Mood Sedih

Assalamualaikum & Hello.

Semalam kakak sana tanya kenapa Nani macam busy je lately ni. Alahh I tak ready lagi nak share dengan orang berita gembira ni. Kah ! Sikit lagi nanti, Nani share kenapa busy sangat sekarang. Eceh! Hari ni mood sedih sikit sebab kawan kita dah nak fly ke negeri bawah bayu. Malam tadi pun wassap sendu je rasa. Tak dapat nak hantar sampai ke airport. Doa yang mampu saya kirim untuk awak kakak. Have a save journey Dr. Humairah ! 
Dulu my habit suka sangat tido atas toto. Bukan apa kalau tido atas katil panas sebab tak kena kipas. Kah ! Benda tu yang paling dia ingat sekali. Sedih sangat bukan apa sebab sebelum dia fly ni tak sempat nak jumpa langsung. Even still dalam Mesia tapi tetap rasa sedih sebab Sabah tu jauh. Hari tu dia datang rumah, Nani ke Shah Alam. Then tak jumpa sampai sudah. Nak tunggu dia balik semenanjung, raya nanti agaknya. May Allah bless you kakak ! Terima kasih sebab selama ni selalu jadi penguat saya. Stay beautiful yeah. Kalau rindu mohon wassap saya selalu :D

Firstime Buat Lasagna

Assalamualaikum & Hello.

Ni cerita minggu lepas lepas rasanya, nampak tak betapa dah lamanya sampai diri sendiri pun dah lupa bila. Kah ! Maklumlah busy sangat sampai tak sempat nak buat entri pasal lasagna ni. Masa blogwalking pun dah tak banyak sekarang. So saaad jadi insan bernama inani hazwani ni. Ok dah lari topik. Hahaha. Alkisahnyaa aku beli instant lasagna ni awal bulan satu rasanya tapi baru dua tiga minggu lepas aku buat. Ye memang dah lama, aku tahu tu tapi selagi tak expired boleh je masak. 

So sebelum masak tu puas lah aku godek godek cari resipi dekat blog blog orang berpengalaman. Gitu. Bukan apa, kang kalau aku buat tetiba tak menjadi, dah tak memasal membazir masa, membazir peluh yang keluar & yang paling membazir, DUIT ! Mahal kot barang nak buat lasagna ni. Di zaman kegawatan ekonomi untuk orang yang macam aku ni, semua benda berkira T_T Kena cari teman hidup ni baru ekonomi stabil. Kah !

Lepas aku berhempas pulas dekat sejam buat lasagna akhirnyaaa menjadi jugak. Tapi gambar yang aku dah potong lasagna tu lupa nak ambik. Masa tu aku cuak sangat takut tak menjadi lasagna tu. Eheh ! Macam lah nak bagi mak mertua rasa sampai nak cuak bagai. Hahahah. Bukan apa, kalau benda yang pertama kali ni buat then menjadi baru lah rasa bersemangat untuk masak kali kedua, ketiga dan seterusnyaa. Cewah ! 

p/s : Mintak maaf untuk semua yang singgah blog Nani tapi Nani tak pegi blog awak balik. Busy sangat uruskan hal peribadi. Nanti saya free saya singgah blog awak semua. Ihiksss :D

Wordless Wednesday

Assalamualaikum & Hello.

Pernah rasa ?

Review Aku Penghibur l Dia Jejaka Berkaca Mata

Assalamualaikum & Hello.

Aku penghibur? Apa yang nak dihiburkan? Macam mana nak menghiburkan? Ya , itulah persoalan jika kita lihat sebalik domain akupenghibur.com. Unik dan versetail. Mungkin juga, bila melihat domain ini, tanggapan pertama kita ialah sebuah weh yang berasaskan hiburan . Tapi hiburan apa yang cuba disampaikan?

Aku Penghibur bukanlah sebuah nama yang asing dalam dunia blogging. Nama yang tercipta hasil dari kata - kata Datuk Aznil Haji Nawawi yang mengatakan "awak boleh jadi penghibur yang baik." Disebalim kejayaan dalam dunia Blogging achik sebenarnya, ia adalah dari doa seorang emak dan keluarga yng tiada henti, sokongan dari kawan - kawan realiti dan maya serta pembaca di blog. Achik juga seorang yang 'low profile.'

Pemilik yang mesra disapa achik ini selalu memberi tunjuk ajar kepada blogger yang masih hijau tentang pentingnya ilmu untuk mengendali sebuah blog. Sebagaiman kata pepatah cina, "jika mahu kuda yang laju berlari berilah makan rumput yang berkualiti." Achik berpendapat. untuk menjadi blogger yang baik harus bersedia untuk menerima kritikan, punya semangat yang jitu serta konsisten dan kreatif dalam penulisan.

Secara peribadi pula, Achik seorang yang ramah dan berbudi bahasa sehingga menyebabkan dia sering menjadi rujukan kami di EFG. 'Makan sorang' tiada dalam kamus hidup dia. Idea - idea bernas dan kritikan yang diluahkannya cukup bergunabagai kata - kata seorang abang kepada adik. Bukan terlalu menghormati, tetapi blogge beginilah yang patuh dijadikan role model, dah lah comel , boleh juga  bawa bergurau da tegas pada masanya !
Achik pernah menang Award tau. Nak tahu award apa kenalah terjah blog Achik

Jika tiba - tiba, dalam satu hari tu, anda macam tak tahu nak buka web apa, cubalah terjah ke blog akupenghibur.com. Pelbagai input menarik yang boleh kita dapat. Nani paling ingat entri Achik Usah Biarkan Hatimu Diskaiti Berkali Kali.  Apa yang menarik dalam entri tu? Korang kenalah pergi sendiri baca dekat blog Achik nanti tak saspen lah kalau Nani cerita dekat sini. Ihiksss :D

Dalam entri tu Achik ada cakap jodoh tu rahsi Allah. Serahkan hati padanya, yakin dengannya dan minta dia jagakan kita. Maka dekatkan diri kita denganNya, jaga hubungan kita dengan Allah dan pasti Dia berikan yang terbaik untuk kita. Setuju dengan apa yang Achik cakap ni. Walau jodoh itu ia mendekat tapi kita menolak atau sebaliknya, bila mana Allah kata Kun Faya Kun siapa kita untuk menolak tadirNya? Nak tahu banyak lagi pasal Achik ni laju laju terjah blog beliau.


SEGMEN : blogwalking sebelum Ramadhan bersama ayuinsyirah

Assalamualaikum  & Hello.


klik SINI untuk join

p/s : Penat tak hilang lagi lepas tiga hari berkampung jadi fasilitator untuk kem. 

Happy Weekend !

Assalamualaikum & Hello.


Berhujung minggu dengan Cool Blog. Yummeh !


Jauh Atau Dekat?

Assalamualaikum & Hello.

Minggu ni rasanya banyak entri Nani pendek pendek aje. Bila pegi rumah kakak sebelah sana dengan sebelah sebelah sana entri dia pehh tak pernah pendek pendek macam Iolss ni. Faktor kerja yang melambak lambak buat aku rasa malas nak menaip. Mohon penyakit ni tak berlarutan sampai minggu depan. Ihikss :D


p/s : Hari ni dah Jumaat ohoii. Weekend ni jadual penuh & padat. Apa planning korang weekend ni ?

Hari Ni Aje !

Assalamualaikum & Hello.

p/s : Hari ni busy sesangat, pagi ni ada meeting nanti petang Nani singgah blog awak tau !



Review Nota Purba I AHLI AWESOME & HANDSOME I

Assalamulaikum & Hello.hat 

Anda mungkin sudah tahu apa itu EFG. EFG merupakan salah satu cara untuk mempromosikan blog melalui perkongsian feed link di blog yang terlibat.  Setiap blog yang join secara langsung pautan feed blognya akan terpapar di blog lain mengikut jadual yang dipersetujui, ini dimaksudkan persetukaran yang membantu meningkatkan trafik blog secara sihat melaui ukhwah blog / blogwalking dan belajar teknik untuk meningkatkan prestasi ahli blog.

Bermula hari ini, setiap seorang ahli EFG akan direview. Dan insan pertama yang bertuah untuk direview adalam blogger yang menetap di Selangor. Di kenali dengan nama pena FR atau Fendi Rocka, pemilik blog yang misteri ini menggarapkan hasil tulisan yang berseni lantaran dari sifatnya yang menyerupai seorang anak seni yang mengacarakan rancangan Melodi di TV3 iaitu Awal Ashari.

Blog beliau Nota Purba pasti akan menjadi salah satu blog yang anda tidak akan lupa dan jemu untuk singgah. Sebab apa? Yang tu anda kena pergi sendiri ke blog FR. Satu entry sahaja sudah cukup untuk menjawab persoalan di atas. Blog yang jauh dari gosip - gosip liar Nota Purba berkisar tentang apa yang terjadi kepada penulis itu sendiri di dalam kehidupan seharian. Jika dilihat dari mata kasarnya dan di baca nalurinya, pasti pembaca di luar dapat merasakan aura di sebalik pemilik blog Nota Purba yang penuh misteri.

FR merupakan ahli EFG yang ke 24 dari 41 orang ahli EFG. Walaupun EFG mempunyai ramai adik beradik, FR sangat disayangi dan disenangi oleh semua adik beradik EFG. FR yang kuat mengusik itu mengeratkan lagi hubungan kami semua bagaikan sebuah keluarga besar yang bahagia di alam maya. Kata - kata kekuatan FR dalam hidup adalah " Move On !" FR seorang yang kelakar dan pastinya semua terhibur bila ada FR. EFG dah menemu ramah FR secara maya dan jawapan bagi soalan di bawah ini dah boleh memberi clue siapakah FR sebenarnya. Hahaha.

What is chemistry in academic words ( not less than 200 words )
" Chemistry adalah bila mata kita saling berpandanga, timbul buih - buih cinta, dan common sense mula keluar dari kepala, kat situu kimia jahat memainkan perana, ulang 50 KALI  untuk cukupkan 200 words," FR a. k.a Fendi Rocka. 

Apa yang Nani tak pernah lupa tentang abang FR ni beliau suka sangat buat gambar parody. Hahah. Pernah satu hari dulu Nani terhantar gambar kawan Nani dalam group Wassap EFG & habis kena bahan dengan kakak abang adik dalam tu. Nani pernah cerita dekat SINI dulu. Orang first yang buat Parody tu abang FR. Hahahah. Itulah benda yang paling Nani ingat sampai sekarang. 




Wordless Wednesday

Assalamualaikum & Hello.

Mampu ke rasa rasa? 

Weekend di KFC

Assalamualaikum & Hello.

Weekend baru ni jenjalan rumah kawan baik Nani masa sekolah dulu. Masa pergi naik bas ada orang teman tapi balik sensorang. Peh seram je rasa naik bas sensorang ni even dalam bas tu ramai lagi orang lain. Ni lah payahnya kalau tak dek lesen lepas tu tak dek driver yang nak hantar pergi mana mana. Memang bas lah yang jadi transport pilihan. Balik lah Mesia cepat driver tak bergaji. Ehh :P Nah nak tunjuk dua tiga keping gambar KFC Garlic Butter. Dah rasa ke belum ?
Yang ni paling sedap. Ihiksss.

Aku hari tu mampu makan seketul je. Lagi seketul aku tapau bawa balik. Dua dua ayam dia bagi dekat aku yang besar gedabak. Memang sah lah tak habis, Aherher :P 

Ni burger butter garlic yang aku makan minggu minggu lepas. Burger dia tak sedap sangat pada aku. Tak tahu lah tekak korang macam mana.

Masa ni dah ada tanda tanda nak demam rindu. Bibir kering + muka pulak pucat lesi plus tak pakai mekap langsung. Hahaha. Dia cakap "Dah macam zombi tapi versi cantik " Eceh ! Zombi zombi pun orang sayang. Kah ! Dah macam orang kurang darah bila aku tengok. Eheh ! Nasib baik senyuman masih menawan. Ewah. Hari ni dah ok sikit rasa. Alhamdulillah.

p/s : Lepas ni carrot jadi sayur feveret aku sebab semalam buat medical check up doktor cakap aku rabun. Tak nak pakai spek ! Uhukk T_T

Sarapan Pagi

Assalamualaikum & Hello.

Weekend baru ni seronok sangat berjalan dengan kawan semalam balik rumah terus rasa macam nak demam + batuk. Bibir pun kering sebab kurang sangat minum air masak. Pagi ni demam demam pun gigih jugak pegi hospital sebab nak kena buat medical check up. Jangan pengsan dekat hospital kang sudah. Hahaha.
Susu dutch lady je yang mampu untuk sarapan hari ni. Hahaha. Ni bukan gara gara nak berjimat tapi sebab tekak perit tak boleh nak telan makanan. Korang sarapan apa pagi ni?

Segmen Blowalking Cuti Semestar By Parihh

Assalamualaikum & Hello.


klik SINI untuk join. Syarat sayaratnya pun simple je ^_^

Pulun Baca Novel !

Assalamualaikum & Hello.

Sekarang ni tengah menghabiskan novel ni. Hahaha. Bukan apa nanti nak tengok filem dia senang tak dek lah aku asyik tertanya tanya apa yang jadi. Gitu. 

Cuai Sangat !

Assalamualaikum & Hello.

Hari ni tak dek entri pasal makanan dah kang kak edzwa block pulak aku sebab asyik tayang makanan je. Hahaha. Tak pe entri makanan sambung minggu depan pulak. Banyak lagi nak cerita pasal lasagna, nasi ayam, kfc baru. Ewah :P Kejam betul tuan tanah ni asyik entri makanan je. Nak buat acano tu je cerita yang den ada. Kah ! 

Alkisahnya baru ni aku pergi pejabat pos sebab nak uruskan pos laju. Tapi beratur punya lah panjang. Ramai gila orang sampai stress pulak aku rasa. Aircond pun macam segan silu nak sejuk. Heh. Lepas dah siap setel semua aku pun lenggang kankung berjalan ke tempat parking. Relax je jalan macam tak dek apa apa dah. Sekali sampai tengah jalan aku cakap dekat ibu " Eh purse dekat mana hah?" Peh cuak nak mampus aku masa tu. Dengan segala mak nenek punya kad ada dalam tu. Duit pun boleh tahan banyaknya. Ohmaigadd. Aku rasa nak menangis dah. Ibu pun laju laju pusing pegi balik pejabat pos. Masa pusing tu jalan jammed pulak. Kus semangat tawwakal je aku T_T
Mujurlah masa tu ada senior aku masa sekolah dia perasan yang aku tertinggal purse dekat pejabat pos. Sampai dia sanggup tunggu aku datang balik dekat pejabat pos. Terhutang budi saya dengan akak.Dia cakap dengan dia dia sekali cuak masa tengok aku tertinggal purse. Fuh lega rasa. Kalau tak dah satu kerja nak pergi buat report kat balai cakap purse hilang then nak buat ic baru apa semua. Syukur sangat rasa bila jumpa balik purse ni. Lepas ni tak mau cuai dah yo Nani ^_^

Balik Kampung

Assalamualaikum & Hello.

Cuti empat hari minggu lepas kitorang satu family memang tak planning pergi bercuti pun. Sudahnya balik kampung sebab kebetulan semua adik beradik ibu ada balik. Meriah nau jadinya bila balik berkumpul ramai ramai. Malam tu wan ajak pulak buat BBQ sebab bulan lima ramai yang sambut birthday. So malam tu semua sekali celebrate. Jimat kan. Ihiksss :P
Dah lama sebenarnya kitorang tak buat BBQ gini. Bukan senang nak kumpul ramai ramai kan. Membakor ayam dalam gelap. 

Meriah betul dengan makanan.^_^

Nasi kenkononnya nak makan sikit je banyak jugak ambiknyaa. Nani ni kan dasaaar sangat :P

Sebab yang sambut birthday bulan lima ramai gilos so nama tak boleh tulis. Kang tak muat pulak kek. Hahahah. Kek mak cik Nani yang ada bakery tu sponsor. Kan dah cakap memang jimat bila buat ramai ramai gini. Sebijik kek kongsi lah semua. Ewah :D




Wordless Wednesday

Assalamualaikum & Hello.

Quotes BSA ni selalu terkena batang hidung sendiri. Kah !

p/s : Hari ni busy nak pi bank, pejabat pos nanti petang sikit Nani singgah blog awak semua :D

Jimatnya Dengan iprice !

Assalamualaikum & Hello.

Siapa dekat sini suka shopping online? Kalau korang suka shopping online meh sini baca entri aku kali ni. Hikss. Aku tak tahu sejak bila aku terjebak dengan shopping online ni. Hahaha. Bukan apa shopping online ni senang sangat klik klik dah tunggu je parcel sampai depan rumah. Tak payah nak pergi jalan satu satu kedai lepas tu beratur panjang nak bayar. Ehh korang pernah dengar tak pasal iprice? iprice ni antara salah satu laman web yang jual barang secara online.


Dekat iprice ni macam macam barang yang kita boleh beli. Antaranya barang elektronik, baju, kasut, bag, jam tangan, barang hiasan, peralatan rumah dan banyak lagi. Memang boleh rambang mata tengok barang barang yang ada dekat iprice ni. Kalau tak percaya korang boleh laju laju pergi terjah laman web iprice ni.
Dekat iprice pun ada novel jugak. Memang bagus web iprice ni. Untuk kaki kaki novel WAJIB terjah laman web iprice ni :D

 iprice jugak banyak menawarkan kupon, diskaun, kod baucar dan tawaran terbaru daripada Zalora, Lazada dan banyak lagi. Kalau dah dapat kupon, diskaun tu semua mesti lah harga lagi murah kan? Memang boleh jimat berganda ganda. So, tunggu apa lagi jom laju laju terjah website iprice untuk shopping. Boleh klik link dekat bawah ni untuk terus ke website iprice ^_^


                              


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page