Kerabu Maggi

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Hari ni nak cerita pasal kerabu maggi pulak. Heheh. Banyak betul entry makanan ni, semua nak tulis dalam blog. Hahah! Baru ni Nani balik kampung lepas tu sepupu ajak buat kerabu maggi pulak. Nani macam biasa, sentiasa ons bila bab makan. Dulu Nani dah pernah share Resepi Kerabu Maggi, tapi yang sepupu buat hari tu lagi sedap. Tapi memang betul pun kadang kadang yang orang buat lagi sedap dari kita punya. Hahah! Dulu Nani buat kerabu maggi ni jadi kering sangat, tapi yang sepupu ni buat sedap betul lah. Masa awal awal kerabu maggi ni famous, kemain susah nak jumpa maggi Thailand yang jenama Serda tu. Nani sampai suruh kawan yang dekat Kelantan tu tolong belikan. Hahah!  Gigih betul lah cerita dia. Tapi sekarang dah merata tempat orang jual maggi tu. Setakat ni memang Nani pernah makan kerabu maggi yang guna maggi jenama Serda tu aje, selain daripada tu tak try lagi. Mungkin sedap jugaklah kot. 
 Kalau tengok daripada bahan bahan ni, memang banyak lah beza dengan bahan bahan resepi Nani dulu. Kali ni sepupu Nani siap guna hirisan daun limau purut, serai, limau dengan daun ketumbar. Next time kalau nak buat sendiri tahu dah nak tambah bahan apa. Dulu Nani tak letak pun semua segala jenis daun tu, letak bunga kantan dengan serai aje kalau tak silap. Bila letak daun ketumbar tu memang terus sedap dia jadi luar biasa. Hahah! Cara nak buat kerabu maggi ni, gaulkan aje semua bahan dekat atas tu dalam satu bekas. Cumanya sotong, udang, isi ayam dengan sosej tu korang rebus lah dulu okay. 
Ini lah dia hasil kerabu maggi air tangan sepupu Nani hari tu. Cukup rasa masam, pedas apa semua. Paling penting mewah betul dengan macam macam lauk dia letak. Puas hati makan macam ni hah. Sekarang ni pun dah banyak orang jual kerabu maggi kalau pergi pasar malam tak pun festival Thai tu. Merata rata boleh jumpa cuma sedap dengan tak aje. Tapi kalau dah nama pun beli jangan lah expect seafood banyak macam kita buat dekat rumah pulak kan, lagi lagi kalau harga dua tiga ringgit aje. Memang tak dapat lah macam ni. Korang yang teringin nak makan kerabu maggi tu, boleh lah try buat ikut resepi ni okay! Serious sedap. Heheh. 

Resepi Spaghetti Carbonara Mudah

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Kalau semalam Nani cerita pasal Nasi Arab Kabsah, hari ni nak share pasal Spaghetti Carbonara pulak. Iyee sekarang ni tengah mood rajin nak masak macam macam. Resepi simple simple aje yang paling penting sedap. Hiks. Dulu dulu Nani paling tak suka makan spaghetti carbonara ni sebab macam muak lepas tu makan dekat mana entah sedap gila dia punya spaghetti carbonara, terus daripada tak suka tadi bertukar jadi suka. Hahah! Itu lah orang cakap kalau tak suka tu jangan over sangat lama lama nanti boleh jadi suka. Memang betul lah tu. Pada Nani bahan bahan nak buat spaghetti ni tak ada lah mahal mana. Lagi sedap buat sendiri. Kalau dekat kedai mahunya harga pergi sampai RM 16 ++ macam tu. Bila kita masak sendiri ni, boleh lah makan banyak banyak kali. Gitu. Tapi kalau dah malas, memang beli dekat kedai aje lah yang senang. Hahah! Jom check it out resepi Spaghetti Carbonara dekat bawah ni, mana tahu nanti korang nak try buat ke. Heheh. 
Ini antara bahan bahan yang diperlukan untuk buat Spahetti Carbonara. Kalau korang nak tambah bahan bahan lain macam ayam ke daging ke pun boleh. Tapi aku punya konsep, guna apa yang ada dekat dapur. Hahah! Sos macam biasa, beli aje yang instant dekat pasaraya. Macam macam jenama ada, tinggal pilih aje yang mana satu korang minat. Heheh. Carrot tu optional aje tau, kalau tak suka tak payah letak. Masak ni ikut citarasa sendiri aje. 
Campurkan aje semua sekali bahan bahan tadi (tapi sosej tu masuk last sekali) lepas tu jadi lah macam dekat atas ni. Ada sesetengah orang suka tambah susu dengan cheese jugak tapi Nani lagi suka yang simple macam ni. Hitam hitam tu actually serbuk lada hitam. Nani guna serbuk lada hitam yang kasar baru ni, tu yang nampak obvious gila dalam sos carbonara ni. Hahah! Ccarrot pun 'tenggelam' sebab letak sikit aje. 
Ini lah hasil dia Spagheeti & Macaroni Carbonara, jadi lah buat makan sendiri kan. Kebetulan dekat dapur ada macaroni jugak, kita rebus lah dua dua sekali. Kan dah cakap, konsep dia guna apa yang ada. Hahaha! Less is more gitu. Untuk korang yang bujang, tak ada idea nak masak apa boleh lah buat ni okay! Senang sangat resepinya, cuma rajin dengan tak aje. Sekarang ni tengah ada mood rajin, boleh lah try masak macam macam. Kalau malas tu, fast food aje lah memanjang. Dah lah tak berapa nak healthy makanan macam tu. Hahah! Korang pulak suka tak makan Spaghetti Carbonara ni? 

Nasi Arab Kabsah

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Kisahnya baru ni ada kawan adik Nani yang belajar dekat Jordan sana bagi rempah nasi kabsah. Nani ni memang tak pernah makan nasi kabsah, nasi arab tu pun jarang jarang makan sebab tak berapa minat. Memang berbeza eh korang nasi arab biasa dengan nasi kabsah ni? Hahah! Mana lah tahu kan kot korang pernah makan sebelum ni. Tak silap Nani, kalau nasi arab dekat kedai tu selalunya warna kuning sikit kan, tapi nasi kabsah ni dia bukan warna kuning macam biasa tu. Tak tahu lah kot Nani yang letak rempah kurang ke kan. Tapi hari tu masak dia memang tak kuning sangat lah, tu yang Nani fikir dia lain lain jenis. Hahah! First time nak buat nasi kabsah ni, nervous okay sebab takut tak menjadi. Kah! Adik Nani pun tak tahu jugak so dengan hasil bantuan Google dan sumber sumber yang bolrh dipercayai, kita orang pun masak aje lah. First time kan buat so kalau tak menjadi pun tak kisah sangat. Hahaha! So apa hasilnya? Menjadi ke tidak nasi kabsah ni? Jeng jeng jeng....
 Ini lah hasil nasi arab kabsah yang kita orang masak hari tu. Kawan adik Nani tu bagi dua kotak rempah nasi ni, satu lagi rempah apa entah namanya. Satu paket tu banyak jugaklah rempahnya tapi Nani hari tu guna dalam tiga sudu besar macam tu aje. Mula mula nak letak satu paket tau, nasib baik lah fikir waras lagi. Hahahah! Kalau letak satu paket rasanya memang tak boleh dimakan lah nasi tu sebab rasa rempah. Hari tu kita orang tumis dulu bawang dengan rempah tu lepas tu baru masukkan dalam periuk nasi. Saja nak bagi wangi sikit nasi bila kita tumis dulu bahan bahan tu. 
 Nasi tu memang elok masak apa semua, cuma lepas ni kalau nak buat lagi memang kena letak garam lebih sikit sebab rempah tu memang tak ada garam. Hari tu Nani suruh adik letak sikit aje garam sebab selalunya rempah macam ni dah ada garam dalam tu, sekali tawar nasi kabsah ni jadinya. Hahaha! Nasib baik lah makan dengan ayam masak merah, so tak ada lah rasa tawar sangat. Kira kalau makan dengan lauk tu sedap aje. Nani guna berasa biasa aje hari tu sebab tak ada beras basmathi dekat rumah ni. Next time nak try buat guna beras basmathi pulak lah. Heheh. 
Kita orang dekat rumah ni memang tak suka sangat makan lauk yang masak sekali dalam nasi tu sebab rasa macam kering aje tak ada kuah apa semua. Hahah! Sebab itu lah Nani tak berapa suka sangat makan nasi arab. So hari tu buat lah ayam masak merah terlajak pedas. Nani blend banyak jugak lah cili kering lepas tu adik Nani pergi tumis semua sekali cili tu. Memang pedas kemain lah cerita dia sampai masing - masing makan nasi bersulam air. Hahhaha! Sedap jugak nasi kabsah ni makan dengan ayam masak merah & acar. Terus fefeeling macam makan dekat kenduri kahwin. Kahkah. Zaman sekarang dah banyak kan rempah instant macam ni, senang kerja kita. Korang pulak ada yang pernah masak/makan ke nasi kabsah ni? 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page