Jerebu

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Sekarang ni makin teruk pulak keadaan jerebu dekat sekitar Kuala Lumpur & Selangor ni. Memang sekarang ni kalau tengok dekat luar, nampak 'berkabus' semacam. Dekat semenanjung pun dah macam ni, apatah lagi yang dekat Sarawak sana. Semalam Nani saja lah nak check bacaan IPU, rupanya dekat area sini dah dalam tahap tidak sihat. Make sure korang jaga kesihatan masing - masing okay! Tapi itu lah, kadang kadang kalau dah ada kerja dekat kawasan luar tu memang tak boleh nak elak kan. Serious semalam Nani banyak kerja kerja dekat kawasan terbuka, balik tu hah rasa pening kepala & berair aje mata. Haih, harap harap tak jadi makin teruklah jerebu ni. Seksa sangat rasa hidup udara yang tak sihat & bersih ni. Duduk dalam rumah pun sama jugak, kalau buka air purifier tu memang asyik keluar colour merah aje, punya lah tak sihat cuaca dekat luar sana. So, seboleh mungkin cuba lah avoid untuk berada di luar kawasan rumah atau bangunan, nanti kang elok elok tengah sihat tiba tiba dapat sakit pulak. 
 Ini yang Nani check malam tadi. Banyak sangat sangat tempat yang warna kuning tu dekat Kuala Lumpur & Selangor. Harap harap tak ada lah melarat sampai ke tahap yang lain. Kalau kita sendiri pun dah rasa seksa dengan jerebu ni, apatah lagi budak budak kecil. Dekat Sarawak sana pun banyak dah sekolah sekolah yang terpaksa tutup. Oh ye, kalau korang nak check jugakbacaan IPU dekat area korang, boleh klik dekat APIMS ni hah. Dia orang akan update setiap masa biasanya untuk rujukan orang awam.  
Ini sedikit tips lah daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Penting okay untuk follow semua tips macam ni bila musim jerebu. Make sure minum air masak banyak banyak & kalau ada aktiviti di kawasan luar jangan lupa tau untuk pakai face mask. Nani sekarang ni sampai satu tahap tingkap bilik pun tak nak buka sebab rasa macam makin pedih mata & berair. So please jaga diri masing - masing dan kurangkan semua aktiviti luar yang korang dah plan. Weekend ni cuti panjang kan, so make sure banyakkan aktiviti 'indoor' supaya tak terdedah dengan cuaca yang tak sihat dekat luar sana. Kalau rasa macam dah lain sangat badan tu, cepat cepat dapatkan rawatan. Stay safe everyone! 

13 comments:

  1. jg kesihatan ye nani..
    musim jerebu ni byk penyakit singgah.. =(

    ReplyDelete
  2. Memang teruk betul jerebu sekarang. Akak malas nak keluar ke mana-mana...mata rasa senak...

    ReplyDelete
  3. What's up i am kavin, its my first time to commenting anyplace, when i read this paragraph i thought i
    could also create comment due to this sensible
    paragraph.

    ReplyDelete
  4. jerebu kembali lg..hrp cpt la pulih

    ReplyDelete
  5. uishh jerebu teruk kat KL selangor tu. memang kena hati hati dan beringat pakai face mask kalau keluar tu

    ReplyDelete
  6. Kat seremban pun sama jerebu IPU tak sihat.
    Hurmm... lunch hour tu nak jalan ke Aeon kena pakai mask nampak gayanya

    ReplyDelete
  7. saya dah berapa hari dah rasa tak sihat gara2 jerebu ni ugh
    harini hujan lebat, harapnya berkuranglah sikit jerebu tu

    ReplyDelete
  8. dekat kelantan tak terasa sangat. tapi mek ke kuantan memang teruk juga jerebu nya. bau asap semacam je. memang kena kurangkan aktiviti luar rumah.

    ReplyDelete
  9. Seksa nak bernafas kan..NS makin teruk...ada hujan pun still teruk jugak lagi...KL jangan cakap la...

    ReplyDelete
  10. Akak kat sini pon jerebu teruk area putrajaya. Lama tak masuk blog nani sebab kena block blogspot hahaha ni baru bleh baca

    ReplyDelete
  11. sama-sama kita jaga kesihatan kan Nani kan :( sedih tengok bumi Allah swt jadi macam ni,

    ReplyDelete
  12. aida x sihat skit last week. jerebu terok kan.
    amik cuti sehari.
    rehatkan diri kat rumah. alhamdulillah sihat dah.

    sedih dgn pe'el org tak bertanggungjawab now.
    mcm2 kemungkaran terjadi pada flora dan fauna.
    muka bumi makin tandus :(

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page