Hello September!

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Okay tak tu masuk kerja hari ni lepas long weekend ke ada yang masih dalam mood bercuti lagi? Heheh. Nani tak ke mana mana pun weekend hari tu, mereput aje dekat rumah sampai naik bosan tak tahu nak buat apa. Hahaha! Seronok betul tengok orang lain yang berjalan. Tiga minggu berturut turut ni straight cuti setiap hari Isnin, syok lah masing - masing kan. Ada banyak benda Nani plan dalam kepala tapi tu lah entah sempat ke tidak nak buat nanti. Busy kemain rasa, ini pun sedar sedar dah masuk bulan September. Fuhh terasa makin cepat pulak masa berlalu. Ahad lepas pun dah bermulanya tahun baru dalam Islam, Awal Muharram. Dah boleh lah tu tengok balik checklist yang kita target nak buat tahun ni dah tercapai ke belum. Hahah! Tak apa, kalau belum tercapai pun boleh 'recycle' untuk tahun depan pulak kaan! Macam lah tak biasa buat gitu. Hahaha! Bila dah hampir ke penghujung tahun ni, makin banyak lah kerja kerja yang nak kena settle kan. Tak sabar nak settle kan semua benda & nak hand over tugas sekarang. 
Tak minta banyak pun, harap harap bulan September ni semua yang Nani plan smooth aje. Nak buat kerja dengan tenang tenang aje & less drama! Bulan ni dan seterusnya akan jadi lagi tough sebab banyak kerja dan komitmen yang nak kena bagi. Dah nampak dah bayang bayang stress tu nanti tapi harap harap Tuhan permudahkan semuanya sampai lah settle. First time ni nak handle program yang kita jadi leader, takutnya kalau tak mampu puaskan hati semua orang nanti. Korang doakan yang baik baik tau! Hiks :)
Bila dah settle semua kerja nanti, boleh lah pergi tenangkan diri pulak. Tiba tiba rasa rindu dengan pantai & laut yang tenang. Bestnya kalau dapat dengar bunyi ombak lepas tu tengok sunrise/sunset. Heaven! Nani suka pergi tempat tempat macam ni sebab dia kind of therapy yang boleh buat kita lupakan segala jenis kerja tu. Tapi ye lah, setiap orang lain caranya kan. Ada yang suka shopping atau pun ada 'me time' nak hilangkan stress. Gittew! Tak sabarnya nak plan next trip jalan jalan ni, dekat pun tak apa. Heheh. 
Since weekend hari tu tak ada plan nak ke mana mana pun, so berjaya jugaklah habiskan tiga buah novel keluaran Idea Kreatif ni hah. Kemain banyak kan sampai tiga buah novel. Hahah! Actually, hari tu Nani saja aje join contest tulis caption menarik dekat Facebook Idea Kreatif ni tetiba eh terpilih sebagai pemenang pulak. Tak sangka pun boleh menang sebenarnya, memang rezeki sungguh. Nani pun memang dah lamaa sangat tak beli novel sebab tak ada masa nak baca. Bila dapat novel free ni, terus lah membuak buak hati nak habiskan. Nani jenis yang kalau dah start baca mula lah susah nak berhenti. Hahah! Korang pulak ke mana cuti hujung minggu lepas? 

11 comments:

  1. hi!,I love your writing so a lot! proportion we keep in touch
    extra approximately your article on AOL? I require a specialist on this space to resolve
    my problem. May be that's you! Taking a look forward to peer you.

    ReplyDelete
  2. in shaa Allah semoga plan Nani berjalan smoothly. gila la, 3 buku habis!! kita sekarang ni nak habiskan 1 pun payah. adui.

    cuti ni berjalan g Floria je pastu keluar dengan kawan. baru baik dari koma 2 bulan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Amy! Nani kan jenis kalau dah hadap novel tu, sanggup okay berjaga semata mata nak habiskan sebuah novel. Punya lah tak sabar sabar nak tahu endingnya apa. Gigih!

      Wahh bestnyaa jalan jalan Floria tengok bunga.

      Delete
  3. wahhhh sampai 3 boleh habis.... akak kejenya jalan, isnin tu melepak je kt rumah ehehhehe sambil layan tv

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kak Dana kalau dah tak ada kerja nak buat tu, memang sekejap aje boleh habis. Hahaha! Syoknya jalan jalan!

      Delete
  4. cuti xde ke mana sgt
    byk lepak kat umh jeee..
    hehe..

    bulan september bulan kelahiran sy.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samaa lah kita, Nani pun lepak dekat rumah habiskan novel. Heheh. Uwuuu, berapa hb tu? Happy Birthday in advance!

      Delete
  5. Sekejap je dah September..
    Sha pun kat rumah je.. Menonton drama Jepun dan membaca bersama anak-anak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann kak Sha. Wahh tengok drama Jepun, bestnyaaa!

      Delete
  6. insya allah semoga semuanya dipermudahkan bagi hari2 yang akan datang

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page