Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Salam satu February. Panjang betul rasa bulan January nak habis, dengan macam macam benda yang jadi lagi. Phew! Weekdays baru ni tak ada entry yang kita update, tup tup hari Sabtu ni rajin pula buka laptop update satu entry. Hahah! Lain macam betul eh. Sebenarnya sebab tengah free, lepas tu baru ada kerajinan nak menaip. Iye benda yang paling utama kena rajin. Memandangkan hari ini hari Sabtu so Nani nak share lah dengan korang pasal Taro Pie di Mcdonalds. Mana lah tahu kan kot kot ada yang nak lepak dekat Mcdonalds ke kejap lagi. Tapi Nani pun tak sure sama ada Taro Pie ni available lagi ke tak, sebab macam dah ada pie baru pula dekat Mekdi sekarang. Kali ni pie coklat caramel pula yang dia orang keluarkan. PieBukan setakat pie aje ada yang baru, aiskrim pun ada juga yang baru. Cumanyaa Nani tak sempat lagi nak pergi beli. Bila baca dekat twitter ada yang cakap ice cream cheesecake tu sedap, ada yang komen biasa biasa aje. So, nak tahu sedap ke tidak - kena lah try sendiri kan! Citarasa masing masing. Hiks.
Tapi hari ni Nani bukan nak share pasal pie caramel coklat tu tapi taro pie. Sebenarnya ini first time Nani try taro pie sepanjang hidup. Hahah! Bila tengok dekat Google, rupanya taro pie Mcdonalds ni dah pernah ada dulu. Tapi Nani tak pernah pula perasan tentang 'kewujudan' taro pie ni hah. So hari tu saja lah beli sebab ramai yang cakap taro pie ni sedap. Kalau tanya Nani sedap ke tidak, mesti lah Nani cakap sedap - cumanya semua pie dekat Mekdi ni kena makan time panas panas. Kalau makan time sejuk, memang terus jadi tak sedap. Hahah! Selalunya kalau beli memang Nani terus aje makan sebab malas lah nak reheat balik ke apa. Tak rajin!
Sebenarnya dah tak ingat berapa harga taro pie. Iye lah, beli dah lama tapi baru nak update dalam blog. Hahaha! Tapi tak lebih daripada lima ringgit lah tak silap Nani. Ikutkan tekak Nani, memang sedap taro pie ni, cumanya bila makan banyak sangat jadi macam muak pulak. Mungkin sebab Nani bukan peminat tegar ubi keladi kot. Sedap macam mana pun, rasa macam seksa jugak nak habiskan satu pie tu. Hahaha! Boleh makan half aje hari tu. Dalam banyak banyak pie yang Mekdi keluarkan, rasanya ini salah satu yang berbaloi lah untuk beli compared dengan pie cookies cream ke apa tah hari tu. Pie yang tu Nani pun tak approved sebab tak kena betul combination dia pada Nani. Korang ada ke yang dah pernah try Taro Pie ni? Kalau tak pernah lagi, lepas ni boleh lah ajak member lepak Mekdi makan pie. Heheh. Have a nice day everyone!
Tqa suka pie dekat McDonalds cuma ada beberapa limited time flavour but I'll make sure I'll try this one.
ReplyDeleteYass geng! Hahah kann, ada certain yang macam Taro Pie ni memang limited time only.
Deletepie mekdi kena makan panas2 kalooo tak memang kureng sedap
ReplyDeletehewhew..
Betul sangaat CT, kalau makan time sejuk hm memang takkan habis lah pie tu. Hahah!
DeleteWaalaikumussalam. Dah lupa plak penah makan ke tak pie ni 😁
ReplyDeleteHahaha! Eh eh?
Deletetk try lagi taro pie...mcm lama je tk beli pie kt mcd..nanti bole la try..tp kalo pie ni mmg kena mkn panas2 br sodap
ReplyDeleteKena try sekali kak Amy, sedaap!
DeleteMak ai... Nani asyik cerita makan minum yg sedap2 je ni... terliur.. pie ni mmg la faveret tapi taro pie ni tak cuba lg
ReplyDeleteHahah! Itu lah dua tiga hari ni banyak pulak cerita pasal makanan yang nak share.
Deletehousemate kita pun suka taro pie ni...pergi mcd mesti dia nak order benda ni...kat burger king pun dia cari..hahahah
ReplyDeleteHahaha uwow memang fav betul lah tu taro pie. Nani baru aje try sebelum ni asyik tengok aje orang makan.
DeleteSaya suka taro tapi macam agak reluctant untuk cuba taro pie sebab saya tak suka pie.
ReplyDelete