Teh Tarik | Origina Dairy

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Baru ni pergi 7Eleven semata mata nak cari air Origina Dairy flavour Teh Tarik. Gigih sangaat kaan! Hahah! Iye ini sebab kawan Nani cakap air ni sedap. Dulu pernah aje nampak Remy Ishak promote air ni (dia duta kot - ke founder tah) tapi masa tu tak rasa pun nak beli. Biasa lah kan; bila orang cakap sedap baru boleh beli. Tak silap Nani ada banyak flavour air keluaran Origina Dairy ni cuma masa Nani pergi 7Eleven hari tu ada tiga flavour aje yang available - Teh Tarik, Coklat dengan Kurma. Nani sebenarnyaa tak pernah minum susu Kurma jenama selain daripada Farm Fresh sebab takut tak sedap - so tak beli lah flavour yang tu. Coklat pula tak berapa minat sangat, itu yang ambil Teh Tarik. Plus, kawan Nani pun recommend untuk beli yang Teh Tarik ini hah. Biasa lah, pengaruh rakan sebaya ni memang lain macam sikit aura dia. Eh tibeee! Hahah! Kalau korang nak tahu flavour apa lagi yang ada - maybe korang boleh check it out dekat Instagram atau Website dia orang. Tak salah Nani, selain daripada air dairy milk macam ni ada juga air flavour buah buahan. 
Teh Tarik | Origina Dairy
Harga satu pouch air Origina Dairy ni dalam RM 4.50 tak silap Nani. Alamak tak berapa ingat pula - tapi lebih kurang itu lah harga nya. Memang tak lebih daripada RM5, itu yang Nani pasti. Kalau korang jenis suka kan air yang kurang manis, memang wajib try Teh Tarik keluaran Origina ni hah. Sedaap! Next time boleh lah try flavour lain pulak, ingatkan rasa air ni biasa biasa aje. Hahah!  Cumanya air ni - kuat sikit rasa teh tu. Hm tak tahu nak explain macam mana, tapi walaupun rasa teh tu agak 'strong' still sedap. 
Teh Tarik | Origina Dairy
Untuk 200ml dengan harga below than RM5, memang okay sangat dah. Dekat mana nak dapatkan air ni? Korang boleh pergi beli dekat mana mana outlet 7Eleven. Selain dari 7Eleven, dekat Watsons pun ada juga jual air ni. Rasanya dua store ni memang antara yang paling senang nak jumpa kan, so korang boleh lah try tengok okay nanti. Kalau tak ada juga, hah boleh lah purchase dekat website Origina, itu kira dah last option lah tu. Cumanyaa kalau beli direct dekat website Origina Dairy, tak dapatlah nak beli satu pouch macam ni aje. Memang kena beli banyak terus. Hahah! Apa apa pun memang not bad air ni, boleh lah nak minum sekali sekala. Recommended! Korang pernah try tak air keluaran Origina Dairy ni? Flavour mana yang paaaaling sedap? Cuba share sikit dekat bawah! 

Ice Cream Kit Kat Baru

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Siapa peminat aiskrim dekat sini? Hah korang dah try ke belum Ice Cream Kit Kat yang orang asyik sebut sebutkan tu sekarang? Macam biasa, sebab terpengaruh dengan masyarakat Twitter, so Nani pun beli jugalah sebab nak rasa. Iye Nnai memang sejenis yang sangat mudah terpengaruh. Pantang ada orang cakap sedap, dia pun sibuk juga nak beli. Hahah! Sebelum ni Nani pernah aje makan tapi aiskrim Kit Kat yang dalam bentuk cone tu. Cuma baru baru ni aje, Nestle come out dengan aiskrim Kit Kat dalam versi stick macam ni. Awal awal hari tu susah juga ye nak jumpa aiskrim ni hah. Masuk 7Eleven pun tak ada stok sudahnya Nani jumpa dekat Petron. Zass terus beli - sambil tu nak jadikan content dalam blog juga. Hehehe. Harga untuk satu aiskrim Kit Kat ni dalam RM 4.50. Sedap ke tidak? Hah jom baca feedback Nani dekat bawah. By the way, ini cuma pendapat Nani sendiri tau. Macam yang Nani selalu cakap, apa apa pun ikut selera masing masing! 
Ice Cream Kit Kat Baru
Packaging memang onz sangat! Cumanya dari segi rasa pada Nani biasa biasa aje aiskrim Kit Kat yang stick ni. Tak ada lah sampai tahap sedap gila. Heheh. Nak bandingkan dengan aiskrim Kit Kat yang cone tu, Nani lagi suka yang cone. Kit Kat yang stick ni, aiskrim tu macam biasaa sangat rasanya. Tak tahu lah kot masa tu tekak Nani yang tak berapa okay. Hahah! Rasanya memang sekali tu aje lah beli - Nani memang prefer yang cone.  Lagi sedap berbanding dengan yang stick. 
Ice Cream Kit Kat Baru
Kalau korang pernah makan yang aiskrim Kit Kat cone, korang memang boleh rasa ada beza antara aiskrim Kit Kat yang cone dengan yang stick. Heheh. Sejujurnya, pada Nani harga aiskrim ni memang level level Magnum sikit so lagi better beli Magnum yang dah sah sah sedap tu. Overall pada Nani 3.5/5 aje untuk aiskrim Kit Kat ni hah, macam overrated pun iye jugak. Boleh aje setakat beli untuk rasa tu, cumanya untuk repeat kali kedua tu tak lah dah. Hahah! Cukup lah hari tu aje. Kalau baca dekat Twitter memang ramai yang cakap sedap - tapi macam yang kita tahu lah definisi sedap untuk setiap orang tu berbeza beza kan. Korang dah pernah try ke belum Ice Cream Kit Kat yang baru ni? 

Taro Pie di McDonald's

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Salam satu February. Panjang betul rasa bulan January nak habis, dengan macam macam benda yang jadi lagi. Phew! Weekdays baru ni tak ada entry yang kita update, tup tup hari Sabtu ni rajin pula buka laptop update satu entry. Hahah! Lain macam betul eh. Sebenarnya sebab tengah free, lepas tu baru ada kerajinan nak menaip. Iye benda yang paling utama kena rajin.  Memandangkan hari ini hari Sabtu so Nani nak share lah dengan korang pasal Taro Pie di Mcdonalds. Mana lah tahu kan kot kot ada yang nak lepak dekat Mcdonalds ke kejap lagi. Tapi Nani pun tak sure sama ada Taro Pie ni available lagi ke tak, sebab macam dah ada pie baru pula dekat Mekdi sekarang. Kali ni pie coklat caramel pula yang dia orang keluarkan. PieBukan setakat pie aje ada yang baru, aiskrim pun ada juga yang baru. Cumanyaa Nani tak sempat lagi nak pergi beli. Bila baca dekat  twitter ada yang cakap ice cream cheesecake tu sedap, ada yang komen biasa biasa aje. So, nak tahu sedap ke tidak - kena lah try sendiri kan! Citarasa masing masing. Hiks. 
Taro Pie di Mcdonalds
Tapi hari ni Nani bukan nak share pasal pie caramel coklat tu tapi taro pie. Sebenarnya ini first time Nani try taro pie sepanjang hidup. Hahah! Bila tengok dekat Google, rupanya taro pie Mcdonalds ni dah pernah ada dulu. Tapi Nani tak pernah pula perasan tentang 'kewujudan' taro pie ni hah. So hari tu saja lah beli sebab ramai yang cakap taro pie ni sedap. Kalau tanya Nani sedap ke tidak, mesti lah  Nani cakap sedap - cumanya semua pie dekat Mekdi ni kena makan time panas panas. Kalau makan time sejuk, memang terus jadi tak sedap. Hahah! Selalunya kalau beli memang Nani terus aje makan sebab malas lah nak reheat balik ke apa. Tak rajin! 
Taro Pie di Mcdonalds
Sebenarnya dah tak ingat berapa harga taro pie. Iye lah, beli dah lama tapi baru nak update dalam blog. Hahaha! Tapi tak lebih daripada lima ringgit lah tak silap Nani. Ikutkan tekak Nani, memang sedap taro pie ni, cumanya bila makan banyak sangat jadi macam muak pulak. Mungkin sebab Nani bukan peminat tegar ubi keladi kot. Sedap macam mana pun, rasa macam seksa jugak nak habiskan satu pie tu. Hahaha! Boleh makan half aje hari tu. Dalam banyak banyak pie yang Mekdi keluarkan, rasanya ini salah satu yang berbaloi lah untuk beli compared dengan pie cookies cream ke apa tah hari tu. Pie yang tu Nani pun tak approved sebab tak kena betul combination dia pada Nani. Korang ada ke yang dah pernah try Taro Pie ni? Kalau tak pernah lagi, lepas ni boleh lah ajak member lepak Mekdi makan pie. Heheh. Have a nice day everyone!


Cuti Tahun Baru Cina

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Ada yang bercuti lagi ke hari ni? Mana lah tahu kot ada yang ambil extra cuti ke kan. Macam biasa, bila cuti panjang sikit ni mesti masing masing ambil peluang nak berjalan atau pun balik kampung. Iye tak kira lah musim perayaan mana sekali pun tak pernah lagi tak ada issue jalan jammed. Nani memang dah ada dekat Pahang, so kali ni tak merasa lah hadap jammed tu. Seksaaa betul rasa kalau stuck dalam jammed ni, semua rasa tak kena lah. Hahah! Ada ke yang sangkut dalam jammed baru ni? Kali ni balik, memang cari juga masa jumpa kawan kawan & melawat family dekat kampung. Aktiviti wajib setiap kali balik  Pahang. Nani dulu sekolah rendah dengan sekolah menengah memang dekat Pahang, sebab tu ramai kawan area sini. Bila dapat tawaran asasi baru lah berhijrah keluar dari Pahang sampai lah sekarang ni pun. Dah rezeki kita di negeri orang, nak buat macam mana kan. Itu yang awal awal dulu bila nak balik aje ke tempat belajar, mesti syahdu semacam sebab nya tak pernah duduk jauh. Eh sekarang pun sama lagi rasanya. Hahaha! 
Bila cuti memang sinonim sangat dengan kenduri kahwin. Macam biasa, bila ada invitation kenduri kahwin memang laju kita pergi. Hahah! Bukan apa, sambil sambil tu boleh lah jumpa dengan geng geng sekolah dulu. Ini kawan sejak dari sekolah rendah lagi, kemain lama kan. Kadang kadang rasa macam tak sangka juga boleh berkawan sampai lama macam ni. Setiap kali balik Pahang, ada lah beberapa muka yang memang wajib jumpa. Banyak betul kaaan catch up session yang dia nak buat. Hahah! Jumpa depan depan lagi seronok daripada berborak dekat WhatsApp. 
Daaan misi yang paling utama; spent time dengan the whole family. Cuti macam ni aje lah boleh nampak semua orang dekat rumah. Heheh. Kalau masa lain tu susah lah nak nampak muka semua orang dekat rumah. Benda paling best sekali, of course buat ayam bakar.
Bahan bahan nak perap ayam ni simple aje - kisarkan bawang merah, bawang putih, halia, ketumbar, kunyit serbuk, garam, gula dan madu. Simple aje lepas tu hah perap lah lama mana pun yang korang nak. Hahah! Lagi lama kita perapkan ayam tu lagi sedap tau. Kalau nak bakar malam, eloknya pagi tu dah start perap ayam tu. 
Paling fav bakar ayam guna arang macam ni, pada Nani lagi sedap bakar macam ni compare dengan bakar atas kuali ajaib. Heheh. Cuma yang tak tahan tu nak tunggu ayam siap bakar lah, boleh tahan ye panas dia dengan bau asap lagi. Hahah! Semestinya bukan Nani lah yang bakar ayam hari tu, abah yang buat. Kita tolong ambil gambar aje, eh dasar sangat Nani. Memang cuti Chinese New Year baru ni habiskan masa dekat rumah aje. Berehat puas puas sambil buat catch up session dengan kawan kawan lama. Memang tak ada berjalan ke mana sangat pun, tambah tambah pula musim virus ni hah. Jaga diri okay, kalau boleh elakkan pergi ke tempat yang ramai sangat orang. Korang pula ke mana cuti Tahu Baru Cina baru ni? 

Resepi Sambal Tumis Udang Petai

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Hari ni Nani nak share satu lagi resepi simple yang korang boleh try buat dekat rumah. Tapi rasanya ramai dah yang tahu Resepi Sambal Tumis Udang ni kan, cuma mungkin cara atau ada bahan bahan yang lain sikit. Masak sambal ni memang antara fav jugaklah, hari hari buat masak sambal pun tak ada hal. Hahah! Nasi panas panas dengan lauk sambal tumis gini memang ngam habis. Tak payah ada lauk lain pun tak apa dah. Iye, memang sejenis yang suka makan pedas pedas. Kalau tak pedas tu, mula lah rasa macam tak kena. Bahan bahan yang diperlukan untuk buat Sambal Tumis Udang Petai ni simple aje - bawang besar (dikisar), cili kering (dikisar), bawang holland (potong bulat), udang, petai (optional), minyak untuk menumis dan semestinya gula garam secukup rasa. Kalau tak nak letak petai tu pun tak apa sebab ada sesetengah orang tak makan kan. Selain daripada udang, boleh juga ganti kan dengan sotong. Macam Nani kalau buat sambal tumis memang tak letak belacan sebab tak suka. Apa apa pun, masak ni kena ikut citarasa dan selera masing masing okay! Kena selalu try and error sampai lah sedap ikut tekak kita. Agittew! 
Resepi Sambal Tumis Udang Petai
Cara caranya pun mudah jugak - mula mula macam biasa lah kena tumiskan bawang besar dan cili kering yang kita dah kisar tadi. Tumis sampai cili betul betul garing kemudian masukkan gula sikit aje untuk bagi sambal tu cantik warna nya dan garam secukup rasa. Nani tak suka jugak kalau sambal ada rasa manis, so letak sikit aje - tak sampai satu sudu besar pun. Bila sambal tu dah agak garing, masukkan udang dan petai. Kacau sehingga sebati, lepas tu baru lah masukkan bawang holland. 
Ada sesetengah orang bila masak sambal, letak air asam jawa tak pun asam keping tapi untuk sambal tumis udang ni memang Nani tak letak. Tips untuk dapatkan sambal yang cantik merah macam ni tumis tu kena lama tau. Minyak pun kena banyak. So bila masak sambal ni memang kena bawa bersabar sebab lama nak tunggu cili tu betul betul garing. 
Resepi Sambal Tumis Udang Petai
Yass dah siapp. Itu aje resepi nya - cuma memerlukan kerajinan aje nak memasak. Hahaha! Ini kalau beli dekat kedai, berapa ekor aje udang boleh dapat so nak sedap, kena lah buat sendiri. Udang pun besar, puas hati okay makan. Resepi ni memang Nani guna untuk buat sambal tumis udang atau sotong aje. Kalau macam nak buat sambal ikan atau sambal ayam, lain pulak caranya walaupun nampak macam sama. Ada dua tiga jenis bahan lain yang akan Nani tambah kalau buat sambal ikan atau ayam. Next time kalau ada masa Nani share dengan korang okay! Untuk yang baru berjinak jinak nak try buat Sambal Tumis Udang Petai, boleh guna kan resepi Nani ni okay. Selamat mencuba! Korang punya style masak sambal pulak macam mana? Cuba share sikit dengan Nani dekat bawah!

Tebus e-Tunai Rakyat Melalui Aplikasi eWallet

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Semalam meriah okay timeline social media pasal e-Tunai Rakyat ni hah. Masing masing update cara nak tebus duit RM30 tu. Macam biasa, bab bab duit ni kita memang laju. Hahah! Hei 30 ringgit pun jadi lah, lepas juga nak pergi beli  Mcd ke Tealive ke. Eh? Hah korang dah tebus ke belum tu? Actually, ada banyak aje eWallet yang kita boleh buat penebusan e-Tunai Rakyat ni. Antaranya melalui aplikasi Grab, Boost dan juga TnG. Ramai yang cakap lagi berbaloi guna app TnG sebab nanti dapat bonus lagi RM30 so total semua sekali RM60. Nani ternampak pasal ni sebab ada yang share dekat Twitter tapi tak sure lah macam mana cara nya untuk dapatkan bonus lagi RM30 tu sebab Nani pun tebus guna app Grab. Rasanya memang ramai yang layak untuk dapatkan e-Tunai Rakyat ni sebab syaratnya pun sikit aje. Asalkan umur atas 18 tahun dan pendapatan tahunan bawah daripada 100k hah boleh lah minta. Paling penting kena lah ada salah satu aplikasi eWallet tu yang kita install dekat dalam phone. Gittew! 
Tebus e-Tunai Rakyat Melalui Aplikasi eWallet
 Walaupun kita ada sampai tiga akaun eWallet sekali pun, nanti duit tu akan masuk dekat salah satu akaun aje tau. So apply lah ikut akaun eWallet yang korang suka. Heheh. Macam Nani, memang app Grab lah yang jadi pilihan sebab nya app tu aje yang selalu guna. Kadang kadang tu dalam seminggu sampai dua tiga kali order makanan thru Grab Food. Heheh. Bukan apa, sambil sambil tu nak collect point sekali. 
Tebus e-Tunai Rakyat Melalui Aplikasi eWallet
Macam Nani memang dah pernah guna app Grab Pay ni, so tak ada masalah untuk verification. Cuma semalam kena selfie aje dekat ic sendiri, lepas tu settle. Ingatkan ambil masa dua ke tiga hari untuk duit masuk ke dalam akaun eWallet tapi rupanya sekejap aje. Nani buat pagi semalam, tengah hari tu duit dah masuk dah dalam akaun. Cepat pulak sebab tengok orang lain ada yang kena tunggu sampai ke lima hari. 
Tebus e-Tunai Rakyat Melalui Aplikasi eWallet
Ini pulak sebahagian daripada reward yang Grab offer lepas dah dapat e-Tunai Rakyat tu. Kalau korang tak sempat nak claim lagi, boleh lah buat terus okay lepas ni. Mudah sangat cara nak claim duit tu, follow aje step yang dia suruh. Duit yang kita dapat tu boleh lah guna sampai 14 March 2020. Elok aje duit tu masuk dalam eWallet, kemain banyak Grab ni bagi promo. Kalau sebelum ni, jarang ye nak dapat promo dari Grab. Hahah! Ini siap ada RM5 off bila guna Grab Car. Yass memang akan manfaatkan sepenuhnya lah promo yang ada dekat app Grab ni. Hahah! Nani selalunya guna promo untuk Grab Food or Grab Car aje, boleh lah jimat juga sikit sikit kan. Heheh. Korang pulak dah terima ke belum e-Tunai Rakyat ni? 

Resepi Bihun Sup Mudah

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Rasanya macam dah lama Nani tak share resepi dekat dalam blog ni; last hari tu buat masak paprik ayam tak silap. Heheh. So hari ni nak kongsi kan dengan korang Resepi Bihun Sup Mudah. Iye resepi ni memang simple sangat, campak campak aje lepas tu dah siap dan boleh makan. Biasa lah dapur bujang kan eheh. Bila dah jemu asyik makan nasi hari hari, sekali sekala kita tukar lah menu pulak makan bihun sup. Bahan bahan yang diperlukan semestinya bihun (dicelur sampai lembut dalam air panas) & untuk sup tu pulak, Nani tumiskan bawang merah, bawang putih (tumis sehingga garing), kemudian masukkan ayam (kalau nak - kalau tak nak boleh skip part ni). Nani selalunya akan make sure ayam tu dah half cooked, baru Nani masukkan sup bunjut or rempah sup dan tambah air biasa. Last sekali, mesti lah kena tunggu sampai sup tu masak. Hari tu Nani buat ayam carik, so bila kuah sup dah mendidih, Nani keluarkan ayam tu. Bila ayam dah sejuk, boleh lah carik carikkan sehingga halus. Settle! Kalau rasa macam malas nak buat ayam carik, korang potong aje ayam tu kecil kecil, masak aje sekali dalam sup. Alah macam kita selalu tengok mak mak kita buat sup ayam tu. 
Resepi Bihun Sup Mudah
 Bila buat bihun sup ni, yang paling penting sekali semestinyaa sambal kicap. Sambal kicap versi Nani senang aje, tumbuk cili dengan bawang goreng lepas tu tuang kicap. Hah jadi lah pekat macam dalam gambar.  Bahan bahan lain tu optional aje tau, kalau korang tak nak pun tak apa. Nani jenis yang kalau makan bihun sup, wajib ada kacang goreng, fish cake (digoreng atau direbus sekejap), ayam carik dan juga bawang goreng. Kalau ada taugeh dengan bergedil lagi power! Tapi dah nama pun yang simple kan, so kita guna aje lah bahan apa yang ada dekat dapur. Gittew! 
Resepi Bihun Sup Mudah
Hah lepas tu boleh lah makan sampai puas hati. Hahah! Hari tu Nani punya kacang goreng tu tergaring sikit, itu yang warna gelap semacam. Api pun kemain besar - nasib still boleh makan lagi. Tauhu tu pun dah alang alang ada lagi dalam peti ais, kita campak masuk dalam sup. Masak sendiri ni ikut suka aje kita nak masukkan apa, asalkan sedap. Simple aje kan resepi nya, hah lepas ni korang boleh lah try buat sendiri pulak dekat rumah. Kalau rasa tak nak makan dengan bihun, boleh ganti kan dengan nasi impit, mee kuning atau pun kuey teow. Ikut suka masing - masing. Nani ni time rajin, boleh lah masak macam macam. Bila sampai angin malas dia tu, apa pun tak jadi. Hahah! Lepas ni kalau buat sup, nak try pulak buat sambal merah yang macam dekat belah utara sana. Nanti kita try cari resepi sambal merah tu, kita buat sampai jadi. Kalau korang pernah buat ke, boleh lah share resepi sambal tu dengan Nani dekat bawah okay! 

Texas Chicken di Sunway Putra Mall

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Baru ni sebelum balik Pahang, sempat lah jalan jalan cuci mata sekejap dekat Sunway Putra Mall. Iyee bab window shopping ni memang sentiasa ada masa okay, tak kira lah apa jadi sekali pun. Hahah! Sebenarnya plan asalnya nak singgah sekejap aje, sebab nak beli set Burger King yang tengah promo sekarang. Nani bila dengar ada promo memang laju aje kaki tu nak pergi. Eh? Hahah! Tapi serious berbaloi, ada empat set burger dekat Burger King ni yang kita boleh dapatkan dengan harga RM20. Iiye memang RM20 tepat tak ada extra charge ke apa kecuali kalau add on menu lain. Heheh. Hari tu Nani beli set C (ada empat burger & dua cheesy fries). Cumanyaa tak sempat nak ambil gamabr, sebab yang tu Nani tapau bawa balik Pahang. Sampai aje Pahang, terus masing masing ambil burger tu, hilang kisah nak ambil gambar dulu. Hahah! Tak silap Nani promo tu last hari ni, sempat lagi kalau korang nak pergi terjah Burger King. Settle aje tapau burger dekat Burger King, terus pergi  Texas Chicken (bebetul sebelah Burger King tu okay) sebab tekak teringin nau nak makan bubur dekat sini. Oh ye, Texas Chicken ni dekat Level Ground Floor tau! 
Texas Chicken di Sunway Putra Mall
   Pada Nani bubur dekat Texas ni lagi sedap daripada yang dekat Mcd. Makan pulak dengan ayam goreng Texas phew memang ngam sangat lah. Hahah! Hari tu Nani ambil set Mega Crunch Box kalau tak silap; ada air, ayam goreng dengan bubur - total RM 9.40. Honey butter biscuit tu Nani add on - RM 1.50 per pieces. Itu antara yang wajib order bila makan dekat Texas. Heheh. Sekarang ni Texas Chicken dah jadi salah satu fav Nani jugak. Ayam goreng dekat sini pun rasanya lagi besar berbanding dengan fast food lain. Berbaloi sangat kalau beli. 
Texas Chicken di Sunway Putra Mall
Rasanya baru lagi outlet Texas Chicken ni dekat Sunway Putra Mall. Sebelum ni sebelah Burger King tu kedai lain. Hari tu check directory mall, KFC pun dah buka juga dalam ni. Dulu Nani selalu pergi outlet Texas Chicken yang dekat Pasar Seni, betul betul dekat tepi Stesen LRT. Ada satu hari tu Nani pergi, tengok tengok dah jadi office travel apa benda entah. Hahah! Rupanya dah setahun lebih outlet dekat situ tutup, tapi Nani yang tak tahu. Lol! Masa tu gigih okay patah balik ke KLCC semata mata nak beli Texas Chicken. Maybe dia orang tutup outlet yang dekat Pasar Seni & buka dekat Sunway Putra Mall ni hah. Kalau pergi Sunway Putra Mall selalu macam blur nak cari tempat makan sebab banyak sangat pilihan yang ada. Hahah! Iye banyak sangat choice pun susah jugak. Korang pulak pernah tak makan dekat Texas Chicken ni? Set mana yang korang selalu order? Jom share dekat bawah! Next time boleh Nani try pulak. 

Hujung Minggu di Pahang

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Ada yang Monday blues ke hari ni? Heheh. Apa apa pun selamat berkerja okay! Selalunya weekend Nani akan habiskan masa tengok movie dekat bilik, tak pun kita cuci mata dalam mall. Tapi baru ni balik Pahang, habiskan masa dengan yang tersayang pulak. Benda yang paling best sekali bila balik rumah parents ni of course lah bab makan kan. Cakap aje teringin nak makan apa, semua terhidang depan mata. Itu pun antara yang paling best juga lah bila balik rumah & tak payah pening nak fikir nak makan apa untuk lunch and dinner. Apa yang ibu kita masak, itu lah yang kita makan kan. Gitu lah kasih sayang orang tua ni, setiap kali anak anak balik kemain mewah makanan dekat rumah. Selagi masih ada, masa ini lah nak menumpang kasih sayang orang tua. Kali ni balik lama sikit sebab cuti, sekarang pun Nani still dekat Pahang lagi so boleh lah makan sedap sedap. Iye setiap hari makan lauk dekat cafe pun naik bosan juga kadang kadang tu. Lauk pula hari hari lah menu ayam, memang jemu lah. Hahah! Balik baru ni memang awal awal lagi dah request nak makan asam pedas, kebetulan dalam peti ada kepala ikan merah terus lah ibu masak kan asam pedas. Awhh, seronoknyaaa balik rumah macam ni. 
 Jangan tanya eh ni asam pedas style mana, Nani memang tak tahu. Hahaha! Serious tau, sampai sekarang Nani tak tahu apa bezanya asam pedas negeri Johor dengan Melaka. Pada tekak Nani, memang sama aje rasa semua asam pedas. Hahah! Nani jenis suka asam pedas yang kuah pekat sikit, kalau cair tu macam tak feel pulak bila makan. Kalau dekat KL, jarang lah jumpa asam pedas yang kena dengan selera Nani - selalunya cair sangat lah, tak masam sangat lah. So nak yang sedap, memang minta ibu sendiri juga yang masakkan. Gituh! 
Kalau korang nak recommend any kedai yang ada asam pedas sedap, boleh lah share dekat bawah okay! Kalau dekat nanti Nani terjah. Thank you in adanvace! 
Ini pulak goreng kacang dengan paru. Paru tu ibu Nani rebus dulu lepas tu baru masak macam biasa. Resepi ni simple sangat okay, tumis aje bawang mewah, bawang putih & lada. Tumis sampai garing, masukkan paru yang dah dipotong nipis nipis tadi, perasakan dengan garam dan last sekali baru masukkan kacang panjang tu. Siapp! Sayur tu tak payah masak lama lama sangat, nanti tak sedap. Korang try lah nanti okay, serious simple aje nak buat ni & sedap! Selain goreng macam ni, buat paru masak sambal atau pun rendang pun sedap jugak! 
Petang semalam orang dekat rumah ni request nak makan tauhu bergedil, buat lah juga dalam 15pcs macam tu. Jadi lah, bukannya ramai sangat pun dekat rumah Nani ni. Heheh. Sambal kicap tu wajib ada bila buat tauhu bergedil & wajib buat pekat pekat. Resepi tauhu ni memang dah baaaanyak kali Nani share, korang boleh check dekat side bar blog ni okay! Mee goreng pun ada jugak tapi tak sempat dah nak ambil gambar. Hahah! Sekali sekala balik ni memang syok, macam macam jenis makanan ada. Kadang tu balik rumah nya sekejap aje, tapi macam macam lah request nak makan itu ini. Kemain kan! So kali ni lama sikit duduk Pahang, jangan pelik lah kalau hari hari dekat Instagram ada macam macam gambar makanan yang Nani share. Hahaha! Korang pulak, ke mana weekend baru ni? 

Susu Pisang Nilofa

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Memandangkan sekarang musim orang buat review susu pisang, so macam bisa lah kita pun nak jugak try. Eh dasar cepat terpengaruh sangat kaaan. Hahah! Sebelum ni Nani pernah minum susu pisang jenama Pokka aje, jenama lain memang tak pernah try so tak tahu lah yang mana satu sedap. Susu pisang yang Korea tu pun Nani tak pernah try walaupun ramai orang cakap yang tu sedap kemain rasa dia. Selalu juga pergi Family Mart tapi tak pernah rasa pun nak beli. Oh ye, ini review personal Nani tau, bukan sponsored post ke apa. Cerita dia, bila dah hari hari lalu dekat timeline orang asyik promote Susu Pisang Nilofa ni, memang ada juga lah rasa nak try tu kan. Hakikatnya Nani bukan lah penggemar susu semua ni. Mula mula hari tu nak beli sendiri dengan agent area Gombak ni tapi tapi dah out of stock so tak dapat lah nak rasa. Sekali bila balik Pahang baru ni, tengok ibu Nani order dua pack susu pisang jenama Nilofa. Kemain kan nak minum Susu Pisang Nilofa ni pun, sampai ke Pahang baru dapat rasa. Fuhh boleh tahan kuat penangan susu pisang keluaran Neelofa. Nani yang tak berapa minum susu ni pun sibuk juga nak rasa. Hahah! 
Susu Pisang Nilofa
 Ini lah rupa packaging susu pisang jenama Nilofa. Nani tengok dalam gambar nampak macam besar tapi bila dah dapat, eh tak ada lah besar mana pun (200ml). Masa dapat tu susu ni tak sejuk lagi so masukkan lah dalam freezer dulu. Minum time sejuk baru nikmat ye, tak kira lah air apa sekali pun. Hahah! Pada Nani not bad jugak lah rasa susu pisang Nilofa ni, ada rasa lemak lemak manis gitu. Cumanya cukup sekali tu aje lah kot rasa sebab Nani tak berapa gemar sangat susu pisang semua ni. Selalunya beli pun untuk rasa aje semata mata. Tapi kalau korang memang jenis yang suka kan susu pisang, hah boleh lah masukkan dalam list untuk dicuba okay! 
Susu Pisang Nilofa
Harga untuk satu pack ni RM 4.90. Ibu Nani cakap mahal, tapi pada Nani memang harga standard lah tu. Hahah! Nani baca ramai yang cakap nak lagi jimat beli satu kotak yang ada enam pack tu terus. Kalau nak jimat sikit boleh lah ajak kawan kawan share sekali. Gittew! Korang boleh dapatkan susu pisang jenama Nilofa ni dekat agent yang berdekatan. Rasanya setiap tempat ada agent, biasa lah kan bila founder yang strong macam ni, memang semua orang nak jadi agent. Setakat yang Nani tahu tak ada lagi masuk any mart or pasaraya. Korang boleh check it out dekat Instagram or Facebook, memang ramai yang jual air ni. Pada Nani, okay lah untuk cuba - sambil sambil ikut trend. Hahaha! Korang pulak dah pernah try ke belum Susu Pisang Nilofa ni? Sedap ke tidak? Hah cuba share sikit dengan Nani pendapat korang. Heheh. Apa apa pun, setiap orang ada citarasa dan selera masing masing kan. Mungkin pada Nani, biasa biasa aje tapi pada korang luar biasa. Betul tak? 


Basque Burnt Cheesecake

Assalamualaikum & Hello
Hai korang! Rasanya tak terlambat lagi untuk Nani ucapkan selamat tahun baru. So, setakat ni macam mana korang punya tahun 2020? Masih okay atau dah ada benda benda yang tak best jadi? Heheh. Nani baru hari ni ada mood nak update blog (padahal azam baru nak rajin kan diri update blog, hah macam mana eh tu). Tak apa, kita slow slow back on track. Gituh! Alhamdulillah setakat ni tak ada lagi benda benda yang tak best yang jadi, harap harap memang tak ada lah. Actually hari ni nak share dengan korang pasal Basque Burnt Cheese Cake. Semestinya bukan yang Nani buat ye. Hahah! Dulu pernah tau Nani buat cheese cake yang japanese tu tak silap, tapi tak menjadi. Sedih betul rasa; dah lah bahan bahan nak buat tu boleh tahan juga harganya. Konon tengok dekat Youtube, nampak senang betul dia buat. Tapi bila sendiri yang try buat, kelaut habis. Jadi macam puding okay cheese cake yang Nani buat tu. Jangan tanya kenapa jadi puding dan bukannya kek, Nani sendiri pun tak tahu. Hahaha! Tak tahu lah step mana yang salah dan sejak dari tu, memang tak pernah dah buat sendiri cheese cake, kalau rasa teringin nak makan memang beli aje. 
Basque Burnt Cheesecake
 Sebenarnya memang dah lama sangat nak try basque burnt cheesecake ni, tapi Nani tak pernah jumpa yang orang jual per slice. Kalau tengok dekat Facebook atau pun Instagram, kebanyakkan nya jual satu kek yang besar tu dan harga pun memang boleh tahan kalau satu kek tu. Nani ni duduk sorang aje, siapa pulak nak makan kalau beli banyak banyak. Hahah!  Kebetulan hari tu ada kawan call cakap nak bagi barang. Ingatkan apa, rupanya basque burnt cheesecake. Eh macam macam tahu tahu aje apa yang orang nak makan. 
Basque Burnt Cheesecake
Baru suapan pertama pun dah terasa nikmatnya cheesecake ni. Sedaap kemain okay! Nama pun burnt cheesecake memang atas tu ada rasa pahit pahit sikit tapi sumpah sedap. Lupa pulak nak tanya dia beli dekat mana hari tu. Cuma cheesecake ni bila makan banyak, dia jadi macam muak sikit. Hari tu dua tiga kali jugaklah repeat makan cheesecake ni nak bagi habis satu slice. Makan pun sikit sikit aje sebab takut cepat habis. Hahaha dasar Nani! Nani rasa dekat Secret Recipe tak ada burnt cheesecake ni, kalau korang teringin nak rasa, boleh cari dekat Instagram atau pun Facebook. Memang ramai sangat dah orang yang jual cake ni, cumanya nak jumpa yang jual per slice tu susah sikit. Macam teringin juga nak try buat sendiri, tapi takut kejadian yang sama dulu jadi balik. Hahah! Tak apa lah, daripada membazir buat kek tapi tak menjadi, baik beli aje lah. Dah sah sah orang yang jual tu buat lagi sedap. Korang dah pernah try ke makan basque burnt cheesecake ni? 

Thank You 2019

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Finally we are at the end of this year! Rasa uwow cepatnya masa berlalu & next year is going to be my tough year. Macam macam komitmen & tanggungjawab baru yang nak kena handle. Phew nervous sikit but inshaAllah everything will be fine. I really hope so. Bila dah hujung tahun ni, of course kita akan buat sesi recap apa yang dah jadi throughout this year. Gittew! Ini dah macam entry wajib setiap kali hujung tahun. Hahah! Rasanya tahun ni tahun yang paling banyak Nani nak kena deal dengan emosi. Tahun di mana kita orang satu family diuji dengan kehilangan orang yang tersayang & paling dekat di hati, iaitu nenek Nani sebelah abah. Daaan tahun ni juga sengaja sibukkan diri sebab nak 'move on' dari seseorang. Hahaha! Susah juga rupanya nak deal dengan heart break ni rupanya, eh tibeh. Tapi memang ada satu masa tu Nani sibuk betul sampai bulan November hari tu langsung tak update blog. Fuhh lain macam dia punya sibuk tu. Next year tak tahu lah macam mana pulak lagi lagi bila komitmen dah bertambah. 
To sum up everything, tahun 2019 ni memang penuh dengan drama tapi manisnya tu tetap juga ada. Macam macaroon dengan coklat dekat bawah ni lah, ada manis - pahit. Gittew! Eh menyempat pulak dia kaitkan hahah! 😝
Oh ye, salah satu achievement Nani untuk tahun ni semestinyaaa, dah dapat lesen kereta & dah boleh drive. Hahah! Lepas dah bertahun tahun peram niat nak pergi kelas memandu, akhirnyaa tahun ni berjaya untick kotak tu. Tak boleh lupa betul masa mula mula drive dulu, teruk kemain. Kenangan wakk! Lain lain achievement tu biasa biasa aje, plan nak saving hari tu berjaya juga okay! Tapi Nani belum kira lagi berapa yang dah berjaya saving tu sebab konsep dia masuk aje duit ikut suka. Tak sabaar nak pecahkan, mana tahu boleh guna buat pergi melancong. Eh? Harap harap tahun ni makin rajin lah nak saving, saving ni serious bagus. At least kalau masa dah terdesak sangat, ada jugak duit tepi as back up. Tapi this year memang tak sentuh lagi tabung tu, itu yang excited nak pecahkan nanti. Lepas tu baru lah kita fikir nak guna untuk apa, selalunya habiskan dekat makanan aje lah. Hahah! 

Blogging pulak jangan cakap, memang banyak kelaut tahun ni. Rasanya bulan January hari tu aje yang ada 13 entry, lain lain semua below than 10. Allahu Nani. Hahaha! Tak apa, next year kita buat come back balik semula, ceh kemain kan. Harap harap bukan hangat hangat tahi ayam lagi lah, selalunya awal awal tu memang semangat. Tapi bila dah masuk kerja bertimbun, lepas tu hal itu hal ini, mula lah dianak tirikan blog ni hah. By the way, semalam dah masuk tahun ketujuh Nani berblogging uwuu rasa macam tak percayaa! Macam macam okay dah merepek merapu dalam ni, kalau entry lama lama dulu memang banyak dah Nani delete sebab rasa macam tak matang betul post dulu. Ejaan pun kemain lagi, rasa macam nak maki diri sendiri bila baca. Hahahaha! 
Harapan Nani untuk tahun 2020 ni? Tak minta banyak, cukuplah Tuhan permudahkan semua urusan Nani. Takut sebenarnya sebab tahun 2020 ni ada satu komitmen baru yang Nani pegang. Bila kita duduk dekat atas ni sebenarnya ada pros and cons nya jugak. Pros nya rasa macam dihargai sebab orang percayakan kita untuk galas tanggungjawab tu tapi cons nya takut kecewakan hati sesiapa sebab terlalu banyak expectations yang dia orang letakkan. Tak tahu lah, kadang kadang Nani ni jenis overthinking juga. Tapi harap harap lah semuanya dipermudahkan kan, boleh jaga hati semua orang sama rata. Eh nervous lah kita bila cakap pasal ni. Hahah! 
Yang terakhirnya daripada aku khas buat setiap jiwa jiwa yang hadir dan jadi sebahagian daripada hidup aku; terima kasih. Terima kasih untuk kenangan yang manis manis sepanjang tahun 2019. Terima kasih sebab masih tetap setia bersama aku yang terlalu banyak kurangnya. Terima kasih untuk setiap kata nasihat dan pesanan tulus daripada kalian yang sentiasa menjadi kekuatan untuk aku terus melangkah ke depan. Sekali lagi, terima kasih untuk semuanya. Dan untuk kamu, kamu yang perlahan lahan melangkah 'jauh' tinggalkan aku. Terima kasih sebab pernah izinkan aku bertapak dalam hidup kau & berkongsi rasa yang sama dulu. Semoga yang baik baik Tuhan kurniakan untuk engkau dan dia nanti. Dua tahun berlalu tapi aku masih belajar melangkah tanpa engkau. Dan untuk semua yang tak jemu jemu ke sini, terima kasih. Semoga tahun 2020 memberikan lebih banyak kegembiraan dan kebahagiaan buat kita semua. Selamat Tahun Baru! 

Sushi King & llaollaou di Melawati Mall

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Hari Rabu baru ni kan public holiday untuk negeri Selangor (siapa geng sepp sikit, eh hahah) so macam biasa kita buat aktiviti jalan jalan cuci mata dekat mall. Tapi rasanya bukan setakat cuci mata aje bila dah keluar ni, kita cuci wallet sekali. Koff koff! Banyak betul lah benda nak beli bila dah keluar jalan jalan ni. Plan asal nak keluar pergi makan Sushi King aje dekat Melawati Mall tu tapi kesudahannya masuk Kaison, MPH, Watsons & ada lah dua tiga kedai lagi. Masuk tangan kosong tiba tiba keluar kemain banyak beg plastik dekat tangan. Hahah! Dua tiga minggu ni lain macam betul mood nak berjalan jalan & shopping tu. Dah lama sangat sebenarnya tak keluar, asyik hadap kerja aje memanjang penat juga otak ni hah. Bila keluar time public holiday, faham faham lah macam mana kan, memang ramaai orang sampai dua tiga kali jugalah pusing nak cari parking. Tapi nasib baik tak kena queue lama sangat dekat Sushi King. Memang tempat fav betul Sushi King ni, setiap minggu makan dekat situ pun tak apa. Eh? 
Macam biasa, menu fav bila pergi Sushi King semestinyaa Golden Ball. Iye hari tu dua pinggan ambil Golden Ball tu aje, tak pandang dah benda lain. Korang yang tak pernah try, Golden Ball ni wajib masukkan dalam list next time. Serious sedap gils ye, tak tipuu. Actually dua jam sebelum makan sushi ni, kita orang dah kenyang makan nasi kandar. Tibeh masuk Sushi King nak makan lagi. Hahah! Nani makan dua tu aje, lepas tu tak order dah benda lain. Tengok aje kawan kawan makan, agittew! 
 Banyak sushi yang sama sebab datang empat orang lepas tu semua nak makan jenis yang sama aje. Ini baru separuh sebenarnya, ada lagi yang tak sempat masuk dalam gambar. Lighting pun tak berapa nak onz haritu so malas nak jadi gigih sangat ambil gambar. Hahah! Btw, Hanjuku Cheesecake dekat Sushi King ni sedap rupanyaaaa tapi tu lah, mahal dan kecil. Makan dua tiga suap habis dah, tak sempat nak menikmati. Hahah! 
Daaan misi utama haritu (selain dari Sushi King), llaollaou. Dah lama teringin tapi asyik tak sempat aje nak beli. Dah alang alang pergi Melawati Mall baru ni, memang dalam kepala dah set siap siap nak pergi llaollao. Kebetulan pulak haritu hari Rabu, so dapatlah harga promo diskaun 22% sebab sekarang second week of December. Kalau pergi next week, dapat 33% diskaun. So nak jimat pergi lah llaollao hari Rabu setiap minggu ketiga. Promo ni valid setiap bulan tak silap Nani. Macam biasa, sauce fav semestinya caramel. Sedaap woo! Tapi sekali sekala aje lah mampu makan sebab harga pun boleh tahan juga llaollao ni hah. Iye memang keluar baru ni duit banyak habis dekat makanan aje. Tu tak termasuk pergi MBG beli buah, lepas tu tapau dinner pulak dekat Marrybrown. Start next week dah boleh puasa lah macam ni. Hahaha! Korang team kerja ke cuti Rabu ni? 

Pengalaman ke Batu Caves

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Iye harini nak share pengalaman Nani sendiri ke Batu Caves (walaupun cerita ni bulan Oktober haritu tapi tetap jugak nak share). Hahah! Hari tu sebulan lebih hah berehat dari blog. Lama betul berehat tu, banyak cerita yang tak sempat nak kongsi dengan korang. Sempena tengah ada mood nak menulis ni, boleh lah kita buat throwback sikit eheh. Sepanjang tiga tahun jadi penduduk Gombak ni, hari tu first time Nani pergi Batu Caves, itu pun sebab nak kena buat research sikit tentang adat & budaya dia orang. Kalau bukan sebab itu, rasanya tak tahu lah bila akan pergi. Sebelum ni asyik tengok dari jauh aje, lepas tu sendiri tertanya tanya ada apa dekat atas tu. Bila dah pergi, baru lah tahu serba serbi pasal tempat ni. Nani hari tu pergi time weekdays (masa tu nak dekat Deepavali) pun ramai orang tau & mostly tourist lah. Masa Nani pergi tu pun dia orang ada hari kesyukuran so boleh lah tengok sikit sikit aktiviti dia orang. Tapi nasihat Nani kalau nak pergi, better pergi pagi sebab redup sikit cuaca. Parking pun luas aje dekat area Batu Caves ni, cumanya kena bayar lah RM 5. 
Batu Caves
Mula mula sampai tu excited juga lah nak explore semua benda. Plan asal nak ronda dekat area bawah tu aje tapi dah alang alang sampai kan, kita mendaki jugalah sampai ke atas sana. Sekurang kurangnya nanti bila orang tanya, boleh lah dengan bangga nya cerita dah pernah naik & masuk sampai ke dalam gua Batu Caves tu. Hahahah! Motippp sangat kan. Hei tu pun satu achievement tau dapat naik sampai atas untuk Nani yang jarang jarang nak buat aktiviti mendaki semua ni. Masa ni around pukul lapan lebih macam tu, so cuaca pun redup aje lagi tak panas sangat. 
Batu Caves
 First sekali kita orang masuk dalam kuil dekat bawah tu, tapi Nani tak ingat apa nama kuilnya. Macam Nani cakap tadi, masa tu dia orang ada macam hari kesyukuran so memang ramai lah orang. Tapi boleh aje tau untuk kita masuk dalam ni. Sama macam rumah ibadat yang lain, nak masuk sini kena lah pakai proper attire, tak boleh pakai sembarangan aje. Kalau pakai skirt pendek pun dia orang tak bagi masuk. Iye lah rumah ibadat kan. 
Hari tu ada borak dengan sorang uncle ni, dia cakap dia orang akan cat tempat ni 12 tahun sekali aje. Tak kira lah lusuh macam mana pun warna bangunan tu, selagi tak sampai 12 tahun dia orang takkan cat baru. Tapi Nani tak sure lah sejauh mana kesahihan benda ni, cuma yang dia bagi tahu macam tu lah. 
Batu Caves
Daaaan misi yang tak dirancang, mendaki beratus ratus anak tangga naik ke atas tu. Phew banyak kali juga lah actually berhenti nak boleh sampai ke atas tu. Penat dia jangan cakap macam mana. Hahah! Bab bab mendaki semua ni memang bukanlah 'nature' Nani ye, sangat jaraaaang buat aktiviti macam ni. Tangga tu curam juga lah so sepanjang naik dengan turun memang tak ada nya nak tengok phone ke apa, fokus aje pandang tangga. Hahaha! Seraam wak, takut betul kalau terjatuh. Sampai aje atas tu serious mengah gila, terus lah pergi kiosk beli air & guess what sebotol air dekat atas tu  RM5. Menyesal ye tak bawa air siap siap, tapi sebab penat beli juga lah walaupun harga serupa macam dekat atas flight. Hahaha! 
So, dekat atas tu ada apa? Dekat atas tu ada kuil juga, Nani tak pusing habis pun. Rasa macm ada banyak kuil sebab dekat dalam tu ada lagi tangga yang nak kena panjat. Tapi sebab masa tu kita orang dah penat, so tak sanggup dah nak mendaki. Hahah! Sekejap aje dekat atas tu. Ambil gambar dua tiga keping lepas tu turun semula. Turun tu laju lah taaaapi fuhh gigil weh kaki lepas dah jejak jalan dekat bawah tu. Hahah! Kalau orang ajak lagi lepas ni naik atas tu, rasanya memang tak nak dah. Cukuplah sekali tu aje, penat weh.  Tapi okay lah, sekurang kurangnya ada juga pengalaman pergi Batu Caves. Gittew! Korang pernah ke sampai sini? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page