Jatuh Cinta Dengan DwiDara Collagen Complex

Assalamualaikum & Hello.
Dah lama Nani nak kongsikan tentang khasiat DwiDara Collagen Complex ni tapi sebab asyik busy memanjang tak sempat nak buat entry. Mujur ada DwiDara Collagen Complex ni dapat juga kekalkan tenaga Nani walaupun busy dengan macam - macam hal nak kena siapkan. Dekat dua minggu Nani consume produk ni, dapat rasa kelainan dia lepas dah guna. 
DwiDara Collagen Complex
Masa mula mula produk ni sampai dulu pun Nani dah jatuh hati dengan packaging dia. Lawaaaaa sangat ! Jom scroll bawah lagi untuk tahu apa khasiat sebenar DwiDara Collagen Complex ni. 
DwiDara Collagen Complex
Bahan - bahan yang terkandung dalam DwiDara Collagen Complex : 
  • Lemon
  • Madu
  • Epal
  • Limau Gedang
  • Kurma
  • Delima

DwiDara Collagen Complex
Khasiat & Kelebihan DwiDara Collagen Complex
Banyaaaaak sangat khasiat DwiDara Collagen Complex ni, tu yang buat Nani jatuh cinta berkali kali. Hahahah ! Bukan sahaja boleh buat kulit muka kita floles dan glowing semata - mata, nak maitainkan berat badan pun boleh hah. Beli satu produk dapat dua manfaat. Untung ke tak untung ni? Hehehe. 
DwiDara Collagen Complex
Kalau ada masalah kulit macam yang dekat atas ni, memang Nani reccomend korang guna DwiDara Collagen ni hah. Macam Nani kulit muka selalu sangat berjerawat & berminyak. Lepas tu mula lah hilang keyakinan diri nak bercakap dengan orang. Tapi dengan adanya DwiDara Collagen Complex ni, semua masalah Nani tu selesai !
DwiDara Collagen Complex
Sekarang ni Nani memang busy so tak ada masa lah nak consume produk yang nak kena bancuh ke shake bagai. DwiDara Collagen ni tak payah nak bancuh pun, tinggal koyakkan sachet lepas tu dah boleh makan. Haaaa senang ke tidak? Tak sampai seminit pun kan, dah dapat jaga kecantikan wajah kita. Nani memang suka produk yang senang macam ni. Hehehe !
DwiDara Collagen Complex
Teringin ke tidak nak beli? Haaaa kalau nak beli & consume produk DwiDara Collagen Complex ni, korang cepat - cepat terjah link dekat bawah ni tau! Banyaaak khasiat & tentunya dapat jaga kecantikan kita luar dan dalam lagi. Selamat Mencuba !







Produk Rysya Skincare

Assalamualaikum & Hello.

Produk Rysya Skincare

Produk penjagaan asas bagi kulit wajah amatlah penting untuk mengekalkan kelembapan kulit, mengelakkan kulit terhidrat dan juga menjaga kolagen dalam kulit. Semakin kita berumur, semakin kurang kolagen kulit kita.



Rozita Che Wan selaku duta Rysya Skincare ini telah mencuba produk ini terlebih dahulu sebelum beliau menerima tawaran menjadi duta.





Che Ta mengakui setelah mencuba produk penjagaan kulit Rysya ia mampu menyerlahkan seri wajahnya. Malah beliau menasihati kaum wanita yang berusia 40an sepertinya jangan asyik sibuk dengan tidak menjaga penampilan diri.



Produk Rysya Skincare

“Siapa kata bila dah masuk 40an dah nampak tak cantik. Persepsi macam itulah yang membuat ada wanita lari dan menyorok bawah katil sebab rasa dah tak cantik. Malah ada yang baru 30 tahun tapi gigi pun dah tak ada sebab abaikan soal penjagaan kecantikan,” seloroh Che Ta.



Terbukti dalam usia 42 tahun, Che Ta masih kelihatan cantik dengan bentuk badan yang ramping dan kulit yang bersih.



Menurutnya, beliau menggunakan satu set produk Rysya seperti cleanser, toner, serum, dan krim magik. Dimana produk berkenaan mampu mencerahkan kulit serta melambatkan proses penuaan.

Paling best tentang RYSYA SKINCARE ini ialah tiada PARABEN dan TIADA BAHAN KIMIA. Natural gituuuu!! 



Antara kandungan dan keistimewaan yang ada dalam produk RYSYA SKINCARE :







LY FACIAL CLEANSER | RM 45



1. Vitamin C

- Menghilangkan dan menyembuhkan bekas jerawat

- Dapat menghasilkan kolagen dalam jumlah yang banyak

- Kolagen inilah yang akan berfungsi sebagai agen penyembuh luka

- Mencerahkan kulit

- Antioksidan dalam Vitamin C berfungsi untuk meneutralkan serangan radikal bebas pada kulit.

- Bertindak sebagai agen anti-penuaan



  2. Licorice

- Ektraks Licorice diperoleh dari akar tanaman Gycyrrhiza Glabra atau yang lebih dikenali sebagai akar manis

- Ada banyak komponen yang terkandung dalam ekstrak Licorice, antar yang lain glabridin, glikosida, flavonoid dan tannin.

- Komponen pada Ekstrak Licorice dapat membantu mencegah pigmentasi kulit wajah

- Ia juga bertindak sebagai agen antioksidan dan anti inflamasi





Produk Rysya Skincare

LY FACIAL TONER | RM 45



1.    Phyto Placenta Extract

- Kandungan dan ekstrak tumbuh-tumbuhan yang ada di dalam toner dapat menenangkan kulit.



2.    Vitamin B3

- Kandungan Vitamin B3 di dalam toner dapat menyerap ke dalam kulit untuk memutihkan dan meningkatkan ‘Vitality’ kulit.

- Ia juga dapat membantu mengawal ketidakkeseimbangan yang terjadi di dalam kulit.

- Memberi kelembapan dan membuat kulit menjadi lebih bersih dan cerah.



Toner Rysya ialah jenis spray. Tidak mudah tumpah ! Gunakan toner selepas mencuci muka. Tepuk tepuk sikit muka tu bagi toner menyerap dengan lebih efektif. Jika mengunakan kapas, hanya sapu ratakan sahaja ! Mudah !



Produk Rysya Skincare

RYSYA 24K GOLD SERUM | RM 140



1. Pullulan

- Ia merupakan sejenis gula semula jadi ( Glucan ) yang terbentuk dari fungus A yang mengandungi Vitamin C & B12.

- Bertindak sebagai antioksidan

- Mampu menegangkan kulit dalam jangka pendek dan panjang



2.Glycine Soja ( Soya Bean )

- Antioksidan yang hebat kerana ia kaya dengan Vitamin C

- Mempunyai anti-penuaan yang bertindak sebagai pelindung kulit

- Melindungi kulit daripada radikal bebas

- Ejen anti-radang



3. Red Algae

- Sumber yang paling kaya dengan mineral, vitamin dan asid amino

- Membersih dan menyuburkan kulit



4. 24K Gold

- Meminimumkan kekurangan kolagen dan meningkatkan keanjalan kulit

- Merawat kulit dengan meningkat dan merangsangkan peredaran di dalam kulit



Penggunaan serum penting untuk penjagaan kulit muka kita lebih produktif dan melambatkan penuaan dan menjaga kehilangan kolagen muka.



Produk Rysya Skincare

RYSYA 24K GOLD MIRACLE CREAM | RM 140



1.    Red Algae

- Sumber yan gkaya dengan polisakarida semula jadi

- Meningkatkan fungsi daya tahan kulit

- Mengekalkan kelembapan semulajadi kulit

- Meningkatkan keupayaan kelembapan



2.    Soy Placenta Extract

- Mengurangkan kedutan

- Menggalakkan kulit supaya lebih cerah

- Kaya dengan biostimulans yang meningkatkan pernafasan sel kulit dan pengoksigenan



3.    Virgin Coconut Oil

- Menghidratkan kulit

- Menyerap, melembap dan melembutkan kulit

- Berkesan untuk membetulkan segala isu-isu gangguan kulit seperti eczema dan lain-lain

- Memberi perlindungan dari sinaran UV yang membahayakan Kulit





TESTIMONI RYSYA SKINCARE





Testimoni dari Illy Ariffin:-



Produk Rysya Skincare






Testimoni dari Yaya - yayaflanella.blogspot.com



Produk Rysya Skincare
I likeee! Bau dia wangi macam syampu. Bila pakai rasa macam sapu losyen lembut je. Tapi krim ni bukan sebarang krim okay! 24K Gold Miracle Cream ini memberi keajaiban dengan merawat kulit muka dari dalam tau. Best pakai krim ni. Yaya rasa jerawat Yaya yang nak tumbuh tak jadi tumbuh. Hihi ^^v





Produk Rysya Skincare

Tak pakai make up pun takpe asalkan penjagaan asas perlu ada okay! Cleanser, Toner, Serum dan juga 24K Gold Miracle Cream! Hihi ;)



Produk Rysya Skincare

Produk Rysya Skincare




Penjagaan asas kulit muka ini sangat penting !

Cleanser, Toner, Serum dan juga 24K Gold Miracle Cream!

Tak perlu make up bagai pun boleh lawa ! ;)





Untuk maklumat lanjut mengenai Rysya Skincare : 




Stokis RYSYA Skincare COD KAJANG, CHERAS, BANGI

Pengeposan di seluruh Malaysia - POSTAGE FREE !!

Instagram: @rysyaskincareselangor / #rysyaskincareselangor


Whatsapp: 012-6460421

Dapat Ketuhar Pemanggang Sebiji !

Assalamualaikum & Hello.
Siapa yang follow twitter suam suam kuku Nani tu mesti dah tahu pasal ni. Hehehe. Pagi tadi ibu WhatsApp cerita pasal Family Day pejabat abah yang buat semalam. Macam biasa lah kan, family day ada sukaneka, pakaian bertema bagai. Part yang paling seronok dah tentu tentu cabutan bertuah. Family Day kali ni Nani tak join. Lagi pun Selasa depan dah nak balik Pahang pun. Malas lah nak balik banyak kali, dengan ekonomi sekarang ni lagi. Huhu
Tak pelik lepas ni setiap kali sarapan ibu hidang biskut. Hahahah ! Tiga tin oii biskut dapat. Dekat rumah tu setakat lima orang je hah penghuninya, itu pun kalau semua ada. Siapa entah photobomb kat belakang tu. Kohkoh :p
Hamper tu dapat untuk Kategori Keluarga Ceria. Kalau ada Nani mesti lagi bertambah ceria. Kahkah! Haaa nampak tak apa dalam gambar tu. Cabutan bertuah kali ni memang bertuah sungguh abah. Sebelum2 ni jarang sangat abah dapat hadiah besar macam ni. Sekarang Nani pulak yang tak sabar nak balik nak merasmikan guna hadiah baru. Tak pelik lepas ni banyak resepi panggang memanggang dalam ni. Hahahahaha ! Bestnyaaa oii. 

p/s : Harap lepas ni ada lah dapat cabutan bertuah dapat stand mixer pulak. Penat den tiap kali nak buat kek guna hand mixer. Hahahaha ! 

Private Number

Assalamualaikum & Hello.
Petang semalam dapat call daripada private number tapi Nani tak perasan langsung. Nani ni memang spesis suka silentkan phone tambah pulak bila dekat bilik. Sebab private number tak boleh lah nak call back atau mesej kan. Huhi ! 
Private Number
Siapa lah agaknya pemilik private number ni? Hahaha ! Kalau dulu masa sekolah ada sorang kawan Nani ni dia guna private number tapi sekarang dah tak ada dah. Tak apa lah, Nani assume mungkin benda tak penting pun. Kalau penting mesti dia akan usahakan untuk call balik. Kan? 

Wordless Wednesday

Assalamualaikum & Hello.
Tahniah ibu dah selamat konvo :)

Thank You Awak !

Assalamualaikum & Hello.
Keluar pergi discussion untuk siapkan assignment, balik bilik roomate bagi kek pizza hut. Nani kalau bab makan memang laju, tak sampai hati nak tolak walaupun masa tu dah pukul sepuluh lebih. Hahaha ! Kek tu pun nampak menyelerakan, nak simpan makan esok pagi takut semut rasmikan dulu, Eheh ! 
Kek Coklat Pizza Hut
Rezeki supper malam tu, kek coklat dua potong. Sedap sangat ! 

Tappers Cafe

Assalamualaikum & Hello.
Tappers Cafe
Jumaat lepas mulanya nak lunch dekat KFC, tiba - tiba kawan cakap teringin nak makan Sushi King pulak dah. Pergi Sushi King full house sampai kena beratur dekat luar. Masa tu perut dah menyanyi riang memang tak sanggup nak tunggu orang dekat dalam tu siap makan. Alih - alih masuk lah Tappers Cafe. Hilanglah kisah nak makan kfc dengan sushi king hari tu. Hahaha !
Satu air masam gila, satu lagi tasteless. Hmmm. T_T  
Tappers Cafe
Chicken Chop, kawan Nani punya.
Tappers Cafe
Chiicken Parmigian.
Nasib baik makanan sedap, air je yang kurang gula. Huhu. First time lepak dekat Tappers Cafe ni, sampai nak makan apa pun tak tahu. Tengok menu semua nampak sedap tapi yang ada cheese ni jugak yang jadi pilihan. Hahaha !

p/s : Hari ni Selangor cuti lagi, seronoknyaa lahai deret empat hari rileks. Hahahah ! 





Cucur Badak Hangit

Assalamualaikum & Hello.
Baca tajuk pun dah dapat agak kan macam mana rupa cucur badak yang Nani nak tunjuk nanti. Hahaha ! Ralit sangat layan drama sampai terlupa cucur badak yang tengah goreng dekat dapur. Aiyoo nasib baik tak sampai berasap dapur ibu, kalau tak berbunyi alarm kebakaran. 
Cucur Badak
Walaupun hitam di luar sedap di dalam ok. Hahaha. Nani pun mula mula rasa nak buang dah tapi macam membazir pula. Makan lah juga sebiji, terdetik dekat hati sedap juga. Rangup pula tu. Habis juga empat biji cucur badak hari tu walaupun hangit, 
Cucur Badak
Hantar gambar cucur badak hangit tu dalam WhatsApp keluarga besar & mak cik Nani hantar balik gambar cucur badak yang atas ni. Hahaha ! Beza sangat kan warna dia. Lepas ni kalau goreng apa apa tak nak dah tinggal, tunggu sampai siap masak terus, Pernah jadi macam ni dekat korang?

p/s : Hari ni Selangor cuti, sedapnya golek golek atas katil. Hahahah ! 

Resepi Potato Fritters Mudah

Assalamualaikum & Hello.

Resepi Potato Fritters Mudah 


Dah lama rasanya tak buat entri Masak Masak bersama Inani Hazwani ni kan. Hahaha ! Hari ni Nani nak share satu lagi resepi mudah yang boleh dicuba untuk ibu/ emak/mommy/mama yang tak tahu nak masak apa tu. Ewah ! 

Bahan - Bahan 

  • Telur
  • Tepung Gandum
  • Ubi Kentang
  • Lada Hitam
  • Daun Sup *jika perlu
  • Air
  • Garam 

Cara - Cara

Resepi Potato Fritters Mudah
1) Ubi kentang disagat nipis dan dipotong panjang macam dalam gambar dekat atas.
Resepi Potato Fritters Mudah
2) Satukan semua bahan dalam satu bekas dan masukkan air. Kalau ada nak tambah bawang dengan cili potong pun boleh juga. 
Resepi Potato Fritters Mudah
3) Bila adunan dah sebati, panaskan minyak dan goreng sampai kekuning kuningan. 
Resepi Potato Fritters Mudah
5) Siap untuk dimakan. Nani makan dengan cili sos aje. Kalau ada sambal tumis ikan bilis pun sedap juga nak cicah. Ni kira cekodok kentang lah, senang kan? Selamat Mencuba. 


Wordless Wednesday : Spaghetti

Assalamualaikum & Hello.

Spaghetti Sedap

Spaghetti Sedap

p/s : Rindunya nak memasak dekat rumah !


Trend Fesyen Skirt Kembang

Assalamualaikum & Hello.

Siapa dekat sini suka pakai skirt kembang juga, kita geng ! Sepp sikit dari jauh. Hahaha ! Zaman sekarang memang dah jadi trend orang pakai skirt kembang pergi ke mana mana. Nani suka pakai skirt kembang sebab senang dan mudah. Tak sampai sepuluh minit dah siap pun. Cantik kan skirt kembang yang model dalam gambar tu pakai, rasa nak tambah koleksi skirt kembang lagi.

Koleksi Skirt Kembang
Nampak lebih sopan dengan menggayakan skirt kembang seperti ini.

Koleksi Skirt Kembang

Skirt kembang macam ni sesuai dipakai dengan blouse, t – shirt dan baju labuh. Memang nampak lebih anggun, sopan dan tentunya bergaya bila memakai skirt kembang seperti ini. Skirt kembang merupakan antara koleksi pakaian yang paling digemari oleh golongan wanita masa kini terutamanya para remaja. 
Koleksi Skirt Kembang
Memang menjadi kewajipan untuk setiap wanita memiliki sekurang kurangnya sehelai skirt kembang untuk dijadikan sebagai koleksi. Di samping itu, pelbagai warna menarik yang membuatkan setiap wanita ingin memiliki skirt kembang seperti ini. Warna hitam tentunya menjadi pilihan setiap wanita kerana sesuai dipadankan dengan semua warna.
          Koleksi Skirt KembangKoleksi Skirt Kembang
Hari demi hari, skirt kembang ini semakin mendapat tempat di hati golongan wanita. Kini, ditambah pula dengan lilitan riben di pinggang menampakkan si pemakai bertambah elegan dan bergaya. Tunggu apa lagi, jom jadikan skirt kembang sebagai koleksi wajib anda !

Jipangi di Mid Valley

Assalamualaikum & Hello.
Keluar untuk siapkan projek asalnya alih alih banyak pergi makan ada lah. Hahaha ! Sampai Mid Valley terus masuk Texas Chicken sebab kawan Nani dah lapar. Walau pun masa tu Nani tengah kenyang lagi tapi takkan nak tengok aje orang lain makan kan. Order lah jugak nugget yang ada tiga empat ketul tu. Texas Chicken ni lagi murah daripada KFC, kalau nak jimat boleh lah makan situ. 
Jipangi di Mid Valley
Dah lama mengidam nak makan Jipangi ni hah, akhirnya dapat jugak. Sebelum ni Nani tak jumpa dekat mana tempat jual aiskrim ni hah. Baru ni baru jumpa. Hahaha ! Harga asal RM9 tapi sebab Nani student dapat lah RM5 aje ni.

Nak cari aiskrim Jipangi ni senang aje, depan Maybank. Kalau nak pergi The Gardens memang akan lalu dulu tempat jual Jipangi ni. Selamat Mencuba ! 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page