bising tepi telinga dia pun, sikit tak ganggu dia punya tido. Baik sangat awak ni sayang. 
Gulai Lemak Labu
Gulai Lemak Labu
Gulai Ayam
Gulai Ayam 
Ikan Keli Goreng Berlada
Ikan Keli Goreng Berlada
Acar Timun
Acar Timun
Menu utama masa kenduri baru ni, semua masakan kampung. Ada juga sambal belacan, ikan masin goreng. Kecur air liur taip entri ni. Hahaha ! Lepas rindu nak makan masakan kampung yang sedap - sedap. Lepas solat jumaat orang lelaki datang buat tahlil lepas tu baru lah Majlis Cukur Jambul si kecil tu tadi. 
Majlis Kesyukuran - Part 1
Masa ni Nani tolong bawa dulang yang ada bedak sejuk, bunga rampai dengan gunting. Memang adat dekat kampung Nani kena ada benda ni. Dah tak memasal mak cik mak cik ni sapu bedak sejuk kat muka den sekali. Hahaha! Siap dengan pakej doakan Nani pelamin tak lama lagi. Mana tau masin mulut mak cik tu kan, dah lah waktu tu hujan. Ehh. Doa lah yang baik baik untuk saya. Hahahaha! 2016 nanti mana tau kan :P
Majlis Kesyukuran - Part 1
Iklan gigi beserta eyebag berkilo kilo hah. Hahahah ! 
Dia bukan tido tu tapi sebab ambil gambar menghadap matahari dia silau agaknya. Rindu lah nak cubit cubit pipi awak tu dik. 
Majlis Kesyukuran - Part 1
Kekok ! Hahaha !
Paling tak pandai bila nak pegang baby yang baru lahir macam ni. Budak tu pun nampak tak selesa bila den yang pegang. Hahahah. Practice makes perfect kan? 





Cempedak Goreng

Assalamualaikum & Hello.
Hari tu jalan jalan pasar malam dekat PJ, ternampak ada sorang mak cik ni jual cempedak goreng. Nani pulak masa tu memang teringin nak makan cempedak goreng. Apa lagi, laju laju pergi dekat mak cik tu tanya berapa ringgit kan. Sekali, dia cakap RM 1 SEBIJI DIK ! Pehhh mahal sangat mak cik sampai seringgit sebiji, terus tak jadi Nani nak beli. 
Cempedak Goreng
Haa satu ni seringgit kau rasa? 
Balik Pahang cerita dekat abah yang cempedak goreng dekat PJ seringgit satu. Abah pun cakap mahal. Pagi Ahad tu pergi pekan sehari kebetulan ada orang jual buah cempedak sebiji baru empat ringgit. Isi cempedak tu banyak sangat, sampai boleh goreng dua kali. 
Cempedak Goreng
Cempedak yang Nani goreng pagi tadi. Puas hati dapat makan cempedak goreng, dah lama sangat teringin. Hahaha ! Nani bukan berkira sangat bab makan ni tapi kalau seringgit untuk sebiji cempedak goreng tu Nani rasa macam tak berbaloi. Empat biji dah empat ringgit. Pehhh ! 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page