Jus ORLIN I Pengikat Kasih Sayang Suami Isteri

Assalamualaikum & Hello.
Sekarang ni banyak sangat jus dan produk membantu untuk memberikan tenaga untuk wanita. Biaslah wanita kan superwoman, macam macam kerja nak kena buat setiap hari wajiblah amalkan jus atau produk yang dapat membantu mengekalkan tenaga setiap hari. Psst hari ni Nani nak kongsikan Jus Orlin keluaran Alludra yang mempunyai banyak khasiat dan sangat bagus untuk diamalkan. Jom baca apa kelebihan Jus Orlin ini. 
Jus ORLIN I Pengikat Kasih Sayang Suami Isteri

Kelebihan Jus Orlin :
  • Meningkatkan tenaga dalaman
  • Mencantikkan pinggul
  • Mengetatkan otot faraj
  • Menstabilkan msasalah hormon wanita
  • Mengecutkan rahim
  • Mengurangkan keputihan
  • Mengekalkan awet muda
  • Meningkatkan keinginan seksual
  • Menaikkan, menegangkan & menganjalkan payudara
  • Meremajakan kulit
  • Menghasilkan bentuk badan ideal
Jus ORLIN I Pengikat Kasih Sayang Suami Isteri
Jus ini sangat sesuai diamalka oleh wanita yang berstatus isteri tetapi anak dara juga boleh amalkan. Cuma perlu minum dua sudu besar jus orlin ini sebelum kita bersarapan pagi setiap hari. Dah banyak testimoni yang Nani baca rata rata memberikan komen yang positif.
Jus ORLIN I Pengikat Kasih Sayang Suami Isteri
Harga sebotol Jus Orlin ini RM 110.00
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk ini dan ingin mendapatkan Jus Orlin ini boleh terus ke Facebook atau Instagram mereka.

Alludra International (Jus Orlin)
#orlin

Biobax Cool Theraphy Menjadi Pilihan

Assalamualaikum & Hello.
Pernah tak mengalami masalah sakit pinggang, sakit belakang tengkuk dan sebagainya? Nani sebagai student memang selalu sangat alami masalah sakit belakang tengkuk bila dah lama sangat menghadap laptop siapkan assignment. Kadang kadang sampai dua tiga hari baru hilang. Tetapi sejak Nani jumpa dengan produk Biobax ini semua tu dah kurang sikit. Biobax ini merupakan produk yang membantu melegakan kesakitan dengan cepat. 
Biobax Cool Theraphy
Bau minyak Biobax ini pun sangat menyegarkan. Cara nak gunakan Biobax ini pun mudah sahaja. Cuma spray sahaja di tapak tangan kita kemudian sapu di mana mana bahagian yang sakit tersebut. Haa, senang aje kan. Sesuai lah dengan tagline mereka "Spray, Sapu, Sembuh !" 
 Biobax Cool Theraphy
Ini kelebihan apabila anda menggunakan Biobax. Bukan sahaja dapat menghilangkan segala lenguh dan sakit sakit badan bila dah seharian bekerja tetapi dapat juga melegakan selesema dan resdung. Menarik kan? Beli sebotol boleh digunakan untuk menyelesaikan macam macam masalah. Minyak Biobax ini juga mampu bertahan selama lima jam. 
Biobax Cool Theraphy
Nani pernah guna minyak ni, memang terbaik sangat. Rasa hilang sikit lenguh lenguh dekat belakang badan. Nani share dengan ibu guna Biobax ini memandangkan ibu selalu cakap letih dan lenguh bila berdiri lama sangat dekat dalam kelas masa mengajar. Ibu cakap memang berkesan dan best sangat bila dapat guna walaupun minyak ini agak panas sedikit. Tapi itu bila mula mula pakai sahaja, bila dah lama rasa sejuk. Untuk yang ingin mendapatkan Biobax ini boleh berhubung terus di Instagram atau Facebook mereka di bawah.
Biobax Cool Therapy
Biobax Cool Therapy 
#biobaxcooltherapy

Wordless Wednesday : Gubahan Buah

Assalamualaikum & Hello.
Wordless Wednesday : Gubahan Buah

Yusmizee Naturopathic Centre

Assalamualaikum & Hello.
Yusmizee Naturopathic Centre merupakan salah satu pusat rawatan untuk mereka yang mempunyai masalah sakit kaki, kebas kaki, sakit bahu, masalah tulang belakang, tulang pinggang dan banyak lagi. Seandainya ada ahli keluarga atau anda sendiri yang mengalami masalah yang macam Nani nyatakan tu boleh lah berkunjung ke Yusmizee Naturopathic Centre yang terletak di Alor Gajah, Melaka ini. Apa salahnya kita cuba ikthiar cara lain pula untuk kembali sihat.
Yusmizee Naturopathic Centre
Macam macam rawatan yang disediakan di Yusmizee Naturopathic Centre ini dan kebanyakan  yang mendapatkan rawatan di sini memberikan komen yang positif setelah menerima rawatan.

Yusmizee Naturopathic Centre
Pusat Rawatan Yusmizee Naturopathic ini bukan calang calang pusat rwatan , mereka pernah muncul di akhbar Sinar Harian suatu masa dahulu. Jadi tidak perlu lah anda ragu ragu dengan rawatan yang disediakan oleh mereka.  Tambahan pula, Pusat Rawatan Yusmizee Naturopathic ini semakin dikenali dan mendapat sambutan bukan sahaja daripada mereka yang berada di Melaka malah dari negeri lain sama.
Yusmizee Naturopathic Centre
Untuk anda yang berkeinginan untuk mendapatkan rawatan di Yusmizee Naturopathic Centre boleh cari bangunan ini atau Waze sahaja alamat mereka.
Yusmizee Naturopathic Centre
Kalau nak tahu dengan lebih lanjut boleh hubungi mereka atau terus sahaja ke pusat rawatan Yusmizee Naturopathic yang terletak di Alor Gajah Melaka. Anda juga boleh mendapatkan maklumat melalui Facebook mereka, Yusmizee Naturopathic Centre. 



Gulai Tempoyak Ikan Patin

Assalamualaikum & Hello.
Punya lama ambil mood nak menaip entry semula. Biasalah lepas dah habis kenduri, penat dia lain macam sikit. Nak buka laptop pun kemain malas apaatah lagi nak menulis. Ewah! Jom lah layan cerita balik Pahang baru ni, cerita kenduri kahwin nanti kita tulis lain. Hahaha ! 
Sampai sampai aje rumah terus ke dapur nak makan. Nak buat macam mana menu semua buat kecur air liur. Ada gulai patin tempoyak, ikan masin goreng berlada, sambal hita, ikan kembung goreng kicap. Peh, nikmat !
Balik Pahang tak sah tak makan gulai tempoyak ikan patin. Nikmat haa dapat makan masakan air tangan ibu. Hari hari menghadap makanan dekat cafe sampai tak tahu dah nak makan apa. 
Tak pandang kiri kanan dan dapt makan sedap macam ni. Itu lah yang paling best bila dapat balik Pahang, macam macam dapat makan. Yang paling seronok ibu dengan abah melayan aje apa yang anak dia ni makan. Bila lagi kan nak balik Pahang, haruslah tiap kali balik mintak nak makan macam macam. Eh :p
p/s : Tengah mencari semangat nak menulis entry kahwin baru ni. Ahaaa !




Craving !

Assalamualaikum & Hello.
Dua tiga hari ni lidah selalu nak makan dessert, lebih spesfik lagi mango chilled cheese cake. Haha! Yang susah tu lah jugak yang teringin nak makannya kan. Ada jugaklah tengok harga yang buat delivery area Selangor ni, boleh tahan jugaklah. Semuanya atas RM90 kalau yang besar. Kalau yang kecil tak ada pulak yang buat delivery, semuanya kena walk in. Sobs T_T  So kita tahanlah dulu nafsu nak makan mango chilled cheese cake tu, esok balik Pahang kalau rajin boleh lah buat. Sempat ke entah, sibuk dengan kenduri Kak Diah nak kahwin lagi.
Mango Cheese Cake
Sumber Google
Nak buat ni senang sahaja, cuma rajin dengan tidak. Kalau ada yang terliur nak makan jugak boleh tengok Resepi Manggo Chilled Cheese Cake yang Nani pernah buat dulu. Nikmat dapat makan benda benda sejuk musim panas ni. Teringinnya alahai, Tak sabar nya nak balik, nak buat sendiri. Hahaha! Dekat Pahang, KULA CAKES memang terkenal dengan kesedapan mango cheese cake ni. Yummeh!


Wordless Wednesday

Assalamualaikum & Hello.
Wordless Wednesday
What a hectic week with presentation and quizzes. Physically & mentally drained T_T 

p/s : Can't wait to finish this semester. Another two days to go and Hello Pahang ! 

Cafe Cerita Kambing Pilihan Terbaik !

Assalamualaikum & Hello.
Beruntung siapa yang tinggal atau bekerja berdekatan dengan Anggerik Mall boleh lah selalu ke Cafe Cerita Kambing yang terletak di Shah Alam ini. Cafe Cerita Kambing ini bukan sahaja membuka restoran malah turut membuat servis catering. Haaa mudah lah kalau nak buat tempahan makanan dengan mereka terutama kalau korang nak menu yang berasaskan kambing. Pertama kali berpeluang merasa makanan yang disediakan oleh Cafe Cerita Kambing semasa 1st EFG Gathering, memang sampai sekarang terasa lagi kelazatannya. 
Cafe Cerita Kambing
Ayam Masak Merah.
Memang Nani suka sangat dengan ayam masak merak ni, sambalnya pun banyak. Tidak terlalu kering sangat, ayam pun besar besar. Puas hati sangat bila kita tempah dengan servis catering yang sediakan menu macam ni. 
Cafe Cerita Kambing
Kambing Masala.
Nani difahamkan kambing masala ini merupakan antara menu yang paling terkenal di Cafe Cerita Kambing. Rugi lah kalau ke Cafe Cerita Kambing kalau tidak merasa menu yang satu ini kan. Nani pun pertama kali makan kambing masala, memang sedap. Berkali kali tambah sebab jarang jarang jumpa kambing yang dimasak begini. Selalunya dibuat kari kan. 
Cafe Cerita Kambing
Jelatah atau Acar.
Bila dah ada ayam masak merah, kambing masala makan pulak dengan nasi beriani haruslah ada acar ni kan, baru lah ngam kata orang. Memang sedap !
Cafe Cerita Kambing
Teringat ingat pulak menu yang sedap ini. Nanti kalau berkesempatan Nani nak ke Anggerik Mall. 
Cafe Cerita Kambing
Kambing Bakar.
Kambing bakar yang diperap sempurna dengan pelbagai rempah ratus memang membangkitkan selera. Tambahan pula ada sos lada hitam yang memang "kick" Memang meratah lah aje kerjanya. Bukan senang nak jumpa kambing yang dibakar sempurna dan sedap macam ni. 
Cafe Cerita Kambing
Kambing bakar ini pun sangat lembut dan tak liat langsung. Memang terbaik lah ! Nani sarankan korang pergi rasa sendiri keenakan menu yang disediakan oleh Cafe Cerita Kambing ni. Macam mana nak ke sana? Jangan risau, Waze sahaja alamat dekat bawah ni ha. Selamat Mencuba ! 

Alamat Cafe Cerita Kambing :

Lot 1-12, Anggerik Mall,
Jalan 14/2 Seksyen 14,
Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Waktu Operasi :
ISNIN - AHAD ( 11.30 am - 5.00 pm)

Annual Grand Dinner VS Aku Superwoman

Assalamualaikum & Hello.
Alhamdulillah selesai sudah Annual Grand Dinner Sabtu baru ini. Penat memang penat tapi ada rasa satu kepuasan dalam diri Nani. Rasa puas bila dapat uruskan bahagian makanan tu dengan elok walaupun ada sedikit masalah dengan catering dua tiga hari sebelum majlis. Memang Superwoman betul cari catering, cari servis aiskrim, ikut pergi beli barang. Peh ! Semalam asyik tido aje sebab dah dua tiga hari tak cukup rehat. Mana nak uruskan dinner, assignment lagi.
Alhamdulillah Nani jumpa catering yang lebih murah dan sangat lah baik lepas pada tu. Ya Allah memang rasa seronok sangat dapat kenal dengan pemilik Ummiza Cafe ni. Nani jumpa ni pun lepas teringat hari tu ada blogger buat review di sana. Kalau ada yang nak ambil servis catering memang Nani sarankan sangat guna servis catering Ummiza Cafe. 
Menu makan malam baru ni nasi minyak, ayam berempah, dalca, sambal belacan, buah oren. Karipap pusing tu pulak akak tu sedekahkan untuk kami. Alhamdulillah memang rezeki betul. Harga untuk sekepala pun murah aje, makanan sedap pulak tu. Nanti ada rezeki Nani nak ke kedai akak tu pulak. 
Sebahagian daripada keluarga saya di sini.
Kawan kawan Nani ni pun cakap sedap makanan malam tu. Puas hati Nani dengar, rasa seronok bila kita buat sesuatu dengan usaha kita sendiri dihargai. Bertuah dan istimewa sangat Nani bila dapat mengenali mereka ini. Sangat sangat supporting. Terima kasih sebab jadi sebahagian daripada kenangan saya. Tak pernah tak sayang. Eh :p


Bila Catering Tarik Diri

Assalamualaikum & Hello.
Majlis Sabtu terdekat ni tiba tiba dapat WhatsApp catering terpaksa tolak Nani punya tempahan sebab ada order lain. Ada lah buat back up catering lain jugak tapi kalau last minute ni memang tak ramai yang nak ambil tempahan kan. Gelabah jugaklah semalam cari nombor telefon catering untuk tempah makanan yang ikut bajet Nani. Habis semua catering yang ada dekat Instgaram Nani ambil nombor telefon, baca review yang blogger tulis apa semua.  
Haaa dari atas sampai bawah penuh dengan senarai catering. Mujurlah ada jugak yang nak terima walaupun masa dah suntuk sangat ni. Terus bank in siap siap duit bila catering tu dah setuju. Tak nak lah nanti pisang berbuah dua kali kan. Kang tak pasal pasal nak kena cari lagi catering lain. Susah bila kerja last minute ni, dah lah banyak benda lain nak kena buat lagi. Moga dipermudahkan majlis Sabtu ni. 

Selamat Sudah

Assalamualaikum & Hello.
Alhamdulillah selesai sudah majlis sambut menantu untuk Along dengan Angah. Senang buat sekali aje majlis macam ni. Lagi dua minggu Kak Diah pulak. Lepas tu bulan lima Abang De pulak nak bertunang. Ingatkan majlis Kak Diah tu penutup Cerita Kahwin MF untuk tahun ni, rupanya tidak, Ada yang nak menyelit lagi lepas tu. Hahaha ! Eh kenapa semua nak tahun ni? Sampai hati tinggalkan daku seorang diri pegang tittle "single" 
Kemain eh Angah siap berkaca mata hitam bagai. Hahaha !
Muka muka yang makin bahagia bila dah kahwin. Tahniah Along dengan Angah. Still macam tak percaya korang dah jadi suami orang. Hahaha ! Sikit masa lagi jadi ayah pulak. Barakallah. 
Puding Karamel.
Puding ni buat untuk makan pengantin aje tapi lepas tu ramai pulak yang nak makan. Petang tu mak cik Nani suruh pak cik beli sesarng telur nak buat puding karamel ni hah. Tak tahu lah diorang jadi buat ke tidak sebab petang tu Nani dah gerak balik.

Akhirnya terubat rasa rindu nak makan lauk kenduri. Ada kari daging, ayam goreng, sambal belacan, acar timun. Peh berpeluh makan. Semua ni masak sendiri, tak ada katering katering. Tengah menaip entry ni pun kecur air liur teringat lauk ni semua. Hahaha ! Sedapnya kalau hari hari makan macam ni. 



Uswah Islamic Clothing

Assalamualaikum & Hello.
Hari ni Nani nak kongsikan dengan semua tentang satu lagi koleksi pakaian dan tudung muslimah keluaran Uswah Islamic Clothing yang mengikut syariat Islam. Zaman sekarang ni memang banyak sangat pilihan yang ada depan mata kita tetapi kita kena pandai pilih yang mana sesuai untuk dipakai kan. Dalam bergaya pun kena patuh dengan tuntutan dan syariat Islam, tak boleh lah nak ikut suka hati sahaja kan. Apa yang menariknya Uswah Islamic Clothing ini, mereka mengeluarkan bukan pelbagai jenis kolesi yang mengikut citarasa dan style wanita zaman kini.
Uswah Islamic Clothing

Latar Belakang USWAH 
USWAH adalah sebuah syarikat yang beroperasi di atas talian sejak 2013 dan membawa konsep pakaian patuh syariat. USWAH bercita-cita untuk membawa gaya berpakaian yang mengikut syarak menjadi trend di Malaysia mahu pun di dunia. Bermula di laman sosial Facebook dengan jumlah pengikut terkini sebanyak 123,000 orang dan Instagram sebanyak 32,000 followers.
Uswah Islamic Clothing
Setakat hari ini, USWAH telah mengeluarkan puluhan koleksi Tudung Bawal Bidang 60 & Shawl Labuh, juga enam Koleksi Pakaian (Tunik Labuh) Kalau korang semua nak tahu koleksi keluaran USWAH ini semuanya laku keras. Setiap kali koleksi baru keluar memang tak menang tangan pihak mereka nak uruskan order. Jom cuci cuci mata tengok koleksi keluaran USWAH, mana tahu ada yang berkenan boleh lah terus order kan. 
Uswah Islamic Clothing

Uswah Islamic Clothing
Antara koleksi Instant Shawl USWAH yang paling laris dan mendapat sambutan. 
 Uswah Islamic Clothing
Cantik sangat sangat kan koleksi USWAH ini, Nani tengok pun terus rasa macam nak borong banyak koleksi USWAH. Tunic keluaran USWAH pun mengancam kan, warna pun semua ceria dan cantik. Ingat nak jadikan salah satu Tunic keluaran USWAH ini sebagai koleksi baj Raya nanti. Tapi kalau lawa sangat macam ini ada juga yang tak sempat tunggu Raya ni nanti.  
Uswah Islamic Clothing

Peluang Jana Pendapatan dengan Program Dropship & Stokis USWAH 
Istimewa buat yang ingin mencari pendapatan sampingan boleh lah join Program Dropship & Stokis USWAH. Nak tahu apa kelebihan join Program Dropship & Stokis USWAH ini jom baca di bawah. 
  • Tidak perlu simpan stok
  • Tidak perlu mengeluarkan modal untuk pembelian produk di samping itu boleh membeli koleksi USWAH dengan harga yang lebih rendah.
  • Peluang mempromosi pelbagai koleksi hijab yang patuh syariat.
  • Tiada tempahan minimum
  • Tiada kos tersembunyi
  • Tidak menanggung kerugian jika produk tidak laku.
  • Komisen 10 sehingga 20%
Haaa menarik ke tidak tu? Sehingga ke hari ini USWAH telah mempunyai stokis di Brunei, Singapura, Jepun dan seluruh Malaysia ! Nampak tak tu sehingga ke luar negara produk keluaran USWAH ini dipasarkan. Apa tunggu lagi, jom jadi sebahagian keluarga USWAH. 

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari :
Instagram : @uswahislamicclothing

Atau anda boleh terus "walk in" di :
Uswah Islamic Vendor Boutique,
3A-59-01, Jalan Medan Pusat Bandar 8,
Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi.
(Landmark : Sebaris Mee Tarik Warisan, Bella Ammara, Sugarscarf)

No telefon : +601110742198/ 0108153562





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page