Mood Raya Lagi Ke?

Assalamualaikum & Hello.
Sekejap aje masa berlalu dah nak berhujung minggu pun ha. Tuan blog ni pun hari Isnin tu aje yang dia sempat update cerita Raya lepas tu menyepi, hari ni baru muncul balik. Biasalah lepas balik dari cuti Raya kan, haruslah banyak kerja yang nak kena siapkan. Ada yang tanya masih dalam mood beraya ke sampai tak sempat update blog? Hahaha. Mood beraya tu ada tapi tak ada lah sampai terbawa bawa tak nak update blog sendiri. Memang sibuk sangat minggu baru ni, siang dengan kelas nya, ,malam pulak ada meeting dan banyak lagi lah benda benda nak kena buat. Ulang rutin yang sama setiap hari, dah nak dekat hujung minggu ni baru lah rasa lega sikit. Tambah pulak Internet yang sendu sangat dua tiga hari ni lagi lah menjejaskan Nani nak membebel dekat sini. EH !
Sorry sangat sangat untuk yang singgah sini tinggalkan komen tapi Nani tak sempat nak balas lagi. Hujung minggu ni Insha Allah pelan pelan kita kayuh untuk sampai jugak dekat rumah korang tinggalkan jejak kasih. Gitu. Entry pasal Raya pun banyak lagi ni yang tak sempat baca. Iya lah, nak jugak kan tengok baju Raya korang yang cantik cantik tu semua. Nani tahun ni warna Kelabu jadi pilihan ibu dengan abah, ikutkan aje sementara masih berpeluang beraya dengan ibu dan abah ni ha. Mana tahu tahun depan beraya dengan orang lain pulak. Hahaha ! Kemain angan angan dia tu. 
Gambar yang tak ada motif pun, saje letak nak bagi meriah sikit entry ni. Hahaha !
Nak tahu jugaklah, korang masih dalam mood beraya lagi ke? Bila Nani scroll Instagram ramai betul yang kongsikan gambar pergi ke rumah terbuka lah, sambutan hari Raya dekat sekolah lah. Meriah sangat ha masing masing. Nani? Usahkan rumah terbuka, nak makan dekat kafe pun kadang kadang tak sempat jadi nan hadonya nak pergi rumah terbuka bagai kan. Hujung minggu ni aje ingat nak terjah mana mana restoran yang terbuka. Hahaha. Korang mesti lah banyak rumah terbuka yang nak kena pergi kan. Hehe. Apa apa pun, selamat berhujung minggu korang !

Raya Raya Raya !

Assalamualaikum & Hello.
Lama betul bercuti Raya kali ni sampai blog pun dianak tirikan. Ingat hari tu boleh lah jugak bukak blog masa dekat Pahang, sekali wifi dekat rumah buat hal pulak dah. Makanya nan hado lah entry selama seminggu baru ni. Alhamdulillah malam tadi Nani dah selamat menjadi perantau semula selepas beberapa jam menghadap jammed dekat Karak, Bentong dengan Gombak. Ha menggedik lagi nak balik petang, hadaplah segala jenis jammed tu kan. Bila dah balik sini, memang tamatlah dah cerita ketupat, lemang segala bagai melainkan ada yang undangan open house. Gitu.

Nani balik Pahang Jumaat tu lagi dah sebab tak ada kelas kan. Alang alang balik aje lah Pahang terus daripada duduk sini tak ada buat apa apa. Nak shopping pun malas sebab tak nak bersesak dengan orang ramai. Hahah ! Kalau ke Bangi Sentral tu pusing seploh kali pun belum tentu ada parking. So nya awal awal lagi kita cabutlah balik Pahang tolong ibu mengemas rumah sikit sikit, lepas tu kita hadap biskut Raya. Tahun ni rajin dia lain macam sikit nak buat kuih Raya. Hahaha ! Nani buat dua jenis lepas tu ibu buat dua jenis. Lain lain semua kita tunjuk aje :p
Cornflakes madu air tangan Nani. Eheh ! Cornflakes madu ni hah yang paling senang sangat nak buat sebab tu tiap tahun tak pernah tak buat. Sabtu pagi awal awal ajak ibu teman pergi bakery cari bahan nak buat semua kuih Raya. Nasib baiklah ibu rajin nak melayan anak dia ni ha. Nani buat tiga kotak cornflakes yang kecil tu dapatlah satu tupperware besar. 
Double Chocolate Chip Cookies
Ini pulak double chcocolate chip cookies, cubaan pertama kali buat cookies nampaknya menjadi. Nanti ada masa Nani kongsikan resepi dekat sini. Hitam tu bukan hangit okeh tapi sebab Nani tambah serbuk koko. Bila makan tu ada lah rasa pahit pahit manis gitu. Ikut citarasa sendiri lah kan, kalau tak nak ada rasa pahit pahit tak payah letak. 
Raya pertama sibuk beraya dekat kampung, raya kedua baru lah masak soto dengan ibu sebab saudara mara semua nak datang beraya dekat rumah. Memang meriah lah bila dah berkumpul satu keluarga besar. Nani kalau bab bab masak menu utama ni memang haruslah bagi ibu aje yang buat. Nani buat bergedil boleh pulak terlupa nak letak garam. Hadoi lah, tapi pakcik makcik cakap sedap je ha. Eh kompius pulak aku dengan tekak diorang ni. Hahaha ! Mungkin sebab makan dengan sup tu kan dia dapat cover rasa tawar tu. Hehe. 
Sabtu petang girlfriends ni datang beraya dekat rumah. Apeni semua makin cantik macam pwincess ! Yang paling simple tu tentulah tuan rumah kan. Diorang dah bagi tahu nak datang pagi tu tapi biasa lah tuan rumah kan mana sempat nak bersiap pakai lawa lawa. Sampai je dua buah kereta depan rumah, baru terhegeh hegeh cari tudung. Hahaha ! Terima kasih sudi datang beraya ke kediaman rasmi saya. 
Di kesempatan ini, Nani mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang mengenali diri ini dan Nani mohon maaf andainya ada ayat ayat Nani atau komen komen Nani yang selama ini mengguris hati dan perasaan kalian. Semoga lebaran kali ini lebih bermakna untuk diraikan bersama insan tersayang. Kalau ada yang nak buat open house tu boleh lah jemput Nani. EH ! Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Kosong kosong tau !

Amalkan Konsep Tabayyun Dalam Kehidupan

Assalamualaikum & Hello.
Di zaman yang serba canggih dengan kemudahan teknologi ni, boleh dikatakan setiap hari kita terima mesej mesej yang viral tanpa kita tahu tentang kesahihannya. Kadang - kadang Nani rasa lambakan mesej viral yang macam ni buat kita memberikan pandangan dan perspektif negatif terhadap sesuatu perkara kan. Cuba bayangkan bila seseorang buat mesej yang palsu dan mesej itu disebarkan dengan sebegitu pantas maka semua menerima mesej yang salah. Nani tengok sekarang macam macam isu yang tak sahih disebarkan oleh segelintir masyarakat kita. Contohnya bila ada viral mesej tentang kehidupan keluarga yang miskin pasti ada yang menunding jari mengatakan pihak zakat tidak melakukan kerja mereka sedangkan keluarga tersebut sememangnya menerima bantuan selama ini. Lebih menyedihkan lagi mereka langsung tidak meminta maaf walaupun secara jelas mereka yang bersalah kerana menuduh pihak zakat tidak melakukan kerja dengan betul. Agak agak korang apa faktor menyebabkan benda benda macam ni terjadi? 
Pada pandangan peribadi Nani, perkara macam ni terjadi sebab kurangnya konsep tabayyun yang kita amalkan dalam kehidupan harian kita. Tahu tak tabayyun tu apa? Tabayyun maksudnya kita selidik dan kaji terlebih dahulu secara mendalam setiap mesej atau perkara yang kita terima sebelum kita sebarkan kepada orang lain. Secara mudahnya, tabayyun ialah proses pemeriksaan sesebuah berita atau pengkhabaran sebelum disebarkan. Bila kita amalkan konsep tabayyun ini baru lah kita dapat kurangkan masalah fitnah dan penyebaran berita yang palsu dalam kalangan masyarakat kita. Macam contoh yang Nani kongsikan dekat atas tadi tu, boleh katakan terlalu banyak perkara seperti itu berlaku terutama di media sosial sampaikan ada yang bergaduh sebab masing - masing menunding jari menuduh silap orang lain.
Sebenarnya dekat negara kita ini, setiap negeri akan ada pihak yang bertanggungjawab untuk menguruskan hal hal yang melibatkan pengurusan dan agihan zakat. Di Pahang, kita mempunyai Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) yang akan menguruskan hal hal berkaitan zakat ini. Di Kelantan pula kita ada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) dan negeri negeri lain juga mempunyai pusat zakat mereka sendiri. Bagi pusat pungutan zakat Wilayah Persektuan pula semua kutipan zakat dilakukan oleh Pusat Pungutan Zakat MAIWP manakala agihan zakat akan dilakukan oleh pihak Baitulmal MAIWP. MAIWP ialah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang ditubuhkan untuk menjaga hal ehwal Islam di Wilayah Persekutuan.
Bercerita mengenai zakat ni, kita kena ingat yang kita mempunyai pelbagai jenis zakat bukan sahaja zakat yang kita bayar masa bulan puasa itu sahaja ye. Antaranya kita ada zakat fitrah, zakat harta, zakat pendapatan, zakat emas atau saham, zakat KWSP dan lain lain lagi. Kadang kadang ada segelintir pihak yang ambil mudah sangat bab zakat ni. Nani memang dari dulu lagi abah tekankan jangan pernah ambil mudah bila melibatkan zakat sebab tunaikan zakat ni adalah sebahagian daripada tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim. Bila kita membaca Al Quran banyak ayat ayat yang mengingatkan supaya kita menunaikan zakat. 
Memandangkan zaman yang serba moden ini, terdapat banyak medium yang kita boleh gunakan untuk membayar zakat. Antaranya kita boleh membuat potongan gaji secara automatik untuk membayar zakat, zakat online dan sebagainya. Sekarang ini juga terdapat kalkulator zakat yang membolehkan kita mengira sendiri jumlah zakat yang perlu dibayar. Melalui kemudahan seperti ini sememangnya dapat memudahkan kita untuk membayar zakat dan tidak ada lagi alasan untuk tidak menjalankan tanggungjawab kita sebagai muslim.
Melalui laman sesawang pusat pungutan zakat MAIWP, semua pusat pungutan zakat yang wujud pada hari ini sememangnya membantu masyarakat untuk lebih cakna dan bertanggungjawab untuk menunaikan zakat. Selain itu, pusat pungutan zakat juga dapat memudahkan kita untuk menunaikan zakat, meningkatkan pungutan zakat serta memperkenalkan sistem pungutan zakat berkomputer. Pusat pungutan zakat juga memperkenalkan cara korporat dalam pengurusan memungut zakat. 
PPZ - MAIWP merupakan agensi yang ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan bertujuan untuk mengutip segala jenis zakat harta. Zakat harta yang menjadi tumpuan PPZ- MAIWP ialah zakat emas, zakat pendapatan, zakat wang simpanan dan sebagainya. PPZ - MAIWP ini juga menjadi contoh organisasi kutipan zakat di Malaysia kerana julung kali mula beroperasi menggunakan teknologi komputer 16 tahun lalu. Untuk korang ketahui dengan lebih lanjut dan mendalam tentang PPZ - MAIWP, korang boleh layari dan klik link di bawah. Memang semua maklumat berkaitan dengan zakat korang boleh dapatkan di sana. 

Website : www.zakat.com.my
Hashtag : #ppzmaiwp #zakatonline #zakatwilayah




Best Ke Biobax Cool Theraphy Ni?

Assalamualaikum & Hello.
Dulu Nani dah pernah ceritakan tentang Kebaikan Biobax Cool Theraphy ni dekat SINI  Memang best sangat bila dpaat guna Biobax Cool Theraphy ni. Dua tiga hari lepas, Nani mengalami masalah sakit tengkuk, mungkin tersilap tidur agaknya. Kalau dah sakit memang tak selesa langsung lah kan. Ambil minyak lain sapu tapi tak berhasil jugak. Masih lagi rasa sakit sakit dekat belakang tengkuk tu kan. Sekali ibu suruh ambil minyak Biobax tu sapu. Ingatkan dah habis Biobax, tu yang Nani ambil minyak lain dulu. Hari tu Nani bagi abah dengan ibu guna sebab mereka selalu lenguh kaki dengan sakit pinggang.
Lepas aje Nani sapu dekat tengkuk, rasa lega sikit dah. Sakit pun makin berkurang. Memang boleh dapat hasil terus lepas gunakan Biobax Cool Theraphy ni. Tak perlu guna banyak pun sebab minyak ni panas, gunakan sikit aje dah ok. Tapi Nani suka sapu banyak sebab lepas pada tu dia akan jadi sejuk aje. Nyaman aje rasa. Suka sangat lah bila dapat guna produk yang best macam ni.
Nani ni ada jugak penyakit resdung tapi kadang kadang kalau teringin nak makan sambal belacan ke memang layankan aje tekak ni. Tapi lepas tu memang bersin memanjang lah. Bila ada Biobax Cool Theraphy ni dah tahan sikit. Bukanlah 100% dapat menghilangkan penyakit resdung tu tapi dapat melegakan sikitlah. Tak ada lah sepanjang masa asyik terbersin kan. 

Untuk yang ada sakit belakang, lenguh lenguh bila angkat benda berat Nani acdangkan korang beli Biobax Cool Theraphy ni. Memang lah harga agak mahal, tapi pada Nani kalau memberikan kesan yang bagus apa salahnya melabur sikit untuk kegunaan diri sendiri dan insan yang tersayang kan. Sebotol ni boleh tahan lama tau, iya lah bukan sepanjang masa kita sakit sakit badan kan. Guna bila perlu aje tapi memang Biobax Cool Theraphy ni sangat membantu. Korang wajib cuba sendiri ! Kalau ada yang nak beli boleh jugak terus WhatsApp Nani ( 014 - 5439384) 
Biobax Cool Therapy
Biobax Cool Therapy 
#biobaxcooltherapy

Serabai Ke Serawa?

Assalamualaikum & Hello.
Ini entry kisah balik kampung hari tu lagi, kemain banyak kali nak buat padahal boleh aje sekalikan dalam satu entry. Eheh ! Bukan apa, sebab Internet ni kadang kadang super dupper laju kadang kadang sendu itu yang kena buat entry sikit sikit. Kalau dah nak masukkan gambar pun kemain lama, memang tidaklah Nani nak tunggu kan. Hari tu lepas berbuka makan Nasi Ulam, kitorang makan pecal dengan serabai pulak. Memang hari tu kerjanya makan aje, Wan dah masak sedap sedap kan takkan nak tolak. Kecil hati orang tua tu nanti. Tambah pulak makan ramai ramai, meriah dia tu jadi berganda ganda hah. 
Pecal sayur dengan mee hoon sikit. Sorang dapatlah makan semangkuk kecil ni. Nani kutip mee hoon dengan sayur yang Nani makan aje yang lain lain bagi abah yang makan. Hahaha ! Sebab masa berbuka puasa tu ramai, semua guna mangkuk pakai buang. Wan cakap senang sikit tak payah dah nak basuh basuh. Memang pun hah, faham aje lah kalau dah ramai ramai tu. Yang makannya ramai, tu kang penuh singki semua liat nak basuh. Hahah !
Hah ini lah rupa serabainya. Serabai ni ala ala lempeng nipis dan makan dengan kuah macam dalam gambar tu. Kuah tu masak guna gula kabung dengan santan kalau tak silap Nani. Sedap sangat ni cuma itu lah Nani ni selalu lah tertukar serabai dengan serawa. Hahaha ! Setiap kali balik berbuka dekat rumah Wan, menu serabai ni tak pernah tak ada. Memang dah jadi feveret turun termurun dari anak menantu sampai lah ke cucu cicit. Korang pernah makan serabai ni?

Drama Marathon

Assalamualaikum & Hello.
Semalam cuti nampaknya rami yang update status dekat facebook shopping baju raya dengan keluarga tersayang. Seronok hah masing masing buat persiapan nak sambut Raya tak lama lagi. Nani tak ke mana mana pun cuti semalam. Mula mula hajat nak pergi beli tiket bas tapi dah alang alang ada kawan nak balik, Nani kirimkan aje dengan dia. Kemain malas sekarang ni nak keluar. Sejak duduk dekat level empat ni semua malas. Hahaha ! Kalau dah turun ke bawah semua benda Nani beli terus siap siap sebab kalau dah naik tak kuasa nak turun balik. Mengah weh turun naik tangga nak ke level empat ni tambah pulak bulan bulan puasa. Sampai aje dekat bilik memang terbaring terus.

Kawan ajak pergi bazaar Ramadhan pun malas. Bagus jugak ada perasaan malas malas ni, jimat sikit duit ni hah. Tak ada lah mengalir macam air sangat. Semalam berbuka sorang sorang aje sebab kawan Nani sorang ke Times Square, sorang lagi ke Mid Valley shopping baju Raya lepas tu teruslah berbuka dekat luar. Nani memang seharian dekat bilik saje sambil marathon drama Lambaian Ramadhan dengan Seindah Takdir Cinta. Hari lain memang tak sempat nak layan, cuti cuti aje lah mampu marathon. Wifi pun kemain bagi kerjasama, biasa sendu sendu aje hah.
 
Famous amos ni mintak kawan yang belikan. Bulan bulan puasa ni napsu nak makan cookies aje sepanjang masa. Hahaha ! Dah macam tak nyempat nak tunggu Raya. Baru ni teringin nak makan biskut semperit habis segala jenis Instagram yang jual cookies Nani terjah. Bila dah pm dah confirm nak beli tiba tiba nan hado pulak delivery, kena self pick up pulak dah. Makanya tertunda lah hasrat nak makan biskut semperit, tu pasal kita gantikan dengan famous amos. Halah famous amos pun jadilah, semperit tu tunggu lah Raya nanti.

Korang semalam berjalan ke mana? Ke sama je macam Nani duduk aje dekat bilik dan melalui sepanjang hari yang tak berapa nak produktif. Hahaha !

Wordless Wednesday

Assalamualaikum & Hello.
Dah last sem ditakdirkan dapat bilik tingkat empat. Gigil gigil jugak lah kaki lepas angkat barang tiga kali turun naik tangga. Hahaha ! Hilang 3kg agaknya masa tu. Eh :p

Nasi Ulam

Assalamualaikum & Hello.
Ini cerita sehari sebelum balik PJ baru ni, berbuka puasa ramai ramai dekat kampung. Kalau dah berbuka dekat kampung, tentulah menunya meriah kan tambah pulak bila semua adik beradik ibu ada balik. Dah macam nak sambut raya pulak rasa. Hahaha ! Wan Nani lagi lah seronok tengok semua anak, menantu, cucu ada balik berbuka dekat kampung. Bukan senang nak berkumpul ramai ramai macam tu dan ahun ni pulak ramai yang beraya rumah mak mertua masing - masing. Makanya tak ramai lah yang dekat rumah Wan raya nanti. 

Dalam banyak banyak menu tu, Wan Nani ada lah buat Nasi Ulam. Nani ni memang tak pernah makan Nasi Ulam ni, so macam excited sikit nak tahu macam mana cara nak buat Nasi Ulam tu. Mula mula tak nak makan sebab benda tak biasa makan kan. Tapi ibu Nani suruh jamah jugak sikit sebab bukan senang nak jumpa Nasi Ulam ni. Kemain hah masing - masing suruh rasa, siap cakap Nasi Ulam ni macam Nasi Kerabu lagi.
Nasi Ulam
Haa satu talam Nasi Ulam yang Wan Nani buat. Biasa menu ni kalau dekat pasar ada mak cik mak cik Kelantan yang jual. Dalam Nasi Ulam ni ada daging bakar, ikan bakar, ayam bakar, ikan masin, kelapa, daun kaduk, daun serai kayu lepas tu ada dua lagi jenis daun yang Nani tak ingat. Hahah ! Bukan apa, sebab lagi dua jenis daun tu Nani tak biasa dengar. Semua bahan bahan tu dipotong halus halus lepas tu gaul semua sekali. Sedap lah jugak rasa dia, cuma kering sikit lah.

Pertama kali makan kan so tak ada lah sampai bertambah tambah. Orang lain ye lah, sampai bertambah makan Nasi Ulam. Tekak ni tetap lah jugak nak makan nasi putih dengan lauk lauk kampung. Hahah ! Memang ala ala Nasi Kerabu jugaklah Nasi Ulam ni cumanya tak ada budu, sambal apa semua tu. Korang pernah makan Nasi Ulam ni?

Dua Minggu Aje

Assalamualaikum & Hello.
Tengah hari semalam dah selamat menjadi anak perantau semula. Eheh ! Makanya nan hado lah lepas ni edisi makanan sedap sedap, air tangan ibu atau nenek tersayang. Gitu. Kita beli aje lah nampaknya menu berbuka puasa dekat kafe atau pun bazaar Ramadhan. Sedih sangat kan bunyinya. Hahaha ! Mula mula nak balik naik bas, siap beli tiket segala bagai sekali sepupu ajak balik dengan dia pulak. Nani pun jual lah balik tiket tu, dah alang alang boleh naik kereta kan. Barang dah lah banyak, kalau naik bas memang confirm sakit sakit badan lepas tu. 

Kalau dah namanya Nani kan, walaupun barang dah cuba dikurangkan sebanyak mungkin tetap jugak jadi banyak. Eh korang pun sama kot. Hahah ! Bila tahu nak balik naik kereta, barang yang dah diketepikan tu ambil balik letak dalam beg. Kemain sangat kan, kalau boleh habis satu almari nak angkut bawak balik sama. 
Credit : Google
Lagi dua minggu kita balik beraya pulak. Eh tak sampai dua minggu pun sebenarnya, sekejap sangat kan. Pejam celik pejam celik dah nak balik Pahang semula. Hujung minggu ni baru nak beli tiket bas, harap harap tiket ada lagi. Kalau tak ada, nampaknya kena menumpang lah sesiapa yang nak balik Pahang jugak. Pernah sekali last minute baru nak beli tiket tapi tiket habis. Masa tu baru lah menggelabah tak tentu pasal. Hahaha ! Serik dah weh T_T 

Giveaway Kad Raya Syeeda Saniey

Assalamualaikum & Hello.
Giveaway Kad Raya Syeeda Saniey

Klik SINI untuk join ^_^

Segmen Sampul Duit Raya Seindahcerita

السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ 

Segmen Sampul Duit Raya  Seindahcerita | Alhamdulillah, tahun nie sampul duit raya DIY yang nieyl jual mendapat sambutan yang menggalakkan.. hari ini dengan berbesar hati dan rendah dirinya nieyl nak buat 1 segmen untuk semua follower blog seindahcerita. Suka tak? Nieyl menjadi 2 pemenang sampul duit raya..dengan menggunakan khidmat En.Random.org

http://seindahcerita.blogspot.my/2016/06/segmen-sampul-duit-raya-seindahcerita.html

Syarat-syaratnya..

1. Follow Blog Seindahcerita

2. Follow Instagram Nieylanadia

3.Like Fanpage Seindahcerita

4. Buat Entry bertajuk Segmen Sampul Duit Raya Seindahcerita

5.Letak banner dan link ke entry ini

6.Jangan lupa tinggalkan URL entry dalam entry ini okey!


Atau korang boleh terus copy code di bawah dan paste di html entry korang :)

Roti Ke Biskut?

Assalamualaikum & Hello.
Semalam scroll facebook terjumpa satu gambar ni (tentang bahasa / loghat dekat utara) Bila tengok gambar tu teringat hari tu Nani dengan kawan bilik pernah jugak berborak tentang loghat dekat belah utara ni. Sebelum ni Nani tak tahu pun kalau dekat utara biskut tu diorang panggil roti. Masa mula mula tu macam eh dia ni salah taip WhatsApp ke. Nak tulis biskut tapi tertulis roti. Hahaha ! Dalam bilik Nani ada sorang dari Kelantan, sorang Penang lepas tu Nani Pahang. Nani pun borak lah dekat kawan yang dari Kelantan ni kan, kemain semangat gelakkan kawan yang Penang tu sebab ingatkan dia yang salah. Ampun ! Rupanya kitorang yang salah. 
Nampak aku siap nafikan sekeras keranya tak ada roti chipsmore. Ei teruk betul lah. Kalau teringat je mesti boleh tergelak punya. Masa ni dia tak berapa sihat so malas lah nak tanya apa apa kan. Memang anggap sepenuhnya dia tersalah tulis sebab dia mamai. Hahaha ! Masa ni pun Nani banyak kali ulang baca baru lah reply. Bila tanya kawan yang dari Kelantan tu pun dia sama je macam Nani, cakap tu typo. Eheh ! Kalau dah dua dua dari pantai timur memang lah tak tahu kan. 

Lepas dia dah terang balik yang memang dekat belah utara panggil roti baru lah Nani ni faham. Sejak daripada tu memang set dah dalam kepala kalau belah belah utara ni memang diorang panggil biskut tu roti. Nani baru je tahu beberapa bulan lepas. Gambar atas ni lah yang Nani jumpa dekat facebook semalam. Yang tak tahan hari tu suka hati cakap kawan tu salah padahal diri sendiri yang salah. Dah lah tak tahu, suka suka hati aje gelakkan orang. Teruk betul Nani ni. Takpe, sekarang saya dah tahu. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page